Ramadan 1:Menyambut Tetamu Ramadan


“Ya Rab, esok sudah Ramadan”. Bisik saya sendiri.

SELAMAT DATANG TETAMU MULIA

Selamat datang Ramadan, selamat datang wahai tetamu mulia, selamat datang.

Mata melihat dinding-dinding rumah.

“Oh alangkah baiknya andai ada lampu fannus yang dapat digantung dan ayat-ayat sambutan untuk Ramdhan yang sudi mengunjungi kami berdua yang haqer ini lagi tahun ini” Gumamku kepada suami.

“Pasti Ramadhan di Mesir telah bermula perhiasan-perhiasan fannus yang melata di sepanjang jalan, banner-banner yang digantung di lorong-lorong jalan di setiap rumah. Mereka bergembira bagai menyambut kedatangan orang yang mereka cinta. Sedeqah melimpah ruah. Alquran rancak didengarkan, jalanan meriah dengan wajah ceria menyambut Ramadan. Di sana-sini samada kawasan lengang atau sibuk, manusia di pejabat atau di jalanan kesemuanya bergembira dengan kedatangan Ramadan. Samada di pasar, di stesen bas, di tengah kesibukan orang, Ramadan disambut penuh syukur dan rindu. Ibarat menyambut kekasih yang telah lama bepergian. Begitulah kiranya mereka.” Saya berkira-kira sambil bercerita bersama suami.

Tidak dapat dinafikan suasana menyambut Ramadan di Mesir dan Malaysia pasti tidak sama. Ketika baru menjadi pelajar di sana, saya demam rindu untuk Ramadan di Malaysia. Kuih muih Malaysia, kegembiraan mengunjungi bazar sekalipun amat jarang ibubapa saya amalkan, bunyi gendang sahur di waktu pagi malah rancangan jejak Rasul menjadi mimpi menambah sakit rindu dalam diri. Namun setelah beberapa tahun tinggal di Mesir, suasana ripuh dan riuh Mesir sudah sebati. Begitu juga dengan musim Ramadan di sana.

MENYAMBUT TETAMU

Saya dan suami menunaikan janji untuk membersihkan rumah sebelum ketibaan agar dapat menyambut Ramadan dengan kegembiraan berganda. Kami membahagikan tugas. Suami bersungguh-sungguh membantuku membersihkan bilik air, kipas, menebas rumput dan stor. Sungguh terharu melihat kesungguhannya.

Saya ingin menyambut kedatangan Ramadan ibarat menyambut tetamu yang kita muliakan. Membersihkan rumah, membersihkan jiwa dan mempersiapkan perhiasan untuk menambahkan rasa cinta dan sedia menyambut Ramadan yang dihadiahi ALLAH.

Ibaratnya ketika kita bersedia menyambut kedatangan mereka yang kita hormat dan cinta. Lantai digilap, habuk di sapu, rumput ditebas. Bimbang andai mata-mata melihat kekotoran dan menganggu keselesaan mereka berada di rumah kita.

Begitulah juga kiranya Ramadan.

Masih adakah perkara haram yang tidak disuka ALLAH dalam rumah kita? Bagaimana dengan perisian komputer, adakah perkara yang bisa memalingkan jiwa dan hati dari menekuni Ramadan? Bagaimana pula kitab Mulia, masih berdebu di rak atau sudah kita lazimi semenjak sebelum Ramadan lagi? Bagaimana pula dengan penyucian hati dari bersibuk-sibuk dengan perkara yang sia-sia juga kecintaan pada dunia yang memalingkan diri dari ketaatan pada ALLAH?

Saya memuhasabah diri. Semoga saya tidak malu besar berhadapan Ramadan.

JIWA HAMBA

Namun kita bukan menyembah Ramadan.

Kita ingin mengisi Ramadan dengan jiwa penuh kehambaan. Jiwa kehambaan tidak dapat dikecapi dengan terburu-buru melakukan ibadah dan penghambaan. Ia perlukan latihan luar dan dalam. Juga perancangan.

Sebelum tiba Ramadan saya berbual-bual dengan suami sambil tangan ligat membasuh pinggan di dapur. Harapnya Ramadan kali ini kita dapat buat jadual saya mencadangkan kepada suami. Terkesan sunnguh dengan audio-audio yang saya telah biasakan diri mendengar sejak beberapa tahun sebelum ini. Suami bersetuju.

Pada pagi 1 Ramadan, saya mengerling suami yang tekun membaca kitab Feqh Manhaji. Hati saya masih belum terpenuhi sepenuhnya dengan Ramadan dan ia perlukan bimbingan dan jalan panduan. Terus saya mengingatkan rancagan tergendala untuk membuat jadual dan matlamat puasa kali ini. Setelah selesai membaca, kami berdua duduk berdiskusi. Membahagikan matlamat kepada peribadi, keluarga dan masyarakat dengan harapan tinggi agar tercapai dan mengikut jadual yang kami gariskan bersama.

Tahun lepas perancangan Ramadan dan jadul harian hanya kami basa-basikan di bibir sahaja. Masih terlalu baru bergelar suami isteri dan penyesuaian hidup bersama insan baru membuatkan saya tidak puas bersama Ramadan pada tahun sudah. Walaubagaimanapun saya dapat mendengar suami membacakan syarah Riyadus Solihin setiap kali selepas magrib jika berkesempatan. Sekalipun tidak konsisten namun sudah memadai untuk tahun pertama perkahwinan.

RAMADHAN MUBARAK!:)

Buat semua pengunjung-pengunjung dan sahabat-sahabat yang mulia, sempena Ramadan ini saya dan suami menyusun jari pohon maaf zahir dan batin, sedar atau tidak, yang telah lepas atau akan datang segala kesalahan dan kesilapan kami kepada kalian. Bagi sesiapa yang kami punya hutang yang kami telah lupakan, penuh harap kami memohon menghubungi kami di nombor ini : 019-3654969 atau hubungi kami di alamat emel : salmanamiruddin@gmail.com. Terima kasih.

Semoga kita dapat mencapai maqam puasa yang kita harapkan. Rasa ubudiyyah yang kita mujahadahkan. Nafsu tenang dan yang diRedhai yang selalu kita harapkan. Jangan di lupa untuk mendokan saudara-saudara kita yang masih lalai di luar sana. Kasihanilah mereka, sesungguhnya mereka amat memerlukan doa.

“Kasihanilah dan sayangilah mereka ya ALLAH. Kasihanilah mereka ya ALLAH. Janganlah Engkau meninggalkan aku dan mereka ya ALLAH.

“TaqabbalALLAHuminna Waminkum”

Advertisements

10 thoughts on “Ramadan 1:Menyambut Tetamu Ramadan

  1. humairah_dubliner

    salam,

    entry yang amat menginsafkan… moga kak sumayyah terus istiqamah dalam da’wah bil kalam dengan entri yang penuh ilmiah seperti dalam blog ini.

    jazakillah kak sumayyah. salam ramadhan jua dari sy.=)

    p/s: rasa mimpi pulak dapat berkenalan dengan akak hari tu kat nice.hehe akak memang duduk KT ye kak? kalau dah pindah selangor ke, bagitahu la ye. mana tahu boleh jumpa lagi. ilal liqa’ … salam ukhuwwah abadan abada.. isytaq ilaikum (buat sahabat di NICE 09) – betul ke b.arab sy ni kak? budak baru belaja lg ni. hihi

    wsalam

  2. Salam sumayyah…
    Selamat menyambut ramadhan al-mubarak akak ucapkan…
    rindu kat sumayyah…lama sungguh kita tk jumpa…
    dh jd isteri org rupanya…tahniah…semoga rumahtangga aman damai dan dikurniakan sakinah sokmo.

  3. assalamualaikum sumayyah.

    terima kasih atas tulisan yang ringkas tapi menepati kehendak hati kakchik pada masa ini. selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya agar kesannya berpanjangan selepas ramadhan nanti.

    kakchik mohon maaf sebab tidak membalas mesej yang terakhir sumayyah hantar baru-baru ni dek kesibukan pelbagai urusan. sayangkan kita tak dapat bertemu pun semasa sumayyah ke kb baru-baru ni. apapun terima kasih kerana sudi menghubungi kakchik.

    semoga ukhuwwah kita berpanjangan.

  4. assalamua’alaikum kak.
    hebat orang mesir kalau begitu sambutannya.mungkin byk lagi fenomena yang tak da kat malaysia.,tapi ada kat mesir.pandangan saya,media amat memainkan peranan penting dalam memeriahkan suasana ramadan.
    salam ramadhan al-mubarak.

  5. Slm ukhwah kak,
    Terima kasih sudi singgah diblog sy ye..:) terima kasih juga atas ingatan yang berguna ni. Semoga Ramadhan kali ni dapat jadikan kita seorang insan yang lebih baik berbanding sebelum ni. Selamat menjalani ibadah puasa bersama suami ye.

    Wassalam.

  6. humairah dubliner: Askum. Akak lebih gembira dapat mengenali humaira yang istimewa. Sungguh! Akak sungguh terharu. Kenal akak? Biasa sahaja. Pasti bertemu kita akhirnya.^^ Salam sayang selalu.

  7. dalamjiwahamba: Sila, tapi laman ini sungguh kerdil bahkan perlu belajar dari ramai orang lagi termasuka adik juga.:) Akak malahan yang masih perlu belajar lagi.

  8. kak bie: Ramadan Mubarak. Saya biasa je pergi ke blog akak sekali sekala.:) Ya dah lama kita tak jumpa. Jangan lupa masukkan saya dalam doa akak ya.:) Salsabila sudah besar dan comel.

  9. Kak Chik: Tidak mengapa kak chik. Saya faham. Apa yang ada dari ALLAH jua. Segala puji buat DIA juga. Semoga kenal kita, kenal hingga akhirah moganya.:)

    Acaai: Oh, salam ramadan. Saya menitiskan airmata membaca entri saudara. Bahkan ingatan untuk ingat pada ALLAH, ada di mana-mana. Terima kasih kembali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s