Repost: Ceritera Cikgu


May 15, 2007

Pembentukan manusia bermula dengan momentum utama kehidupan iaitu pendidikan. Ibu di rumah dan guru di sekolah.

Kalau dikira hari-hari mengajar itu akan sunyi dari ujian dan cabaran maka kita silap. Membaca kisah Saiful Islam akan bagaimana kisahnya mengajar di Ireland dahulu menyuntik semangat ke dalam diri. Mendidik anak-anak yang datang dari keluarga berada, ternama berbilang bangsa malah ada juga yang kahwin campur bukan senang. Bukan semudah mewajibkan memakai kopiah bagi pelajar lelaki. Kadang-kadang lucu juga bila membayangkan adanya anak-anak yang berambut pelbagai memakai kopiah dengan pelbagai fesyen. Warnanya tetap sama tapi gayanya berbeza. Ada yang memakainya ala-ala penyanyi hip-hop, ada yang memakainya dengan menampakkan rambut di depan dan berbagai-bagai cara lagi.

Bukan mudah memahami mereka. Kebanyakan mereka datang samada dari keluarga yang tersangat kaya atau kaya dan ternama. Mereka hidup penuh mewah dan glamour. Apabila pulang mereka hidup dalam dunia yang sangat berbeza dari apa yang dididik di sekolah. Sehingga ada juga dari mereka yang datang dari keluarga yang diabaikan keluarga. Punya segalanya namun sangat kurang kasih sayang dan perhatian. Anak-anak di sini begitulah mereka dan itulah istimewanya mereka.

Saya tidak pernah bercita-cita menjadi guru. Malah tidak pernah meletakkannya sebagai impian hidup. Mengajar,mendidik pada saya adalah kerja wajib umpama berdakwah. Tanpa nama atau gelaran semua manusia perlu menjadi guru kepada kehidupan dan menjadikan kehidupan sebagai guru. Bagi saya juga, guru sangat butuh akan dedikasi yang bukan sedikit juga harus bersedia didepankan dengan cabaran yang hebat dan menagih kesabaran yang bukan sedikit. Layakkah saya menjadi guru?

HARI PERTAMA 

Melihat 18 anak mata tertuju pada saya ketika pertama kali masuk ke kelas amat mendebarkan. Saya melihat ke wajah mereka satu-satu. Pesanan guru-guru lama bagai terbang dan saya mendepani mereka dengan diri saya sendiri. Walaupun gementar saya cuba melakukan yang terbaik. Seperti biasa guru akan menjelaskan apa yang dia mahukan dalam kelasnya. Taaruf adalah perkara wajib dalam kelas. Namun saya tidaklah memanjangkan taaruf secara umum. Sebaliknya saya panggil anak-anak dari pelbagai negara ini dan bersembang secara personal dan individual.

 

Saya tanya apa yang mereka rasa. Apa sahaja. Ada yang ibu di Austaralia, ada yang ayah di Canada. Berbagai rencam.

Sebenarnya tika itu, cabaran sebenar belum bermula. Anak ‘istimewa’ yang sangat ‘patuh’ belum tiba dari bercuti. Juga pelajar Malaysia yang belajar bahasa di Yaman belum pulang. Saya menanti kedua-dua mereka tiba. Salah seorang anak kelahiran Pakistan yang masih belum pulang dari bercuti. Anak seorang billionarie dan juga a yang sering disebut-sebut sebagai pencetus utama kekecohan sekolah atau lebih tepat lagi hero of the school! Anak yang sangat sukar dikawal dan diramal. Dalam hati saya, “MasyAllah pengalaman pertama sudah ditakdirkan dengan hero sekolah?”.

Seorang lagi pula bakal membuat saya cemburu kerana berpeluang ke Yaman. Menantinya pulang membuat saya teruja kerana sarat hati penuh harap supaya dapat berbual dengannya dalam bahasa Arab dalam kelas English Medium yang kurang mahir berbahasa Arab itu.

GURU SEBAGAI IBUBAPA KEDUA 

Saya sangat positif kepada setiap dari mereka dan sayang akan kesemuanya. Walau ada yang lemah dalam pelajaran dan menguji sabar sungguh, namun semua istimewa di mata saya. Tetapi semalam benar-benar mencabar sabar dan emosi saya.

Di kalangan anak-anak kelas, kebanyakkannya sangat chatty dan bising, namun anak ini berbeza benar. Beliau sangat berakhlak, sopan namun tidaklah sampai tidak bergurau. Menghormati guru dan suka belajar. Sebagai contoh, semasa saya memberi manaqib Imam sempena nama Imam kelas, tiada satupun yang bertanya akan apa-apa yang ada dalam kertas itu, melainkan dia. ” What is Shi’i teacher?”.

Juga ketika kebanyakan pelajar lelaki mengerumuni meja saya, dan beliau yang seharusnya berada di situ kerana ingin menyerahkan data peribadi kepada saya tersentak dan berlalu pergi apabila saya mengatakan ” Oh, I have a lot of kids.” Saya tidak marah, namun gelagat anak-anak itu yang bertanya itu dan ini membuatkan saya berasa bagai mempunyai banyak anak dalam satu masa. Saya jauh dari marah atau perli namun beliau terus tersentak dan duduk di meja seraya menyediakan buku kelas selepas itu di atas meja. Likeable. Disukai ramai. Berkahwin campur memberi kelebihan baginya apabila wajahnya tidak seperti melayu, tapi tingkahnya sangat kemelayuan. Religious and pious mother will develop a great kid; there is no doubt about that. To be a reverted Muslim,  his mother has created a great impact in his child character, dan bertuahlah dia kerana memiliki ibu seperti itu.

Saya sangat bangga dengannya namun saya tetap akan menegurnya andai beliau salah dalam tingkah lakunya. Saya sangat tidak meyangka ada sesuatu dalam jiwanya. Anak lelaki sukar digambar, dan itulah dia.

Namun semalam, segalanya berlaku dengan tiba-tiba. Dalam perjalanan kami menukar kelas, tiba-tiba beliau hilang. Katanya lari kerana perselisihan bersama kawan sekelas. Saya terkejut namun saya menyuruh mereka mencarinya. Kata mereka dia menghilangkan diri apabila terserempak mereka. Saya tahan perasaan yang sangat risau dan meneruskan kelas kerana masa sudah diambil banyak apabila kami terpaksa menukar kelas akibat kebocoran di dalam kelas kami. Saya harap beliau selamat dan perasaan risau itu saya pendam dan tukarkan tumpuan kepada pelajaran hari itu. Apa sebenarnya yang terjadi. Benak saya jenuh memikirkannya. Kelas pula semuanya bertanyakan dia. Namun saya biarkan soalan mereka berlalu begitu sahaja. Saya tahu saya perlu mengambil tindakan segera namun saya cenderung mencarinya sendiri dahulu selepas kelas. Lagipun masa untuk subjek saya hampir selesai.

Apa yang sebenarnya terjadi? Inshallah saya akan sambung di entri akan datang.

Advertisements

25 thoughts on “Repost: Ceritera Cikgu

  1. Mungkin dia merajuk sebab kawan2nya mempermainkan rupanya yang berdarah kacuk. Hmm.. suspens…

    Tapi saya kurang jelas apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam artikel ni. Mungkin kena tunggu sambungannya

  2. ahmad dhuat

    Bagus bagus.. buatlah novel pasal guru dan anak2 muridnya
    dan hantar kpd pts ker… pasti laris insyaallah.

    Setahu saya, tak ada lagi novel sebegini di Malaysia.

    Tak sabar menantikan sambungan novel ini.
    (betul2 saspen lah)

    🙂

  3. alQasam

    bangku: Allah, akhina bangku. Idak le begitu. Sejak masalah nak tranfer data ke pc hari tu, tulisan tu masih dalam hardcopies. InshAllah, step by step. Satu-satu. belum masanya lagi. Tiba masa, adalah ia. Pembacaan nya bergantung kepada persepi dan persfektif pembaca secara umum. Terpulang.

    Dhuat: Ini bukan novel, akhina. Tulisan basa-basi sahaja, apapun jazakAllah. suspen? inshAllah nanti disambung cerita anak-anak ini.

    Yamina: Moga kak. Serasi mudah kerana anak-anak remaja ini mudah buat kita jatuh cinta dan patah hati sekaligus. Hebat kan penangan mereka. Anak perempuan kata bila ana habaq depa dah tak tahan nak jd kelas guru mereka, kurang garang jd tu sebab anak2 lelaki tak dgr kata:D sbb tu rasa mcm dimanipulasi anak-anak ni. rasanya dh cuba garang, tp mybe tak cukup garang. kelas ana, depa tak takut pun. Aduh, Allah sahaja yg tahu cara bagaimana nak deal dgn diaorg..Tapi masih baru, jd semuanya perlu ambil masa. Apapun valuable experience. Doakan ya kak!

  4. Salam.
    Nai, teruskan. Sentiasa dididik dan mendidik itu memang tugas kita. Sebagai manusia. Manusia islam pula. Semoga selamat semuanya. Semoga dipermudah jalan2 yang mulia

  5. Yamina

    itulah nai comel sgt… he he tak lah, kak gurau sj… insyaAllah… bg kak tak perlu garang, tapi perlu tegas dan serius… air muka perlu serius dan nampak garang. ingat lagi kawan baik akak ceritakan pengalaman pertama dia masuk kelas utk mngajar. hari pertama masuk kelas form 2, student perempuan baling kerusi pada student lelaki. dia terkejut dan terus menjerit marah pada student trsebut, sejak hari itu, dia terus dikenali sbg cikgu yg garang tapi baik hati. mengajar mmg ada cabaran. kwn2 akak yg jd guru, bila sesekali berjumpa teruja benar mereka untuk bercerita ttg murid-murid disekolah. walaupun geram, tak pernah dapat darah tinggi, bila masuk mengajar terus dapat darah tinggi kerana tekanan…. tapi masing-masing tak lepas dr mengukir senyum bila bercerita dan teringatkan murid-murid yang nakal. apa lagi kalau murid yang nakal tu akhirnya lmbut jg hati nak terima tarbiyah dari kita… insyaAllah ukhti akan jadi guru yang baik… anggaplah waktu permulaan ini sebagai latihan, sedikit-sedikit belajar, akhirnya dapat jd guru cemerlang insyaAllah .

  6. Salam adikku..seronok mndengar ceritamu sbg seorang pndidik…Tugas seorang pndidik amat mencabarkan????..akk pun pernah mengalaminya w/pun sekejap…
    Smga brjaya mendidik generasi yg taat kpd Allah & ajaranNYA..
    Eshtaqtu laki daiman…

  7. ur always cute and beautiful..
    and i can see ur cute and beautiful akhlaq in ur writings..

    cant wait to spend time wif u again..
    and read and bedah buku and hv some arguements..

    take care..
    wassalamualaykum

    p/s: keep up the gud work, i’m sure u can write gud english soon insha ALlah

  8. Mardhiah

    salah rupanya tekaan akak. mmg nai dah permanent di situ ke? hmph, kalau permanent, tergerak hati boleh lah kita berjumpa bila2, insya Allah…:) nai, nanti tunggu kita grad sama2 yer..hihi…perjalanan akak masih teramat lah jauh. paling awal konvo pun tahun 2009. itupun kalau habis oktober 2008

  9. alQasam

    yamina: ye tu kak, memang benarlah kata-kata ukht tu. Salah satu dari tips wajib first class adalah kena serius dan tegas serta tunjukkan apa yang kita nak. Dan biar mereka discover diri kita sedikit demi sedikit. Ini tips mengajar. Kalau masa first time kita dah terlalu peramah, maka selepas itu mereka akan susah dicontrol. Jazakillah..Memang kak, mengajar ni sesuatu yg indah. Tambah anak2 mcm ni. Cabarannya berkali ganda, namun mereka harapan kita. Mereka di depan kita sekarang. anak artis, anak siapa. Kita berpeluang mendidik dan mentarbiyah mereka. Ini medan juang kita. Keperitan perkara biasa kerana ini medan dakwah. Sakit susah perkara biasa.

    Minqalbi: Wahaytuni awi..Erm,, terima kasih kak..Saya pun ingt kat akak. Datanglah sini ye..Boleh kita bercerita. Tolong doakan saya yang lemah ni ukht habibti..

    kak sarah: Amboi, adakah akak sedang refer tentang seekor kucing?;) I have nothing and I’m nothing, kak. Semuanya milik Allah. Diaminkan doanya. Pendidik, pendidik bukan kerja mudah..

    The truth is, you are the one who always be remembered as a beautiful person both outside and inside. Everyone know’s that, kak.:)

  10. Kak ngah

    salamunalaik kak long,

    herm,
    dpt bace je pengalnm 1st time kak long mengajar,
    mgkn kalo dgr dr mulut suasana kisah ni akn lain,
    neway
    kekuatan kak long slame ni mmg pada becite,kn?

    mg lain kali bepeluang dgr cite kak long pnjg2 lam fon…
    ija sgt memerlukn doa kak long dn family skrg,
    dn sepnjg masa…

  11. Nai, kak ma tak tahu bila dapat jumpa nai. Kak ma ada kursus kat bentong Jumaat, Sabtu dan Ahad. Lepas tu, harap dapat jumpa, nak dengar cerita pasal Ustaz Fahmi Zamzam beri Kuliah Kitab Hikam tu.

  12. bankwahabi

    Ceramah oleh Syaikh Muhammad B.Uthman ulamak dari Lubnan bertajuk Aqidah Yang Selamat di Masjid AlFalah USJ 9 pd 29/1/07 selps solat Maghrib.Pertanyaan sila rujuk Hj Ahmad 012-2600160

  13. ruqayya

    salam ukhti nai,jemput ke blog baru ana..
    lagi satu,kenapa kalau nak komen kat blog ni tiba kat part nk isi kod dia,mesti cam xleh je..adehh..kene wat byk kali la plak..
    😦

  14. alqasam

    Mardhiah12: Tulah kak, bilalah kita berkesempatan bertemu ya? Harapnya suatu hari nanti. Dalam selang waktu itu, kak jangan lupa doakan ya! InshAllah khir dan dimudahlan segalanya..Yang pasti teruskan berjalan…:)

    Zaharah: terima kasih atas doa akak. Bejalan atas jalan ini perit, kerana jalannya turis berduri, namun langkah mesti terus kerana destinasi kita terlalu indah untuk ditukar dengan kesakitan yang sangat sedikit. Tidak berbaloi.

    Ruqayya: Tahniah buka laman baru. Moga ada barakah yang melimpah inshAllah.

    K.Ma: InshAllah.k.ma juga kerja baru ni jaga diri baik2 ye.K.ma di sekolah saya ni, ada sauadara keturunan Habib Ali dan Omar. Ukht tu kata, Habib Omar akan datang dalam masa yang terdekat. Erm, moganya kita berpeluang jumpa dengan Ulama’una ni. Amin..

    K.ngah: InshAllah k.lg doakan selalu. Ija di bumi barakah tu kena jaga diri dan iman baik-baik. Ada peluang menjadi abduh yang itqan di sana. Exam, taqarrub dengan Allah jua mesti lebih. Bukan dengannya kita bercita-cita untuk berjaya. Bukan wasilahnya. Namun satu tanda penghambaan dan pengabadian kepada Khaliq di saat kita menghadapi situasi tertekan.

  15. Buatmu guru-guruku yang amat kukasihi;

    Terima kasih cikgu!! Jasamu akan tetap kukenang selamanya.. Kudoakanmu semoga bahagia dan beroleh redha Allah di dunia ini serta beroleh SyugaNya di Akhirat sana!! Ameen.

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
    Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
    Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
    Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
    Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
    Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
    Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
    Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
    Sejarahnya dimulai oleh seorang guru biasa
    Yang dengan tulus ikhlasnya mengajar tulis baca!

    Ingin dikisahkan mengenai seorang guru yang telah lama bersara dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Selepas keluar maktab pada tahun 60-an, Cikgu Notrah dihantar mengajar ke sebuah kampung di pedalaman negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

    Perasaan Cikgu Notrah sangat tertekan kerana dia dilahirkan serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah terfikir akan dihantar ke kawasan pedalaman yang sangat dhaif di mana murid-muridnya berkaki ayam, comot dan penuh lumpur.

    Kini, setelah berpuluh-puluh tahun meninggalkan sekolah buruk itu, satu hari Cikgu Notrah menerima surat yang menjemput dia hadir ke majlis perasmian sekolah baru di kampung itu. Cikgu Notrah bersetuju untuk hadirkan dirinya. Dia diletakkan di sofa paling depan bersama tetamu kenamaan lain. Perasminya ialah seorang Pegawai Daerah yang baru ditugaskan ke daerah itu.

    Khabarnya Pegawai Daerah tersebut adalah anak kampung itu yang pernah bersekolah di sekolah berkenaan. Ketika dijemput membuat ucapan perasmian, beliau menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya di kampung itu. Katanya, dulu dia berkaki ayam ke sekolah, berbaju kotor dan comot kerana jalan kampung yang becak semasa hujan.

    “Tetapi, cikgu-cikgu saya telah membimbing saya dengan baik. Kalau tidak kerana mereka, tentunya saya tidak ke mana-mana,” dia berhenti seketika menyurai sebak. Suasana menjadi sepi seketika. “Salah seorang yang paling berjasa kepada saya ada bersama-sama kita…,” kata Pegawai Daerah itu meninggalkan restrom dan menuju ke arah Cikgu Notrah.

    Dia menyalam sambil mencium tangan Cikgu Notrah dengan air mata yang berjuraian. Cikgu Notrah tergamam. Dia tidak kenal pun dengan Pegawai Daerah ini. “Tuan Pegawai Daerah ni siapa?” tanya Cikgu Notrah sungguh-sungguh. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa sayu. Sudah lama tidak ada yang membahasakan dirinya cikgu.

    Pegawai Daerah itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia menghulurkan sebuah bungkusan dan meninggalkan Cikgu Notrah dengan penuh tanda tanya. Ligat dia memikirkan, irasnya tidak ada pada anak muridnya yang berbau selut suatu waktu dulu.

    Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Cikgu Notrah rakus membuka bungkusan tadi. Di dalamnya berisi sebiji pasu bunga kecil. Disisipkan sekeping nota, “Maafkan saya cikgu, saya mengambil masa yang lama menggantikan pasu bunga cikgu.” Sepantas kilat lingkaran ingatan Cikgu Notrah kembali pada hari pertama dia di sekolah itu pada tahun 60-an dulu. Seorang murid berbau hamis, kotor dan berkaki ayam terlanggar pasu bunga di atas mejanya. Pasu itu jatuh dan berkecai.

    Kebencian dan kemarahan bersatu. Cikgu Notrah menyambar penyapu bulu ayam dan membelasah murid itu semahu-mahunya. Setiap kali rotan singgah di punggungnya, dia tersentak. Mula -mula murid itu menangis tetapi lama kelamaan tangisannya hilang. Dia seperti reda dengan apa yang dilakukan ke atasnya.

    Cikgu Notrah tidak ingat berapa kali dia melibas rotan itu. Yang dia sedar, tenaganya semakin hilang.. Paha budak itu pula berjajar merah. “Cikgu…., ampunnnn…,” kata-kata yang perlahan itu bagai tidak bermaya masih terlekat di ingatannya. Cikgu Notrah tersedar dia gagal menguruskan kemarahan dan kebenciannya.

    Perlahan-lahan airmata Cikgu Notrah jatuh di atas pasu yang dipegangnya. Pandangan menjadi kabur dek air mata yag berjuraian. Dia menangis semahu-mahunya. Dia mengambil masa berpuluh tahun untuk menangis di atas perlakuannya.

    Atas segalanya.. Buat semua guru-guruku di mana jua kalian berada.. Terima kasih sekali lagi kerana mengajarkanku ilmu hayat! Terima kasih kerana mengenalkanku akan indahnya kehidupan! Terima kasih guru atas segala-galanya!!

    Ikhlas dari Anak Didikmu;
    Muhtar bin Suhaili As-Sarawaki

  16. Ahmad Dhuat

    Matematik dan SPM

    Assalamualaikum.
    Baiklah para blogers semua.

    Banyak kejadian yang berlegar di sekitar kita iaitu Isu Murtad, Israel serang Lubnan, Mahathir Khairy dan sebagainya.

    Di sini, tidaklah saya ingin meminggirkan isu-isu tersebut, tetapi setiap bloggers ada peranan dan keistimewaan masing-masing mengikut situasi dan emosi.

    Saya ingin menyuntik semangat juang para calon yang ingin mengambil perperiksaan SPM pada tahun ini.

    Tajuk ceramah saya pada kali ini adalah IKHLAS.

    Mengungkap kembali kisah peribadiku di sekitar tingkatan 4, honeymoon year di mana sebebasnya aku ponteng sekolah(dengan izin mama haha)kami ke Subang Parade, Carrefour, lala lala la.Begitu Indah sekali.Tak buat homework matematik.

    Eiii aku paling benci matematik!

    Dan zaman itu juga aku berpewatakan rebel, kaki gaduh/tumbuk haha.

    Lone ranger to be precise.

    Gangster wannabe. Kaki lewat pi skolah.
    Bersahabat baik juga dengan Ketua/Guru Disiplin yang mana ibubapaku tidak dipanggil lantaran kelewatanku ke sekolah berhari2.

    Ketua pengawas dan timbalannya kesemuanya kroni baikku.

    Tetapi itu tidak memperbaiki masalah matapelajaranku.
    Aku akui, aku pelajar tercorot.Pelajar biasa saja.
    Selain kelas Kebudayaan/dikir barat, persatuan Bahasa Melayu…

    Berbalik kepada cerita matematik tadi… ya aku selalu berjaya mendapat markah 8/100 14/100.Ntah kenapa ceq pun tak tau.Matapelajaran lain biasa sahaja…

    Sehinggalah pada suatu ketika, guru kelasku memnggil beberapa pelajar corot ke rumahnya untuk dia memperteguhkan lagi kefahaman matematik kami.

    Dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, aku melangkah setapak demi setapak untuk lebih berjaya dari sebelumnya.

    Tibalah di suatu ketika di mana aku ingin membayar duit tuisyen kepada guruku itu atas kesungguhannya mengajar kami.

    Jawabnya:Tak payah bayar.Saya ikhlas ajar kamu.Kamu pun tekun belajar.Kamu dapat markah baik, itulah bayaran saya.

    Oh tidak! aku tersentuh dengan keikhlasan guruku itu.

    Tidak lama selapas itu, prestasi matematikku mendadak naik.Graf markahku naik sedikit demi sedikit.Begitu juga dengan matepelajaran lainnya seperti sains, ekonomi, bla bla bla agak drastik beb!

    Hingga pada suatu ketika final trial, aku mendapat markah 95/100 dan aku sendiripun tidak percaya. Malah, sahabat lain di kelasku seakan2 memboikotku kerana mereka tidak dapat menerima aku yang BARU itu.
    Ada juga yang dengki; seperti memeriksa kertasku untuk mencari kesalahan pemarkahan, agar markahku dipotong; tetapi ALLAH menyebelahiku.
    Ada juga yang terasa egonya tercabar kerana pelajar corot ini mengatasi mereka.

    Mereka kaget!Terkesima!

    Mereka boleh terima keadaan itu jika yang mengatasi mereka itu adalah salah seorang dari mereka tetapi BUKAN aku!

    hheehhe paku buah keras

    IKHLAS lah wahai kalian…. Baik yang mengajar ataupun belajar

    Aku doakan agar guruku/keluarganya itu diberkati ALLAH dunia akhirat.

    (ditaip di blog lain pada Wednesday, August 02, 2006)

  17. Buat saudara/i yang ada bertanya tentang hadith Qudsi berkaitan ” Ana ‘Inda Munkathiratil Al-Qulub” ana sudah mencari dalam kitab2 matan hadith dan takhrij termasuk hadith Qudsi namun tak ketemu. Cuma, ana menemui matannya dalam kitab tafsir Fi Zhilalil Quran namun masih tidak beserta takhrijnya. Bagi pengunjung di sini yang ada maklumat berkenaan hadith tersebut ana pohon jasa baik ikhwah-akhwat untuk berkongsi maklumat. Jazakumullah –
    Ustazah Nai, komen tentang hadits tersebut ustazah boleh rujuk dalam Kashful Khafa oleh al-’Ajuluuni, hadits no. 614.

  18. AbuZahrah: Terima kasih banyak2 atas maklmuan pakcik AbdullahTahir.

    Bangku: Encik, akhina Bangku..tak tahu bila boleh sambung. Suspennya dah hilang mungkin. Takpe inshAllah bila ada adalah ia.

    HakimDirani: Terima kasih. Syeikh Fahmi Zam-Zam, Ulama’ Nusantara yang sangat kita perlukan di zaman ni.

  19. salam kak.. teringat akak bercerita ttg pengalaman akak mula2 interview dan nasihat akak dulu bhw kita mengajar ni berhadapan dgn manusia bukan robot atau mesin. mereka manusia yang perlu dibentuk. walaupun saya hanya mnegajar selama 3bulan je, pengalaman menjadi guru sangat saya hargai dan simpan hingga kini. menjadikan kita lebih menghargai guru2 dan pensyarah.. syukran kak atas nasihat2 lalu..

  20. alQasam

    Wardah yang dikasihi.

    Begitulah apa yang dapat kita lalui dalam pengalaman yang bukan murah tu. Bermakna kan?:)

    Semoga dik wardah kuat selalu ya!

    *Hugs

  21. insyaAllah.. semoga akak dan zauj sekeluarga mendapat pandangan kasih sayang Allah selalu.. saya selalu teringat perkenalan kita yg tak tersangka2.. Allah sebaik2 perancang.. subhanallah

    akak jaga diri juga:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s