Bukan Kisah Pari-Pari



Here

Bismillahirahmannirahim

Segala Puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki arasy dan tujuh petala langit dan bumi. Selawat dan salam atas junjungan saw.

Ustazah memikirkan dan syahdu jiwa mengenangkan. Sebelum ustazah memulakan agak sukar menulis kerana ustzah berdoa agar segala tulisan, dan harapan semuanya bersandarkan kehendak ALLAH. Usatzah fikirkan kamu dan berdoa dengan sungguh untuk kamu.

PERNIKAHAN BUKAN PARI-PARI

Perkahwinan bukan ibarat kisah dongeng si pari-pari. Indah, mengasyikan dan segalanya tampak sempurna.

Berkahwin mengumpulkan dua insan berbeza. Karakter dan personaliti. Memasuki dunia perkahwinan bertujuan membaiki dan bersama-sama menjadi manusia yang LEBIH baik untuk redha Allah. sama-sama menjadi, belajar dan berubah menjadi manusia yang baik setiap hari.

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi…” Riwayah Bukhari”

Jesteru pernikahan disyariatkan. Separuh dari agama. Menghalalkan yang haram. Wanita sebagai ketua rumah. Suami sebagai ketua keluarga.

Menjaga rumahtangga itu Sunnah. Perit, pedih, ganjarannya syurga Allah. Bukan kerana anak, cinta manusia atau pandangan manusia. Pada suami ada syurga nan indah. Pada dia, ada penambahbaikan karekter bersama. Bersabar, berbincang dan ada jalan terbentang.

Jalan kita bukan jalan mawar. Jalan kita untuk cari DIA. Di hadapan kita makhluk. Amal kita bukan untuk suami, anak atau cinta dunia. Di balik semua makhluk, ada jalan menuju ALLAH.

Tahan, usaha dan berjaya saat perit ini. Kelak anda berdua dapat tersenyum dan belajar bersama dan lihat belakang, aku dapat harungi saat paling getir hidup bersama dan glad we work it out.

Terkurang adab sebagai isteri, suami menyakiti kita tersilap dan tersilap dalam percaturan adalah perkara biasa. Yang paling penting JANGAN SEKALI-KALI MENGAMBIL JALAN MUDAH MENYELESAIKAN permasalahan yang berlaku.

Berkahwin dengan tergesa-gesa itu ditakuti sifat tergesa-gesa yang datangnya dari syaitan.

Meleraikan akad perkahwinan TANPA fikir panjang ATAU mengambil jalan mudah ATAU mengambil jalan short cut itu juga sifat syaitan.

Tergesa-gesa dan tidak berfikir panjang itu sifat syaitan kata Nabi saw.

HAK & TANGGUNGJAWAB

Saidatuna Aishah berkata jikalau wanita – wanita itu tahu akan hak-hak suaminya nescahya mereka akan sangup menyapu debu – debu di telapak kaki suaminya dengan muka mereka.

Bagi lelaki lebih banyak lagi. Pada rumah, duit, kereta, makanan, pakaian pendidikan. Kita hanya pada suami. Menurut pandangan ALLAH.

Terlalu banyak hak dan tanggungjawab dalam AKAD yang berat ini. TIDAK mudah dan TIDAK senang.

Bagi suami, ALLAH akan bertanya bagaimana dia membantu dan memandu alam rumahtangga. Allah tidak lihat pada kesilapan tetapi ALLAH lihat bagaimana usaha kita untuk bangkit dari kesilapan. Suami punya tanggungjawab besar dalam semua sudut kehidupan.


By: Here

JALAN RINGKAS

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Namun sebagai wanita jalan ringkas kita ke syurga ialah dengan taat dan patuh pada suami. Tidak patut atau adil?

Bahkan tidak.

Sebagai wanita, ALLAH menyediakan jalan ringkas untuk ke syurga dengan memudahkankan kita memasukinya. Jika suami Redha, terus ke syurga. Kita tidak perlu fikir sempurna pada manusia lain. Cukup pada mata suami.

Inilah pesanan yang ustazah terima dari guru atau murabbi mursyid ustazah sendiri.

UNTUK ALLAH, BUKAN UNTUK SUAMI.

Namun, kesemua inci, rinci dan aspek yang kita lakukan bukan untuk suami?

Bukan untuk suami. Bukan untuk ibu. Bukan untuk anak.

SEMUANYA pada hakikatnya adalah persembahan kita untuk ALLAH.

Suami tidak menghargai. Nah! Bukankah untuk ALLAH amalan kita. Kita taat, patuh atau bercakaran sekali sekala untuk pelihara rumahtangga kerana itu APA yang ALLAH suruh BUKAN untuk suami.

Di depan kita MAKHLUK.

Tetapi dalam amalan itu HANYA untuk DIPANDANG dan DITERIMA Allah.

Bila Allah terima, suka dan gembira dengan kesungguhan kita mencari suka ALLAH, Allah akan menerima (Redha) kita sebagai hambaNYA dan melindungi kita.

Itu hakikat ibadah.

Bukan suami atau isteri yang akan membalas.

MANUSIA TIDAK SEMPURNA

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu adalah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.†(Al-Anfal: 28)

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu adalah fitnah (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.” At-Taghabun (64) ayat 1

Sebagai manusia kita tidak sempurna. Begitu juga di pihak suami. Harus rasa rendah hati menerima hakikat ini. Saling beralah, menerima kekurangan masing-masing sebagai penyempurnaan kepada kehidupan yang asing. Kelemahan diri menjadi kekuatan si dia begitulah sebaliknya.

Sentiasa berusaha dan cinta untuk menjadi lebih baik dan membaiki diri.

Anak, bukan tujuan. Isteri bukan tujuan. Suami bukan tujuan. Semua ini hanyalah FITNAH untuk menguji kita sebagai hamba.

TUGAS pertama kita adalah HAMBA.

Apa jua tindakan harus membawa fikir.

Allah suka tak dengan keputusan kami ini?

SALING MENYEMPURNAKAN

Ustazah sendiri akui sangat susah menjalani rumahtangga. Kerana ia SEPARUH AGAMA. Bayangkan dunia luar pun sudah susah kita hadapi. Cuba bayangkan jika kumpulan seluruh kerenah, kepayahan dan kesusahan hidup, cabaran dunia, dan pelbagai lagi segala hiruk pikuk dunia yang Allah kata 50% = TAQWA.

Dunia rumahtangga ialah dunia kecil. = 50 dari agama.

Kesusahan dan kepayahan bukan sedikit.

Tapi kita semua berusaha untuk dapat cinta dan Redha ALLAH.

Saling menyempurnkan.


PENAMBAHBAIKAN KARAKTER

“Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” (al-Baqarah:187)

Bersama-sama memaafkan. Tundukkan ego. Berbincang. Saling berusaha membaiki hubungan dan sikap.

SIKAP.

Seorang wanita mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
“Aku telah dipinang orang. Katakan padaku apakah hak-hak sebagai suami isteri? Jika terdaya aku akukan maka aku akan kawin. Bersabda Rasulullah, “setengah darinya ialah jiak mengalir darah atau nanah dari hidungnya lalu dijilat oelh isteri untuk membersihkannya, belumlah tertunai lagi hak suami atas isteri, dan jika patut atau boleh seseorang menyembah manusia maka akan aku perintahkan wanita – wanita sujud menyembah suami mereka”. Mendengar itu wanita tadi lantas menjawab, “Demi Allah yang membangkitkan engkau sebagai nabi, aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini”.

Bukan mudah berkahwin.

Sikap terlalu mudah dan tergesa-gesa sekalipun andainya diberi peluang BERKAHWIN baru, apakah sikap ini samada di pihak siapapun AKAN BERUBAH?

Sikap itu yang perlu diperbetulkan. Samada dipihak lelaki atau perempuan.

Cabaran terbesar bagi usrtzah bila dah berkahwin ialah mengubah sikap diri sendiri dan membaikinya. Kematangan dalam tindakan dan keputusan. Semuanya bertitik tolak bagaimana pemikiran kita dan pandangan tentang perkahwinan.

Semuanya kembali kenapa kita berkahwin ?

TUJUAN PERKAHWINAN

Menjalani perjalanan perkahwinan, sebelum berjalan dalamnya, seorang perlu faham apa maqsad (tujuan) perkahwinan diciptakan.

Ianya disyariatkan sebagai separuh dari agama. Disyariatkan sebagai separuh agama yang MENYAMAI TAQWA!

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (ar-Rum:21)

Ibn Katsir berkata, “Di antara tanda kebesaran-Nya yang menunjukkan keagungan dan kesempurnaan kekuasaan-Nya, Dia menciptakan wanita yang menjadi pasangan kamu berasal dari jenis kamu sendiri sehingga kamu cenderung dan tenteram kepadanya. Andaikata Dia menjadikan semua Bani Adam (manusia) itu laki-laki dan menjadikan wanita dari jenis lain selain mereka, seperti bila berasal dari bangsa jin atau haiwan, maka tentu tidak akan terjadi kesatuan hati di antara mereka dan pasangan (istri) mereka, bahkan sebaliknya membuat lari, bila pasangan tersebut berasal dari lain jenis. Kemudian, di antara kesempurnaan rahmat-Nya kepada Bani Adam, Dia menjadikan pasangan mereka dari jenis mereka sendiri dan menjadikan di antara sesama mereka rasa kasih (mawaddah), yakni cinta dan rasa sayang (rahmah), rasa kasihan. Sebab, bisa jadi seorang lelaki mengikat wanita kerana rasa cinta atau kasih terhadapnya hingga mendapat kan keturunan darinya atau ia (si wanita) butuh kepadanya dalam hal nafkah atau agar terjadi kedekatan hati di antara keduanya, dan lain sebagainya.

MAQSAD ASAL PERKAHWINAN

By : Here

Ia membawa kita kepada asas dan maqsad asal perkahwinan?

Adakah pada mencinta seseorang?

Atau bersama dia yang kita cinta?

Atau dengan cinta segalanya akan membuatkan kita kuat untuk perkara lain?

Pada pemuasan nafsu seksual?

Atau mendapat zuriat soleh?

Atau mempunyai teman hidup?

Bahkan tidak.

Tidak semudah itu.

Perkahwinan hanya jalan. Jalan untuk ibadah. Di depannya ada hak, tanggungjawab dan amanah. Di situ bukan hidup bersama hingga ke syurga yang menjadi teras. Bahkan ia boleh meruntuh jika sekadar itu asas yang kita cari.

Jika sekadar menyempurnakan nafsu, cukuplah bertemu, melaksanan hubungan seksual dan hidup sendiri-sendiri.

Jika matlamat punya anak yang soleh, cukuplah dengan lahir anak, membesarkan dan mendidik.

Tidak.

Jika itu matlamat rumahtangga, tiadalah hak. Tiadalah tanggungjawab.

MAQSAD asal rumahtangga ialah bagaimana dua manusia bergelar hamba DIHALALKAN hubungan jasmani, emosi dan spiritual HIDUP dan BERINTERAKSI bersama agar dapat menghasilkan kualiti hidup dalam pelaksanaan sebagai KETUA RUMAH, PEMIMPIN RUMAH dan MANUSIA seterusnya HAMBA.

Menerusi MASA, KAEDAH, CARA dan HAD juga RUANG yang dihalalkan syara’ yang tidak ada dalam ruang lingkup selain hanya SUAMI ISTERI yang memiliki keharusan ini.

Pada setiap aspek interkasi dua manusia ini, ada tafsiran yang merangkumi interaksi yang tidak dapat diterjemah dalam aspek manusia lain.

Jesteru, hidup bersama dalam ertikata yang diwajibkan syara’, isteri ketua rumah, suami ketua keluarga, anak-anak rakyat kecil harus diteladani dengan halus sesuai dengan had yang telah ditetapkan agar menepati kehendak dan hak Allah taala.

Maqsad (Tujuan) ini, tidak akan terhasil melainkan apabila dua pasang manusia ini bersama dalam satu rumah dan melaksanakan aplikasi syara’ dalam hak, tanggungjawab sebagai suami dan isteri dalam setiap inci, aspek, ruang dan rinci perjalanan setiap hari sebagai manusia.

Menjadi manusia yang hamba.

Penuhi amanah hasil dari akad yang berat dan mulia.

Membentuk taqwa.

Sebagai Ibadah.

Ya, lafaz nikah dan cinta bukan segalanya.

Sekadar lafaz tidak pernah akan memadai.

Disusuli dengan lafaz itu suatu perjanjian besar.

Setelah lafaz itu ada tanggungan berat.

Ada hak. Ada tanggungjawab. Ada konsisten dalam komitmen. Ada fikir panjang.

Bagaimana mengurusi akad itu setelah itulah cabaran sebenar.

Ia tidak terhenti pada lafaz cinta atau lafaz aku bernikah dan hidup semati susah senang denganmu.

Tidak akan pernah semudah itu.

TIDAK TERLAMBAT

Sebaiknya jangan dilafaz talak. Menggegar arasy.

Namun masih belum terlambat. Dalam islam ketika tempoh iddah. Diharuskan tinggal bersama. Malah suami perlu menyediakan nafkah, tempat tinggal dan pakaian. Disunnahkan rujuk dengan segera samada melalui kata-kata, atau kembali bersama dalam hubungan suami isteri.

Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang boleh dirujuk oleh suaminya’.(Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

USAHA SEBAIK

Penceraian itu diharuskan. Namun bukan sebagai jalan pintas, ringkas dan mudah. Ia tidak disuka ALLAH. Malah DIBENCI Allah.


Copyright

Usaha sebaik mungkin. Kemudian baru boleh mengalah. ATAU mengeluh. ATAU pasrah. Allah tidak suka hambanya berhenti di tengah jalan. Atau pasrah sahaja tanpa usaha. Allah lihat usaha BUKAN hasilnya. Hasilnya di tangan ALLAH.

Apabila dah usaha sehabis baik, baru boleh berbicara dengan ALLAH, aku telah lakukan sehabis baik dalam melaksanakan amanah dan hak aku pada mu ya ALLAH.

Kiita bukan pencinta manusia. Suami anak hanya fitnah dunia sahaja (lihat surah Baqarah) dihiasi untuk hadap DIA.

Cinta suami isteri hanya berapa peratus sahaja. 10%. kadang kelam hambar. Ini bukan tentang cinta. Namun rempah dan citra yang menghiasi rumahtangga. Adun ia.

Masih belum terlambat.

Ustzah doa, solat untuk kamu berdua. Buatkan untuk ALLAH, bersusah payahlah untuk ALLAH, bukan untuk kehendak diri atau nafsu sendiri. Semua, ALLAH.

Wallahua’lam.

ps: Tulisan di atas adalah email saya kepada salah seorang yang baru bercerai hanya setelah sebulan berumahtangga. Saya telah diminta bantuan saat-saat akhir. Semoga ALLAH membantu mereka dan menyediakan jalan terbaik buat mereka.


Picture Copyright: Here

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s