Memabukkan


Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Miftah Dar As-Saadah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Minggu akhir.

Hari ini selesai beberapa kelas pengajian.

Silibus universiti, sukar untuk diadaptasikan sistem talaqqi.

Letai diri ini mengupasi permasalahan 4 pokok utama Feqh tradisi.

Dimamahi cendikiwan silam berabad lama untuk menjadi isi.

Aku berlari, tetapi jemari diberi cukup-cukup menjamah nasi.

Aku menjamahi, namun kaki dirantai jerjak besi.

Dalam ripuh aku yang masih bertatih ini.

Aku merasakan nah berapa banyak isu dan permasalahan Feqh yang aku kupasi.

Pengguguran anak,
perancangan keluarga,
muamalat, munakahat,
liwat,
lian
dan pelbagai lagi.

Semuanya entahlah, moga menjadi amal untuk aku ataupun mereka.

Arak? Khamar?

Nah, sangat sensasi!

Memabukkan?

Itu khamar

Tegukan jahili tradisi syahwat zaman modenisasi.

Namun,

Murabbiku pernah berkata:-

Tidur itu juga memabukkan!

Begitulah.

Mereka mabuk.

Kita juga mabuk.

Hangover mereka arak.

Hangover kita soft addiction.

Dunia memabukkan.

Tetapi aku ingin berpagi-pagi.

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)

Peliharalah kami semua ya ALLAH, dari semua jenis perkara ditegah yang memabukkan!