Kufur Al-Asheer?



Hakmilik: Matt-James Turner

“Kita pergi Mid Valley macam mana?”

Pada awal perkahwinan, semasa sedang dan masih menyesuaikan diri kami merancang untuk keluar berdua. Pertama kalinya. Janggal sekali.Namun, kami mampu berkomunikasi dengan baik dan mesra. Sekalipun kami menatap wajah masing-masing buat kali kedua hanya selepas nikah. Walaupun sudah boleh berbual seperti biasa, namun masih belum seperti suami isteri lain gayanya. Menyenangkan. Canggung. Ada bibit mesra. Semuanya berkumpul. .

Saya mencadangkan. Saya tidak suka membeli-belah. Namun kalau ada keperluan saya pergi juga. Suami memberitahu beliau ingin mencari buku Medical beliau. Di sana ada MPH dan bolehlah sekali kami membeli buku dan berjalan bersama-sama. Lagipun dalam tiga hari kami akan ke Kuantan untuk meraikan majils kenduri pihak lelaki. Selepas itu terus ke Terengganu.

Saya tak kisah. Saya ikut sahaja.

Suami menjawab sambil tersenyum.

Selepas menyalami keluarga kami keluar menaiki kereta. Dalam hati rasa ripuh berlaga-laga.

Naik kereta bersama lelaki? Huh, macamana agaknya ni?

Kami mengambil LRT di Batu Tiga dan menuju Mid Valley.

Masih mencari-cari keserasian bersama, kami berbual panjang. Saya tidaklah rasa begitu malu sekalipun canggung. Semuanya kerana bantuan Allah juga, DIA memudahkan kami menyesuaikan diri. Paling utama, kami menjadi diri kami dan berterus terang dalam semua perkara. Jika tersadung kaki, kami ketawa bersama-sama. Ini metafora.

Dalam masa menyesuaikan diri, suami menghulurkan telefon beliau kepada saya. Di atas skrin itu, tertera Hadis Sohih Bukhari.

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Keratan tersebut beliau ambil dari artikel ustaz Hasrizal di laman web beliau di bawah artikel “Permulaan Yang Baik Bukan Jaminan”

Maksud hadis tersebut sekalipun sudah biasa kita jumpa dan tulisan tersebut mungkin telah kita baca, namun setelah bergelar isteri lain sekali tindak balasnya. Saya menyimpan makna hadis tersebut sebagai garis pandu saya. Sekalipun suami tidak mengulas lanjut, namun saya memahaminya.

REALISTIK

Ya, kita harus bersikap realistik. Permulaan yang baik bukan jaminan. Sekalipun dimulai dengan baik jika tiada usaha penerusan atau erti kata lain, istiqomah maka kelansungan kebahagian rumahtangga akan terhenti. Ia perlu komunikasi. Hormat. Sabar. Syukur. Redha. Terima seadanya. Persefahaman. Perlu lebih dari sebuah cinta.

Ruqayya Waris Maqsood dalam Muslim Marrige Guide ada menyebut:-

For it is love which makes a marriage – not a soppy, sentimental kind of romantic dream, but the sort of love which will roll up its sleeves and get stuck into the mess; the sort of love which will hang on to you when everyone else has turned against you and is speaking wrongly of you, while you have confidence that your partner (who knows you better than any person) will justify that confidence, and spring to your defense.

Sounds too good to be true? Those of you who have grown up in unhappy circumstances, in families shaken by frustrations and depressions, where the adults were bitter and cynical, and overauthoritarian, may well wonder if it is possible to have such a loving relationship with another human being.

By the grace of God, it is possible, and it is what Allah intended for you, by the practice of Islam which is submission to His compassionate will.

But a happy marriage is not simply `made in Heaven’. It does not just happen by accident.

You could go into a most beautiful garden and be amazed at the profusion and lushness of the flowers, the neatness of the borders and grasses, the absence of marauding insects and pests – and you would never for a moment think that this had come about by accident. You would know, straight away, that the garden had been created by a person or team of people who loved gardening, and no matter what the setbacks and problems were determined to produce a thing of great beauty and joy. A marriage is cultivated in exactly the same way.

Bak kata pepatah Inggeris

“It takes two to tango”

Atau pepatah lain

“Marriage failed when one’s stop trying”

Tidak kira apa punca dan sebab, jika salah satunya berhenti mencuba dan berusaha, maka rumahtangga akan berakhir sekalipun keduanya masih saling menyintai antara satu sama lain. Sekalipun salah seorangnya masih tetap mencuba.

Ketika itu saya merasakan sebagai permulaan untuk usaha memberi kebahagian yang berpanjangan saya memegang hadis tersebut sebagai papan tanda saya. Jika mungkin saya tersesat dalam kehendak dan runtunan emosi yang tiada punca saya berharap agar papan tanda itu memberi isyarat ingat pada saya. Saya cuba paling tidak menjauhi sikap kufr al-asheer. Cuba menerima seadanya.

Satu perkara yang perlu kita ingati, perkahwinan adalah suatu perkara dan bukannya segala-galanya.

Prinsip saya. “Marriage is something but it is not everything”

Bila menerima seadanya, ada banyak perkara yang dapat kita lakukan, hargai dan fikirkan.

KUFR AL-ASHEER

Al-Asheer bermaksud dalam bahasa arab, ahli keluarga atau suami jika melihat konteks -siyaghul hadis- di atas.

Sebagai perempuan dengan kelemahan dan kekurangan yang ada, membuatkan fitrah dan sikap semulajadi wanita untuk sering rasa tidak bersyukur, mengeluh dan merasa tidak cukup dengan apa yang suaminya lakukan. Ini realiti. Sekalipun pada wanita yang mengaku beriman atau jahil. Mungkin pada saya, pada anda dan pada kita semua.

Cuba kita bayangkan, apakah yang telah suami kita lakukan untuk kita. Sekalipun penat pulang dari kerja, beliau melayan dan mendengar bicara dan cerita kita. Bila kita tidak mampu membuat kerja, beliau menggantikan kita dan melayan penuh sabar dan lemah lembutnya. Bila kesihatan kita diuji, mereka menguruskan kita dengan cinta dan kasih. Bila kita mengadu, mereka mendengar penuh tekun dan minat sekalipun mungkin keluhan kita tidak ada makna dan hanya cicipan biasa sahaja.

Begitulah suami. Tekanan kerja dan tanggungjawab dakwah yang pelbagai sepatutnya kita teladani dengan syukur dan qanaah. Apa lagi yang kita inginkan dalam hidup ini selain daripadanya?

Kufr pada kebaikan suami.

Dalam erti kata lain, tidak pernah puas. Tidak pernah rasa cukup. Tidak pernah rasa suaminya melakukan kebaikan. Seandainya berlaku konflik, kebaikan suami dilupakan atau seolah-olah tiada lansung dan kelemahan suami dibangkitkan. Jauhi mulut yang berbisa dan hati yang keras.

Dari Abdullah bin Umar katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Wahai kaum wanita, bersedekahlah kamu dan banyakkan beristighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni neraka?” Rasulullah bersabda, “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suamiAku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.” Wanita itu bertanya lagi, “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?” Rasulullah bersabda, “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.”

Sekalipun konteks perbincangan mafhum Hadis di atas dalam aspek penyaksian dan ibadah dan dalam perbahasannya namun bukan di ruang ini saya ingin mengulasnya. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan akan peringatan dari Rasulullah saw yang berbunyi yang boleh diambil peringatan untuk kita:-

Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami”

Jesteru, jadilah kita wanita yang bersyukur. Cukup dengan apa yang ada. Tidak meminta-minta. Tidak membebankan suami dengan perkara yang tidak perlu. Menghargai. Qanaah. Syukur. Pasti dicakupkan semuanya untuk kita.

Untuk suami saya ingin memetik kata-kata Ustaz Hasrizal:-

Teladannya, wahai suami, sentiasalah berlaku Ihsan, memberikan yang terbaik, dan terus bertanding dengan diri sendiri untuk mengatasi terbaik yang telah dilakukan sebelum ini. Namun bersabarlah andai isteri terlupa menghargainya. Jangan dibiarkan isteri berada dalam keburukan dengan membiarkan dirinya tenggelam dalam prasangka itu, kerana ia menjadi asbab seorang isteri terhumban ke neraka. Sebaliknya tenangkanlah dia, pegang tangannya, dan ajaklah dia kepada sifat syukur.

KESIMPULAN

Ya, untuk permulaan yang baik. Mulai dulu dengan diri kita. Andai diberi suami yang dapat memberi yang terbaik dalam memenuhi kehendak dan harapan kita maka kita bersyukur. Jika diberi suami yang mungkin tidak peka pada kehendak dan tuntutan perasaan isteri, maka berbicaralah dan berkomunikasilah dengan kalam yang baik dan bersyukurlah. Kiasan yang tidak menuduh atau mengkritik terus pasti dapat membantu. Jika itupun masih belum bekesan, usaha terus dalam syukur yang tak pernah mati. Usaha dan syukur. Jangan pernah berhenti. Dan jangan pernah mengkufuri kebaikan suami. Sekalipun sangat sedikit. Kerana mereka yang berada dikalangan yang bersyukur sangat sedikit.

Pada waktu Amirul Mukminin, Umar bin al Khottab bertawaf, beliau selalu mendengar do’a dari seorang pemuda yang isinya agak aneh. Pemuda tersebut selalu mengulang-ulang do’anya “Allahummaj’alni minal qolil (Ya Allah, jadikanlah aku termasuk dari kalangan yang sedikit)”. Selesai bertawaf, Umar bin Khattab bertanya padanya,”Wahai pemuda, kenapa anda berdo’a seperti itu?”. Pemuda menjawab,”Tidakkah Amirul Mukminin mendengar firman Allah ‘Wa Qolilummin ‘ibadiyasy-syakur’(Dan sedikit dari kalangan hamba-hambaku yang bersyukur) (As.Saba 13), Ya Amirul Mukminin, sungguh saya sangat berharap menjadi yang sedikit tersebut. Karena yang mau bersyukur pada Allah dan yang berkeinginan untuk selalu berbuat baik sangat sedikit.” Demikian kata pemuda tersebut.

Memetik lagi penutup Ustaz Hasrizal dalam artikel yang sama.

Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepada-Nya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas USAHA.

Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…

Satu permulaan kepada halatuju yang utama. Memetik petikan buku Ruqayya Waris Maqsood yang memebawa maksud yang sama:-

But marriage is also a most demanding training ground of faith. By claiming it to be `half the religion’ the Blessed Prophet was not making an idle statement. When a human couple strive hard to get their marriage and family right in the eyes of God, they are indeed well on the road to Paradise.

Ya, ia medan berjuang. Medan menguji iman. Medan bahagia dan mungkin derita. Iman, usaha, syukur dan penyerahan pada Allah kayu ukurnya. Sifirnya mudah, namun payah untuk melaksankannya. Pada suami ada tanggungjawab. Ada bebanan. Jika mereka cuai, mereka akan dihisab. Pada isteri, ada tuntutan syukur dan sabar. Ada tuntutan sifat qanaah. Kedua saling membutuhkan dan melengkapi. Saling menyempurnakan. Suami seorang manusia. Punya kekurangan. Kita apatah lagi. Kelemahan yang tidak terkira banyaknya.

“Barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.’’ (Lukman :12)

p/s: Buat suamiku, di atas kebaikanmu yang melimpah ruah, penghargaan yang tidak putus-putus dan kata-kata yang hanya baik untukku sahaja yang kau beri, aku berterima kasih. Sekalipun aku tersalah, engkau menerimanya dengan kata-kata yang baik. Sekalipun silap, engkau memandangku dengan kasih. Tidak pernah sekalipun engkau mengeluh. Yang ada hanya pujian, ransangan dan kalam yang baik. Untuk seorang lelaki yang terbaik yang pernah kutemui, terima kasih.

————————
Nota Kaki

Ini tulisan ringkas. Sekadar berbasa basi. Jika ada kebaikan, maka ia milik Allah. Jika ada kekurangan, kelemahan saya sendiri. Malah, saya masih bertatih, masih hijau malah baru menjadi seorang isteri. Mungkin akan terjatuh dan terngadah juga kelak. Semoga Allah memelihara daripada semua itu. Buat suami juga, jangan lupa menghargai dan mensyukuri kebaikan isteri sekalipun dengan sentuhan dan kata-kata yang baik. Pasti bahagia tidak kunjung sudah.:)

Advertisements

20 thoughts on “Kufur Al-Asheer?

  1. Pak Din

    Marriage failed when one of them stop trying

    Kalau di Barat co-habit tu macam biasa (Astagfirullah) atas pegangan mereka, di Malaysia (atau negara Muslim) pun banyak berlaku dalam keluarga, mereka co-habit, bukan hidup bersama, yang kemudian melahirkan zuriat yang porak peranda. Susah nak cari isteri-suami seperti dicerita. Masa bercinta dulu memanglah sempurna, janji macam biasa ‘Se hidup se mati’ la ni se tukar jadi sa.

    1. Pak Din: Terima kasih sudi ziarah dan berkongsi di sini. Sangat dihargai.

      Bila Pak Din sentuh point tersebut saya tertarik dengan satu core point juga yang saya dapat dari Ustaz Hasrizal menerusi artikel yang ini
      “Bercinta Sampai Syurga”

      Point ini saya jadikan teras setiap kali membincangkan tentang hal ehwal rumahtangga dengan suami.

      Kegagalan dalam suatu perhubungan adalah kerana tidak dapat menguruskan tekanan dengan baik. Suami tidak dpat menguruskan tekanan dengan baik dan kemudia melepaskannya kepada isteri. Isteri tertekan dan tidak tahu bagaimana nak menguruskan tekanan tersebut, depression dan hanya memendam rasa. Perbincangan, komunikasi atau lain-lain kurang efektif. Bila salah seorang tidak dapat mengurus tekanan dengan baik maka hubungan menjadi imbalance dan matlamat nikah iaitu taqwallah menjadi berat sebelah. Luas sebenarnya perbincangan ini.

      Begitulah hakikatnya Pak Din. Perkahwinan tidak seperti percintaan.(Tak tahu macam mana, tak bercinta:). Perkahwinan medan ujian. Medan sabar.

  2. Ummu Auni Afif

    susah nak komen. ada akak baca e-mail Ummiku Sayang, bukan semua lelaki tahu tanggungjawab. bak kata ust hazrizal, ramai yang ingat talak & poligami itu HAK mereka, dan bukannya TANGGUNGJAWAB. tapi ada lelaki yang memilih untuk menunaikan HAK tanpa memikirkan implikasi nya.

  3. Terima kasih kak mardhiah. Sangat dialu-alukan komentar bagi mereka yang dah lama kahwin.:)

    Saya maksudkan suami yang bertanggungjawab. Jika sebaliknya, ia termasuk dalam bab lain.

    Artikel saya ini melibatkan SATU persfektif sahaja. Ia tidak dinamik. Saya menumpukan topik isteri kufur al-asheer. Di pihak isteri ketika berhadapan dengan kekurangan tertentu suaminya DALAM masa yang sama suaminya menunaikan SEMUA tanggungjawab yang wajib si suami penuhi.

    Saya menumpukan kepada situasi umum di mana bila seorang isteri bilamana mendapat suami yang baik/bertanggungjawab NAMUN punya kekurangan tertentu dan si isteri masih belum mahu bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada dan meraikan kelemahan suami seperti yang ustaz bagitahu dalam artikel yang saya maksudkan.

    Saya sedang merangka beberapa artikel itu mengulas perspektf syariah dalam hak pengabaian wanita dan pencabulan talak yang melibatkan penderaan dan sebagainya.

    Namun meraikan mood sahabat-sahabat yang tengah nak walimah takut depa terkejut pula.:)

    Apapun terima kasih atas komentar akak. Emelnya sudah dibalas. Sayang selalu.*Hugs.

  4. ummu muhammad

    Salam ukhti,

    Aduh, artikel ni terasa sungguh mendidik diri. Walaupun hanya orang yg baru bertatih, tapi pengajaran mu cukup bagus. Ilmu ehwal rumahtangga melebihi org yg dah berlari. Akak akui, rasa tidak mensyukuri kebaikan2 suami tu mmg ada. Bukan x tahu, tapi kita kadang kala tidak sedar. Kita rasa kebaikan dan pengorbanan kita saja buat suami dan anak2. AstaghfirulLah…

    Adikku sayang, tiada kritikan atau komen lain. Membaca penulisan ni cukup buat diri akak menangis. Moga Allah beri taufik hidayah buat diri akak utk ambil manfaat dan pelajaran drpdnya.

    Dan moga kita dikurnia sifat sabar dan redha yg tinggi dalam menghadapi kekurangan2 dlm rumahtangga. Doakan kakak mu ini…

    *Hugs*

    1. Ummumuhammad: Tiada apa pun along. Sebenarnya semua ini sekadar pengalaman dan nasihat yang ana dapat dari masyayikeh dan mereka yang berpengalaman. Masa di Mesir dulu, teman serumah kebanyakannya semua dah berumur. Ini peringatan untuk diri ana sendiri. Kadang-kadang kita terlupa samada bagi pihak isteri ATAU suami, berapa banyak pengorbanan yang isteri dan suami kita dah lakukan buat kita. Dan kadang-kadang kita mengambil mudah dan tidak perasan kebaikan suami atau isteri kita tersebut.

      Ini cerita kita. Bukan cerita ana. Ana juga punya kelemahan yang sangat banyak.

      Apapun kata-kata ustaz Hasrizal menarik untuk diamati:

      Fikirkan tentang PERANAN dan bukan HAK. Jika tidak, tidak berpenghujung. Namun perlu usaha bersama. Yang penting kita syukur sokmo. Doakan juga adikmu ini dapat melazimi kebaikan dan dapat mengurangkan kelemahan diri yang banyak serta diri yang haqeer lagi. AMIN.

      *Hugs back.

  5. Kak Mardhiah: Macam mana nak masuk dan baca artikel di yahoogroups tu. Tak dapat acces la. Saya dah baca satu lagi artikel itu. Menarik.

    Sebenarnya ada dua point penting yang tidak saya kembangkan di artikel ini dan yang lagi satu sebab saya merancang untuk menyatukan dua isi tersebut pada artikel yang lain. Salah satunya ada saya sentuh di artikel lepas, tapi tak ramai yang perasan point saya tersebut. InshAllah akan dielobrate pada entri akan datang.


    1) Doa Mendapat Lelaki yang lemah lembut terhadap isteri

    2) Masalah suami panas baran

  6. ummu muhammad

    Ye, perkahwinan medan ujian. Aduhai perlu banyak2 mujahadah. Lagi2 kalau diri kurangnya sifat sabar. Bagaimana mahu bersyukur kalau tidak ada sabar dan redha. Moga2 dijauhkan Allah Taala segala keburukan akhlak.

    Itulah perlunya sahabiah2 yg punya ilmu dan akhlak. Ia sedikit sebanyak membantu kita wanita belajar menjadi isteri yg solehah. Allah Taala sajalah yg memberi taufik dan hidayah.

    Ayah akak sewaktu akak masih tinggal bersamanya, sering mengingatkan tentang “Tunaikan HAK kita terhadap orang, dan jangan kita tuntut HAK kita drpd org lain”

    Isteri buatlah yg terbaik, tunai segala HAK pd suami dan anak2, dengan tidak mengharapkan balasan. Hmmm..mesti kita tak rasa kecil hati atau kecewa kan. Begitulah sebaliknya bagi suami…

    Komen akak ni sekadar refresh balik peringatan buat diri sendiri.

  7. Salaam Ukhti, I love this article. Sebagai seorang yang baru mendiri kan rumah tangga, and seeing my husband for only two weeks in a month due to his work obligations, trying to adapt to each other is a challenge. And biasalah, naluri seorang wanita yang suka di belai dan sering minta perhatian, kadang-kadang lupa akan bakti suami atau mensyukuri pengorbanannya. Initially such scenes would cause tension in the marriage, especially when he doesnt understand you and you dont understand him.

    Tapi alhamdulilah, Allah menggerakkan hati untuk mengetahui cara-cara untuk memperbaiki lagi hubungan suami isteri dan hal ehwal rumah tangga. Articles like these truly help alot 🙂 Jazakillahu khair for you insights and I look forward for more articles of such 🙂

  8. encik suami@abu zaid

    Untuk isteriku,

    Sebenarnya,diriku ini yang lebih beruntung mendapat dirimu sebagai
    suri hidupku.
    Dalam perjalanan menuju akhirat, adanya dirimu sebagai teman yang berjalan di sisi, barpaut di tangan dan sentiasa membangunkan diri ini di kala rebah memang satu kurniaan Ilahi yang tiada bandingannya.
    “Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
    Terima kasih kerana menjadi bidadari yang membahagiakan syurga di dalam rumahtangga ini.

  9. Allahu… ukhti fillah, Syukran atas artikel yang mendidik dan memberi pencerahan.

    Sungguh, ilmu itu perlu dituntut tiada habisnya. Rupanya sangat penting bagi pasangan yang akan menikah utk mempelajari ilmu ‘ timbal balik ‘. Ada give n take nya.

    Kalau boleh saya simpulkan artikel ini dgn perkataan yg ringkas – Si Suami memberi, Si Isteri bersyukur. Si isteri menata rumah tangga dengan tanggungjawab & pengorbanan maka Si Suami menyambut dengan setulus penghargaan. 🙂

    Syukran juga atas doa tersebut. ” doa supaya suami kasih dan kasihankan kita ” Mungkin boleh di amalkan bermula hari ini… 🙂

    Doakan ana.

    * lots of love*

  10. Assalamualaikum,

    Perkahwinan. Ada kasih sayang, ada sengsara, ada derita, ada bahagia, ada pelbagai rasa. Ia juga seperti masakan, seandai semua ramuan itu kena caranya pasti masakan itu sangat sedap.

  11. Ummu Auni: I have recieved it.:)

    Ummumuhammad: Benar. Apa sahaja tanbih, tazkirah, tasjie adalah untuk kita sebenarnya.

    Seperti kata pepatah Arab:

    ” Telinga paling dekat dengan mulut yang mengeluarkan kata-kata”.

  12. Ummu Ummati: Glad to read that it can benefit some of us. It is our story. Our tabiyah, our journey and our learning lesson. Indeed, it never easy right. To fit with each other. Well, me married with a man who are totally from a different planet with us. But, takes a step at once and pray hard too. At least to think the less, we got a good man with a good heart and nature. Lama-lama your hubby will understand woman’s feelings. It takes some time you know. Paling tidak, just accept each other they way they are. Tolerate, communicate well, understand each other is the key for everything right.:)

  13. Ummul Barakah: Shukran Lillah. Benar itu.

    Faridrashidi: Masbuth. Tetapi praktikal tidak seperti teori. Apa yang Allah bentang untuk kita pada masa depan bukan sesuatu yang dapat dijangka. Karekter, kehendak dan personaliti akan berkembang menurut masa, tekanan dan konflik. Hanya takut Allah dan berkah dari ilmu dari Al-Quran, Sunnah dan majalis ma’al Ulama’ yang akan membantu.

    Seperti kata Habib Ali Al-Joofre:

    “Membina baitul muslim yang akan menggembirakan dan membuat Habibuna Mustoffa saw bangga”

    Redha Allah tentunya akhirnya.

  14. Salam rindu dik alQasam…
    Rasa tak layak nak memberi komen di sini. Dgn ilmu yg seciput… dgn pengalaman yg sejemput, tak banyak yg mampu kak su perkatakan.

    Selalu kak su ingatkan diri, andai ada perlakuannya yg melukai hati, lihat diri sendiri dulu!

    Tatkala ada bisikan syaitan menanam rasa tak puas hati di hati, satu suara nasihat pasti mengambil tempat, bergema diminda “sesungguhnya insan yg disatukan dgn kamu adalah yg terbaik dan selayaknya buat kamu… Andai ada kurang dlm dirinya, itu adalah kerana kurang yg ada dlm dirimu. Lalu carilah kurang dirimu dan perbaiki dulu, insyaAllah, Allah akan membantu memperbaiki diriNya berkat doamu…” Bukankah doa isteri itu sangat makbul? Lalu kenapa merungut… gantikan rungutan itu dgn doa! Bila doa itu akan Allah perkanankan? Sabar. Hanya Dia yg mampu memberi jawapan. Kak su teringat kisah prof Kamil bila bercerita ttg doa isteri yg penyabar… penulis buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah…

    Ya Allah… peliharalah setiap rumahtangga yg telah dibina…

  15. Kak Su: Salam rindu juga buat Kak Su.

    Amin untuk doa kak Su. Saya juga ibarat bayi yang baru merangkak. Masih banyak yang perlu dibaiki dan masih banyak yang perlu dipelajari. Komentar kak Su dah cukup lengkap dan bermakna. Tiada apa yang perlu ditambah.

    Menarik doa kak Su itu. Doa, tawakal dan usaha. Hingga datang ketetapan Allah.

    Semoga Allah membantu dan menguatkan kita untuk membina rumahtangga yang akan membahagiakan Habibuna Mustafa saw.-Habib Ali Aljoofre.

    Jika nikmah banyak bersyukur. Jika kurang, qanaah dan syukur juga.

    Seorang salik yakni Sari As-Saqhati bertanya kepada kepada Imam Junaid yang ketika itu masih sangat kecil. Apa syukur itu

    “Syukur itu tidak membuat maksiat atas nikmat yang Allah beri padamu”

    Allahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s