Buku Dan Disiplin


 

Saya tidak sangka suami saya juga gilakan buku. Mungkin lebih lagi. Jika ada masa lapang di rumah, dia akan menekuni buku. Buku dan buku. Beliau tidak kisah berhabis untuk buku. Jika ke kedai buku, pasti ada sahaja buah tangannya. Hingga ketika kami menghadiri Ijtima’ Pondok Semalaysia di Bukit Jong bulan lepas, suami tidak lepas peluang membeli ‘Syarh Fathul Mu’in’ dengan sisipan beberapa kalam ‘Ibn ‘Athaillah dibelakang. 

 

Suami gembira mengkhabarkan ada buku baru yang dibeli.

Beli kitab baru lagi? Rasanya hari tu kita dah plan beli ikut perancangan dan keutamaan kan? Lagipun kitab ini bukan dalam urgency kita sekarang kan. (Kerana kitab Fathun Mu’in bahasa arab kita dah ada.

Continue reading “Buku Dan Disiplin”

Advertisements

Komentar @ Ta’liq Hadis أم زرع


Hadis أم زرع ini terkumpul dalam himpunan hadith-hadith dalam Kitab Syama’il Muhammadiah. Alhamdulillah saya telah mendapat sanad hadis ini semasa Daurah Kitab Syamail Muhammadiyah  sebanyak dua kali menghadiri daurah kitab hadis tersebut semasa menuntut dahulu di Mesir dahulu.

Apabila Ustaz Hasrizal menyebut tentang kisah 11 Wanita Jahiliyyah  dalam entri beliau yang terbaru bertajuk ” Lebih Baik Dari Abu Zar’in” yang merupakan intipati salah satu hadis dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah ini yang dikenali sebagai Hadis Ummi Zara’ dikalangan penuntut pengkhususan Hadis, membawa kepada simpanan  saya iaitu ta’liq atau komentar yang detail oleh senior saya di Maahad Azhar, Penang.  Beliau telah mengamanahkan kepada saya sebagai moderator blog sekolah kami untuk dipost dan diedit tulisannya mana yang perlu.

Asalnya, komentar hadis ini dikongsi sebagai memberi sanad hadis ini yang bersambung kepada sesiapa yang berminat. Namun oleh kerana saya telah menerima Sanad hadis ini dari ‘turuq rijal’ (Jalan perawi) yang lain, maka hadis ini menjadi khazanah bermanfaat buat perkongsian kita semua.  Namun dengan rasa sungguh  berbesar hati saya tetap bersyukur dapat menerima sanad hadis ini dari jalan yang berbeza. Dengan sedikit pengemaskinian,  tambahan nota kaki dan pengajaran  hadis saya berkongsi di laman ini.

Continue reading “Komentar @ Ta’liq Hadis أم زرع”

Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun


 

 

Hari ini seorang sahabat bekas teman sebilik saya di kampus UIA suatu masa dahulu mengirim sms kepada saya. Oh, memang sungguh nostalgik pengalaman dengannya. Dialah teman berdebat saya yang mengenali saya lebih dari saya kenal diri sendiri. Teman suka duka segala.

 

Karakter dan personalitinya sungguh unik  yang tidak pernah saya temui seumur hidup saya. Teman dari seberang, Indonesia. Mindanya semua isu akan menjadi kritikal terutamanya tentang ideologi, peradaban atau tamadun.

 

Beliau memang sungguh kritikal namun sungguh menyenangkan. Tidak pernah menyangka beliau akan berkahwin dahulu.  Sebuah entri yang pernah di tulis lama dahulu. Sebuah nostalgia yang mengajar pelbagai perkara. Beliau pernah merentas tanah Syam sebagai seorang musafir ilmu. Dalam perbezaan kami berkongsi banyak persamaan.  Semuanya bermula dengan sebuah kisah jejak-jejak di bumi Nabi. Di situ cerita kami bermula. Dia di Urdun dan saya di Mesir. Sebuah perbezaan bisa mencantum dua hasrat yang sama. Keakraban yang luarbiasa. Andai berlapang dada dan saling beradab dan menerima akal budaya.

 

Entri 2006
 

I- Urdun
 

Memetik bunga ” Juri” di halaman Urdun

Seperti biasa, setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan ‘tanduk’ di kepala mereka bertiga. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik “juri” di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal “shantoh” besar dan gunting mereka menuju Amman.

 

Continue reading “Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun”

Ramadhan 8:Koleksi Anekdot Di Pinggir Ramadhan


Satu lagi koleksi entri saya di laman blog lama. Sekadar satu perkongsian bersama.

Anekdot I   : Menyambut Ramadhan Di Mesir

Anekdot II : Seorang Chatherine

Anekdot II : Pope Dan Teks Kuno

Anekdot I

Kekasih kita datang lagi

Di sini dan di sana juga di merata-rata pelusuk dunia, semua manusia yang beriman pasti menanti kedatangan kekasih; Sharu As-Shiam dan segala yang penuh barakah terhimpun di dalamnya dengan penuh penantian dan kerinduaan.

Manusia yang beriman dengan Allah, pasti dikurniakan walau tidak sepicing rasa rindu pada Ramadhan. Walau artis hiburan apabila ditanya, mereka menjawab, kami akan berehat di dalam bulan Ramadhan kerana menghormatinya.

Inilah bulan yang akan kita lalui dengan izin Allah yang terhampar di dalamnya segala Rahmah dan cinta dari Allah.Andai selalu terasa cintaNya dan RahmahNya, di bulan Ramadhan digandakan lagi.

Setiap tahun juga, kita akan mendapat atau mendengar ucapan; Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari semalam. Di sana sini terdengar, namun bagaimana interpertasinya juga aplikasi hingga akrab di dalam qalb bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau benar-benar ibadah kita ikhlas kerana Allah, dengannya akan terhimpun khusyu’ dan taat di dalam bulan ini dengan sendirinya. Natijahnya, perubahan perilaku dan pengorbanan nafsu dan istiqomah di dalam ibadah hingga melewati selain dari bulan Ramdhan.

Ramadhan Di Bumi Kinanah

Di pinggir Ramadhan ini, tiada lain melainkan pasti akan teringat suasana Ramadhan di ardhil anbiya’ dahulu. Benar-benar berbeza dan istimewa. Segalanya. Sambutan menyambutnya besar-besarnya, lampu Fnnus dipasang. Renda-renda dan kain rentang yang dibuat dari plastik berwarna-warni digantung di antara ‘imarah’ dan banggunan. Segalanya. Himpunan barakah dan sadaqah di mana sahaja. Tambahan bagi anak rantau rezekinya mencurah-curah dari langit.

Jiran-jiran Arab Di Mansurah

Teringat akan jiran yang kami panggi ‘baba’. Pastinya akan dihantar ke rumah kami satu karung ‘makaroni’, juga beras dari ‘mama’ sebelah timur pula. Berbagai-bagai. Belum dikira ‘maunah’ dari pihak kuliyyah. Di Mansurah dahulu, bantuannya MasyAllah memang pelbagai. Setiap hari kami wafidat atau musafir ilmu akan beratur satu rumah sebagai contoh; ada lapan orang wakil 3 orang untuk mengambil bahan mentah berupa yang dipanggil ‘maunah’. Sama-samalah kami mengusung minyak masak, ayam yang belum dimasak atau daging dan paling hampir selalu ialah makaan wajib bagi orang Arab iaitu kentang. Kadang-kadang  sampai satu satu kotak. Alhamdulillah.

Continue reading “Ramadhan 8:Koleksi Anekdot Di Pinggir Ramadhan”