Weil China: Ulasan II


 

 

“Gadis yang aku cintai hanya menggerak-gerakkan jari jemarinya. Dia tidak mengangkat tanganya agar orang lain tidak memahami, namun aku memahaminya.

Suara lemah emakku yang meraung meminta tolong. “Tolong emak Qan!” masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

Berikan kami sedikit kebebasan!

Duniaku bagaikan gelap gelita sewaktu gadis yang aku cintai meludahi mukaku di hadapan khalayak ramai.”

-Sedutan buku Weil China-

Ulasan Buku



Dalam tempoh pembacaan karya-karya berharga dari saudari Emine yang diadaptasi dari kisah-kisah benar ini, pujian  juga harus diberikan kepada penterjemahnya Ustaz Mohd Rofizi Bin Dollah.

Beliau mampu menterjemahkan sebuah karya genre novel yang  sarat perbandingan agama, falsafah dan penceritan penuh dramatik  yang ditulis dengan penterjemahan yang mengalir dan sarat kejiwaan melalui novel Maria. Tidak hairanlah jika kita katakan penterjemah karya agung saudari Emine ini seorang mahir bahasa dan linguastik juga pemegang  Sarjana Jabatan Balaghah dan Kritikan Universiti Al-Azhar. Satu tindakan berani kerana tidak ramai yang sanggup menyambung Sarjana Di Al-Azhar apatah lagi dalam bidang bahasa yang dimaklumi sangat susah.

 

Novel-novel hasil tulisan Puan Emine ini bukan satu tulisan sastera yang berat atau karya yang sarat dengan bahasa yang tinggi. Ia jauh daripada itu. Puan Emine berjaya mengadaptasi kisah-kisah benar yang berkisar tentang ideologi dan perbandingan agama dalam naskhah yang santai dan sederhana. Ibarat menonton karya tentang hidup hari-hari.  Ibarat membaca jurnal yang  segar dan membekas amat. Sungguh menggugah jiwa!

Membaca beberapa ulasan-ulasan penggiat sastera Turki yang saya petik dalam entri yang leaps pasti kita sudah dapat menebak bahawa penulis novel ini bukan calang-calang orangnya. Saudari Emine Senlikoglu nyata bukan penulis biasa.

Emina Syenlikoglu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di Bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusateraan Antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan di penjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Dahulu Menuntut di Universiti Al-Azhar Fakulti Usuluddin.

 

Menurut Sasaterwan Turki, Husen Ozmez Puan Emine menggunakan gaya bahasa yang menarik sewaktu mempersembahkan kisah di dalam novel ini. Dari sudut bahasa beliau menggunakan bahasa yang lancar seperti air sungai, ada kalanya menggunakan gaya bahasa yang panas membara seperti bara api.

Antara  ayat naratif yang lembut yang Puan Emina gunakan seperti:

Emakku, jantung hatiku mula sibuk menyiapkan kuih kegemaranku di dapur. Aku tak faham mengapa dia menangis sewaktu membuat kuih untuk kami. Kenapa emak menangis seolah-olah kami hendak ke bandar untuk mati.

Atau naratif yang menunjukkan kekuatan emosi yang panas membara.

Setiap kali melihatnya jasadku mula gementar hampir pengsan aku dibuatnya. Inilah azab yang paling menyeksakan lebih dahsyat dari daripada azab ynag pernah Ahmad lakukan keatasku sebelum ini. Aku sudah tidak tahan lagi.  Ya Allah, aku sudah tidak sanggup melihat Turghut. Jauhilah aku darinya. Kewujudan Turghut di mataku membakar jiwa. Adakah dia juga begitu. Tapi adakah dia mempunyai hati. Kalau begitu mengapa dia sanggup membunuh…

 

Jika dibaca karya hasil Puan Emine, pasti kita terpukau dengan gaya enulisannya yang memikat dan penceritaannya yang hidup. Jauh dari bahasa yang terlalu tinggi ataupun overlydramatic, novel-novel karangan Puan Emine antara naskhah yang paling saya minati. Sederhana dan hidup.

 

Bukan Naskhah Biasa

 

Weil China bukan satu naskhah biasa. Sebuah perjalanan hidup getir keluarga Turkistan yang diadaptasi kepada sebuah karya yang membekas di jiwa.

 

Secara peribadinya,  naskhah bertajuk Weil China ini lebih saya minati berbanding buku Maria. Walau kedua-duanya tidak dapat dinafikan satu manuskrip yang luar biasa hebatnya. Jika Maria lebih kepada perbandingan agama dan falsafah juga digarap dalam penceritaan dan dialog di antara pemuda Islam dan pemudi Kristian, Weil China lebih berani lagi. Maria bagi saya, mirip naskhah Isabella dan berunsur sedikit subtle bercirikan cinta walau tidak dijadikan plot utama.

 

Berlegar sekitar Turkistan dan penyeksaan Muslim di sana oleh satu ideologi kejam iaitu Komunis yang membawa penganut Islam ke daerah perit atas tuduhan penganut fahaman fasis dan berhaluan kiri. Sekaligus membawa mereka kepada tuduhan sebagai pembelot negara. Satu era gelap yang tidak pernah akan dapat kita bayangkan.

Semua jenis penyeksaan adalah natijah Atheis walau namanya berbeza!

 

 

Weil China umumnya menceritakan kisah tragis dua adik beradik Qan dan Turghut dalam kemulut cengkaman komunis yang telah merubah hidup mereka sekeluarga. Berdarah Turki,  mereka berasal dari keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam. Menetap di sebuah kampung bernama Jerjek, sebuah bandar di Timur wilayah China.

 

Segala-galanya berubah apabila mereka keluar untuk belajar di bandar. Ketika itu ideologi Komunis sedang marak berkembang di kalangan penduduk China. Ayah mereka melahirkan rasa bimbang dengan fenomena tersebut. Namun abang Qan, Turghut menjawab dengan penuh semangat.

“Siapa yang mampu menjadikan kami ini Atheis hah? Kami ini orang Islam yang berdarah Turki. Kalau mereka memotong urat saraf kami akan keluar darah yang mengiakan kami ini bangsa Turki yang berpegang teguh dengan agama Islam. Degup jantung kami tiap kali berdegup juga mengulangi mengulangi yang kami ini Turki Muslim sejati. Tak seorang pun yang mampu menipu kami ayah!”

 

Kata-kata keramat yang akhirnya menjadi saksi sebuah perubahan menakutkan dalam hidup mereka. Dua adik beradik yang bagaikan isi dan kuku menjalani satu proses bersejarah kesan sebuah ideologi bernama revolusi komunis.

 

Sistem pendidikan yang menjadi satu kuasa besar dalam membina pemikiran manusia yang ditakuti ayah mereka telah merubah dan memisahkan kedua adik beradik ini. Salah seorang menjadi Komunis dan salah seorang menjadi tahanan Komunis.

Keperitan dan penyeksaaan yang diterima oleh mereka yang Muslim oleh saudara mereka sendiri satu realiti yang perit tidak dapat dibayangkan. Berdiri sebelah kaki hanya di atas sebiji besi panjang  di permukaan sebuah telaga besar dipenuhi dengan tikus-tikus liar di bawahnya , dikurung di dalam kotak yang hanya cukup menampung sekujur tubuh untuk duduk sahaja. Penghinaan bersifat haiwan. Dipenjarakan dan dijadikan hamba hampir 20 tahun, kisah Qan sesuatu yang luar biasa. Juga bagaimana berakhirnya penyeksaan ini juga bukan biasa.

 

Namun semua penyeksaan tersebut masih belum apa-apa jika dibandingkan dengan  kejutan paling besar buat Qan dan keluarga. Untuk mengetahui lebih lanjut novel ini wajib di baca. Sedikit ulasan ini tidak dapat menggambarkan besarnya kesan tulisan Saudari Emine yang membuatkan sasterawan-sasterawan hebat Turki tidak tidur malam memikirkan nasib saudara-saudara mereka di Republik Turki.

 

Novel ini menggarap penceritaan dalam bahasa yang sederhana namun begitu menusuk jiwa. Satu tulisan  disampaikan dalam plot yang mempesona dan menggegar jiwa berbentuk jurnal, diari atau travelog harian sepanjang hampir 20 tahun bermulanya permulaan hidup Qan dan abangnya Turghut berdepan dengan ancaman bahaya Komunis.

 

 

Bahaya sebuah ideologi samada kesannya berbentuk fisikal atau penjajahan minda sebuah revolusi ideologi tidak akan berhenti. Malah berkembang subur hingga kini dan kesan senyapnya atau subtle lebih mengerikan lagi!

Advertisements

9 thoughts on “Weil China: Ulasan II

  1. alQasam

    Ukht Nahwan,

    Entri tu belum sempurna lagi. Kami berdua sedang menyiapkan. Suami dah siap tulis cuma kami ingin buat sedikit kemaskini.

  2. t.kasih krn membuat ulasan psl novel ni.sy hanya sempat khatam sekali jer cz yg teman punya…mtak izin nk copy dlm blog sy utk tatapan rakan2…berhubung dgn novel maria sy tertarik pd nasihat Abdul wahab kpd maria blh tak siarkn…syukran

  3. maaf kalau tak silap sy nasihat Abdul Wahab tinggalkn untuk Maria yg ketika itu sudah islam yg mana abdul wahab terpaksa tglkn maria krn tunangnya dikatakn masih hidup….

  4. Salam ukhti fillah…,

    Sebuah novel yg menarik dan ulasan buku yang fantastic .. 🙂 membuatkan ana ingin membaca dan memilikinya..

    doakan kami disini dalam setiap munajat ukhti…

    – merindui 2 ukht ( Al Qasam & salsabilla ) yg berada nun di tganu.. :)-

  5. alQasam

    ummulbarakah: Ukht habiti, samalah ana. Rindu juga.:)

    Buku ini memang luar biasa. Bukan berlebihan memuji. Memang patut dibaca oleh kita yang mengatakan cinta dan ingin berjuang untuk Islam.

    Masih terlalu sedikit, sangat tidak boleh dikira apa yang kita telah lakukan untuk deen ini…

  6. alQasam

    Umairah: Terima kasih sudi datang blog ni dan tinggalkan komen.

    Ya, saya ingat dialog itu. Mengesankan dan menyentuh tentunya.

    “Pergilah kau. Kahwinilah dia…Usahlah kau bimbang tentang aku. Duniaku masih belum lagi berakhir walaupun kita terpaksa berpisah buat selama-lamanya. Suatu waktu nanti keperitan ini akan berakhir jua, Insya-Allah.”

    Sayangnya, saya tidak memiliki buku Maria. Suami juga tidak ada. Cuma pernah membacanya, tapi tak habis semasa belajar di Mesir dahulu. Naskhah yang baik juga dari Puan Emine.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s