Nota Kelas Wise: Modul Kedua Seisi Pertama


Nota Kelas Wise: Modul Kedua Seisi Pertama

CABARAN KEBUDAYAAN BARAT SEBAGAI CABARAN LUARAN KAUM MUSLIMIN.

1) Maka ia bermula dengan kristian sebagai asas kepada kekacauan tamadun Islam dengan tamadun barat sebagai cabaran luaran kaum muslimin.

2) Tradisi kristian yang telah dibaratkan. Bukan kristian timur atau ortodoks. Proses pembaratan.

3) Punca pertentangan islam dan barat kerana satu agama yang asalnya disampaikan oleh Nabi Isa hanya utk bani israel dijadikan sebagai agama sejagat. Apa yang berlaki ialah agama kristian telah diselewengkan oleh pendawka pengikut Nabi Isa menjadi agama sejagat. Nabi isa menyampaikan berita akan kedatangan Rasulullah saw.( surah as-saf)

4) Bahasa Melayu sebagai bahasa agama Islam kedua tertinggi tidak diangkat

5) Perbualan antara Nabi Isa alaihissalam dengan pengikutnya telah diseleweng hingga menjadi agama sejagat.

6) Idea asal ialah pengkhabaran Nabi Isa tentang agama sejagat ialah agama Islam. Agama sejagat ialah idea besar. Ia mesti daripada wahyu yang disampaikan oleh Nabi Isa a.s. Tetapi pengikut Nabi Isa yang selepas itu telah salah mengaplikasikan kepada agama Kristian sedangkan yang dimaksudkan ialah ajaranIslam yang akan dibawa oleh Rasulullah saw.

7) Universal value ini dibawa oleh dua sahaja. Islam dan barat. Freedom, democracy. Mesti diterima oleh semua orang.

8) Hanya ada dua bangsa yang menulis sejarah sebagai sejarah sejagat. Orang Islam dan orang Barat. India, Jepun, Cina tidak menulis sejarah dunia. Yang menulis sejarah dunia ialah Islam dan Barat. Contoh: At-Tawari, penulis sejarah Islam. Ibnu Kathir. Mereka menulis sejarah secara global. Contoh lain: .. Tanggapan mereka terhadap sejaarah ialah global sejagat. Kalau ada bangsa lain yang menulis itu sekalipun, ia pandangan yang kabur atau tidak mengukuh.

9) Maka kedua perkara ini budaya dan agama menjadi pertembungan antara Islam dan Barat. (confrantation).

10) Universalisme, kesejagatan selain dari itu Islam datang sudah datang untuk menggugat dasar-dasar kepercayaan agama Kristian.

11) Ciotucus: Menghamili/Mengandungkan tuhan menurut dakwaan mereka. Agama yang telah dicampuradukkan dengan tradisi pagan dan tradisi jahil mereka.

12) Org barat tahu kita lemah, tetapi yang mereka geram ialah wahyu Al-Quran yang menyerlahkan dan membangkang teologi mereka hanyalah AL-QURAN. Tiada teks agama lain yang menyanggah kepercayaan mereka.

13) Trinity: three tunggal. Tuhan yang ada tiga watak. Tiga bersatu.(kamus melayu lama). Bukan tiga tuhan. Satu tuhan tiga watak yang bersatu menjadi satu tuhan.

14) Dicipta selepas itu, untuk diselaraskan dengan budaya pagan, aninisme budaya lain. Bila agama lain diselewengkan, mereka telah ambil unsur agama/budaya lain Roman/Parsi/Yunani dsbg dan dimasukkan dalam teologi mereka. Contoh agama hindu ada juga trin, dan agama pagan lain.

15) Mengkultuskan Maryam.Alquran menolak dan mengatakan ia bughtanun adzim. Fitnah besar dan agung dalam sejarah perkembangan agama.

16) Islam juga menggugat original sins.

SOSIO POLITIK DAN EKONOMI

17) Is lam mengambil masa lebih kurang 50tahun untuks ebarkan Islam ke seluruh dunia. Tidak mencapai asia lagi, tetapi sepanyol, itali, afrika. Yang pertama menakluk barat id negera barat sendiri ialah Islam.

18) Orang barat 600 tahun pun masih belum mampu menjangkau tahap kesemua benua lagi. Ini antara lagi confrantation. Di sinilah bermulalah pengembaraan barat. The age of adventure. Bagaimana orang barat membuka tempat baru. Columbus. Sebenarnya ia satu proses sejarah. Ia satu proses. Sebenarnya yang berlaku dalam sejarah ialah Islam menguasai dunia, ekonomi ketika itu. Justeru mereka terkepung dan mereka perlu mencari sumber ekonomi. Sebenarnya nak ke India. Tetapi sampai ke Us. Red Indian. 3

PEMIKIRAN

1) Kegentingan pemikiarn. Syed Hussein Nasr berkumpul di dua tempat 1)

2) di universiti.

3). Yang mula memulakan pembicaran barat dan menyanggag terhadap pemikiran tersebut. Proses pengislaman falsafah barat itu telah sampai sebelum itu lagi.

3) ibnu hazam

4)tp siapa. Merasionalkan Aqidah kristian.. perbincangan rasional dengan aqidah kristian.

4) Cara mereka menanggap sejarah secara umum. Classical ages.-à mideiveel ages—modern cara mrk mentafsir sejarah. Ini mereka –barat-. Dan kita ikut pula ini salah ini bukan cara kita mentafsir sejarah. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba. Tetapi dalam sejarah ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan mereka menggelarkan satu period itu sebagai period tersebut.

Medievel- dark ages- christian

Modern-Enlightment/ ren- kelahiran semula- anti agama.

Soal-jawab

1) perang nak lawan orang Islam senang. Tetapi nak betulkkan daripada kepala orang Islam itu susah. Hakikat, kebenaran, tanggapan dan ilmu dibuat digunakan oleh tanggapan menggunakan cara pandangan Barat.

2) Agama asal Nabi Islam di juressalam. Ttp kemudian dicampuradukkan kemudian ke tempat lain atas dasar sosiopoltik. Mengalami proses pembaratan dan akhirnya berakhir di barat. (apa semnagat dalam pandangan alam barat yang diterapkan dalam agama kristian).

3) Dalam diri manusia itu sendiri ada unsur syaitaniah atau kejahatan. Dari segi itu kita lihat dari sudut bersepadu. Sebagai manusia ada unsur syaitan. Syaitan luar. Itu yang hendak kita saring dan kita lawan.

4) Dikalangan umat nabi saw yang immeditae, salman alfarisi, suhaib ar-rumi, bilal alhabsyi. Aqidah islam sudah universal. Kita tak boleh menjadi Islam hanya dengan menerima Rasulullah tetp kena terima nabi sebelumnya. Menunjukkan universalnya Islam. Kita kena terima kitab lain.

5) Manuskrip melayu terbesar di belanda atau eropah. Orang kita tidak menghargai manuskrip melayu hingga musnah dan hancur bahan-bahan ilmu.

6) Disebabkan ulama jaga dalam masa 500 tahun ulama’ boleh manfaatkan hingga sekarang tapi sekali hancur kita kena reunventing balik will dan kemahiran menulis yang kita tiada.

7) Ulama-ulama Islam kalau menulis ia akan menulis daripada kisah Nabi Adam alaihissalam. Berdasarkan riwayat israiliyyat yang boleh diterima. Kita terasnya Tauhid dan telah dilengkapkan dalam Alquran dan dalam sejarah dan disiplin sejarah. Cara kita memahami disiplin sejarah bukan sekadar tarikh apatah Kronologi. Tetapi sejarah sebenarnya sosiologi aqidah,fikah dan itu semuanya termasuk dalam sejarah. Ia bukan sejarah politik sahaja. Malah sejarah pemikiran. Sejarah hamzah fansuri, an-raniri, – A theft to rakyat. Mereka berani berkata perkara yang betul untuk kemaslahatan ummat. Hamzah fansuri dah menilis metafizik. Kitab sejarah bahasa melayu. Buhtanul salikin-dalam bahasa melayu . Sejarah dunia. Dalam zaman islam. Bahasa melayu itu sendiri sudah universal. Either or. Tak boleh seolah-olah ada dilema. Kalau sikap itu bersepadu ia patut tidak ada dilema.

a) hamzah fansuri

b) ar-raniri

c) ibnu khaldun

d) risalah kaum muslimin

Overview 2014: 8 Januari 2014


10676388_865614376802243_5554037360885124348_n

1) PROSES

Kesemua perkara memerlukan proses. Inti dan kulit perlu bermesra, berulit dan sebati baru akan menghasilkan satu proses kemanisan seulas buah dalam merangka perjalanan sebagai manusia, hamba dan khalifah.

2) INTROSPEKSI

Kejadian-kejadian sekitar dan alam merupakan restropeksi dalam merungkai ma’na yang Allah aturkan.

3) HIKMAH

Pohonlah agar Allah beri hikmah.

4) KEJUJURAN
Sifat siddiq itu yang akan menyampaikan pada Allah

5) AMANAH

Amanah sebatang tubuh yang kerdil dalam menggalas tanggungjawap yang pelbagai.

6) PENCARIAN

Apa yang dicari dan ditunggu nanti?

7) BERGERAK

Sifat tunggu, lengah dan melayan emosi adalah sesuatu yang tidak baik. Berhenti dari mengelamun.

8 ) PENGHARAPAN

Meletakkan harapan dan sayap lebar hanya pada Allah.

9) PENGUKUHAN

Penambahan ilmu untuk mengukuhkan keyakinan dan menambah amal.

10) BUNTU DAN TEMU
Ibarat dua alir deras menghambat jiwa. Kebuntuan seharusnya membawa kepada Allah..

11) BACA

Bacalah buku dan bukan layar maya.


rajab1

 

((Allah bless us in Rajab and Shaaban; and convey us to Ramadan))

((Verily time has come full circle like it was on the day that Allah created the heavens and earth. The year is twelve months, four of which are sacred. Three of them are consecutive: Dhu’l-Qiidah, Dhu’l-Hijjah, and Muharram. And Rajab (of Mudar) between Jumada and Shaaban)).Reported by Abi Bakrah.

1) Do Tawbah

In general for any sin, repentance entails:

(a) immediately ceasing the sin,
(b) sincere remorse, and
(c) firm resolve to not commit the sin again.
[Nawawi, Riyad al-Salihin]
2) Do istighfar

3) Make a lot of dua

Certainty vs. Uncertainty in Rajab and Shaaban-Ar draft G1

“Therefore, you can be certain that your sincere effort and supplication, your dedication of yourself to the renewal of your relationship with the Divine in this sacred season will not go unnoticed. More so, your anxiousness for the wellbeing of the oppressed, and your concern for their safety will not go unheeded. We would be remiss to forego these assurances for a mere reliance on other strategems of less guarantee alone. Whatever our preoccupations may be, all of us will be wrapped up in Ramadan. Let’s make it programmatic.” Sidi Jihad Hashim Brown

5) Start reconnecting with Al-Quran

4) Starting to fast as a practice to purify your soul

5) Making a good habit

6) Try to refocus and regather your schdecule

Dua Sisi Pandang


Bismillahirahmanirrahim

Dua sisi pandang & WordPress  adalah dua momentum baru. Momentum bagi perjalanan penulisan kami berdua. Saya dan suami. Setelah hampir setahun penulisan hampir terhenti  kerana pelbagai sebab. Writer block, (walau kami bukan penulis-pro), faktor luaran & dalaman, kami cuba mencari ruang lain bagi membina satu anjakan baru. Jesteru, tercipta laman ini. Laman-laman lama (alqasam.hadithuna & salmanamir.hadithuna) sudah dinyahaktif  (deactivate) atau tidak digunapakai lagi. Selain dari faktor-faktor di atas, Hadithuna tidak menawarkan satu sistem sekuriti peribadi yang efisen. Ia adalah perjalanan. Laman ini. Cuba menumpukan beberapa niche atau fokus dalam penulisan adalah matlamat kami, inshALLAH. Moga dapat diteruskan. Masih dalam proses. Umumnya, penulisan kami sebagai cerminan diri. Ya, hanya sebagai penulis rencam.

Catatan Di Padang 2 (Satu Kemaskini)


8 November 2009

3 pagi

Pagi itu, saya di kejutkan oleh bacaan Al-Quran yang di baca oleh seseorang. Rasanya masih terlalu awal untuk bangun kerana jam masih menunjukkan pukul 3 pagi. Di suatu sudut surau itu, saya terpandang seseorang berjubah sedang solat tahajjud. ” Awalnya Haji Zainal bangun, tak letih ke dia seharian menggali perigi semalam ” gumam hati saya sebelum tertidur semula. Malu juga rasanya bila saya yang hanya membuat ‘light duty’ tidak punya kekuatan untuk melawan perasaan mengantuk.

30 minit sebelum subuh, semua ahli rombongan sudah mula bersiap untuk solat subuh. Saya yang terbangun agak lewat terpaksa beratur menunggu giliran untuk menggunakan tandas ‘buatan’ yang di bina 2 untuk kegunaan semua orang.

6 pagi

Alhamdulillah, syukur masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan. Seusai solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar, beliau menyampaikan tazkirah yang menyentuh tentang peri pentingnya ukhuwwah islam. Ukhuwwah yang di umpamakan seperti ikatan saudara sedarah sedaging seharusnya melahirkan keprihatinan terhadap masalah yang di hadapi oleh saudaranya dan bukan sekadar mementingkan kesenangan diri sendiri. Seperti biasa, ada yang dapat menumpukan perhatian tetapi ramai antara kami yang tersengguk menahan kantuk di dalam suasana dingin pagi itu.

Pagi itu,kami bermesyuarat sekali lagi untuk menilai gerakerja semalam dan merancang tindakan hari ini. Kumpulan pertama meneruskan agenda membina rumah untuk penduduk sekitar Padang Pariaman dan kumpulan kedua akan menyambung kerja menggali perigi yang tertangguh di Sungai Limau. Menurut mereka, keadaan geografi Sungai Limau yang berbukit menyebabkan air dari  perigi yang di gali tidak mampu untuk naik ke atas. Hari ini,mereka akan membeli 1 lagi pam dan 2 tong air untuk menarik air dari lereng bukit naik ke atas,tempat kediaman penduduk Sungai Limau.

Saya ternanti-nanti pembahagian tugas saya kerana tidak di beritahu di mana khidmat kesihatan akan di adakan pada hari ini. ” Ok, doktor hari ni ikut saya,kita ke Sungai Limau. Saya gali perigi, doktor tengokkan kesihatan penduduk kampung” ujar Haji Zainal. Beliau yang sudah hampir 1 bulan di Padang sudah tahu segala permasalahan penduduk di situ. Sehinggakan, jika beliau bercakap loghat indonesia,pasti orang tidak akan menyangka dia berasal dari Malaysia.

8 pagi

Selepas bersiap-siap dan makan pagi,kami bertolak ke destinasi masing-masing. Saya, bersama 6 sukarelawan wanita dan kumpulan menggali perigi menaiki kenderaan 4WD ke Sungai Limau. Kedudukannya yang berbukit menyukarkan kenderaan biasa untuk sampai ke sana.

Sampai di sana, kami memunggah tangki air dan motor yang di beli di pertengahan jalan tadi. Saya dan ‘jururawat’ yang membawa ubatan pantas di kerumuni oleh kanak-kanak dan orang tua yang datang dengan pelbagai masalah penyakit. Kebanyakannya berpunca dari penggunaan air yang tercemar seperti cirit birit, jangkitan kuman pada kulit dan demam serta sakit tulang kerana terdedah kepada cuaca yang sejuk.

SDC10836

Mengangkat tangki air ke lereng bukit

Pemeriksaan kesihatan warga Sungai Limau

Telaga yang di ‘bore’ berhampiran telaga lama

PERIGI HARAPAN

Selesai sesi pemeriksaan kesihatan, saya menyertai kumpulan menggali perigi di belakang perkampungan tersebut. Di lereng bukit yang curam itu hanya terdapat 2 perigi kecil yang mengandungi air bertanah yang rasanya layak di panggil lopak. Air itulah yang di gunakan oleh penduduk sehari-hari semenjak perigi asal tertimbus selepas gempa bumi. Patutlah mereka kelihatan benar-benar gembira bila ada orang yang membantu mereka mendapatkan air bersih apatah lagi mengepam air tersebut ke atas bukit sekaligus mempermudahkan mereka mendapatkan air tanpa perlu menuruni bukit yang curam itu.

Selesai proses pemasangan paip,berebut-rebut kanak-kanak di paip utama untuk mandi. Sebelum bertolak balik, mereka mengajak kami menjamu selera. Saya ingin menolak kerana rasa tidak selesa dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih. Mereka menggunakan air yang dari perigi yang tidak bersih, memasak di dapur luar rumah bersama ayam dan kucing dan pelbagai lagi faktor yang meng’halang’ selera saya.

Kanak-kanak berebut untuk mandi dengan air yang bersih

Sukarelawan wanita bergambar bersama penduduk kampung berlatarbelakangkan rumah yang runtuh

LAUK AYAM ‘HIDUP’

Haji Zainal mengajak kami menjamah makanan sebagai tanda hormat kepada mereka. Makanlah kami dengan ‘slow motion’ di kelilingi oleh orang kampung dan ayam serta binatang ternak yang lain. Tiba-tiba seekor ayam melompat masuk ke dalam lauk kami dan menumpahkan lauk tersebut. Kali ini,saya benar-benar tidak mampu meneruskan makan. Tambahan pula,Haji Zainal bercerita tentang katak yang masuk ke dalam kuah panas semasa beliau makan di rumah mertua beliau di Indonesia. Mujurlah isi perut saya tidak terkeluar dengan cerita ‘seram’ tersebut.

5 petang

Hari ini kami sama-sama balik ke posko keletihan. Haji Zainal dan Pak Cik Alias masih bersemangat untuk meneruskan kerja penggalian telaga yang tertangguh di kawasan lain. Selepas kami bersolat asar, saya terlena dan tersedar 1 jam kemudian. Semua kumpulan telah sampai dan masing-masing bercerita tentang pengalaman di kawasan kerja masing-masing. Ustaz Razali asyik bercerita tentang kesungguhan sukarelawan membina rumah untuk penduduk tetapi tuan rumah sendiri sekadar melihat sambil minum di kedai teh. Jiran-jiran sekeliling juga langsung tidak membantu seolah-olah rumah yang di bina bukan untuk kegunaan mereka bersama. Itulah suasana yang saya lihat sepanjang perjalanan siang tadi. Mereka seolah-olah tidak punya semangat untuk membina semula kehidupan dan memadai sekadar cukup untuk makan dan minum sehari-hari. Masa lapang mereka di habiskan di kedai kopi dan menonton siaran parabola di dalam khemah-khemah bantuan. Anak-anak muda mereka hanya kelihatan bersiar-siar dengan motorsikal dan jarang sekali kelihatan mereka menutup aurat dengan baik. Masjid dan surau juga tiada pengunjung dan tertutup sepanjang masa.

PERINGATAN ALLAH

Benarlah telahan kami, penduduk di sini sudah jauh meninggalkan penghayatan agama. Walhal, di sinilah bumi kelahiran ramai ulama’ terkemuka di Indonesia seperti HAMKA dan lain-lain. Penghijrahan ulama’ yang berterusan ke Jakarta dan Bandung meninggalkan penduduk setempat dalam keadaan jahil dari memahami agama. Itulah yang di akui sendiri oleh mereka yang masih punya kehendak untuk mengembalikan masyarakat kepada penghayatan agama seperti yang di warisi dari ulama’-ulama’ silam.

Dalam erti kata lain, semua yang berlaku, samada gempa bumi, tsunami dan pelbagai bencana lain adalah tazkirah dan peringatan dari Allah Taala. Janjinya jelas di dalam Al-Quran bahawa sekiranya penduduk sesuatu tempat itu melupakan agama Allah, nescaya di buka pintu kesenangan dunia di buka seluas-luasnya. Sedang mereka bergembira itulah, Allah Taala mendatangkan bencana dariNya mencabut segala akar umbi kemaksiatan dan kekufuran. Ianya telah berlaku kepada mereka dan boleh berlaku di negara kita sekiranya kita melakukan apa yang mereka lakukan.

Bersambung

Catatan Di Padang 1


Kejadian gempa bumi berskala 7.6 Mw berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan 30 September 2009 berhampiran Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia telah mengorbankan ramai nyawa dan harta benda. Menurut laporan,kerajaan mengesahkan 1,115 kematian, 1,214 cedera parah dan 1,688 cedera ringan.Manakala kira-kira 135,000 rumah rosak teruk, 65,000 sederhana rosak dan 79,000 rosak sedikit.

Walaupun di Malaysia, kesannya tidak begitu di rasai, namun sebagai orang islam, kesengsaraan dan penderitaan yang di alami oleh saudara seislam perlu sama-sama di hayati dan pertolongan yang termampu mesti di hulurkan bagi meringankan beban bahu yang memikul.

Sabda Rasulullah s.a.w : Perumpamaan orang yang beriman itu pada kasih sayang mereka seumpama satu tubuh, jika satu dari anggota tubuh itu mengalami kesakitan, ianya turut di rasai oleh seluruh anggota tubuh pada kesakitan dan berjaga malam kerananya.

PELUANG MEMBANTU

Saya berpeluang untuk pergi ke Padang,Indonesia bersama teman-teman dari Yayasan Amal Malaysia(YAM) pada 7hb November 2009 baru-baru ini. YAM telah menghantar sukarelawannya beberapa kali semenjak gempa bumi itu berlaku bagi membantu penduduk di sana membina kembali kehidupan mereka pasca gempa bumi.

CATATAN HARIAN

7hb November 2009

Hari ini,pukul 3 pagi lagi saya sudah terjaga. Bersiap-siap dan terus bertolak dari Shah Alam ke LCCT bersama isteri dan ibu mertua saya. Selesai solat subuh di surau,saya mencari-cari anggota rombongan,namun seorang pun daripada mereka tidak kelihatan.
Langsung saya menyalami isteri dan ibu mertua dan terus masuk ke balai berlepas kerana khuatir saya sudah di tinggalkan oleh ahli rombongan. Rupa-rupanya, penerbangan di jadualkan pada pukul 8 pagi dan mereka semua masih di luar.

Sebelum bertolak dari LCCT

Sempat menjadi jutawan. Lumayan sih!

Saya berjumpa semua ahli rombongan dari YAM dan kami check in bersama-sama. Tepat pukul 8 pagi,kapal terbang Air Asia berlepas meninggalkan Malaysia menuju ke Sumatera Barat,Indonesia. Tak sampai 1 jam, kami sudah mendarat di Lapangan Terbang Internasional,Minangkabau.

Gambar di Lapangan Terbang Internasional Minangkabau

Kami di sambut oleh 2 pemuda dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Ahmad Syukrillah yang masih menuntut di Universiti Riau dalam fakulti Ilmu Pemerintahan dan Azimu yang merupakan AJK PKS daerah Padang Pariaman. Dari lapangan terbang, kami di bawa menaiki Kijang Innova ( Jenama Toyota di Indonesia ) ke Posko Belinang ( Pos Koordinasi Bekasi Peduli Minang ) yang terletak di Padang Pariaman. Sempat lagi kami singgah untuk makan Nasi Padang di Restoran Lamun Ombak yang menurut mereka ialah tempat wajib bagi pelancong ke Sumatera. Memang sedap lauk pauk di sana dan sehingga hari ini saya masih teringatkan Kepala Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi dan Air Jus Avokado.

Di Malaysia,saya terbayangkan semua bangunan di Padang sudah runtuh dan kami yang datang terpaksa duduk di dalam khemah tanpa bekalan air dan elektrik. Mujurlah, penempatan kami ialah surau separa siap yang terselamat dari kesan gempa dengan sumber air dari bawah tanah yang di pam dengan dapur kecil di belakang surau untuk kami memasak. Syukur, alhamdulillah.

Belum pun sempat saya merehatkan badan, Ustaz Arif dari PKS mengajak saya dan beberapa orang dari YAM untuk turut serta dengan program kesihatan gabungan 7 sekolah dengan Lembaga Perikanan Indonesia.

” Bolehlah pak doktor bercakap-cakap sama pelajar-pelajar tentang penjagaan kesihatan pasca gempa ” kata Ustaz Arif.

” Aduh,apa yang aku nak cakap nanti. Nak cakap Bahasa Malaysia, mesti budak-budak tu tak faham. Kalau cakap Indonesia, aku sendiri yang tak faham ” fikir aku di dalam hati.

Sampai di sana, Ustaz Wan Faizul dari YAM memulakan dengan motivasi dan nasyid-nasyid yang memberi semangat.Tiba masa untuk saya menyampaikan ceramah kesihatan, dan hasilnya, saya sendiri tidak faham apa yang saya ceramahkan gara-gara ingin meng’adjust’ kepada bahasa mereka.

Ustaz Wan Faizul menyampaikan ceramah motivasinya kepada murid-murid

Majlis selesai lebih kurang pukul 12.30 tengahari dengan pembahagian berus gigi,susu dan nasi berlauk ikan kepada semua pelajar. Kami balik ke Posko dan terus tertidur keletihan. Sedar-sedar,jam sudah menunjukkan jam 4 petang.

Saya mengambil kesempatan untuk meninjau sungai di belakang surau tersebut. Menurut cerita Ustaz Arif, ikan-ikan di dalam sungai itu di larang untuk di tangkap kecuali sehari dalam setahun iaitu semasa perayaan Maulidur Rasul. Itu kesepakatan ahli kampung dan sesiapa yang melanggar peraturan perlu membayar denda. Memang betul-betul menguji keimanan melihatkan ikan-ikan kelah yang harganya mencecah RM 80 seekor bermain-main di pinggir sungai seolah-olah tahu dengan peraturan yang menyelamatkan spesies mereka itu.

Ikan kelah yang berenang-renang tanpa gangguan

Lebih kurang pukul 5 petang, rombongan kedua YAM sampai dengan selamat menambahkan anggota sukarelawan seramai 12 orang ( 6 lelaki dan 6 perempuan ). Kami bersiap-siap untuk solat Maghrib dan selesai solat,kami bermesyuarat untuk gerak kerja kemanusiaan yang akan di teruskan pada esok hari.

Kami di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Kumpulan Pertama: Kumpulan yang membina rumah bagi menggantikan rumah yang telah
runtuh.
Kumpulan Kedua: Kumpulan menggali perigi untuk sumber air yang bersih
Kumpulan Ketiga: Kumpulan yang memberikan khidmat kesihatan di sekolah dan kampung.

Seperti yang di jangkakan, saya di tugaskan di dalam kumpulan ketiga bersama Ustaz Abu Bakar, Ustaz Wan Faizul dan 6 muslimat yang lain. Terus saya menyelongkar stor masjid yang menempatkan ubat-ubatan sumbangan NGO yang datang sebelum kami yang kelihatan belum di sentuh lagi.

Selesai semuanya lebih kurang pukul 10 malam, kami semua tidur dengan berhimpit-himpit antara satu sama lain dengan lena sekali.Semoga lebih bertenaga untuk berbakti kepada saudara seislam di Padang esok hari.

bersambung