Satu Tambah Satu = 10


Salman, pesakit ni kena dapatkan CT scan bahagian muka hingga ke dada. Kita nak pastikan bahagian rawan larinknya seperti rawan krikoid dan tiroid tiada yang patah.Ianya penting untuk kita merancang rawatan selanjutnya”

Mr Khairudin,Pakar ENT di Hospital Terengganu memberitahu. Pagi itu, seperti biasa, kami akan melakukan morning ward round sebelum memulakan klinik pada pukul 9.30 pagi. Pesakit yang kami bincangkan itu mengalami kemalangan jalan raya dan lehernya tersangkut di tali yang terentang di tepi jalan menyebabkan salur pernafasannya pecah dan emergency tracheostomy terpaksa di lakukan untuk pada malam 2 hari lepas.

Saya dan sahabat-sahabat yang berada di sekeliling katil jeda seketika. Kami hanya berpandangan sesama sendiri.

Masing-masing seolah-olah melepaskan sepenuh tanggungjawab tersebut kepada saya kerana semua sedar akan risiko arahan tersebut. Untuk mendapatkan kebenaran bagi membuat prosedur CT scan, seseorang itu terpaksa menghadap Pakar Radiologi yang memang terkenal sebagai garang, cerewat dan tidak akan mudah-mudah menurunkan tandatangannya sebagai tanda kebenaran untuk membuat prosedur-prosedur di jabatannya seperti CT scan, MRI, Ultrasound dan lain-lain lagi.

DIAM ITU TANDA SETUJU

Walaupun keberatan, saya melangkah turun ke tingkat bawah menghala ke Jabatan Radiologi yang terletak berhampiran dengan lif. Saya memilih untuk turun dengan tangga dari tingkat 6 untuk memanjangkan masa bagi saya mengulangkaji kes tersebut.Pakar Radiologi akan bertanya tentang kes yang di minta untuk CT scan dari A hingga Z, jadi saya perlu mengingati kes tersebut dengan tuntas agar tidak tergagap-gagap semasa mempersembahkan kes tersebut kepadanya.

Masih terbayang-bayang kejadian semasa menjadi HO di herdik dan di halau dari bilik Radiologi di sebabkan kes yang saya minta untuk di lakukan CT scan di rasakan tidak perlu bagi Pakar Radiologi. Apa pun,ianya tidak seteruk rakan sekerja saya yang di lempar rekod pesakit kerana terlupa untuk membawa bersama xray yang berkaitan.

Apabila tiba, saya menghela nafas panjang dan memberi salam.

Assalamualaikum doktor, saya pegawai perubatan dari Jabatan ENT ingin memohon di lakukan satu CT scan bagi pesakit kami di Wad 6a. Beliau mengalami kecederaan salur pernafasan selepas kemalangan 6 hari lalu dan CT scan tersebut membantu untuk kami melihat sekiranya ada bahagian larink yang patah.Kami merancang untuk membuat Direct Laryngoscopy selepas CT scan untuk memeriksa keadaan semasa salur pernafasannya” bentang saya kepada Pakar Radiologi bertugas dengan lancar tanpa melihat rekod pesakit.

Beliau melihat saya dengan ekor matanya. Sangka saya,beliau akan berpuas hati dengan penerangan saya dan terus memberikan kebenaran.

Awak ni dah berapa lama kerja di ENT hah? Sejak saya belajar Medic, saya tak pernah jumpa pun larink patah.Tulang patah adalah. Satu lagi, bila pulak CT scan ni perlu untuk buat Direct Laryngoscope. Nanti saya lapor pada pakar awak sebab memandai-mandai pasal pesakit ni “

Hamburnya dengan panjang lebar dengan penuh emosi.

Ketika itu saya memilih untuk diam. Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini dan menganggap diri saya yang bersalah kerana menggunakan istilah yang tidak tepat. Walaupun saya yakin memang wujud istilah yang saya nyatakan tadi. Lantas saya  memohon maaf dan terus berlalu ke klinik.

“Aduh, macamana dengan pesakit ni. Baik aku consult pakar aku tentang masalah ni”

Saya mengomel di dalam hati. Mujurlah Mr Khairudin memahami situasi saya dan beliau juga pelik dengan tindakan Pakar Radiologi tersebut. Menurutnya,apa yang saya nyatakan itu betul dan tiada salahnya. Beliau juga menghulurkan buku rujukan ENT yang juga turut membenarkan apa yang saya nyatakan kepada Pakar Radiologi tersebut.

BERANI KERANA BENAR

Petang itu, saya pergi sekali lagi ke Jabatan Radiologi. Kali ini saya pergi dengan keyakinan diri dan ilmu yang jelas tentang kes yang akan saya bentangkan kepada Pakar Radiologi tersebut.

Biar apapun yang berlaku, saya akan cuba sedaya upaya sehingga mendapat kebenaran bagi CT scan tersebut. Pesakit saya tidak boleh di biarkan lama di dalam wad tanpa rawatan selanjutnya.

Maaf doktor. Saya pegawai perubatan ENT yang memohon untuk CT scan pagi tadi. Pesakit saya memerlukan CT scan untuk memeriksa larinknya sekiranya ada patah.Istilah patah turut kita gunakan untuk rawan di bahagian salur pernafasan. Kami merancang untuk Direct Laryngoscopy selepas CT scan bagi menyambung rawan tersebut dengan jahitan ataupun dawai dan menurut pakar saya,maklumat dari CT scan amat membantu kami untuk merancang rawatan selanjutnya bagi pesakit

Panjang lebar sekali penerangan saya dan kali ini saya bersedia dengan jawapan bagi setiap soalan yang bakal di kemukakan.

Beliau terdiam.

Mungkin kerana bersetuju dengan penyataan saya,beliau membenarkan CT scan bagi pesakit itu 3 hari akan datang.Tiada lagi soalan-soalan dan sindiran kepada saya seperti yang beliau keluarkan pagi tadi. Apa pun sebabnya,saya bersyukur kerana urusan ini di permudahkan Allah Taala.

APA YANG PENTING..KERJASAMA

Situasi seperti ini bukan hanya berlaku di antara jabatan-jabatan di hospital, tetapi turut terjadi di tempat lain. Apabila ada pihak yang merasakan mereka mempunyai kuasa untuk memberi kata putus, pasti ada pihak bawahan yang terkena tempiasnya dan merasakan kesannya. Kerenah inilah yang menyebabkan banyak perkara yang tergendala kerana golongan seperti ini merasakan yang kuasa mereka itu yang lebih perlu di tonjolkan agar orang lain menghormati mereka.

Suatu jabatan tidak akan berfungsi tanpa jabatan yang lain.Setiap unit saling bergantungan antara satu dengan yang lain untuk berjalan dengan baik. Setinggi mana pun pangkat seseorang itu ,dia tetap memerlukan orang bawahan yang mempunyai fungsi tersendiri.

Semuanya kembali kepada persoalan jiwa. Selagi mana jiwa tidak di bersihkan dan di rendahkan,ianya takkan mampu menakung kebaikan.Sifat tawadhu’ inilah yang di ajar oleh islam agar ummatnya saling memberi dan menerima kebaikan. Dengan sifat ini jualah, mereka boleh membentuk ukhuwwah yang kukuh seterusnya membina kekuatan yang mampu merobohkan kesatuan musuh.

Firman Allah Taala: Orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka pembantu kepada sebahagian yang lain, sekiranya kamu (wahai orang beriman) tidak melakukan seperti itu (dengan bersatu),nescaya akan berlaku fitnah di dunia ini dan kerosakan yang besar

Sabda Rasulullah s.a.w : Perumpamaan seorang mukmin pada sifat penyayangnya seumpama satu tubuh, sekiranya satu bahagian merasa sakit, nescaya satu tubuh akan merasa sakit dan berjaga malam.

Bak slogan Team Wonderpet : Apa yang penting,kerjasama.

Kalau semua orang memahaminya,bukankah indah hidup ini?

Advertisements

10 thoughts on “Satu Tambah Satu = 10

  1. Others Half

    Bila saya dengar suami saya cerita pasal ini, its quite interesting kan. Eventhough we learn the lesson quite the hard and unfair way, but its teach us something. Pakar radiologi tu pun sebenarnya learn something, waima dia perasan atau tidak. Never underestimated or treated someone unfairly walau dia/mereka orang bawahan kita. Walau dengan tujuan ta’dib/tarbiyah orang pun sama. Jangan mengecilkan atau bersikap prejudis.

    Mungkin makcik kantin, makcik tukang cuci tandas, tahu banyak apa yang kita tidak tahu.

    Saling belajar dari alam, ney? Apapun saya tahu, suami saya seorang yang sabar dan baeek 🙂

    Hidup kita ibarat jigsaw puzzle, saling menyempurnakan!

  2. assalamualaikum l0ng..
    1+1 =10??
    susah bt0l equati0n long nih..hehe~
    tp dunia ni mmg cm ni…
    0rg kt atas slalu nk pndg rendah 0rg kt bwh..
    even kt mne2 p0n mmg cm 2…
    x pkr yg anak2 depa nnt p0n akn strt dri bwh..
    lg 1..apelah slhny wt baik kt 0rg kn…
    x rugi p0n…hehe~~
    t0 mr.l0ng…
    tulis la kerap ckt k.. (^_^)

  3. manar

    its true…something like this happens all the time in the goverment hosp…be it to a HO or a PRP (provisionally registered pharmacist)…and the most sad part is, it usually (not always) occurs between the Malays…hopefully, when we are in their place someday (or even now, practice it in our everyday life), we’ll treat others with respect..InshaAllah 🙂

  4. salmanamir

    @kak teh
    Long plan nak ambik kakteh jadi penulis tetap kat blog long.Gaji nya 1 ringgit 1 artikel.Boleh kan? Oo,demand ye.hehe.
    Biasalah kakteh,dalam bekerja,macam-macam kerenah orang yang kita jumpa.Yang penting,kita kena cuba tunjukkan akhlak yang terbaik sebagai seorang yang telah di beri kefahaman oleh Allah.

    @manar
    Realiti yang berlaku,ramai yang mengulangi “Viscous circle” dan tidak berusaha untuk mengubah keadaan ke arah yang lebih baik. Jika suatu masa dahulu,sebagai junior mereka pernah di buli oleh yang senior, apabila mereka menjadi orang atasan, mereka pula yang menganiaya orang bawahan mereka.

    @abu fateh
    Bila kita nak tengok wonder pet sama-sama?hehe.

  5. saya akan buat MRI kat hospital sg buloh 10/8
    sedang cari info….i’am 42/malay/f

    c/o sudden onset right ear lost of hearing while driving
    a/w giddiness
    nausea and vomting
    no LOC
    no blur vision
    no fever
    no neurological deficit ie : limb weakness
    no axacia

    current problem :

    pupils PEARL
    7th nerve intact
    9,10,11,12th verver intact
    otoscope tympanic membrane intact right side, no vesicles noted

    hearing impiared right side
    unable to ecven hear whispers

    NO TURNINH FORk not available at the moment

    lung : clear
    power all limb 5/5
    rhomberg negative
    cerebellar signs : negative

    Diagnosis : acute right hearing loss

    Purpose of referral : Pred 60g OD x 5/7

    ini laporan perubatan saya masa kt emergency dept 2 hari selepas kejadian…dah jumpa doc pakar ENT dan akan buat MRI 10/8…

    boleh berikan saya pendapat ketiga dari apa yang difahami….tolong…pls….sy mencari info mengenai apa yang berlaku kepada saya…

    Thanks in advance

  6. salmanamir

    @kujie

    Biasanya.pesakit yang datang dengan simptom macam akak di sebabkan oleh Eustachian Tube Dysfunction. Ianya di sebabkan oleh banyak faktor dan kemungkinan, dan salah satunya di sebabkan ketumbuhan di dalam hidung dan ruang antara hidung dan mulut(nasopharynx).MRI banyak membantu dalam diagnosis dan saya sendiri tak boleh nak komen sebelum MRI di lakukan.

    Dapat keputusan MRI nanti,boleh tak bagitau saya. Mungkin ada sesuatu yang dapat saya pelajari dan bincangkan dengan doktor-doktor di sini.
    Harapnya tiada masalah. Banyakkan berdoa dan bertawakkal kepada Yang Maha Penyembuh.
    Wassalam

  7. Salam.. kesian ke mung Man. Tapi setahu aku, mung memang minat sangat nak jadi ENT surgeon kang?So, mayB ini adalah cobaan yang berat untuk mung daripada Dia untuk hambaNya yang banyak bersabar untuk diberikan nikmat disebaliknya.. cuma harapnya dah jadi specialist don’t behave like that!. jadilah doktor muslim kebanggaan ummah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s