Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun


Hari ini, saya berjaya menghubungi kembali teman sebilik saya di kampus UIA, bekas penuntut Jordan. Kami berbual panjang. Sungguh bersyukur dan gembira sekali. Dan untuk Kak Dini, ini tribute buat akak.

Entri asal telah lama lebih kurang tiga tahun lepas di blogspot. Kemudian dipublish semula di sini dan di sini.

___________

Nostalgia

Hari ini seorang sahabat bekas teman sebilik saya di kampus UIA suatu masa dahulu mengirim sms kepada saya. Oh, memang sungguh nostalgik pengalaman dengannya. Dialah teman berdebat saya yang mengenali saya lebih dari saya kenal diri sendiri. Teman suka duka segala.

Karakter dan personalitinya sungguh unik yang tidak pernah saya temui seumur hidup saya. Teman dari seberang, Indonesia. Mindanya semua isu akan menjadi kritikal terutamanya tentang ideologi, peradaban atau tamadun.

Beliau memang sungguh kritikal namun sungguh menyenangkan. Tidak pernah menyangka kekanda saya beliau akan berkahwin dahulu. Sebuah entri yang pernah di tulis lama dahulu. Sebuah nostalgia yang mengajar pelbagai perkara. Beliau pernah merentas tanah Syam sebagai seorang musafir ilmu. Dalam perbezaan kami berkongsi banyak persamaan. Semuanya bermula dengan sebuah kisah jejak-jejak di bumi Nabi. Di situ cerita kami bermula. Dia di Urdun dan saya di Mesir.

I- Urdun

Memetik bunga ” Juri” di halaman Urdun

Seperti biasa, setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan tanduk di kepala mereka bertiga.. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik “juri” di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal “shantoh” besar dan gunting mereka menuju Amman.

Kata siswi A “Kalau kita petik bunga tu, kira mencurikan. Lebih 4 Dinar kena potong tangan kan? Di kira hukum “sariqah”. Katanya gaya seorang pelajar syariah.

Siswi B.” Kalau mazhab Hanafi dua dinar dah kena potong tangan. So gi mana nih?.

Siswi C ” Ala hari tu kau lalu tepi rumah ammu, pun kau amik bunga tu. “

Teringat siswi B memetik bunga di tepi rumah ammu. Tiba-tiba.

” Ya anisah. Petik bunga ya. Suka bunga “juri” ke?

Jawab dua siswi itu. Sambil tersengih dan berdebar-debar juga takut di marahi.

“Aiwah nubibbu awi.” Ammu pun tersenyum tanpa terselit perasaan marah melihat gelagat dua siswi nakal tersebut.

Tiba Di Universiti Urdun

“Harapnya tak bertembung dengan Ammu Haris Nanti kena tangkap.”

“Erm ye la. Kira kita ni amik harta awam, jadi tidak mengapalah.”

Masing-masing menyedapkan hati masing-masing kerana sudah tekad. Tiba di Amman, mereka menuju urdun..sambil masing-masing galak memetik bunga. Masing-masing memerhati seandainya ada syabab-syabab di jamieah yang melihat mereka siswi seolah-olah dari “badwi” atau kampung memetik “juri” lagak tidak pernah melihat bunga gayanya.

Hehe biasalah kan di jamieah kita mana ada bunga. Yang ada hanya pohon-pohon zaitun dan tanah gersang sahra’.

Selesai, walau tangan luka-luka akibat memetik, tapi kita puas hati. Gumam diri masing-masing.

Pulang

“Ya Allah, apa yang korang buat ni.”?

Sambil melihat bunga-bunga itu ditampal ke dinding menjadi pot-pori. Budak-budak ni, desis si kakak.

Namun selepas itu.

“Jom temankan akak pula.”

Pinta si kakak sambil tersengih. Macam-macam gelagat mereka yang mencuit hati. Perempuan. Aduhai! Begitulah, gelagat siswi Jordan-Mafraq yang nakal.


II- Mesir

Mendaki Gunung Thur Sina

Senario-senario pula lebih suka mendaki gunung Thur Sina, dari memetik bunga. (Ketika mereka mendak bukit Thur-Sina, bermula dari yang terakhir start, ketika insan lain sudah bermula, mereka masih belum bermula.

Namun menjadi antara yang terawal sampai disebabkan ke”cekalan” si kakak meredah angin kuat dan kepenatan yang bukan sedikit.

Adinda: “Akak, dah tak larat ni, kita rehat dulu.”

Kekanda: “Teruskan jgn berhenti, nanti lagi penat..” katanya sambil meneruskan langkah dan memberi galakan penuh pd kekandanya.

Adinda: “Akak saya penat sungguh ni.”

Kekanda: “Takpe, kita ikut jalan shortcut”. Sambil mendaki cerun yang akan bahaya.

Adinda: “Ya Allah, kuat sungguh kakakku ini. Sambil matanya meliar melihat sahabat yang lain bersantai berehat. Allah shj yg tahu, memang penat sangat..”. Akhirnya dengan deruan angin yang amat kuat, juga cerunan yg bahaya berjaya juga mereka sampai yg terawal di puncak Thur Sina atau Jabal Musa.

Ya Allah, melihat tempat bermunajatnya Nabi Musa selama 40 hari.

Alangkah bersyukurnya.

Menyelinap Ke Masjid Hussien dan Azhar

Entahlah mengapa mereka kurang berminat pada bunga-bunga ini. Tika musim rabieah (bunga) pasti ramai siswi ke Kaherah untuk bergambar bersama pohon-pohon Mawar. Namun sesetengah siswi pula lebik enak pergi mencuri-curi ke Hussien untuk ke masjid azhar, bertalaqi dengan Syeikh. Walau berpanas-panas, dan berdebar-debar juga kerana seakan melanggar peraturan sekolah.

“Ala, takpe nak cari ilmu.”

Masing-masing yakin dengan hati dan diri masing-masing. Walau tidak digalakkan, mereka pergi jua. Memang kepingin belajar dgn syeikh-syeikh di situ. Namun awas! Berhati-hati semasa di Hussien.

Mesir, bumi barakah, bumi Musa dan Firaun. Di dalam nya antara dua neraca. Mahu baik, ke kananlah, menapak jejak Musa dan para anbiya’ , salafussoleh dan ulama-ulama’ tersohor. Begitu juga dataran Syam, di sana tinggalan para anbiya’ dan salaf-soleh. Laut mati, megajar manusia agar jangan mecabar Tuhan. Kamu Luth telah di ‘azab’. Ummah manusia sekarang! Usah berbangga dengan dosa dan maksiat. Hidup di dunia dengan rasa bangga dgn ingkar pada Allah. Lihatlah pada tinggalan dan ambillah ia menjadi ibrah pada akhir zaman ini. Jangan menjadi ummah yang dilaknat Allah, jauh pula dari Rahmah dan hidayah Allah. Nauzubillah.

Andai mahu bebas segala rasa, ke kirilah menitip jejak yang direntas Firaun. Buatlah apa sahaja. Tiada siapa melarang. Tiada ibu-bapa mengawasi. Segala pilihan di tangan. Allahlah jua yang akan menilai dan memerhati.

Alhamdulillah. Bagai terbayang segala yang dilalui di sana. Mana mungkin mencari bumi tarbiyah yang lebih indah dari bumi-bumi anbiya’ itu. Segalanya dilalui dengan penuh sabar dan melerai hikmah di atau ujian dan dugaan. Menghadiri kelas atau ke kuliah tidak seselesa yang dibayangkan. Berhimpit-himpit, tanpa kipas atau aircond cukup menguji. Di dua bumi itu, tinggalan segala sirah Nabi dan kisah-kisah sahabat, tabie’ dan ‘tabien. Alangkah bersyukur dapat menjejak di jejak para anbiya! Cukuplah andai dikatakan tidak mungkin melupakan lembah-lembah yang banyak menguji rasa namun menatijahkan satu ingatan yang paling bermakna di dalam hidup dan mengurniakan satu bekal tarbiyah yang paling mahal di dalam dunia.

————

Glosari–tulis-tulis sahaja dan bukan kamus- Nota kaki buku maya yang nostalgik

Juri: Mawar

Shantoh: Plastik

Anisah: Gadis

Aiwah, nuhibbu awi: Benar, kami suka sgt2

Ammu haris: Pakcik Pagar

Advertisements