Buku Dan Disiplin


 

Saya tidak sangka suami saya juga gilakan buku. Mungkin lebih lagi. Jika ada masa lapang di rumah, dia akan menekuni buku. Buku dan buku. Beliau tidak kisah berhabis untuk buku. Jika ke kedai buku, pasti ada sahaja buah tangannya. Hingga ketika kami menghadiri Ijtima’ Pondok Semalaysia di Bukit Jong bulan lepas, suami tidak lepas peluang membeli ‘Syarh Fathul Mu’in’ dengan sisipan beberapa kalam ‘Ibn ‘Athaillah dibelakang. 

 

Suami gembira mengkhabarkan ada buku baru yang dibeli.

Beli kitab baru lagi? Rasanya hari tu kita dah plan beli ikut perancangan dan keutamaan kan? Lagipun kitab ini bukan dalam urgency kita sekarang kan. (Kerana kitab Fathun Mu’in bahasa arab kita dah ada.

 

Saya memberi pandangan.

 

Suami hanya tersenyum. Beliau membalas justifikasi pembelian kitab tersebut.

Cuba tengok kat dalam. Syarahnya bagus sekali. Kemas, lengkap dan tersusun

 

Saya akur akhirnya. Kami sama-sama berazam untuk berdisiplin dalam membeli buku selepas ini.

 

Setiap bulan pasti akan ada buku baru yang di beli. Hingga saya perlu mencadangkan agar buku dibeli mengikut perancangan, keutamaan dan budget bulanan.

 

Baru-baru ini sedang kami berbual tentang perancangan kewangan, suami melahirkan rasa rugi sebab tidak menabung sejak sebelum kahwin lagi.

 

Kata suami wang yang ayahnya kirim setiap bulan lebih dari cukup namun semuanya habis. Habis kerana buku!

Oh, takpelah kan. Saya ingatkan habis untuk apa. Bukan untuk makan-makan, cakera padat dan untuk leisure kan? Saya pun tidak kisah berhabis untuk kitab.

 

Sambil mengemas saya memandang wajah suami. Membalas ceritanya.

Memang saya tidak keluar untuk perkara lain. Tapi saya beli sahaja apa sahaja buku. Tambahan masa tahun satu. Tiada manhaj dan kayu ukur dalam membeli kitab di awal zaman mahasiswa. Apa sahaja yang terjumpa saya beli. Terasa rugi pula. Hingga masa nak pack kitab untuk balik Malaysia, saya tinggal beberapa buku-buku picisan yang entah bila saya beli. Buku neo falsafah dari penulis yang tidak dikenali.

 

Sedikit sesal bunyinya.

Tinggal kitab? La, saya sayangkan sangat kitab saya. Tidak kisah semua saya bawa pulang. Takpalah, sekurang-kurang untuk kitab.

 

Saya memujuk.

 

Harga buku di Mesir memang murah. Saya akui saya gilakan buku. Majalah-majalah beharga lebih kurang satu Pound Sterling. Naskhah majalah Al-Azhar yang mengandungi makalah-makalah profesor Al-Azhar hanya beharga 0.50 Pound Sterling.

 

Murah bukan?

 

Mujur setelah setahun di Mesir, suami punya naqib yang membantu beliau.

 

Namun semurah manapun, kita perlu disiplin dan sistematik dalam pembelian. Ada checklist, keutamaan dan manhaj dalam membeli. Kitab Aqidah, Hadith, Feqh, Tasawwuf, Usul Feqh, Falsafah dan Pemikiran dan lain-lain lagi.

 

Setelah puas berbincang kami merancang untuk mengajar anak-anak kami menabung sejak dari kecil. Biar ada rasa tanggungjawab. Bukan hanya kita menyimpan akaun untuk mereka. Namun biar mereka tahu erti menyimpan dan mengapa kita menyimpan.

 

Membaca Dan Disiplin

 

Pada minggu lepas sambil membelek-belek buku, suami berkata

Saya rasa saya  kena sistematik dalam pembacaan saya.

 

Maksudnya? Saya menuntut penjelasan

Saya rasa perlu disiplin dan teratur merancang pembacaan. Kalau tak, saya akan baca banyak buku tetapi saya tidak ingat apa buku dan istifadah apa yang saya dapat.

 

Bagus juga. Betullah kan. Kalau tidak, kita tidak dapat melalui proses pembacaan yang matang dan tersusun. Kita salin, fokus dan ikut betul-betul jadual dan perancangan apa yang ingin dibaca. Catat isi penting dalam buku nota ya.

 

Saya tahu, suami memang pernah membuat kompilasi simpanan nota untuk kolum-kolum setiap disiplin ilmu. Namun mungkin suami saya merasakan sejak bekerja sedikit longgar sistem pembacaannya.

 

Ya, disiplin itu penting. Malah Habib Ali AlJoofre pernah menyampaikan pesanan buat pencinta ilmu:-

Bacalah dari muka awal hingga akhir kitab. Jangan berpindah melainkan setelah habis satu kitab

 

Susah bukan? Kadang-kadang kita terperangkap dengan nafsu sendiri dalam perkara baik sekali pun. Hingga tidak dapat membezakan di antara kehendak dan kewajiban. Seperti saya juga dahulu.

 

Semasa di tahun dua pengajian Master, saya perlu menduduki SPM. Jangan tanya kenapa sebab namun ada yang tahu. Saya tidak ke sekolah menengah. Zaman menengah saya, saya telah dituntut untuk ke universiti.

 

Dalam desakan pertelingkahan kehendak dan tuntutan, saya asyik membaca kitab-kitab yang tidak berkaitan dengan kuliah saya dan SPM. Membaca itu baik namun menjadi kurang baik apabila tiada sistem dan perancangan. Hingga saya mengarang puisi ini. Bagai Sekam Terbakar

 

Terlalu tenggelam dalam pembacaan saya hingga tidak dapat mengurus masa dengan baik. Saya merasa terlalu dzauq hingga hilang rasa kepada perkara dunia melainkan buku-buku saya.

 

Hingga saya terjaga apabila menelaah kitab Hikam Ibn ‘Athaillah As-Sakandari pada kalam beliau yang ke dua:-

Keinginan kamu untuk bertajrid padahal Allah m asih meletakkan kamu dalam suasana asbab adalah syahwat yang samar

 

Bahasa halus menikam terus menerjah ke dalam diri. Kalam kedua ini panjang, namun cukup saya fokuskan kepada yang ini. Memahaminya mungkin susah bagi yang tidak biasa dengan buku-buku tazkiyyatun nafs dan tasawwuf. Juga aplikasi Ibn ‘Athaillah lebih kepada maqam-maqam Ahli tajrid dan asbab yang halus sekali perbincangannya. Namun mungkin terkena kepada sesiapa sahaja dalam situasi umum dan harian yang biasa. Seperti saya juga.

 

Kesimpulan: Antara Kehendak Dan Tuntutan

 

Jiwa manusia memang cenderung untuk memilih. Kadangkala tidak berpuas hati dengan apa yang di berikan Allah lalu memilih selainnya. Sehingga tanpa sedar kita memilih dengan nafsu dan merasakan ianya terlebih baik dari apa yang di pilih oleh tuhan untuk kita.

 

Pilihlah apa yang di pilih oleh Tuhanmu untukmu. Tetap fokus dan disiplinkanlah di atasnya, pasti kamu akan menemui kebaikan yang sebelumnya terlindung darimu.

Firman Allah Taala : Dan mungkin kamu membenci sesuatu(yang di tetapkan oleh Allah Taala kepadamu), sedangkan ianya suatu kebaikan bagimu, dan mungkin kamu menyukai sesuatu, sedangkan ianya suatu keburukan bagimu, dan Allah Taala mengetahui dan kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah)

Advertisements

6 thoughts on “Buku Dan Disiplin

  1. nahwanNur

    Assalamualaikum…

    good reminder ukht al qasam. Especially dalam mode berpesta-dengan-buku ni.

    Apapun yang kita lakukan perlu ada matlamat dan perancangan. Cara dan langkah yang betul.

    Takut juga menjadi ‘lahu’ dalam ‘kebaikan’ yang di lakukan, sehingga terlupa kewajipan lain yang lebih aula’.

    Syukran

  2. assalamualaikum.. simple tp tazkirah yg penuh bermakna bt ana..
    ana punya bayk buku berkaitan biology..kini ana berada dalam dunia chemistry..
    buku2 biology sekadar mnjadi perhiasan di rak..
    baru mula nak beli dan baca buku agama.. 🙂 syukur atas hidayah Allah..

  3. alQasam

    Inspirasi Hati: Tidak mengapa ada buku-buku lain. Tulisan ini bukan menekankan tentang menyuruh kepada membeli buku-buku agama. Namun planning.

  4. alQasam

    Fuad: Saudara, saya ingin (kalau boleh) membetulkan sedikit penyataan saudara.

    Ramai yang membeli, tetapi tidak ramai membaca.

    Banyak membaca tidak salah, malah itu yang bagus. Membeli hingga berkurang simpanan juga bukannya satu kesalahan.

    Point penting entri ini adalah planning dalam pembelian. Walau dalam perkara yang kita rasakan bermanfaat sekalipun.

    Dengan planning kita dapat menyusun keutaaman dan keperluan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s