Anekdot Wida’ I


Gambar di ambil oleh: Kıvanç Niş

Esok dia bakal pergi. Hati ini akan walang rindu lagi. Bukan kepalang. Namun ini hakikat. Daerah ini bukan daerah kekal. Daerah ini daerah memendam cinta. Agar janji bakal terlunasi bersama. Agar rindu terlerai di daerah cinta. Tiada lagi wajah manis yang bakal bercerita bersama. Tentang Turki dan segala yang ada dalamnya. Tiada lagi paksaan mencicipi teh panas sambil menikmati keju masam yang menyihatkan. Tiada lagi. Yang tinggal hanya tepu janji yang bisu. Dia bakal pergi menyusuri langkah teman yang dahulu pergi. Ramadhan akan datang, tiada diksi mereka lagi.

Oh, tahun ini menempa sejarah terpisah kujur tubuh namun bersatu minda, ruh dan hati. Yang tinggal hanya janji. Juga doa. Ikatan itu tidak pada pertemuan hari-hari, namun doa itu saksi dan bukti. Esok, dia bakal pergi.

Julai 2007
~

Meraikan kedatangan Rejab, pintu Ramadhan.
Mengingat gadis-gadis mulus dari Turki; Ebru dan Nejmiye.
Teman memugar rahasia-rahasia bulan-bulan mulia

Advertisements

8 thoughts on “Anekdot Wida’ I

  1. alQasam

    terima kasih ummuhani. Yang manis-manis itu semuanya dari Tuan Empunya Alam. Ingin tersenyum membaca komen saudari. Ya, ladang perkasihan sesama saudara. Pasti ramai keliru makna halusnya. Ya, rindu pada saudara yang terpisah jauh maharnya Redha Allah. Ianya tetap halal dalam satu darah bernama wanita. Yang sunyi dan khali dari nafsu itu ikatan sesama jantina. Kerana kita bukan para WaliNYA. Yang khali dari nafsu. Yang mampu cinta tanpa nafsu. Melainkan yang dihalal melalui akad.

    Kita berjanji di bawah lembayung di hari tiada lembayung kelak. Makna juga pesan Nabi s.a.w yang tercinta. ” Mereka yang bertemu jua berpisah kerana Allah, akan bertemu di bawah lembayung yang tiada lembayung kelak. Moga kita di bawah satu lembayung kelak.!

    Ada sambungannya edisi “wida’ ” ini. Moga diberi kesempatan. Maklum sahaja, mereka yang berkulit putih mulus itu yang menghidang masakan enak dan panas-panas. Seperti hangatnya masakan dan dakapan terakhir mereka, begitu juga masih hangat ingatan bersisa. Masakan boleh lupa begitu sahaja.

    Terima kasih atas kunjungan.:)

  2. Dianah

    Salamu Alaikum.. Tertarik dengan kata-kata alqasam pada ummuhani.. Membacanya sepintas lalu, berbunyi agak janggal, kerana jarang diperkatakan dalam bahasa sedemikian.. Namun, hakikatnya, situasi itu ada benarnya, dan ia berlaku.. Yang pasti, perlu menghadapi rindu itu dengan cara yang sewajarnya.. Kerana sebaik-baik pertemuan, yang tiada duka nestapa hanya di taman yang kekal di sana.. Wallahu ‘Alam..

  3. Semoga ALLAH meRahmati kita semuanya dan membantu saudara-saudara kita diluar sana yang sedang bertarung melawan rasa-nafsu yang bukan masanya lagi. Semoga ditunjukkan jalan keluar dan bertegas kepada nafsu yang tidak diRedhai.

    Cinta yang halal untuk menyalur nafsu (keinginan, naluri/fitrah manusia untuk bersayang-sayang, mendakap, bertemu, berbicara, meluahkan perasaan) yang Allah beri, selepas akad terpatri kelak. Ada pahala. Ada ganjaran besar.

    Cinta itu tiada khali dari nafsu melainkan pada ALLAH&Rasul dan mereka yang wajib/harus kita cinta tanpa ada keinginan nafsu yang su’. Jika cinta pada manusia tiada nafsu, tiadalah keinginan menterjemahkan perasaan itu (melalui sentuhan, bicara, pandangan dll).

    Namun ALLAH itu MAHA ADIL. DIA meraikan fitrah manusia dan memberi satu akad yakni NIKAH untuk menyalurkan naluri cinta dan terjemahannya melalui nafsu yang dihalalkan.

    Katakan tidak pada nafsu su’ dan kesilapan kedua kali!

  4. @ Ummumishkah dan Ukht Dianah:

    Entri ini dah terpusing dari tajuk wida’ ke tajuk rindu. Sounds cheesy sikit kan.:)

    Salah satu buku yang sesuai di baca bagi yang ingin mendalami falsafah dan pandangan cinta dan rindu menurut Ulama’ salaf, samada yang belum atau dah berkahwin ialah kitab Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Bagus dibaca untuk mereka yang sedang dilamun cinta dan ingin tahu cinta bagaimana yang ALLAH suka.

    Buku bertajuk:”Raudah Lil Muhibbin Wa Nazhah LilMustaqin”-

    “Taman Orang Yang Memendam Cinta dan Rindu”

    Antara isi kandungan kitab ini adalah syair yang dilagukan oleh Muhammad Sirin:-

    Jika langkah kakiku berayun tak terarahkan,
    kupanggil Lubna seindah nama panggilannya,
    aku berharap andai jiwa ini mau menurutimu
    kan kubawa jiwaku kesampingnya

  5. Salam.

    Ni lari sikit dari tajuk ni Ustazah…hehe..

    Gadis-gadis mulus Arab/Eropah tu selalu memikat para pemuda Malaysia kan? Sehingga ada yang tergila-gila… Tapi kehidupan adat mereka jauh dari adat ketimuran di sini. Jika tiada iman memandu kehidupan, kemulusan itu tiada ertinya.

    Hanya iman yang akan membahagiakan…

    Dan… bidadari syurga adalah hadiah kepada mereka yang taat dan sabar menanti…

    Dapat gambaran dari Habiburrahman El-Shirazy tu sebenarnya…hehe..

  6. Dr Roslan, masih dalam tajuk tu.

    Cerita novel kebanyakannya overly dramatik. Ana dan sahabat dari seberang (Indonesia) yang juga pernah belajar di Timur Tengah;Jordan suka berdebat tentang buku Habiburrahman. Ia tidak semestinya gambaran realiti. Ia lebih kepada bayangan imaginasi sebuah cerita untuk dijadikan latar sebuah novel. Di ardhil kinanah, tak tahu ana rasanya ikhwah-ikhwah kita tiadalah pula yang benar-benar jatuh hati pada yang tidak beriman. Muslimah baik dan mulus juga ramai.

    Kalau di IIUM, inshALLAH kebanyakkan gadis-gadis mulus dari Eropah, Turki dan negara-negara lain yang benar-benar taat pada ALLAH dan Rasul masih banyak. Walau mereka tidak sama adat, tetapi bergaul dan menyintai mereka kerana ALLAH membawa kepada cintaNYA juga. Mungkin sebab matlamat sama, arah juga sama, perbezaan membuahkan ranumnya persaudaran dalam kepelbagaian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s