John Q: Bukan Kasih Biasa


Meraikan Manusia Mulia

Dua hari lepas Hari Bapa. Hari yang saya kira sekalipun tiada dalam Islam tetapi selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Islam dan prinsip asal agama, maka tidak salah diraikan. Bahkan Ulama’ ada yang mengharuskan menyambut Hari Ibu dan Bapa. Kata-kata seperti Hari Ibu adalah setiap hari, hari Ibu itu dan ini yang menyanggah sambutan Hari Ibu saya kira agak singkat penghujahannya. Namun Li Kulli Maqaman Maqal. Terpulang kepada anda. Asal sahaja jangan diiqtikad ia sebahagian dari agama atau wajib hukumnya. Ianya sekadar harus selagi mana tiada dalil sorih/jelas yang menunjukkan kepada pengharaman sambutan tersebut.

Ya, benar setiap hari wajar kita menghargai dan mendoakan. Namun siapa yang tidak pernah meninggalkan menelifon ibubapa mereka setiap hari? Selain itu, bukankah Sunnah Rasulullah saw menggalakkan pemberian hadiah. Ya, terpulang pada waktu mana sekalipun yang ingin kita beri hadiah. Tiada pengkhususan tertentu dalam zahir hadis. Oleh sebab itu, tidak salah jika pada hari Ibu dan Bapa kita ingin memberi hadiah kepada mereka.

Pesan Nabi saw:-

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Saling memberi hadiahlah kalian, niscaya kalian saling mencintai (HR al-Bukhari, al-Baihaqi, Abu Ya’la)- Bab Menerima Hadiah: Hadis 612-

Tiga Lelaki

Akhir tahun lepas, saya menerima dua lelaki asing dalam hidup saya. Mereka adalah ajnabi saya sebelum itu. Namun melalui satu akad yang mulia, dua lelaki itu terus menjadi mahram saya. Menerusi ikatan mushaharah/perkahwinan berkembang daripadanya hukum qotie yang pelbagai.

Sebelum meninggalkan rumah menuju Kuantan, Umi saya berpesan.

“Anggap keluarga baru Kak Long, seperti keluarga sendiri. Mak dan ayah mertua kaklong, adalah ibu bapa kaklong juga sekarang”

Saya mengerling ke arah ayah. Saya melihat beliau menangis. Ayah saya memang lembut terhadap anak perempuan beliau.

Hati saya tersentuh namun saya menahan rasa. Ingatan terbawa kepada pesanan ayah sebelum saya bernikah.

Setelah berkahwin, ketaatan utama pada ALLAH, Rasul dan suami. Keutaman bukan lagi ketaatan pada Baba.

Saya tidak menangis. Walau tidak dinafi sebak menghurung dada. Kereta berjalan meninggalkan rumah kami. Melihat suami yang masih asing bagi saya ketika itu, beliau kelihatan sebak. Bergenang pula air jernih di tubir matanya.

“Kenapa suami saya macam menangis je”

Saya bertanya.

Katanya beliau sedih kerana telah mengambil saya dari keluarga saya. Membawa saya pergi dari insan yang saya sayang. Juga terharu dengan kata-kata ibu saya. Tambahnya lagi, melihat ayah saya menangis semakin pilu katanya. Amanah. Tanggungjawab besar suami saya berkata.

Mendengar suami saya berkata begitu, bukan seorang wanitalah andai saya tidak menangis. Sama-sama kami keharuan.

“Memanglah. Sudah menjadi kewajiban isteri ikut suami dia kan.”

Tambah saya mengendurkan perasaan pilu kami.

Ketika itu juga suami berjanji akan menjaga, menghargai dan menggembirakan dengan cara yang terbaik pabila melihat bukan sedikit pengorbanan melepaskan anak perempuan buat seorang ayah dan ibu.

Kasih Ayah Pada John Q

Entah kenapa, saya lebih mudah tersentuh melihat seorang ayah menunjukkan kasih sayangnya pada anak-anak mereka. Mungkin kerana nature lelaki yang tampak keras dan tegas dari wanita. Jesteru, walau sedikit mereka menunjukkan kasihsayang sudah buat saya terharu.

Sama seperti kata ibu saya yang katanya lebih mudah berasa kasihan bila melihat suami yang kematian isteri daripada isteri yang kematian suami. Pada pandangan Umi saya, lelaki pada hakikatnya seorang yang vulnerable dan jika mereka sudah benar-benar sayangkan dan terikat dengan seorang perempuan, perpisahan amat mengharukan. Sekalipun mereka berkahwin lagi, kasih pada isteri dan rasa kehilangan tidak pernah hilang. Seperti Junjungan Besar saw.

Banyak filem menyayat hati, menterjemah kasih seorang bapa. Tiga hari lepas, RTM2 menayangkan filem John Q. Seorang bapa yang terdesak oleh sistem polisi dan birokrasi penjagaan kesihatan (Health Care) di Amerika yang memaksa beliau membuat sesuatu di luar jangkaan.

Atas desakan masa yang sangat kritikal, John Q membuat keputusan mengurung doktor pakar dan pesakit-pesakit yang ada dalam wad kecemasan. Beliau membuat tawaran dengan polis agar meletakkan nama anaknya sebagai penerima pemindahan jantung yang seterusnya.

John Q sanggup dipenjara, malah sanggup mengorbankan nyawa bila tiada penderma jantung yang sesuai untuk anaknya. Anaknya, adalah fokus utama buat John Q. Filem ini, menggambarkan bagaimana polisi yang berat sebelah dan sistem birokrasi mampu menolak seorang ayah ke penjuru buntu. Akibatnya, tindakan di luar kawalan di ambil. Walau layar digarap dalam lakonan yang agak dramatik, tetapi filem ini berakhir dengan pengakhiran yang realistik. Ia ingin menggambarkan bagaimana suatu sistem yang rosak itu mampu menekan manusia yang sedang kebuntuan. Antara salah satu fokus utama seorang ayah ialah keluarga.

Begitulah salah satu contoh kasih seorang bapa. Walau ia bukan kisah benar, namun terjemahan realiti hidup, begitulah.

Sekalipun tidak terluah. Penuh kasih mereka buat kita. Mencari nafkah siang dan malam. Bekerja tanpa henti. Memastikan kita mendapat pendidikan sebaiknya. Bekorban masa, tenaga dan wang untuk kita.

Sekalipun mereka tidak sempurna, namun wajib kita mentaati dan mendoakan mereka. Allah telah meletak mereka di tempat yang mulia tanpa mengira darjah mereka.

Seorang Baba

Terlalu mulia seorang ayah bagi saya. Walau saya bukan anak yang solehah. Apatah lagi telah selesai tanggungjawab seorang anak padanya. Masih banyak amanah yang belum terlunasi. Masih banyak pengorbanan beliau yang masih belum saya bayar.

Ayah saya seorang yang sensitif dan lembut jiwanya. Sentimental. Begitulah kiranya. Ayah yang sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anaknya. Saya dihantar seawal usia 14 tahun ke Mesir. Tidak dinafi awalnya saya memberontak. Namun seisi pengajian di sana, cinta terus mendiami segenap hidup saya. Berkah mereka mungkin. Di awal usia 7 tahun, saya telah tinggal asrama. Tegas seorang ayah saya namun sangat penyayang kepada anak-anaknya. Terutamanya anak-anak perempuan. Sebab itu, ayah saya mudah menitiskan airmata apabila berhadapan dengan anak-anak perempuannya.

Ayah saya selalu menceritakan bagaimana sayangnya Nabi saw terhadap Saidatina Fatimah r.a. Bagaimana Sunnah menunjukkan kasih sayang pada anak-anak. Mencium dan memeluk mereka. Kata ayah saya Nabi saw berpesan yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah:-

Sesiapa tidak menyayangi sesama manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya

Hadis ini timbul kerana seorang sahabat yang hairan melihat Rasulullah saw mencium cucu Baginda saw. Lantas, Nabi saw menegur sahabat tersebut seperti dalam riwayah yang lain yang diriwayahkan oleh Abu Hurairah r.a

Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.-Sohih Muslim:4282-(Kitab Fadhail-Bab Kasih Sayang Nabi saw kepada anak-anak)

Saya teringat perbualan kami apabila saya teragak-agak untuk berkahwin kerana berasa belum dapat membalas dan membantu keluarga. Ayah saya berkata

Bukan tanggungjawab Kak Long menguruskan keluarga ini. Sebaliknya sudah menjadi tanggungjawab utama seorang bapa untuk menyegerakan perkahwinan anak perempuan dengan segera apabila ada lelaki masuk meminang

Baba Dan Televisyen

“Television ate my family,” Late Lance Loud

Antara didikan yang paling saya ingat adalah ketegasannya mengawal tabiat menonton televisyen bagi anak-anak. Dahulu kami punya televisyen namun ketegasan ayah kami mengawal sungguh ketat sekali. Apatah lagi, pada masa itu tabiat kami yang terlalu suka menonton televisyen dan tidak pandai mengawal kehendak perasaan.

Wayar diikat dan tv dibanned jika tidak mengikut displin masa belajar atau sesuatu janji untuk mengulangkaji. Gara-gara seisi UPSR, saya dilarang menonton. Walau terasa tidak adil, namun ia banyak mengajar saya mengawal perasaan dan masa.

Tivi hampir dibuang. Proses pembesaran kami kebanyakkan televisyan tiada di rumah. Jika ada apa-apa yang ingin ditonton kami akan ke tadika Umi untuk menonton televisyen di sana. Masa terurus dan kehendak dapat dikawal. Jika ada kami boleh menonton namun dalam kawalan common sense seorang Muslim. Jika berlebihan menonton dan mendengar bunyi kereta ayah, kami akan berasa bersalah dan terus terbangun dari depan tivi.

Sekalipun, ketegasan ayah tidak seperti dahulu buat adik-adik saya. Namun ia menjadi garis pandu kami. Kami tahu batasan dan jika sekalipun kami menonton, kami akan berasa bersalah jika telah melewati batasan Muslim dan masa. Walaupun ayah tiada di depan kami.

Semasa pulang bercuti dari Mesir, jika saya berlebihan menonton televisyen

Adakah Ulama’ Amilin (juga para Daie) punya masa untuk tonton televisyen?

Ayah saya tidak rigid atau ekstrim namun memberi sebab dan garis pandu. Jika begini maka begini. Jika tidak penuhi syarat tidak dapat akan dapat hasilnya.

ALLAH jua yang dapat membalas segalanya. Dengan kudrat yang tidak seberapa, apalah sangat yang mampu saya lakukan untuk ayah saya. Hanya doa dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhannya. Itu sahaja kata ayah saya.

Seorang Abah

Abah, yakni ayah kepada suami saya juga punya banyak keistimewaan. Seorang yang komited terhadap perjuangan Islam, berprinsip, berdisplin dan dihormati ramai. Sikapnya yang sungguh berdisiplin dan berprinsip itu amat kami suami isteri kagumi. Malah tidak keterlaluan jika kami mengatakan peribadi dan sikap ayah yang zuhud atau sederhana sungguh mengesankan.

Suami saya sentiasa bercerita bagaimana Abah mendidik mereka semasa kecil. Abah tidak banyak cakap, namun sekali kesalahan, sekali sahaja hukuman. Sekali itu, mampu untuk menjinakkan terus anak-anaknya.

Suami juga menyimpulkan, ingin mencontohi ketegasan ayah beliau apabila menjadi seorang ayah nanti.

Ternyata, sekalipun pada awalnya agak janggal untuk saya menyesuaikan diri, namun sekarang saya boleh berbual pelbagai topik dengan bapa mertua saya.

Sungguh, bukan mudah memasuki keluarga baru. Namun kedua ibu dan bapa mertua saya, sungguh baik dan menerima saya dengan tangan yang terbuka. Mengambil berat dan sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat untuk anak-anak mereka.

Seorang Suami

Suami. Insan terpenting untuk seorang isteri. Tidak perlu pelbagai kata-kata. Cukuplah mithaqhon gholizho menterjemahkan mulianya seorang suami yang tidak leka dengan tanggungjawabnya.

Lelaki Juga Manusia

Mereka insan-insan mulia dalam hidup kita. Bukan sedikit jasa dan bakti mereka. Lelaki, pemimpin dan pelindung kita. Bukan mudah amanah yang mereka pikul. Seperti ibu, mereka juga wajar dihargai. Diberi ucapan terima kasih sekalipun mereka tidak meminta apatah lagi mengharapkan.

Seperti layaknya sebuah kasih sayang. Ya, sekalipun tanpa kata-kata sudah dimaklumi sudah mampan cinta itu. Namun dengan kata-kata penghargaan dan dorongan bukankah akan membuatkan ayah dan ayah mertua kita gembira dan mengeratkan kasih sayang antara kita?

Sebagai contoh, sekalipun suami atau ayah kita membeli barang yang salah di pasar. Namun dengan usahanya dan khidmat baik untuk meringankan dan memudahkan urusan kita layak untuk diberi ucapan terima kasih?

Lelaki juga manusia. Walau beza coraknya, namun semua manusia gembira andai disayangi dan dihargai.

Ya, perkara yang tidak wajib, namun hiasan-hiasan ringan yang mampu memberi makna dan erti besar dalam jiwa-jiwa mereka. Percayalah.

Tuntasnya, secangkir doa hadiah utama. Doalah buat mereka. Hargai mereka. Jadilah anak yang soleh/hah buat mereka. Tanda terima kasih paling istimewa.

“Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dengan Bani Isra’il, agar kalian ( wahai Bani Isra’il ) tidak beribadah kecuali kepada ALLAH, dan agar kalian berbuat baik kepada kedua orang tua.” Baqarah:83

Advertisements

11 thoughts on “John Q: Bukan Kasih Biasa

  1. sedih baca, teringat pula kata2 ayah akak sewaktu akak lepas di akad kan seminggu. ya, keluarga akak agak terasa kehilangan akak. waktu tu, rasa laaain sgt. mungkin belum biasa. skrg alhamdulillah dah kembali rasa normal.

    selamat hari ibu buat ukhti dan hari bapa buat zauj enti. 🙂 moga dimurahkan rezeki dan kekal di dalam nikmat iman dan Islam serta kekal beramal soleh hingga ke hujung usia…ameen

  2. Ye lah along kan. Mula-mula memang macam tu. Perkahwinan sebenarnya meluaskan hubungan kekeluargaan. Keluarga bertambah. Rahmah makin melimpah.

    Samalah ana pun. Tapi kami balik kalau berkesempatan. Jadi taklah terasa sangat. Awal-awal kahwin memang asyik teringat dan rasa nak balik rumah je.:) Terima kasih atas ucapan walaupun we are not becoming one yet. Soon inshALLAH.:)

  3. Ummu Auni Afif

    i’m closer to my parents after what happened. dulu, rapat, tapi sekarang lebih rapat. my mom cried buckets of tears, my dad gave encouragements. sekarang ni lagilah, selalu dtg jenguk kat rumah.

  4. alqasam : takpe. doa akak utk enti dan zauj. rezeki tu dr Allah. Kita hanya memohon. Suka tgk keluarga soleh….

    ummu auni : kak, yalah kan. kasih mak ayah kita selamanya. sbb tu dah kawin pun mereka tetap ambil ‘cakne’ kita. Kita tahu hati ibu ayah kita. menyayangi kita selamanya, itu sudah pasti, insya Allah. saya pun sgt rapat dgn family. seminggu tak tgk muka ahli keluarga terutama mak ayah rasa mcm nak demam. punya teruk tahap rindu. Allah tu tahu, Dia letak kita pun dkt2 keluarga juga lepas kawin. Mujur juga encik suami memahami keadaan jiwa isteri yg satu ni.

  5. Ummumuhammad: Tajuk macam bertukar dari fokus Jonh Q dan adikberadiknya yakni bapa kepada bakal bapa nampaknya.:) Alakullihal, ALLAHUMA Amin. Jazakillah untuk doa itu.

  6. Ummuauni: Semoga ALLAH menggantikan perkara yang diambil, dengan perkara yang lebih baik. Yang diambil itu, sudah dalam takdirNYA. Yang diganti, kasih ibubapa yang tidak pernha mati.

  7. i like this post! i used to always say, ala, what’s the big deal with father’s or mother’s day but these days are the wake-up calls because sometimes i needed to be reminded to constantly check up on my parents and remember what they did for me so thank you for the reminder and happy [though belated] father’s day for my beloved abah 🙂

  8. Salam, Sumayyah.

    Entry yang sangat menusuk kalbu. Kak Ina juga punya pengalaman lebih kurang sama, berteleku di hadapan ayah meminta doa restu sebaik selamat diijabkabulkan dan sebelum berangkat pergi mengikut suami ke ‘rumah baru’ yang tentunya belum biasa lagi ketika itu.

    Berbagai perasaan. Walau apa pun, jasanya dan baktinya dari kecil, hingga merawat Kak Ina dalam pantang ketika anak pertama, kedua dan ketiga ( emak telah kembali kepadaNya Julai 19998 ) sangat besar dan tidak mampu dibalas.

    Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran setimpal atas curahan keringat dan pengorbanan ayah kepada Kak Ina. Terima kasih atas perkongsian dik. Sangat suka membaca buah fikiran sumayyah yang lembut menusuk jiwa dan adakalanya tegas, mengingatkan hati yang alpa. Boleh Kak Ina minta izin Sumayyah untuk dapatkan kata laluan bagi entry-entry berstatus ‘protected’. Jika boleh, harap Sumayyah dapat emel Kak Ina ye. Syukran ya uhktie 🙂

  9. Ummu Auni Afif

    sumayyah, akak cuba untuk tidak menyesal & mengeluh dengan apa yang terjadi. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s