Unfinished Short Story


 

Aku melihatnya dengan sinar keliru, diakah itu sahabat yang telah terpisah lama. Sekujur tubuhnya masih sama, malah aku kenal amat akan riak wajahnya. 15 tahun lamanya aku mencari-cari ke mana hilang gerangannya. Ya, aku pasti itu Raihan. Aku berbisik sendiri.

Sambil menjinjit plastik keluar dari kedai buku Konikuniya aku berlari-lari anak mengejar kujur tubuh itu di balik puluhan manusia. Pandangan mataku berbalam-balam  sambil ingatanku juga melayang mengingati pertemuan terakhir kami.   

 

1988

 

                              
Pertemuan terakhir di persisiran Nil, masih hangat dalam ingatan. Aku masih ingat lagi pada detik itu. Kami melafaz janji bersaksikan langit hitam, bintang  berkerlipan juga halus Nil yang mengalir. Katanya. " Aisya, walau sebentar saja Raihan di sini, menziarahimu mengenal  lembah sarat ulama’ juga akrab dengan ilmu di sini, namun jiwaku tenang dengan nikmat yang sebentar ini. Andai mampu aku mengubah sesuatu ingin sahaja aku menukar tubuh dengan Aisya, aku di sini dan Aisya di Texas". Ulasnya mesra sambil ketawa sendirian.

 

Aku hanya memandangnya sekilas, tersenyum nipis namun hati sarat sebak dengan bicaranya. Tidak mahu menggangu  suasana juga mahu menutup perasaan sebenarku, aku sekadar menepuk lembut lengannya seraya berkata. " Raihan ni, segalanya kan dah tersurat. Raihan di sana, bertemankan pohon-pohon pine, daun-daun mapel,  anggur  yang wangi, dan salju yang dingin. Aku di sini berteman kan debu sahrawi, apalah ada denganku . Namun walau tubuh terpisah jauh namun Raihan mesti ingat janji kita ya." Aku mengerlingnya menanti balasannya.

 

Dia melihatku sambil mengerdipkan matanya yang indah jeli berwarna hazel.  Katanya. " Aisya, takkan Raihan lupa. Jadi wanita yang solehah, ermm rajin belajar hingga benar-benar hadam segala ilmu, tetap di atas jalan dakwah dan ilmu. Juga jangan berkahwin hingga habis belajar." Dia memaparkan wajahnya yang lucu apabila mengutarakan ayat yang terakhir membuatkan  ketawa kami pecah bersama.

 

Sambil membetulkan lipatan hijab hitamku yang  sedikit terganggu oleh desiran angin malam, aku menjawab. " Ingat tu, jangan bermain cinta, nanti terbakar pula. Andai dah tak dapat nak elak, simpan je. Biar pekasam dalam hati. Cinta-حب tu "isim nakirah ". Boleh hadir tanpa diketahui oleh sesiapa."Bercinta" itu ‘feel’, perbuatan perlakuan membenarkan perasaan cinta itu."

 

Aku mengulang kembali prinsip tegas yang kami genggam sejak dari zaman sekolah menengah lagi sambil menjelingnya tajam, namun hati ingin  tertawa melihat mimik wajahnya yang ceria dan terseringai lebar.

 

" Ok dear, aku orait je. Aisya ni, terang pasal nahu pula kat aku yang memang ‘zero’ nahu. Beliau berpura-pura marah. Beberapa anak-anak kecil Arab berlari-lari di tebing sungai Nil di Tahrir ini. Kami senyap seketika melihat ibubapa kepada anak-anak kecil tersebut. Ayahnya sudah kelihatan berumur manakala ibunya masih muda. Begitulah adat kebiasaan di Mesir.

Raihan tersenyum memandang kanak-kanak tersebut yang tersipu-sipu memandang kami. Anak perempuan jesteru malunya tebal. Jika kanak-kanak lelaki menjadi satu kemestian bertanyakan soalan ” Pukul berapa sekarang” apabila melihat ‘Wafidin’ seperti kami.

Raihan menyambung perbualan kami.

“Aisya pun sama ya. Tegar di dalam  Sunnah Baginda s.a.w tau, dan melazimi jalan-jalan Salaf Soleh dan ulama’-ulama’ yang kita sama-sama cintai. Lusa, aku akan terbang ke sana. Menyambung pengajian musim panasku. Kau di sini, baik-baik sahaja ya. Doakan Raihan tabah atas nama wanita Muslimah. Cabaran di sana hebat, hanya segelintir yang berhijab. Mohon doa moga aku tekal ya..

 

Birai mataku kabur, sambil mengenggam erat tangannya, aku mengganguk. Selamat jalan teman. Umpama terusan Nil yang dikatakan berpunca dari syurga; walau entah benar entah tidak, begitulah harapan kami berdua agar janji kami termetri hingga membawa ke JannahNya.

 

Bersambung…
 

April 2006

Entri lama di blog lama. Asalnya tiga tahun lepas ingin menyuntik elemen kesan liberalisasi, travelogue, falsafah dan kemanusiaan dalam cerpen ini. Entah ke mana halatujunya selepas ini. Moga dapat dihabiskan penulisannya dan tahun ini dapat memberi anjakan kepada beberapa perkara dalam hidup. Menghabisi apa yang tertunggak. Menyelesaikan apa yang tertangguh. Diri, peribadi, keluarga dan masyarakat. Learning, growing, improving, loving and giving more each day. Ini yang saya harapkan prior to Muharram. Juga berkongsi secawan kopi di birai Muharam ini. Entri asal saya tulis dua tahun lepas sempena kedatangan hijrah. Moga-moga. Amin.

7 thoughts on “Unfinished Short Story

  1. mardhiah12

    masya Allah, bila baca blog ni, rasa macam bestnya…terserap ke hati. paling tertarik dgn komen nailofar ttg blog perempuan. akak ni bukan reti mengulas isu dakwah, isu persekitaran, lebih2 hanya membaca blog org lain yg mmbincangkan isu sebegini.

  2. Kalau tulis cerpen di internet ni, lepas tu letak satu dua gambar yang relevan, mesti lebih meninggalkan kesan di hati. Cerita pasal sungai Nil ni,letak la gambar sungai Nil ke. Hehe..hanya satu cadangan.

  3. sis saufiah zahrah: Erm, dah terjun lama dah sejak di Mesir lagi, namun kerajianan dan nak akrab dan tenggelam dalam terjunan tu boleh kira.

    Masa berkerja di Suara Kampus dulu, kami menulis sendiri, dan juga bekerja berramai-ramai.(menulis secara berkumpulan). Ada mengguna nama sendiri ada tidak…Lebih ke arah puisi dan artikel ilmiah. Cerpen boleh kira. Tak berminat sangat dan tak banyak. Well alakulillhal, semangat turun naik dan Allah jualah pemberi kekuatan..hehe..thanks dear

    Tercari-cari sebenarnya sahabat seperjuangan yang menulis dulu. Ikhwah dan Akhwat yang aktif menulis zaman ana dulu ada yang dah buka blog dan menjadi penulis tegar. I.E: Mohnas (Bukunota), Amiza Khusairi, Akhi Masrawi. Mereka ni pelopor penulis yang menulis blog beberapa tahun sebelum ni. Akhwat pula. Alana. Selepas beberapa lama, Ukht Salha pula buka blog..

    Pernah join Akram Onlie, satu site yang kumpulkan penulis2 mesir lebih kurang. Ada juga hantar karya kat sana. Masa tu dengan A. Ubaidillah Alias, AlMarjan( dan byk lg, tp tak ingat.) But then, site tu ada masalah. Sedih juga habis karya2 takde simpanan…

    kak Mardhiah2:Segala Puji hanya Bagi Allah..saya pun sama kak, bukannya tau apa sangat. Sekadar berkongsi iktibar dan apa yg kita tahu sikit-sikit.Kita sama2 memerlukan, sharing each other thought and experience kan kak..

    tawel: em..bagus juga cadangan tu bro. tak terfikir lak..Nanti2 kena cari gambar yang cantik punya..jzakAllah..

  4. salam. lama tak berkunjung ke “rumah” alqassam… sedar2 rupa2nya dah pindah. moga lebih sukses berdakwah di “rumah’ baru.. singgah2lah “rumah” pak imam kalau berkelapangan.

    imamdesa

Leave a comment