Ramadhan 9: Hilangkan Sifat Keakuan


Ramadan Dua: DAY 10 :

ALLAH, on this day, make me, among those who rely on You, from those who You consider successful, and place me among those who are near to you, by Your favor, O goal of the seekers.

Satu tulisan lama di blog lama saya, yang sentiasa segar untuk dibaca oleh saya. Untuk diri, nafsu dan hati saya terutamanya yang penuh ananiyah pada Allah dan manusia. Semoga nafsu dan hati terdidik selalu, dalam mengenal diri dan Allah.

Setiap dari ciptaan Allah merupakan hasil tajalli dr sifat Allah. Allah bersifat Rahim jesteru dipercikkan sifat Rahim itu kepada ibu. Allah bersifat Jamal jesteru diberi jamal kepada ciptaannya gunung-ganang, sungai, bunga dan manusia. Setiap dari kejadian, ciptaan, kedukaan, kegembiraan, kebahagian yang diberi dan dujia Allah kesemuanya mengandungi rahsia dan hikmah ilahiyyah. Allah mencipta dan memberi segalanya supaya kita mengembalikan semuanya kepada Allah. Kembali kepada keEsaannya. Menyelongkar rahsia dan hikmah kehambaan kepada Allah. Continue reading “Ramadhan 9: Hilangkan Sifat Keakuan”

Ramadhan 8:Koleksi Anekdot Di Pinggir Ramadhan


Satu lagi koleksi entri saya di laman blog lama. Sekadar satu perkongsian bersama.

Anekdot I   : Menyambut Ramadhan Di Mesir

Anekdot II : Seorang Chatherine

Anekdot II : Pope Dan Teks Kuno

Anekdot I

Kekasih kita datang lagi

Di sini dan di sana juga di merata-rata pelusuk dunia, semua manusia yang beriman pasti menanti kedatangan kekasih; Sharu As-Shiam dan segala yang penuh barakah terhimpun di dalamnya dengan penuh penantian dan kerinduaan.

Manusia yang beriman dengan Allah, pasti dikurniakan walau tidak sepicing rasa rindu pada Ramadhan. Walau artis hiburan apabila ditanya, mereka menjawab, kami akan berehat di dalam bulan Ramadhan kerana menghormatinya.

Inilah bulan yang akan kita lalui dengan izin Allah yang terhampar di dalamnya segala Rahmah dan cinta dari Allah.Andai selalu terasa cintaNya dan RahmahNya, di bulan Ramadhan digandakan lagi.

Setiap tahun juga, kita akan mendapat atau mendengar ucapan; Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari semalam. Di sana sini terdengar, namun bagaimana interpertasinya juga aplikasi hingga akrab di dalam qalb bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau benar-benar ibadah kita ikhlas kerana Allah, dengannya akan terhimpun khusyu’ dan taat di dalam bulan ini dengan sendirinya. Natijahnya, perubahan perilaku dan pengorbanan nafsu dan istiqomah di dalam ibadah hingga melewati selain dari bulan Ramdhan.

Ramadhan Di Bumi Kinanah

Di pinggir Ramadhan ini, tiada lain melainkan pasti akan teringat suasana Ramadhan di ardhil anbiya’ dahulu. Benar-benar berbeza dan istimewa. Segalanya. Sambutan menyambutnya besar-besarnya, lampu Fnnus dipasang. Renda-renda dan kain rentang yang dibuat dari plastik berwarna-warni digantung di antara ‘imarah’ dan banggunan. Segalanya. Himpunan barakah dan sadaqah di mana sahaja. Tambahan bagi anak rantau rezekinya mencurah-curah dari langit.

Jiran-jiran Arab Di Mansurah

Teringat akan jiran yang kami panggi ‘baba’. Pastinya akan dihantar ke rumah kami satu karung ‘makaroni’, juga beras dari ‘mama’ sebelah timur pula. Berbagai-bagai. Belum dikira ‘maunah’ dari pihak kuliyyah. Di Mansurah dahulu, bantuannya MasyAllah memang pelbagai. Setiap hari kami wafidat atau musafir ilmu akan beratur satu rumah sebagai contoh; ada lapan orang wakil 3 orang untuk mengambil bahan mentah berupa yang dipanggil ‘maunah’. Sama-samalah kami mengusung minyak masak, ayam yang belum dimasak atau daging dan paling hampir selalu ialah makaan wajib bagi orang Arab iaitu kentang. Kadang-kadang  sampai satu satu kotak. Alhamdulillah.

Continue reading “Ramadhan 8:Koleksi Anekdot Di Pinggir Ramadhan”

Ramadhan 7:Hatiku Pecah Lagi


Hatiku Pecah Lagi

Hatiku pecah lagi
Dosaku melimpahi
Setiap urat nadi

Hatiku pecah lagi
Janji pada Allah  tidak terlunasi
Kantung amal ringan tidak terpenuhi

Hatiku pecah lagi
Sesak dunia fana ini
Aku ditengahnya tersepit diri

Hatiku pecah lagi
Tangis rindu padaMu ya Rabbi
Makin jauh atau mampirkah diri ini

Hatiku pecah lagi
Jiwa selimut ghaflah duniawi
Parah menjerit sendiri

Hatiku pecah lagi
CintaMu ingin kudakapi
Retorikkah atau hanya ilusi

Hatiku pecah lagi
Jalan menemuiMu
Seringku tangguhi

Hatiku pecah lagi
Ya Allah
Tidak ingin selain dariMu
Hanya Redha CintaMu puncak harapanku
Hanya mengingatiMu ingin kujejaki..

Hanya RahmahMu ingin kujelajahi
Ingin lari dari selainMu
Ingin uzlah dari mimpiku
Ingin tajrid ghaflah duniaku

Agar
Hatiku tidak pecah lagi

Agar
Hatiku selesa memugar rahsia

Pekat malam: –.–

p/s: Puisi ini merupakan entri dari koleksi arkib saya di blogsome. Kerna malam Ramadhan kelapan ini, terasa sungguh rindu pada Tuhan makanya hasrat untuk merenung kembali sebuah puisi yang amat dekat dengan jiwa dimalam penuh simbahan barakah ini.