Catatan: Meneladani Perjalanan


Suatu masa dahulu. Sekadar sebuah catatan lama pasca 2007 – di awal 2008. Sebuah perjalanan bernama hamba.

Entri Repost: -Old Version-

Oh, umurku (telah) menjangkau …. tahun, namun aku sudah tua. Aku sudah tua dengan dosa-dosa!

Sambil-sambil aku cari kitab yang boleh dibaca di bilik ini, tertarik dengan satu buku yang tajuknya sahaja boleh mengundang kontroversi bagi sesetengah pihak. Sambil membaca dengan teliti dan cuba membuat perbandingan dan meletakkan diri aku di luar kotak dan bersikap adil dalam menilai. Buku yang kebetulan aku temui bertajuk ” Hakikat Tarikat Naqsyabandiah “. Selalunya apabila aku membawa buku-buku berkaitan tasawwuf atau toriqah, aku akan terus dihinggapi dengan sense of doubt dalam hendak mencari keputusan dan perbincangan ilmiah yang benar-benar memuaskan hati, ruh dan akal aku. Aku bukanlah tahu banyak sangat, jesteru aku belajar dengan guru-guru, berbincang, bertanya dan membaca dari pelbagai buku yang pro dan kontra. Sambil-sambil membelek dan menyeluruhi isi kandungan aku seolah-olah mengembara dalam satu kembara ilmiah, Buku ini sungguh seimbang dalam penghujahannya dari pihak yang menolak dan menerima toriqoh. Sambil-sambil itu, aku juga merasakan akulah yang menjadi antara subjek yang terlibat dalam perbincangan dalam buku yang ditulis oleh H.A Fuad Said ini.

Aku tidaklah punya banyak pengetahuan tentang Tarikat Naqsyabandiah, namun ada juga beberapa buku pro dan kontra aku telah baca dan diskusi bersama mereka yang lebih ‘arif, alim dan faqeh dan juga teman-teman. Namun aku bukan ingin mengupas isi kandungan dan keputusan muzakarah ilmiah yang diselanggarakan oleh Seketeriat Dakwah Majlis Ulama Indonesia Tingkat I Propinsi Sumatra Utara di Medan pada 20 Disember 1987 dan pada tanggal 26 November 1989 yang telah menatijahkan terbitnya buku ini.

Terdapat banyak karangan-karangan Ulama’ Salaf, fatwa-fatwa ulama’ kontemperori dan pandangan-pandangan individu tentang tariqoh. Suka untuk bersikap objektif aku selalu melihat kepada kedua-dua pihak dengan pandangan yang ilmiah dan adil. Namun kadang-kadang terdapat ketidakadilan dari kedua-dua pihak terutamanya pandangan yang datangnya dari generasi muda sekarang. Semasa empat tahun di ardhil anbiya’ dahulu tidaklah pula aku cenderung untuk mengetahui secara mendalam malah tidak mencari/menggali walau suka akan ilmu tasawwuf. Aku belajar dengan pelbagai guru samada mereka yang digelar salafi jadidah/alamadzhabiah dan juga syeikh-syeikh lain juga. Tidaklah aku bercadang di sini untuk membuat kesimpulan tentang muzakarah tersebut di entri ini, mungkin lain kali dengan izinNya. Tetapi aku ingin muhasabah diri yang selalu sangat leka. Tidak semua perkara dapat dilihat dan dinilai melalui zahir akal dan teoritikal ilmiah semata-mata.

Kadang-kadang aku harap aku boleh bawa keluar hati aku kemudia cucikan dan lihat kesihatannya. Entah sihat entah tidak. Dalam banyak-banyak perbincangan dalam buku ini aku tertarik dengan kata-kata yang dinaqalkan dari Syeikh Abu Hassan As-Syadzili yang sangat aku hormati dan segani. Kalau dikira akan kutub khazanah warisan Sheikh As-Syadzili tidak lah terkira banyaknya. Ibn Taymiah juga mengutip banyak pendapat Abu Hassan As-Syadzili mengenai pelbagai masalah.

Ibn Daqiqil ‘Id menegaskan:

” Saya tidak pernah melihat orang yang paling mengenal Allah dari Syeikh Abu Hassan As-Syadzili”.

Kata-kata mutiaranya yang dinaqalkan dalam buku ini yang buat aku terduduk sendiri atau yang telah menampar hati aku yang keras ini adalah:

“Apabila dzikir terasa berat atas lidahmu, anggota tubuh berkembang menurutkan hawa nafsumu, tertutup pintu berfikir untuk kemaslahatan hidupmu, maka ketahuilah bahawa semua itu adalah petanda banyaknya dosamu atau kerana sifat munafiq yang tumbuh dalam hatimu. Tiada jalan lain selain dari berpegang teguh kepada jalan Allah dan ikhlas dalam pengamalannya “.

MasyaAllah. Jamie wal Mani’ kalam Syeikh As-Syadzili. Menyeluruh. Sekejap. Aku ingin lihat hati sendiri sebentar.

Dan aku teringat akan satu puisi yang dilagukan oleh Sheikh Zulfiqar di sini bertajuk “Change My Dead Heart “. Haha. Aku ingin ketawakan ( atau menangis? ) diriku sendiri. Akulah itu yang punya hati yang hampir mati.

p/s:New Version will coming soon, inshALLAH.

Advertisements

7 thoughts on “Catatan: Meneladani Perjalanan

  1. Sukar membuat “penilaian” terhadap Naqshabandiah ni sebab banyak sangat cabangannya sekarang seperti Khalidi, Haqqani (ex: Sheikh Nazim) dan Mujaddidi (ex: Sheikh Zulfiqar).

  2. Salam ziarah. (terima kasih atas kesudian berziarah juga)

    Laman yang tidak kurang hebatnya. Tahniah, teruskan berdakwah dengan pena.

    Terima kasih atas artikel ini, jika lebih ramai ‘alqasam’ begini tentu lebih baik dan harmoni…

    umur… -moga kita sentiasa muda untuk beribadat; hargai usia.

    berkata Baha ad-din an-Naqsyabandi;
    Wuquf-i zamani: “memeriksa penggunaan waktu seseorang��. Mengamati secara teratur bagaimana seseorang menghabiskan waktunya. (Al-Kurdi menyarankan agar ini dikerjakan setiap dua atau tiga jam). Jika seseorang secara terus-menerus sadar dan tenggelam dalam dzikir, dan melakukan perbuatan terpuji, hendaklah berterimakasih kepada Allah, jika seseorang tidak ada perhatian atau lupa atau melakukan perbuatan berdosa, hendaklah ia meminta ampun kepada-Nya.

    ~hati milik Allah~

  3. Barakallahu fiki ukht.. Allah membukakan jalan petunjuk-Nya kepada mereka yg benar2 ikhlas mencari kebenaran.

    Dah tuan blog zahirkan sejarah, boleh rasanya ana cerita sikit. Mula2 ana kenal tuan blog yg mulia, ana tau beliau memang ada belajar dgn guru2 neo-salafi di Mesir (selain masyaikh lain). Ana kagum, tapi berasa sayang sekali, pada fikiran ana. Lebih2 lagi, dgn usia yg masih muda dan akal yg tajam dianugerahkan oleh Allah.

    Ana pernah tanya pada Almarhumah Ummi, kesian ana tengok mereka yg berfahaman neo-salafi. Mereka ni benar2 jujur dan ikhlas cari kebenaran dan ada ghuyur yg tinggi dlm agama.

    Ummi tersenyum mengatakan: Usah risau.. Kelak mereka kan diberi petunjuk ke jalan yg benar, kalau benar2 ikhlas kerana Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Hidayah…

    Kuncinya: Ikhlas

  4. salam ya ustazah,

    Kadang, kita dihijab Allah
    dengan banyaknya ilmu
    padahal yang lebih
    penting adalah
    amal

    Kadang, hati kita sudah berdetak
    dan bergetar tetapi akal ini
    masih mahu dalil
    dan hujah

    Saya cadangkan ustazah susuri sejarah
    hidup Imam Al-Ghazali, bagaimana
    transformasinya hingga beliau
    menjadi tempat rujuk
    ilmu-ilmu hati

  5. Terima kasih banyak Abuyon. Allahu, benarlah saudara menakutkan jika terhijab dengan ilmu. Moga-moga tidak terhijab juga kita dengan amal. Amal baik dengan ujubnya ia. Amal buruk dengan nafsunya ia.

    Imam Ghazali rahimahullah, jalannya jauh. Di Menara Syam berkhalwah. Mencari makna. Menggali asrar. Mengeluarkan diri selain dari Allah. Jalan beliau jauh. Bahkan lagi diri saya ini.

    Sidti laman ini ilmu bukannya ada. Jahil istilahnya. Amal masih bercempera. Pada murabbi yang mursyid memperelok karakter. Untuk berjalan mengenal Pencipta. Masih murid lagi saya ya saudara.

    ” Wahai anakku, dimanakah bermula dan akhir makrifahmu denganNya?”

    Maka jawab Salik,

    “Demi Tuhan yang aku dalam genggamanNya, bermula aku dengan kejahilan dan berakhir aku dengan kejahilan. Kesudahan mengenal adalah tiada mengenal, tiadalah aku ketahui apa-apa tentangNya hanyalah sekadar setitik air dihujung jari di tengah lautan yang tidak bertepi!”

    Ilmu, amal semua introspeksi hamba. Yang dicari penundukan jiwa. Penghambaan mutlak. Menghilangkan sifat keakuan yang menghijab taat/rasa hamba.

  6. salam ya ustazah,

    Benarlah patah-patahmu itu. Kita ini bukan sesiapa, kita ini tiada apa-apa. Pun begitu, kita ini sokmo lupa dan berdosa kepada-Nya.

    Moga-moga Allah ampunkan saya. Moga-moga Allah memberkati laman ini dan tuan empunya laman ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s