Catatan: Meneladani Perjalanan


Suatu masa dahulu. Sekadar sebuah catatan lama pasca 2007 – di awal 2008. Sebuah perjalanan bernama hamba.

Entri Repost: -Old Version-

Oh, umurku (telah) menjangkau …. tahun, namun aku sudah tua. Aku sudah tua dengan dosa-dosa!

Sambil-sambil aku cari kitab yang boleh dibaca di bilik ini, tertarik dengan satu buku yang tajuknya sahaja boleh mengundang kontroversi bagi sesetengah pihak. Sambil membaca dengan teliti dan cuba membuat perbandingan dan meletakkan diri aku di luar kotak dan bersikap adil dalam menilai. Buku yang kebetulan aku temui bertajuk ” Hakikat Tarikat Naqsyabandiah “. Selalunya apabila aku membawa buku-buku berkaitan tasawwuf atau toriqah, aku akan terus dihinggapi dengan sense of doubt dalam hendak mencari keputusan dan perbincangan ilmiah yang benar-benar memuaskan hati, ruh dan akal aku. Aku bukanlah tahu banyak sangat, jesteru aku belajar dengan guru-guru, berbincang, bertanya dan membaca dari pelbagai buku yang pro dan kontra. Sambil-sambil membelek dan menyeluruhi isi kandungan aku seolah-olah mengembara dalam satu kembara ilmiah, Buku ini sungguh seimbang dalam penghujahannya dari pihak yang menolak dan menerima toriqoh. Sambil-sambil itu, aku juga merasakan akulah yang menjadi antara subjek yang terlibat dalam perbincangan dalam buku yang ditulis oleh H.A Fuad Said ini.

Aku tidaklah punya banyak pengetahuan tentang Tarikat Naqsyabandiah, namun ada juga beberapa buku pro dan kontra aku telah baca dan diskusi bersama mereka yang lebih ‘arif, alim dan faqeh dan juga teman-teman. Namun aku bukan ingin mengupas isi kandungan dan keputusan muzakarah ilmiah yang diselanggarakan oleh Seketeriat Dakwah Majlis Ulama Indonesia Tingkat I Propinsi Sumatra Utara di Medan pada 20 Disember 1987 dan pada tanggal 26 November 1989 yang telah menatijahkan terbitnya buku ini.

Terdapat banyak karangan-karangan Ulama’ Salaf, fatwa-fatwa ulama’ kontemperori dan pandangan-pandangan individu tentang tariqoh. Suka untuk bersikap objektif aku selalu melihat kepada kedua-dua pihak dengan pandangan yang ilmiah dan adil. Namun kadang-kadang terdapat ketidakadilan dari kedua-dua pihak terutamanya pandangan yang datangnya dari generasi muda sekarang. Semasa empat tahun di ardhil anbiya’ dahulu tidaklah pula aku cenderung untuk mengetahui secara mendalam malah tidak mencari/menggali walau suka akan ilmu tasawwuf. Aku belajar dengan pelbagai guru samada mereka yang digelar salafi jadidah/alamadzhabiah dan juga syeikh-syeikh lain juga. Tidaklah aku bercadang di sini untuk membuat kesimpulan tentang muzakarah tersebut di entri ini, mungkin lain kali dengan izinNya. Tetapi aku ingin muhasabah diri yang selalu sangat leka. Tidak semua perkara dapat dilihat dan dinilai melalui zahir akal dan teoritikal ilmiah semata-mata.

Kadang-kadang aku harap aku boleh bawa keluar hati aku kemudia cucikan dan lihat kesihatannya. Entah sihat entah tidak. Dalam banyak-banyak perbincangan dalam buku ini aku tertarik dengan kata-kata yang dinaqalkan dari Syeikh Abu Hassan As-Syadzili yang sangat aku hormati dan segani. Kalau dikira akan kutub khazanah warisan Sheikh As-Syadzili tidak lah terkira banyaknya. Ibn Taymiah juga mengutip banyak pendapat Abu Hassan As-Syadzili mengenai pelbagai masalah.

Ibn Daqiqil ‘Id menegaskan:

” Saya tidak pernah melihat orang yang paling mengenal Allah dari Syeikh Abu Hassan As-Syadzili”.

Kata-kata mutiaranya yang dinaqalkan dalam buku ini yang buat aku terduduk sendiri atau yang telah menampar hati aku yang keras ini adalah:

“Apabila dzikir terasa berat atas lidahmu, anggota tubuh berkembang menurutkan hawa nafsumu, tertutup pintu berfikir untuk kemaslahatan hidupmu, maka ketahuilah bahawa semua itu adalah petanda banyaknya dosamu atau kerana sifat munafiq yang tumbuh dalam hatimu. Tiada jalan lain selain dari berpegang teguh kepada jalan Allah dan ikhlas dalam pengamalannya “.

MasyaAllah. Jamie wal Mani’ kalam Syeikh As-Syadzili. Menyeluruh. Sekejap. Aku ingin lihat hati sendiri sebentar.

Dan aku teringat akan satu puisi yang dilagukan oleh Sheikh Zulfiqar di sini bertajuk “Change My Dead Heart “. Haha. Aku ingin ketawakan ( atau menangis? ) diriku sendiri. Akulah itu yang punya hati yang hampir mati.

p/s:New Version will coming soon, inshALLAH.

Advertisements

Unfinished Short Story


 

Aku melihatnya dengan sinar keliru, diakah itu sahabat yang telah terpisah lama. Sekujur tubuhnya masih sama, malah aku kenal amat akan riak wajahnya. 15 tahun lamanya aku mencari-cari ke mana hilang gerangannya. Ya, aku pasti itu Raihan. Aku berbisik sendiri.

Sambil menjinjit plastik keluar dari kedai buku Konikuniya aku berlari-lari anak mengejar kujur tubuh itu di balik puluhan manusia. Pandangan mataku berbalam-balam  sambil ingatanku juga melayang mengingati pertemuan terakhir kami.   

 

1988

 

                              
Pertemuan terakhir di persisiran Nil, masih hangat dalam ingatan. Aku masih ingat lagi pada detik itu. Kami melafaz janji bersaksikan langit hitam, bintang  berkerlipan juga halus Nil yang mengalir. Katanya. " Aisya, walau sebentar saja Raihan di sini, menziarahimu mengenal  lembah sarat ulama’ juga akrab dengan ilmu di sini, namun jiwaku tenang dengan nikmat yang sebentar ini. Andai mampu aku mengubah sesuatu ingin sahaja aku menukar tubuh dengan Aisya, aku di sini dan Aisya di Texas". Ulasnya mesra sambil ketawa sendirian.

 

Aku hanya memandangnya sekilas, tersenyum nipis namun hati sarat sebak dengan bicaranya. Tidak mahu menggangu  suasana juga mahu menutup perasaan sebenarku, aku sekadar menepuk lembut lengannya seraya berkata. " Raihan ni, segalanya kan dah tersurat. Raihan di sana, bertemankan pohon-pohon pine, daun-daun mapel,  anggur  yang wangi, dan salju yang dingin. Aku di sini berteman kan debu sahrawi, apalah ada denganku . Namun walau tubuh terpisah jauh namun Raihan mesti ingat janji kita ya." Aku mengerlingnya menanti balasannya.

 

Dia melihatku sambil mengerdipkan matanya yang indah jeli berwarna hazel.  Katanya. " Aisya, takkan Raihan lupa. Jadi wanita yang solehah, ermm rajin belajar hingga benar-benar hadam segala ilmu, tetap di atas jalan dakwah dan ilmu. Juga jangan berkahwin hingga habis belajar." Dia memaparkan wajahnya yang lucu apabila mengutarakan ayat yang terakhir membuatkan  ketawa kami pecah bersama.

 

Sambil membetulkan lipatan hijab hitamku yang  sedikit terganggu oleh desiran angin malam, aku menjawab. " Ingat tu, jangan bermain cinta, nanti terbakar pula. Andai dah tak dapat nak elak, simpan je. Biar pekasam dalam hati. Cinta-حب tu "isim nakirah ". Boleh hadir tanpa diketahui oleh sesiapa."Bercinta" itu ‘feel’, perbuatan perlakuan membenarkan perasaan cinta itu."

 

Aku mengulang kembali prinsip tegas yang kami genggam sejak dari zaman sekolah menengah lagi sambil menjelingnya tajam, namun hati ingin  tertawa melihat mimik wajahnya yang ceria dan terseringai lebar.

 

" Ok dear, aku orait je. Aisya ni, terang pasal nahu pula kat aku yang memang ‘zero’ nahu. Beliau berpura-pura marah. Beberapa anak-anak kecil Arab berlari-lari di tebing sungai Nil di Tahrir ini. Kami senyap seketika melihat ibubapa kepada anak-anak kecil tersebut. Ayahnya sudah kelihatan berumur manakala ibunya masih muda. Begitulah adat kebiasaan di Mesir.

Raihan tersenyum memandang kanak-kanak tersebut yang tersipu-sipu memandang kami. Anak perempuan jesteru malunya tebal. Jika kanak-kanak lelaki menjadi satu kemestian bertanyakan soalan ” Pukul berapa sekarang” apabila melihat ‘Wafidin’ seperti kami.

Raihan menyambung perbualan kami.

“Aisya pun sama ya. Tegar di dalam  Sunnah Baginda s.a.w tau, dan melazimi jalan-jalan Salaf Soleh dan ulama’-ulama’ yang kita sama-sama cintai. Lusa, aku akan terbang ke sana. Menyambung pengajian musim panasku. Kau di sini, baik-baik sahaja ya. Doakan Raihan tabah atas nama wanita Muslimah. Cabaran di sana hebat, hanya segelintir yang berhijab. Mohon doa moga aku tekal ya..

 

Birai mataku kabur, sambil mengenggam erat tangannya, aku mengganguk. Selamat jalan teman. Umpama terusan Nil yang dikatakan berpunca dari syurga; walau entah benar entah tidak, begitulah harapan kami berdua agar janji kami termetri hingga membawa ke JannahNya.

 

Bersambung…
 

April 2006

Entri lama di blog lama. Asalnya tiga tahun lepas ingin menyuntik elemen kesan liberalisasi, travelogue, falsafah dan kemanusiaan dalam cerpen ini. Entah ke mana halatujunya selepas ini. Moga dapat dihabiskan penulisannya dan tahun ini dapat memberi anjakan kepada beberapa perkara dalam hidup. Menghabisi apa yang tertunggak. Menyelesaikan apa yang tertangguh. Diri, peribadi, keluarga dan masyarakat. Learning, growing, improving, loving and giving more each day. Ini yang saya harapkan prior to Muharram. Juga berkongsi secawan kopi di birai Muharam ini. Entri asal saya tulis dua tahun lepas sempena kedatangan hijrah. Moga-moga. Amin.

Anekdot Wida’ I


Gambar di ambil oleh: Kıvanç Niş

Esok dia bakal pergi. Hati ini akan walang rindu lagi. Bukan kepalang. Namun ini hakikat. Daerah ini bukan daerah kekal. Daerah ini daerah memendam cinta. Agar janji bakal terlunasi bersama. Agar rindu terlerai di daerah cinta. Tiada lagi wajah manis yang bakal bercerita bersama. Tentang Turki dan segala yang ada dalamnya. Tiada lagi paksaan mencicipi teh panas sambil menikmati keju masam yang menyihatkan. Tiada lagi. Yang tinggal hanya tepu janji yang bisu. Dia bakal pergi menyusuri langkah teman yang dahulu pergi. Ramadhan akan datang, tiada diksi mereka lagi.

Oh, tahun ini menempa sejarah terpisah kujur tubuh namun bersatu minda, ruh dan hati. Yang tinggal hanya janji. Juga doa. Ikatan itu tidak pada pertemuan hari-hari, namun doa itu saksi dan bukti. Esok, dia bakal pergi.

Julai 2007
~

Meraikan kedatangan Rejab, pintu Ramadhan.
Mengingat gadis-gadis mulus dari Turki; Ebru dan Nejmiye.
Teman memugar rahasia-rahasia bulan-bulan mulia

Cinta: Lupa Dan Ingat


Saya masih ingat mengapa saya menulis tulisan di bawah. Masih segar malah.

Ketika itu[1] saya mengajar di salah sebuah sekolah antarabangsa. Di hari yang tidak disangka kami mendapat berita beberapa murid kami melakukan sesuatu yang diluar duga.

“You won’t believe what happen Sumayyah!”

Sahabat susah senang dan teman seperjuangan Sister Rahimah merapati saya. Saya tahu kekanda saya ini akan mengkhabarkan apa-apa yang penting dan kami berkongsi hampir segalanya. Sahabat yang tiada duanya lagi.

“Oh, why?”

Dada saya berdebar kencang. Setelah diberitahu, saya masih tidak percaya!

Hampir pitam saya. Malah, ada yang berada dalam usrah saya sendiri. Sedih juga kesal namun saya tahu ini ujian. Buat saya. Buat mereka. Sebelum saya berhenti dan juga selepas peristiwa tersebut saya mengajak setiap seorang dari mereka duduk-duduk santai bersama saya. Berbual dari hati ke hati. Remaja. Bukan senang. Kita kasih dan kasihankan mereka. Jika mereka tersalah, pimpin mereka. Jika mereka silap, selami jiwa mereka.[2]

Tulisan ini lahir dari hati tunduk akur bahawa kita; tiada apa-apa. Jika kita ada sedikit sifat Ihsan, ia tidak dapat dikira sebagai apa-apa kerna Allah Maha Hebat lagi!

Dunia oh dunia

” Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasihsayangNya kepada kamu, tiadalah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan orang-orang yang dikehendakiNYA; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu “An-Nur: 2

Allah mengampuni hamba-hambaNYA  selagi mana tidak mencapai batasan Syirik. Jelas bila hari ini mereka yang dekat dan akrab di hati serta anak didik setiap hari  telah mebuatkan kami terduduk, longlai dengan hentakan peristiwa natijah tersungkurnya mereka dengan nafsu. Tidak mampu memandang mata, bukan benci namun gementar tubuh mengingatkan hebatnya  percikan dosa mereka, bukan mengabaikan namun risau andai pandangan mata berbaur zhon yang tidak baik dan dua yang tidak ikhlas  pula atau syuur (perasaan) yg tidak baik juga.

Continue reading “Cinta: Lupa Dan Ingat”

Secawan Kopi Di Awal Tahun


 Photo by

DI ANTARA KOPI DAN>AND JAVABEANS

Tahun- tahun yang berlalu memberi satu kebangkitan baru dalam diari pemuda-pemudi Islam. Baik dari lapangan apa pun kita. Kebejatan pembikinan blog-blog, akaun-akaun peribadi berbentuk Friendster, Myspace, Facebook, Livejournal dan juga segala bentuk online chatting yang pelbagai menjadi satu ‘trend’ baru. Tidak kira apa juga kencendurungan pemuda-pemudii Islam samada berbentuk haraki, akademik, kesufian, ilmiah, politik, musik dan juga jurnal. Medan internet adalah lapangan hikmah buat kita gali sesuai untuk dakwah dan tarbiyah ruhiyah menggunakan kaedah penulisan yang tersendiri demi mencari hikmah mengapa kita diciptakan. Namun internat mampu mengganggu jalan kita menuju Allah ataupun menambahkan ketaqwaan kita padaNya. Usah bezakan mereka yang berada di lapangan agama atau tidak. Semuanya terdedah kepada ujian dan fitnah ini. Kita tidak berbicara tentang orang awam. Namun tentang kita. Ya, tentang alqasam dan teman seperjalanan. Tentang kita-kita. Yang diuli dengan acuan didikan Islam. ( Em, benarkah? ). Ya, teman-teman Azhariyyun.

Pemuda-pemudi kita mampu menjadi semakin tega dengan Islam juga bertambah rasa takut kepada Allah melalui internet atau semakin lalai dan jauh dari didikan dari sekolah-sekolah agama yang di hantar ibubapa. Usah bicarakan persoalan hubungan lelaki perempuan di dalam alam maya ini. Ianya seolah-seolah dipinggirkan dalam kamus kita sebentar. Jangan dibicarakan setiap individu Muslim bertanggugjawab terhadap Islam. Menjadi qudwah dan izzah dalam setiap gerinya dan tidak membawa fitnah kepada diri, dakwah dan agama.

Sebagai contoh, kita sering mengimpikan ummah yang sejahtera dan kecenderungan tertentu dalam dakwah tidak kira apa jua kaedah/uslub dakwah yang kita teladani. Namun sering kita lupa kita, seorang individu Muslim mampu memberi kesan kepada Ummah secara keseluruhannya tambahan pula jika kita dikalangan mereka yang belajar secara khusus bidang agama, melaungkan seruan atau menunjukkan kecendurangan tertentu. Tanpa sedar, kita menjauhkan diri kita dan orang lain daripada dakwah secara umum dan kepada Allah& Rasulullah s.a.w secara khusus.

BAGAIMANA IA TERJADI?

Melalui banyak cara. Malah terdapat banyak respon dan arguementasi(?) dari kalangan orang awam yang membangkitkan konfrantasi dalam proses kelancaran tarbiyah dan dakwah di kalangan mereka yang bergelar daie’ secara khusus atau siapa sahaja secara umum.

Muhammad AlFateh ketika melatih tenteranya pernah berkata. ” Orang kuffar dibekalkan dengan senjata, kelebihan di antara kita dan kuffar adalah taqwa. Hilangnya taqwa, maka hilanglah kedudukan kita dan menjadi lebih rendah dari mereka.” Begitu juga amalan-amalan fardhu, sunnah dan penjagaan hati.

Kita tidak pernah dapat bersendiri dan menyendiri. Kita punya amanah dan kitaran kehidupan. Setiap satu memberi kesan kepada yang lain.

Hidup kita merupakan rangkaian dan rantaian. Sedang lembu juga memerlukan rumput untuk hidup.

Dunia maya dan realiti berbeza namun tetap sama. Ibarat melihat cermin. Umpama meminum kopi dan memakan javabeans. Sama tetapi berbeza namun mempunyai kaitan rapat dan disiplin tertentu.

WATAK ANIME?

Kita ibarat melihat watak dalam kandungan komik atau kartun-kartun “anime”. Kita mentertawakan lelucon dan aksi yang dipaparkan namun kita juga adalah watak “anime” dalam kehidupan.

Kita tidak pernah akan menjadi islamik dengan hanya menggunkan kata ganti “ana” dalam penulisan dan perbualan harian. Kita bukanlah manusia paling bertaqwa kalau hanya menulis soal akademik dan ilmiah semata. Menulis adalah satu kreativiti. Mempunyai kaedah yang pelbagai dan tersendiri. Namun semuanya tidak lepas dari pengawalan hati dan nafsu dari dunia. Tidak hilang dari adab dan apa juga yang sinonim dengannya.

Berbicara soal perjuangan satu persoalan, namun bagaimana duduknya andai nafsu masih dibiar liar. Internet. Medan ujian besar bagi mencapai ketaqwaan bagi pemuda-pemudi Islam. Anda tidak mahu terbeban dengan tanggungjawab dan sandaran, lepaskan diri anda dari Allah. Mampukah?

Internet hukumnya harus, sesuai asal hukum yang tiada nas pengharamannya. Ia medan melebar integrasi dan kreativiti individu. Juga menjadikannya kita makin dekat atau jauh dengan Allah.

Selain itu, internet juga salah satu bentuk ” soft addiction” dan mungkin kita terperangkap dalamnya.

TALI MUJAHADAH

Jiwa kita adalah watak dalam komik “anime” yang paling lemah. Ini bukan soal tudung labuh atau kopiah. Soal “thiqoh” atau syadid. Ini soal jiwa dengan Allah. Soal setiap nafas dan gerak akan dipersembahkan. Makin banyak yang kita tahu dan belajar makin dekat kita dengan kemungkinan seksaan dari Allah kelak. Ilmu dan musafir ilmu merupakan jalan menuju Redha Allah namun bukan tiket mendapat Redha dan menjamin syurgaNya.

” It is never about how much we learn or know, but how much we practice it with full of sincerity and complete devotion toward Allah”.

Dalam sekecil perkara dan sebesar perkara ada musuh besar akan menyerang. Lebih hebat dari watak-watak utama dalam “anime” Naruto atau Bleach.

Hingga dalam perkara baik pun ia masih bersembunyi dan ingin mengganas. Ia adalah nafsu. Musuh utama dan sangat paling mampir dengan kita. Setiap makhluk Allah tidak terlepas diuji dengan nafsu dan cinta dunia. Nafsu yang mengikat kita bukan kita yang kita mengikatnya juga cinta dunia di hati membawa kepada lemahnya jiwa dan malasnya beramal. Hati sentiasa rindu kepada dunia. Hati dipenuhi sifat-sifat mazmumah, ananiyah (ego), sentiasa merasa diri betul dan baik, sukar menerima pendapat orang lain, hasaddengki, tamak serta pelbagai penyakit hati yang lain. Kadangkala kita takut membelek hati kita sendiri.

Dan ia bukan main-main. Sekali terlepas jauh dari RedhaNya mampukah kita bernafas lagi?

Ikatlah nafsu ammarah bissu’ dan lawwamah dengan tali mujahadah, dzikir dan muraqobah dan heretlah di bahu kita hingga menjadi nafsu yang tenang dan diredhai. Bebannya berat, ya. Tersangat berat. Namun natijahnya sangat hebat dan berkesan. InshAllah.

Kita tidak pernah baik hanya dengan apa yang kita tulis atau pakaian yang kita sarungkan atau nama yang kita gunakan. Namun amal dan hati yang bersih akan dibawa dalam “dulang” persembahan di hadapan Allah. Setiap amal Fardhu dan Sunnah natijah interpertasi keikhlasan diri.

Oh ya, tuan tanah blog ini juga tidak pernah akan jadi apa-apa atau istimewa dengan menulis blog. Tuan tanah ini hanya satu zarah yang akan menjadi debu. Tuan tanah ini yang akan ditanya Allah juga tentang apa yang diamalkan, niatnya juga jiwanya. Kemana di bawa lari dan pergi.

SECAWAN KOPI

Pilihlah sesuai menurut keutamaan, kematangan dan pendidikan nafsu. Terpenting, tidak membina ‘rumah’ dalam hati buat internet. Mencintainya dan meletakkankan di dalam hati. Internet mampu menjadi kawan atau lawan.

Pesan Habib Ali Al-Joofre di antara jalan mendidik diri adalah mengurangkan perkara-perkara harus. Tentu ia dengan meminimakan diri dari bersenang dengan dunia dan membentuk nafsu tunduk dengan pencipta semesta.

Kita tidak pernah dapat bersendiri. Semuanya mempunyai kaitan. Kalau ingin menjadi “aku” tidak bermakna kita mesti melupakan “dia” atau “DIA”. Menjadi diri sendiri adalah perkara biasa namun menjadi diri sendiri juga memerlukan kepada “mereka” dan agama.

Dalam banyak perkara kita mungkin lupa tentang diri kita kerana sering melihat yang lain. Alqasam juga. Mungkin. Berjayanya kita menuju Allah adalah dengan sentiasa melihat diri sendiri. Dalam usaha dakwah dan tarbiyah, hati sendiri yang sentiasa perlu dicuci sering. Apa sahaja yang terjadi, adalah tujahan kepada penundukan nafsu. Hakikatnya, kita ini bukan siapa-siapa. Sentiasa melihat diri hingga nafsu menangis dan tunduk kepada iman. Melihat kepada dalam diri dan memusatkan perhatian kepada Allah. InshAllah, kita dinilai Allah melalui ” Khowatim” dan bukan apa yang telah berlalu (yang disusuli taubah). Setiap dari kita adalah manusia, dan manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Betapi ramainya abid yang kemudian cenderung diakhir usianya kepada kemaksiatan dan mati dalam kufur. Nauzubillah min zalik. Lihatlah Allah pada Maha KayaNya Dia. Lihatlah DIA, bukan pada manusia.

Petikan di bawah ini jelas satu artikel “kopi pasta”. Apa salahnya kan sekali-sekala meminum minuman diperbuat dari “javabeans” bersama hidangan dari Itali. Selamat menjamu selera. Kopi minuman segar dari sebutir kacang, Seperti hidup kita juga. Asal tiada kepada ada kemudian tiada kembali dan ada kembali. Bismillah.

( Mari sama-sama kita minum Kopi Radix HPA )

Salam Maal Hijrah 1429 Hijrah, Kullu ‘Am WaNahnu ilAllahi Aqrabu ( Semoga setiap tahun makin kita dekat denganNya) InshAllah. Sama-sama kita mendoakan keselamatan buat adik Sharlinie yang hilang. Moga beliau sentiasa dalam pemeliharaan dan jagaan Allah sentiasa. Untuk maklumat lanjut di sini dan di sini

* Artikel & Audio berkaitan :

1) Di Muntalaq untuk di download.

2) Intim Tanpa Cinta

3) Sepinggan Dosa Berulama Pahala

4) Cinta Oh Cinta

5) Matlamat Sahaja Yang Besar?

6) A Competition Of Attraction oleh Syeikh Husain Abdul Sattar (Sacred Learning )

7) Melayari internet dengan kebersamaan ALLAH: Fathi Yakan

Nota kaki yang tiada kaki

Mungkin entri kali ini berbaur ‘garang dalam kehalusannya’, namun sasaran pembacanya adalah tuan site ini sendiri serta sahabat-sahabat yang berjalan di jalan yang sama. Mungkin kadang-kadang kita perlu menggarangkan diri kita apabila melihat betap banyaknya lelaki Mu’min tergoda dengan wanita dan internet di luar sana dan betapa ramai wanita yang kian giat mencambahkan benih-benih zina hati dalam hati lelaki. Atas nama, entahlah. Lelaki Islam di akhir zaman makin culas dalam ibadah dan dakwah. Wanita Islam pula makin lemah jiwa mendepani mehnah. Aduhai dunia, bagaimana diharapkan terbangkit semula tamadun Islam dengan jiwa yang kacau dan minda yang haru-biru!

Kita diserang dengan virus mengambil mudah dan bersenang-senang dengan internat. Yang amat dan terlalu, kadangkala. Ubudiyyah dan dakwah? Bukan sekadar retorik. Mu’min yang tidak banyak ilmunya namun beramal lebih dicinta Allah dari mu’min yang besar ilmunya namun sebaliknya yang berlaku. Allah Lebih Mengetahui. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita samada sedar atau tidak, sengaja atau tidak, akan datang atau yang telah lepas, dan apa yang lebih Engkau ketahui tentangnya.

Kita tidak menggunakan penfasiran bersifat tekstual dan robatik juga bukan ingin bersikap Holier than Thou. Bukan tentang ini atau itu tidak boleh. Bukan tentang taqwanya seseorang dengan dia begini atau dia begitu. Redha Allah sifatnya Qadim. Ramai yang beribadah namun akhir hayatnya berada dalam murka Allah. Namun kita berbicara soal hati yang selalu dibicarakan natijahnya. Ya, tentera jasad dan ruh kita. Cermin kepada mengenal Allah.

” Dinaqalkan Sheikh Ali Juma’ah juga melarang hubungan ajnabi di alam maya (yang bukan dalam lingkungan perkara syarie) “. Sheikh Ali Jum’ah merupakan ulama’ komtemperori yang tradisional namun berfikiran terbuka.

Sayonara.

Faqerah. alQasam. 2008. (Tulisan lama di blog lama sempenan Muharram)

Astaghfirullah. Wallhua’lam.