[Kemaskini 2009] Weil China: Ulasan I


 

Sebuah Entri Lama Di Blog Lama: Mac 24 2006

 

Ketika menemui gadis Turkistan di masjid UIA sebentar tadi berbaur pelbagai rasa. Rasa gembira amat juga membawa  ingatan  kembali kepada sebuah pembacaan yang banyak memberi kesan dalam hidup saya.

 

Ya, sebuah novel adaptasi kisah benar yang berlegar sekitar Turkistan dan penyeksaan Muslim di sana oleh satu ideologi kejam iaitu Komunis yang membawa penganut Islam ke daerah perit. Satu era gelap yang tidak pernah akan dapat kita bayangkan.

 


Kisah penemuan saya itu bermula begini. Bermula dengan cinta kepada buku dan satu pencarian yang tidak statik.

 

Semasa saya belajar di negara orang dulu, jarang-jarang says meminati penerbitan mereka yang berunsur sastera, melainkan kitab-kitab agama, surat-surat khabar yang sampai sekarang masih disimpan dan tidak dibenarkan diguna walau untuk melapik meja. Juga majalah-majalah yang beharga Pound Sterling.

 

Semuanya kerana kononnya ingin belajar bahasa bangsa itu. Lucu bila dibayangkan ketika hari Jumaat, saya dan seorang teman serumah akan  mencuri-curi keluar untuk solat Jumaat di masjid yang dipenuhi lelaki dan perempuan yang kami cintai kerana Allah.

 

Kami berdua akan berpusu-pusu di lautan jemaah wanita. Mulanya kami ingatkan ianya masjid Ikhwan Muslimin.  Namun bila diingatkan kembali rupanya ianya masjid neo-salafi atau ‘Ala Madzhabiyyah yang dirumus oleh Sheikh Sayyid Ramadhan AlButti.

 

Di sebelah masjid, kami akan membeli kaset-kaset rakaman khutbah jumaah. Yang kebanyakkan berbaur tazdkirah tentang hati dan kehidupan. Entahlah saya pun tak ingat bagaimana saya boleh tergerak ke sana.

 

Usai solat saya dan teman serumah akan menuju ke gerai buku, membeli majalah-majalah yang saya dan teman serumah gemari, dan mengusungnya ke rumah sewa kami.

 

Namun ada juga satu buku terjemahan oleh pelajar Malaysia yang amat membekas di hati saya. Weil China. Buku itu, sekalipun biasa sahaja pada luarannya namun memberi makna yang bererti buat saya.

 

Usah salah telah, ianya bukan buku cinta. Ianya buku tulisan hasil jerih penulis terkemuka  Turki bernama Emine Senlikoglu.


Andai saya membaca testimoninya, air mata saya akan mengalir deras malu pada diri sendiri! Apa yang telah saya lakukan untuk agama saya sendiri?

 

Tiada apa yang boleh dibanggakan di hadapan Allah nanti. Entah di lapisan manakah agaknya saya berada nanti di kalangan jutaan manusia yang lebih soleh dan tinggi taqwanya di sisi Allah.

 

Entah dapat atau tidak saya ni dapat tidak melihat zat Allah yang agung. Siapalah saya ini. Namun saya takkan putus asa.

 

Ya ! Tidak putus asa pada Rahmah Allah. Kerana itu saya masih hidup.

 

Weil China


Wanita Turki itu juga yang telah menulis buku “Maria” yang popular mirip kisah Isabella anak gadis paderi yang telah memeluk agama Islam. Emine Senlikoglu yang tegar menulis dengan mata pena hasil cinta pada Allah dan Islam. Tulisannya yang mebuat lelaki soleh berfikir dan tidak lena malam. Ini benar.

 

Juga buat saya menangis membaca kisahnya yang kadang-kadang ayatnya penuh perasan halus, juga kadang-kadang keras membentak ideologi barat. Utama, tulisannya bukan memancing minat pembaca, Ianya terbit dari hati yang tulus dan ikhlas. Oleh itu, ia meresap jauh ke lubuk hati.

 

Saya merasa aneh bagaimana tajam dan halusnya menusuk hati  hingga mebuatkan saya teresak-esak membayangkan penderitaan saudara-sauadara kita yang di zalimi oleh ideologi bertunjangkan Atheis walaupun namanya berbeza. Mari kita lihat apa kata Muslimah bernama Aminah Syenlikoglu yang saya kagumi ini.

“Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republic bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah.”

 

Kata Sasterawan Syule Yuksel Syenler

“Saya membaca ‘Weil China’ karya puan Aminah dengan penuh perasaan. Kami semua mengenali puan Aminah, seorang yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan pihak berkuasa serta dirinya sendiri. Beliau sering berkata

“Apa yang mesti aku lakukan terhadap mindaku ini dan apa yang boleh aku lakukan padanya”

 

Juga kata-kata sasaterwan Turki- Husen Ozmez

“Puan Aminah telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuatkan saya tidak dapat tidur sampai ke pagi. Saya mula dapat selami apa yang dialami oleh orang-orang Islam daripada segala jenis penyeksaan sewaktu membaca novel ” Weil China” ini sehinggakan air mata tidak dapat saya tahan sewaktu menjiwai patah-patah yang keluar dari mulut imam sambil airmatanya berlinangan mengalir ke pipi kerana terlalu teruk diseksa.”  Aku akan datang kepadamu wahai Rasulullah. Saya menangis beberapa detik kerana terlalu sebak sambil berdoa memohon ke hadrat Allah agar mematikan saya pada jalan yang mulia ini setelah saya dapat menuntut bela untuk golongan lemah yang dizalimi.

Rasa malu pada diri sendiri mula menyelubungi diri lebih-lebih lagi terasa malu kepada roh Islam saya sewaktu meneliti baris-baris ayat di dalam novel ini. Ianya sebuh kisah yang amat memilukan, bukannya sekadar sebuah cerita biasa yang dihasilkan melalui khayalan semata-mata bahkan sebuah realiti.

Kisah yang dipamerkan oleh beliau dalam novel ini sunyi daripada benda yang dibuat-buat bertujuan memancing minat pembaca.

Kemaskini Entri: Mei 2009

Advertisements

17 thoughts on “[Kemaskini 2009] Weil China: Ulasan I

  1. blackpurple

    Pertama kali singgah di blog ini…. trimas singgah di jowopinter

    ‘…berpesan2 dengan kebenaran, berpesan2 dengan kesabaran”

    ~ salam..

  2. nafeesa

    lhamdulillah…. Saya pernah baca buku weil china..
    Tapi sayang sekali, novel tu kepunyaan kawan. Teringin sekali tuk memilikinya..

    Terasa betapa kurangnya diri ni dalam sebuah tanggungjwab yang diamanahkan..
    Ya Allah…terangkanlah hatiku dengan cahaya hidayahmu, sebagaimana Engkau terangkan bumi ini dengan cahaya matahariMu selama- lamanya…

  3. alQasam

    nafeesa..takpelah sis, kawan or tak..sama je kan..dah berpeluang baca pun kira Alhamdulillah…:)

    Amin..buat doa nafesa.

  4. MaWaisZ

    salaam, mana nak dapat buku nih, bleh tlg bagitau, dah try carik kat pmram punya kedai, takdak.buku MARIA pun takdak dah, dulu2 ada baca gak, tapi dah hilang, pasal maen pas2 kuat sgt. Terima kaseh

  5. alQasam

    Mawaiz: Mawaiz belajar di Mesir ya. Di kedai PMRAM pun tiada? Sayangnya, Lajnah Penerbitan PMRAM tidak perasan permintaan terhadap Weil China sangat tinggi. Jesteru, membuatkan kehabisan stok novel ini dari dulu lagi. Mungkin akh boleh di cadangkan kepada Bp Pmram bahagian Penerbitan agar dibuat penerbitan semula.

  6. alQasam

    Kak Han: Kak Han, rezeki Kak Han. Semalam baru balik dari Kuantan rumah mentua. Dan suami punya kebetulan ada. Saya punya dah hilang masa di UIA. Inshallah. Boleh je.:)

  7. alQasam

    Nahwannur: Dah pernah baca novel Maria? Menarik kan? Erm, begitulah. Susah didapati novel terjemahan adaptasi kisah benar ini. Terfikir nak di scan dan dijadikan ebook, tapi ana kurang pandai bab-bab ini. Ana ada beberapa idea agar lebih ramai boleh membaca novel ini, namun masih tengah menunggu beberapa perkara. Doakan ya!:)

  8. Assalamualaikum Kak Sumayyah,

    Saya teringin sangat nak memiliki buku ini, pinjam baca pun jadilah. Tapi sampai sekarang pun masih belum ada rezeki lagi. hehe…. Ada recommendation boleh dapat dari mana buku ni?

  9. alQasam

    Balqis: Nak akak photostat kan ke dan hantar ke Ukraine?;)

    Sebenarnya memang tak ada dah new edition. Susah nak didapati. Di mesir pun khabarnya tiada. Sejak empat tahun lepas semenjaka akak beli tiada penerbitan baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s