Nafahat Melimpah


Telah berkata sebahagian para arif Billah:

“Rahsia terbesar orang-orang yang sampai (wusul) kepada mahabbah Rasulullah s.a.w. sehingga dapat berjumpa Baginda s.a.w. di dalam mimpi ialah: mengutamakan kehendak Baginda s.a.w. dari kehendak mereka (sentiasa mengikut sunnah-sunnah Baginda s.a.w. seperti yang termaktub di dalam hadis-hadis) dan rendah diri di hadapan Baginda s.a.w. di samping hati menyimpan kerinduan untuk bertemu dengannya kerana cinta Baginda kepada kita , bukan kerana kita , kerana sifat Pemurah Baginda s.a.w., bukan kerana kecintaan kita kepadanya, kerana tiada ternilai cinta kita, kalau bukan Baginda s.a.w. yang terlebih dahulu mencintai kita. Pohonlah pertemuan dengan Baginda s.a.w. kerana kecintaan Baginda s.a.w., bukan kerana kecintaan kita kepadanya.

Sejak dua hari lepas, telah meriah dengan pelbagai pengisian ilmu dan diskusi kitab. Bermula di Madrasah Hidayah di Batu Buruk, Syaikhuna Rohimuddin mendiskusikan kitab Madrasah Salaf, kemudian pagi semalam bermula seisi membentangkan kertas kerja ringkas “At-Tasawwuf Alladzhi Nuriduh(Yang difahami Syariah, Sahabat & Salaf)” dan dalam masa di Bukit Jong Syeikh Fahmi Zam-Zam mendiskusikan sejarah Qasidah Burdah. Kemudian bersambung selepas Asar.

Pada malamnya pula, Syaikh Rohimuddin mendiskusikan kitab di Bukit Jong.

Hari ini akan bertambah dengan kehadiran para ilmuan yang lain. Moga kita mendapat nafahat dari mereka dan menyuburkan jiwa dengan cinta dan amal untuk ALLAH dengan wasilah menunaikan hak-hak pada manusia, makhluk dan alam (sunnatullah). Menyampaikan manusia pada Islam itu, adalah dengan menyampaikan manusia pada ALLAH-Pengesaan mutlak pada ALLAH, Rasulullah saw dan pengamalan syariat Baginda Nabi saw.

Itulah da’wah. Itulah ittiba’.

Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani: “Al-Mahabbah dunal Ittiba’ Al-Ibtida’ ” (Kecintaan tanpa mengikut sunnahNya itu suatu bid’ah).

Manefistasi rindu dan cinta perlu berjalan kepada ittiba’ Nabi saw. Amal yang menjadi tanda kehambaan. Untuk hati sampai kepada tahaqquq (merealisasikan) mengesakan ALLAH dengan mutlak.

Salik yang masih murid
alqasam

Advertisements

2 thoughts on “Nafahat Melimpah

  1. Assalamualaikum,

    Tiada apa yang mahu dituturkan. Cuma, sekalung tahniah kerana kerapkali mengakrabi mutiara-mutiara ilmu itu.

    Sampaikan salam saya pada teman sehidup sematimu, Insya’ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s