Tentang Istimewa


كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ

“Segala sesuatu rosak dan hancur kecuali zat Allah” Al-Qasas:88

Sebuah entri lama.


Buya Hamka menulis dalam buku Falsafah KeTuhanan:-

Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, manusia dapat mempersaksikan Alam itu dalam segala sifat dan lakunya. Ada kebesaran, keajaiban dan keindahan, dan ada perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu.

Semua saudara kita baik siapa pun mereka pasti istimewa.

Kerna mereka;kita dicipta oleh zat yang tiada taranya lagi istimewa. Pada penciptaan kita ada tajalliyat (pancaran) Sifat-Sifat Allah yang mulia. Pada sifat sabar kita, hasil kasih sayang Allah Ya Sabur, pada sifat lembut angin kita daripada rahmah Allah yang bersifat Latif, pada garang hembusan taufan ada pancaran sifat Qahar (keras) Allah.


Pada ayat maqruah (Al-Quran) dan ayat manzurah (alam semesta dan seisinya) ada istimewa kerna semunya istimewa datang dari Allah.

Pada manusia, lemah atau baiknya kita dan mereka tetap ISTIMEWA kerana dalam lemah, baik atau kuat mereka dan kita membawa untuk kita berfikir hikmah yang istimewa disebalik mengapa kita atau dia atau mereka diciptakan sedemikan rupa. Mengapa sikap/sifat/personaliti tertentu disandarkan kepada kita atau mereka.

Semuanya istimewa kerana tetap membawa kita kepada keagungan dan rahsia-rahsia dan hikmah kebesaran Allah.

Semua istimewa andai kita melihat dari lapisan hati paling dalam, dari hati yang rendah jiwa pada Tuhan dan dari hati yang dicuci bersih dengan zikrullah dan muhasabah.

Persepi itu membunuh jiwa yang bersih kerana persepi untuk membawa kepada zhon buruk yang menghalang kita melihat tentang istimewa pada setiap qadar Allah pada kita, manusia, mereka  atau apa yang disandarkan pada kita.

Tentu istimewa pada segala yang diqadarkan pada kita. Tentu istimewa jika siapapun kita. Tentu istimewa pada setiap kita, kerna semuanya sebetulnya membawa kita memikirkanNYA;Allah Maha Agung!

Kalam Ibnu ‘Athaillah yang ke 174:

من عرف الحق شهده في كل شيء

“Siapa yang benar-benar mengenal kepada Allah, maka pasti dapat melihatNYA (melihat hikmah dan keagungan Allah) pada tiap-tiap sesuatu”

Terima kasih saudari Fakhzan dan KhairaUmmah yang istimewa punca tercetusnya entri basa-basi ini. Asalnya tulisan ini komentar saya di entri  saudari Fakhzan yang istimewa.

Tulisan Berkaitan:

Aku Bukanlah Siapa-siapa

Hilangkan Sifat Keakuan

Advertisements

2 thoughts on “Tentang Istimewa

  1. salam Puan Nai.

    kedua-dua entri bermakna, saudari Fakhzan dan juga komen Puan Nai.

    saya akan baca sekali lagi dengan lebih cermat untuk dapat faham dan hayati segala maksudnya.

    teruskan siarkan komen puan di blog orang ke sini. tak susahlah nak jejak segala coretan puan nanti.

  2. alQasam

    Segala puji dan sesuatu hanya untuk Allah. Bagi kita tiada apapun pada hakikatnya.

    Semoga Allah meRahmati saudara.

Comments are closed.