Catatan Di Padang 2 (Satu Kemaskini)


8 November 2009

3 pagi

Pagi itu, saya di kejutkan oleh bacaan Al-Quran yang di baca oleh seseorang. Rasanya masih terlalu awal untuk bangun kerana jam masih menunjukkan pukul 3 pagi. Di suatu sudut surau itu, saya terpandang seseorang berjubah sedang solat tahajjud. ” Awalnya Haji Zainal bangun, tak letih ke dia seharian menggali perigi semalam ” gumam hati saya sebelum tertidur semula. Malu juga rasanya bila saya yang hanya membuat ‘light duty’ tidak punya kekuatan untuk melawan perasaan mengantuk.

30 minit sebelum subuh, semua ahli rombongan sudah mula bersiap untuk solat subuh. Saya yang terbangun agak lewat terpaksa beratur menunggu giliran untuk menggunakan tandas ‘buatan’ yang di bina 2 untuk kegunaan semua orang.

6 pagi

Alhamdulillah, syukur masih di beri peluang untuk meneruskan kehidupan. Seusai solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar, beliau menyampaikan tazkirah yang menyentuh tentang peri pentingnya ukhuwwah islam. Ukhuwwah yang di umpamakan seperti ikatan saudara sedarah sedaging seharusnya melahirkan keprihatinan terhadap masalah yang di hadapi oleh saudaranya dan bukan sekadar mementingkan kesenangan diri sendiri. Seperti biasa, ada yang dapat menumpukan perhatian tetapi ramai antara kami yang tersengguk menahan kantuk di dalam suasana dingin pagi itu.

Pagi itu,kami bermesyuarat sekali lagi untuk menilai gerakerja semalam dan merancang tindakan hari ini. Kumpulan pertama meneruskan agenda membina rumah untuk penduduk sekitar Padang Pariaman dan kumpulan kedua akan menyambung kerja menggali perigi yang tertangguh di Sungai Limau. Menurut mereka, keadaan geografi Sungai Limau yang berbukit menyebabkan air dari  perigi yang di gali tidak mampu untuk naik ke atas. Hari ini,mereka akan membeli 1 lagi pam dan 2 tong air untuk menarik air dari lereng bukit naik ke atas,tempat kediaman penduduk Sungai Limau.

Saya ternanti-nanti pembahagian tugas saya kerana tidak di beritahu di mana khidmat kesihatan akan di adakan pada hari ini. ” Ok, doktor hari ni ikut saya,kita ke Sungai Limau. Saya gali perigi, doktor tengokkan kesihatan penduduk kampung” ujar Haji Zainal. Beliau yang sudah hampir 1 bulan di Padang sudah tahu segala permasalahan penduduk di situ. Sehinggakan, jika beliau bercakap loghat indonesia,pasti orang tidak akan menyangka dia berasal dari Malaysia.

8 pagi

Selepas bersiap-siap dan makan pagi,kami bertolak ke destinasi masing-masing. Saya, bersama 6 sukarelawan wanita dan kumpulan menggali perigi menaiki kenderaan 4WD ke Sungai Limau. Kedudukannya yang berbukit menyukarkan kenderaan biasa untuk sampai ke sana.

Sampai di sana, kami memunggah tangki air dan motor yang di beli di pertengahan jalan tadi. Saya dan ‘jururawat’ yang membawa ubatan pantas di kerumuni oleh kanak-kanak dan orang tua yang datang dengan pelbagai masalah penyakit. Kebanyakannya berpunca dari penggunaan air yang tercemar seperti cirit birit, jangkitan kuman pada kulit dan demam serta sakit tulang kerana terdedah kepada cuaca yang sejuk.

SDC10836

Mengangkat tangki air ke lereng bukit

Pemeriksaan kesihatan warga Sungai Limau

Telaga yang di ‘bore’ berhampiran telaga lama

PERIGI HARAPAN

Selesai sesi pemeriksaan kesihatan, saya menyertai kumpulan menggali perigi di belakang perkampungan tersebut. Di lereng bukit yang curam itu hanya terdapat 2 perigi kecil yang mengandungi air bertanah yang rasanya layak di panggil lopak. Air itulah yang di gunakan oleh penduduk sehari-hari semenjak perigi asal tertimbus selepas gempa bumi. Patutlah mereka kelihatan benar-benar gembira bila ada orang yang membantu mereka mendapatkan air bersih apatah lagi mengepam air tersebut ke atas bukit sekaligus mempermudahkan mereka mendapatkan air tanpa perlu menuruni bukit yang curam itu.

Selesai proses pemasangan paip,berebut-rebut kanak-kanak di paip utama untuk mandi. Sebelum bertolak balik, mereka mengajak kami menjamu selera. Saya ingin menolak kerana rasa tidak selesa dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih. Mereka menggunakan air yang dari perigi yang tidak bersih, memasak di dapur luar rumah bersama ayam dan kucing dan pelbagai lagi faktor yang meng’halang’ selera saya.

Kanak-kanak berebut untuk mandi dengan air yang bersih

Sukarelawan wanita bergambar bersama penduduk kampung berlatarbelakangkan rumah yang runtuh

LAUK AYAM ‘HIDUP’

Haji Zainal mengajak kami menjamah makanan sebagai tanda hormat kepada mereka. Makanlah kami dengan ‘slow motion’ di kelilingi oleh orang kampung dan ayam serta binatang ternak yang lain. Tiba-tiba seekor ayam melompat masuk ke dalam lauk kami dan menumpahkan lauk tersebut. Kali ini,saya benar-benar tidak mampu meneruskan makan. Tambahan pula,Haji Zainal bercerita tentang katak yang masuk ke dalam kuah panas semasa beliau makan di rumah mertua beliau di Indonesia. Mujurlah isi perut saya tidak terkeluar dengan cerita ‘seram’ tersebut.

5 petang

Hari ini kami sama-sama balik ke posko keletihan. Haji Zainal dan Pak Cik Alias masih bersemangat untuk meneruskan kerja penggalian telaga yang tertangguh di kawasan lain. Selepas kami bersolat asar, saya terlena dan tersedar 1 jam kemudian. Semua kumpulan telah sampai dan masing-masing bercerita tentang pengalaman di kawasan kerja masing-masing. Ustaz Razali asyik bercerita tentang kesungguhan sukarelawan membina rumah untuk penduduk tetapi tuan rumah sendiri sekadar melihat sambil minum di kedai teh. Jiran-jiran sekeliling juga langsung tidak membantu seolah-olah rumah yang di bina bukan untuk kegunaan mereka bersama. Itulah suasana yang saya lihat sepanjang perjalanan siang tadi. Mereka seolah-olah tidak punya semangat untuk membina semula kehidupan dan memadai sekadar cukup untuk makan dan minum sehari-hari. Masa lapang mereka di habiskan di kedai kopi dan menonton siaran parabola di dalam khemah-khemah bantuan. Anak-anak muda mereka hanya kelihatan bersiar-siar dengan motorsikal dan jarang sekali kelihatan mereka menutup aurat dengan baik. Masjid dan surau juga tiada pengunjung dan tertutup sepanjang masa.

PERINGATAN ALLAH

Benarlah telahan kami, penduduk di sini sudah jauh meninggalkan penghayatan agama. Walhal, di sinilah bumi kelahiran ramai ulama’ terkemuka di Indonesia seperti HAMKA dan lain-lain. Penghijrahan ulama’ yang berterusan ke Jakarta dan Bandung meninggalkan penduduk setempat dalam keadaan jahil dari memahami agama. Itulah yang di akui sendiri oleh mereka yang masih punya kehendak untuk mengembalikan masyarakat kepada penghayatan agama seperti yang di warisi dari ulama’-ulama’ silam.

Dalam erti kata lain, semua yang berlaku, samada gempa bumi, tsunami dan pelbagai bencana lain adalah tazkirah dan peringatan dari Allah Taala. Janjinya jelas di dalam Al-Quran bahawa sekiranya penduduk sesuatu tempat itu melupakan agama Allah, nescaya di buka pintu kesenangan dunia di buka seluas-luasnya. Sedang mereka bergembira itulah, Allah Taala mendatangkan bencana dariNya mencabut segala akar umbi kemaksiatan dan kekufuran. Ianya telah berlaku kepada mereka dan boleh berlaku di negara kita sekiranya kita melakukan apa yang mereka lakukan.

Bersambung

Advertisements

4 thoughts on “Catatan Di Padang 2 (Satu Kemaskini)

  1. Salam saudara,

    Cukup menarik catatan pengalaman saudara di Padang. Moga menginsafkan kita betapa perlunya menjaga ummah agar tidak tersasar dari kehendak Allah yang Maha Esa.

    Sihat ke Abe Salme? 😀

    1. salmanamir

      Salam kadir. apa habaq? sihat ke? ana alhamdulillah, bertambah-tambah ‘sihat’ sekarang ni. maklumlah,makan dah terjaga. hehe.

      Ana jarang sangat berinternet sekarang, laptop ada satu je, kena beratur, lepas zaujah guna baru boleh ambik turn. last-last, tertidur sebab lama sangat tunggu. begitulah yang berlaku saban malam.

      Macamana imtihan, dah habis semua? ana doakan sahabat-sahabat yang sedang berjuang di medan imtihan najah semuanya.amin.

      Jumpa nanti di Malaysia.Di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Wassalam

  2. alQasam

    Askum

    Suamiku,

    Wah menarik mubalaghah kat atas tu. Boleh buat novel tu. Bila tu? Am I forgetting something.:p Never occuredkan, kan…:) Do we have to go the part
    (فبالمضبوط العكس حبيبي. في أصلاً من التي قد تنتظر بنفسها في كل يوم لزوجها المحبوب؟) Let’s not go there, shall we?. lol.

    Berbalik kepada topik entri ni, cerita ayam dan kisah seram tu yang belum didengar dan kisah tak bangun malam. Kena contoh senpai-senpai dalam haraki yang banyak bangun malam ni. Tapi teringat masa suami saya cerita hari tu. Memang SubhanALLAh kan Ust yang duduk kat sana. Sebulan untuk bantu bina rumah dan buat kerja-kerja lapangan. Moga ALLAH memberkati beliau dan keluarga atas tadhiyyahnya yang tinggi.

    Moga amalmu diterima suamiku dan dapat diri ini menumpang di akhirah nanti sebagai isteri yang suaminya keluar memberi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s