Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun


Hari ini, saya berjaya menghubungi kembali teman sebilik saya di kampus UIA, bekas penuntut Jordan. Kami berbual panjang. Sungguh bersyukur dan gembira sekali. Dan untuk Kak Dini, ini tribute buat akak.

Entri asal telah lama lebih kurang tiga tahun lepas di blogspot. Kemudian dipublish semula di sini dan di sini.

___________

Nostalgia

Hari ini seorang sahabat bekas teman sebilik saya di kampus UIA suatu masa dahulu mengirim sms kepada saya. Oh, memang sungguh nostalgik pengalaman dengannya. Dialah teman berdebat saya yang mengenali saya lebih dari saya kenal diri sendiri. Teman suka duka segala.

Karakter dan personalitinya sungguh unik yang tidak pernah saya temui seumur hidup saya. Teman dari seberang, Indonesia. Mindanya semua isu akan menjadi kritikal terutamanya tentang ideologi, peradaban atau tamadun.

Continue reading “Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun”

Repost: Sebuah Lorong Di Mansurah


Buat Kak Ngah di Mesir. Walau bukan bidang agama, tetapi subur dengan tanah Nabi dan Ulama’ jiwamu itu!

MEI 15, 2007

Suatu waktu dahulu di bait Raudhatul Muhtmainnah, di mantiqah Hayyu Syarq. Kali ini saya menulis entri ini  hati  sangat sarat sebak. Mata saya merah. Benar-benar basah.

Saya sangat sedih dan sebak yang amat. Entah kenapa  teringatkan sahabat-sahabat semasa di Mesir dahulu. Bagaimana saya merindui mereka. Sangat dan teramat. Walau berbagai yang kamu lalui. Tidak dapat saya bandingkan mana-mana tempat seperti di bumi Mesir. Penuh dengan mehnah yang sangat mencabar jiwa. Pedih dan bahagia bercampur satu. Berbaur satu.

Continue reading “Repost: Sebuah Lorong Di Mansurah”

Weil China: Ulasan II


 

 

“Gadis yang aku cintai hanya menggerak-gerakkan jari jemarinya. Dia tidak mengangkat tanganya agar orang lain tidak memahami, namun aku memahaminya.

Suara lemah emakku yang meraung meminta tolong. “Tolong emak Qan!” masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

Berikan kami sedikit kebebasan!

Duniaku bagaikan gelap gelita sewaktu gadis yang aku cintai meludahi mukaku di hadapan khalayak ramai.”

-Sedutan buku Weil China-

Ulasan Buku


Continue reading “Weil China: Ulasan II”

[Kemaskini 2009] Weil China: Ulasan I


 

Sebuah Entri Lama Di Blog Lama: Mac 24 2006

 

Ketika menemui gadis Turkistan di masjid UIA sebentar tadi berbaur pelbagai rasa. Rasa gembira amat juga membawa  ingatan  kembali kepada sebuah pembacaan yang banyak memberi kesan dalam hidup saya.

 

Ya, sebuah novel adaptasi kisah benar yang berlegar sekitar Turkistan dan penyeksaan Muslim di sana oleh satu ideologi kejam iaitu Komunis yang membawa penganut Islam ke daerah perit. Satu era gelap yang tidak pernah akan dapat kita bayangkan.

 

Continue reading “[Kemaskini 2009] Weil China: Ulasan I”

Buku Dan Disiplin


 

Saya tidak sangka suami saya juga gilakan buku. Mungkin lebih lagi. Jika ada masa lapang di rumah, dia akan menekuni buku. Buku dan buku. Beliau tidak kisah berhabis untuk buku. Jika ke kedai buku, pasti ada sahaja buah tangannya. Hingga ketika kami menghadiri Ijtima’ Pondok Semalaysia di Bukit Jong bulan lepas, suami tidak lepas peluang membeli ‘Syarh Fathul Mu’in’ dengan sisipan beberapa kalam ‘Ibn ‘Athaillah dibelakang. 

 

Suami gembira mengkhabarkan ada buku baru yang dibeli.

Beli kitab baru lagi? Rasanya hari tu kita dah plan beli ikut perancangan dan keutamaan kan? Lagipun kitab ini bukan dalam urgency kita sekarang kan. (Kerana kitab Fathun Mu’in bahasa arab kita dah ada.

Continue reading “Buku Dan Disiplin”

Komentar @ Ta’liq Hadis أم زرع


Hadis أم زرع ini terkumpul dalam himpunan hadith-hadith dalam Kitab Syama’il Muhammadiah. Alhamdulillah saya telah mendapat sanad hadis ini semasa Daurah Kitab Syamail Muhammadiyah  sebanyak dua kali menghadiri daurah kitab hadis tersebut semasa menuntut dahulu di Mesir dahulu.

Apabila Ustaz Hasrizal menyebut tentang kisah 11 Wanita Jahiliyyah  dalam entri beliau yang terbaru bertajuk ” Lebih Baik Dari Abu Zar’in” yang merupakan intipati salah satu hadis dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah ini yang dikenali sebagai Hadis Ummi Zara’ dikalangan penuntut pengkhususan Hadis, membawa kepada simpanan  saya iaitu ta’liq atau komentar yang detail oleh senior saya di Maahad Azhar, Penang.  Beliau telah mengamanahkan kepada saya sebagai moderator blog sekolah kami untuk dipost dan diedit tulisannya mana yang perlu.

Asalnya, komentar hadis ini dikongsi sebagai memberi sanad hadis ini yang bersambung kepada sesiapa yang berminat. Namun oleh kerana saya telah menerima Sanad hadis ini dari ‘turuq rijal’ (Jalan perawi) yang lain, maka hadis ini menjadi khazanah bermanfaat buat perkongsian kita semua.  Namun dengan rasa sungguh  berbesar hati saya tetap bersyukur dapat menerima sanad hadis ini dari jalan yang berbeza. Dengan sedikit pengemaskinian,  tambahan nota kaki dan pengajaran  hadis saya berkongsi di laman ini.

Continue reading “Komentar @ Ta’liq Hadis أم زرع”