Lafaz Nikah Dan Cinta Bukan Segalanya


“Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” (al-Baqarah:187)

Sebagai permulaan kepada feqh Munakahat atau Ahwal Syakhsiah, suka saya menyentuh ayat di atas yang akan merungkai kepada beberapa persoalan besar berkaitan hal ehwal rumahtangga manusia.

Telah di sebut dalam ayat Allah yang mulia di atas, suami isteri adalah pakaian bagi salah satu di antara kedua-duanya.

Bukan sekadar hubungan jasadiah (intimate relationship) bukan juga dari sudut emosi atau spiritual semata-mata. Malah pakaian yang dianalisa para mufassirin sama Imam AlQurtubi, Ibnu Kathir melebihi segala tafsiran akal manusia.

PAKAIAN PENAMBAHBAIKAN

Pakaian itu penambahbaikan kualiti sebagai manusia.

Pakaian itu bagaimana kita kita berinteraksi sesama manusia.

Pakaian itu bagaimana dua manusia mampu mengeluarkan potensi paling tinggi untuk berhadapan dengan cabaran sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Pakaian itu bagaimana menggabungjalin dua kriteria, karakter dan personaliti berbeza dalam interaksi sebagai manusia.

Bagaimana dua manusia ini, tumbuh, membentuk dan belajar tentang interaksi sosial pada diri setiap dari keduanya untuk diaplikasi pada selain dari mereaka.

Yang mana apabila dihalusi interaksi suami isteri di antara satu sama lain merangkumi rencam segala kesulitan dan susur galur interaksi

RUMAH DUNIA KECIL

Rumah itu dunia.

Suami isteri itu rakyat dalam dunia bernama rumahtangga.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.” (Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Hidup bersama suami dan isteri rumahtangga adalah tempat penambahbaikan karakter yang sangat utuh. Hidup bersama setiap hari yang disunnahkan Nabi saw bukan sahaja semata-mata hubungan
jasadiah dan emosi tetapi dua insan bersama hampir setiap hari diharuskan syara’ untuk sama-sama membesar, belajar dan berubah menjadi manusia yang lebih baik. Jika dengan keluarga tidak dapat direalisikan seoptimum mungkin, kerana masih tiada hubungan jasadiah seperti suami isteri. Suami isteri hubungannya merangkumi semua jenis interaksi manusia.

Interkasi suami-isteri, interaksi dunia.

Dalam ruang sempit bernama rumah, dalam masa berjam, berhari, bertahun, berminggu bersama, dalam segala ripuh suasana merangkum pelabagai konflik dan cabaran sebagai manusia = perang, masalah, salahfaham, belajar dari kesilapan, nilai baik & buruk, penambahbaikan karakter, sabar, bertolak ansur dan pelbagai unsur dan elemen yang merangkumi segala jenis interaksi antara manusia yang HANYA akan ditemui dalam dunia BERNAMA rumahtangga.

TAPAK BUKAN BUMBUNG

Namun begitu, harus difahami, perkahwinan dan cinta itu bukan segalanya-galanya.

Ianya sekadar asasnya sahaja. Malah mungkin cinta itu rencahnya bernilai 10% dalam masakan rumahtangga. Di situ perlu hadir rencah lain yang akan menjadikan masakan rumahtangga itu benar-benar menepati status dunia kecil yang menyempurnakan separuh agama.

Pada separuh itu ada penyempurnaan sebahagian yang lain yang perlu pada taqwa.

50% – Dunia bernama perkahwinan
50%- Dunia di luar perkahwinan

Hasilnya, tapak manusia dan pembentukan kualiti manusia bermula dari rumahtangga yang sihat dan sejahtera. Hubungan dan interaksi yang segar, tumbuh sebagai manusia menghasilkan penambahbaikan dalam interaksi di dunia luar rumahtangga.

Sesuai dengan lafaz separuh yang ditutur Nabi saw. Ianya membawa makna besar dalam pemahaman an-nisf. Yakni separuh kepada PENYEMPURNAAN AGAMA – separuh (selain rumahtangga), separuh (rumahtangga).

Nah, bukankah pada dunia kecil itu menyamai segala yang lain dalam ruang lingkup sebagai manusia?

Ringkasnya, separuh dari agama yang Nabi saw sebut dalam Hadis yang masyhur:-

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi…” Riwayah Bukhari

Perkahwinan itu bukan titik. Bukan noktah. Bukan jalan akhir. Bukan sesuatu yang dikejar. Tidak akan memuaskan diri sebagai manusia. Tidak akan mencakupikan dari segala yang lain.

Seperti cinta juga.

Lafaz cinta yang diungkap dalam segala peribahasa, lagu, lirik dan puisi nan indah semuanya hanya retorik pemanis jiwa yang masih belum berhadapan dengan konsep asal sebagai manusia.

Sebagai hamba.

TUJUAN PERKAHWINAN

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (ar-Rum:21)

Ibn Katsir berkata, “Di antara tanda kebesaran-Nya yang menunjukkan keagungan dan kesempurnaan kekuasaan-Nya, Dia menciptakan wanita yang menjadi pasangan kamu berasal dari jenis kamu sendiri sehingga kamu cenderung dan tenteram kepadanya. Andaikata Dia menjadikan semua Bani Adam (manusia) itu laki-laki dan menjadikan wanita dari jenis lain selain mereka, seperti bila berasal dari bangsa jin atau haiwan, maka tentu tidak akan terjadi kesatuan hati di antara mereka dan pasangan (istri) mereka, bahkan sebaliknya membuat lari, bila pasangan tersebut berasal dari lain jenis. Kemudian, di antara kesempurnaan rahmat-Nya kepada Bani Adam, Dia menjadikan pasangan mereka dari jenis mereka sendiri dan menjadikan di antara sesama mereka rasa kasih (mawaddah), yakni cinta dan rasa sayang (rahmah), rasa kasihan. Sebab, bisa jadi seorang lelaki mengikat wanita kerana rasa cinta atau kasih terhadapnya hingga mendapat kan keturunan darinya atau ia (si wanita) butuh kepadanya dalam hal nafkah atau agar terjadi kedekatan hati di antara keduanya, dan lain sebagainya.

MAQSAD ASAL PERKAHWINAN

Membawa kepada rungkaian di atas, membawa kita kepada asas dan maqsad asal perkahwinan?

Adakah pada mencinta seseorang?

Atau bersama dia yang kita cinta?

Atau dengan cinta segalanya akan membuatkan kita kuat untuk perkara lain?

Pada pemuasan nafsu seksual?

Atau mendapat zuriat soleh?

Atau mempunyai teman hidup?

Bahkan tidak.

Tidak semudah itu.

Perkahwinan hanya jalan. Jalan untuk ibadah. Di depannya ada hak, tanggungjawab dan amanah. Di situ bukan hidup bersama hingga ke syurga yang menjadi teras. Bahkan ia boleh meruntuh jika sekadar itu asas yang kita cari.

Jika sekadar menyempurnakan nafsu, cukuplah bertemu, melaksanan hubungan seksual dan hidup sendiri-sendiri.

Jika matlamat punya anak yang soleh, cukuplah dengan lahir anak, membesarkan dan mendidik.

Tidak.

Jika itu matlamat rumahtangga, tiadalah hak. Tiadalah tanggungjawab.

MAQSAD asal rumahtangga ialah bagaimana dua manusia bergelar hamba DIHALALKAN hubungan jasmani, emosi dan spiritual HIDUP dan BERINTERAKSI bersama agar dapat menghasilkan kualiti hidup dalam pelaksanaan sebagai KETUA RUMAH, PEMIMPIN RUMAH dan MANUSIA seterusnya HAMBA.

Menerusi MASA, KAEDAH, CARA dan HAD juga RUANG yang dihalalkan syara’ yang tidak ada dalam ruang lingkup selain hanya SUAMI ISTERI yang memiliki keharusan ini.

Pada setiap aspek interkasi dua manusia ini, ada tafsiran yang merangkumi interaksi yang tidak dapat diterjemah dalam aspek manusia lain.

Jesteru, hidup bersama dalam ertikata yang diwajibkan syara’, isteri ketua rumah, suami ketua keluarga, anak-anak rakyat kecil harus diteladani dengan halus sesuai dengan had yang telah ditetapkan agar menepati kehendak dan hak Allah taala.

Maqsad (Tujuan) ini, tidak akan terhasil melainkan apabila dua pasang manusia ini bersama dalam satu rumah dan melaksanakan aplikasi syara’ dalam hak, tanggungjawab sebagai suami dan isteri dalam setiap inci, aspek, ruang dan rinci perjalanan setiap hari sebagai manusia.

Menjadi manusia yang hamba.

Penuhi amanah hasil dari akad yang berat dan mulia.

Membentuk taqwa.

Sebagai Ibadah.

Ya, lafaz nikah dan cinta bukan segalanya.

Hanya permulaan dan tapak kepada dunia panjang menuju Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s