Cinta: Lupa Dan Ingat


Saya masih ingat mengapa saya menulis tulisan di bawah. Masih segar malah.

Ketika itu[1] saya mengajar di salah sebuah sekolah antarabangsa. Di hari yang tidak disangka kami mendapat berita beberapa murid kami melakukan sesuatu yang diluar duga.

“You won’t believe what happen Sumayyah!”

Sahabat susah senang dan teman seperjuangan Sister Rahimah merapati saya. Saya tahu kekanda saya ini akan mengkhabarkan apa-apa yang penting dan kami berkongsi hampir segalanya. Sahabat yang tiada duanya lagi.

“Oh, why?”

Dada saya berdebar kencang. Setelah diberitahu, saya masih tidak percaya!

Hampir pitam saya. Malah, ada yang berada dalam usrah saya sendiri. Sedih juga kesal namun saya tahu ini ujian. Buat saya. Buat mereka. Sebelum saya berhenti dan juga selepas peristiwa tersebut saya mengajak setiap seorang dari mereka duduk-duduk santai bersama saya. Berbual dari hati ke hati. Remaja. Bukan senang. Kita kasih dan kasihankan mereka. Jika mereka tersalah, pimpin mereka. Jika mereka silap, selami jiwa mereka.[2]

Tulisan ini lahir dari hati tunduk akur bahawa kita; tiada apa-apa. Jika kita ada sedikit sifat Ihsan, ia tidak dapat dikira sebagai apa-apa kerna Allah Maha Hebat lagi!

Dunia oh dunia

” Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasihsayangNya kepada kamu, tiadalah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan orang-orang yang dikehendakiNYA; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu “An-Nur: 2

Allah mengampuni hamba-hambaNYA  selagi mana tidak mencapai batasan Syirik. Jelas bila hari ini mereka yang dekat dan akrab di hati serta anak didik setiap hari  telah mebuatkan kami terduduk, longlai dengan hentakan peristiwa natijah tersungkurnya mereka dengan nafsu. Tidak mampu memandang mata, bukan benci namun gementar tubuh mengingatkan hebatnya  percikan dosa mereka, bukan mengabaikan namun risau andai pandangan mata berbaur zhon yang tidak baik dan dua yang tidak ikhlas  pula atau syuur (perasaan) yg tidak baik juga.

Ibnu Masud telah  meriwayatkan ” Orang Mu’min melihat ia akan dirinya dari dosa-dosa seolah-olah ia duduk di bawah bukit di mana ia takut kalau-kalau bukit-bukit itu jatuh ke atasnya. Dan orang munafiq melihat ia akan dosa-dosanya laksana lalat-lalat yang menghinggap pada hidungnya, mudah untuk menghalaunya dengan jari telunjuknya saja.”

Antara Kasih Allah Dan Sayang Manusia

Betapa hebatnya panahan dunia, sehingga manusia mampu tersungkur di dalamnya. Sedarlah kita, bahawa sehebat mana cinta, kasih sayang pada manusia tidak mampu menandingi kasihsayang Allah yang Maha Hebat dan luas terhadap hambaNYA.Sedalam mana juga sifat ihsan dan belas kasihan dalam nubari kita masih tidak mampu juga menandingi pengampunan dan Maghfirah Allah. Kerana Allah, luasnya kasihsayangNya akan mengampunkan sekian dosa makhlukNYA. Sedang kita, sukar untuk melupakan walau boleh memaafkan kerana di situ membuktikan akan  sifat  kita selaku manusia yang terbatas sifat dan kasihnya.

Berkata Nabi Allah Isa r.a kepada sahabat-sahabatnya: “Di manakah tumbuhan biji-bijian itu? Menjawab sahabat Isa: Dalam bumi. Maka Isa r.a berkata: Nah demikianlah hikmah Allah tidak akan timbul kecuali dalam hati yang laksana bumi”.

Kasih Allah Tidak Terbatas

Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya ( meliputinya ),” Ibrahim: 34

Sebagai manusia bagi kita segalanya terbatas samada  kasih pada keluarga, teman-teman, pasangan hidup atau binatang. Luahkanlah, sayangilah sehebat mana jua masih sedikit andai ingin dibandingkan dengan kasihsayang Allah yang MAHA LUAS dan TIDAK TERBATAS. Hanya dengan tajalliyat dari  sifat RAHMAH dan RAHIM Allah, maka merasalah dan milikilah kita rasa sayang untuk diaplikasikan  kepada yang hak,untuk yang hak dan demi menunaikan hak di alam ini.

Love without boundaries hanya ada pada Allah dan hanya dimiliki Allah. Kita tidak akan ada rasa sebegitu walau kita mengakuinya kerana kita MANUSIA. Kalau anda mengimpikan memiliki cinta daripada manusia yang eternal dan everlasting maka ibarat bermimpi di siang hari. Sehebat mana kuasa cinta yang diperolehi dari manusia tidak terbanding dengan luar biasanya kasih sayang Allah. Tidak terbanding pasti.

Istimewa Kasih Ibu

Memadailah andai kita menyedari kasih ibu yang telah Allah beri hanyas sedikit dibandingkan dengan Kasihsayang Allah, maka ibu jugalah peranan utama lagi objek pertama yang harus menggunapakai perasaan itu untuk mendidik anak-anakNYA mengenal pencipta, kerana IBUlah pendidik utama yang diberi rasa sayang oleh ALLAH untuk mengenal pencipta. Maka duhai ibu-ibu jalankanlah peranan anda. Ramai manusia ketinggalalan di belakang kasih Tuhan kerana leka ibu mendidik sejak dari rumah.

Percayalah,  bagaimana jua kita merasa telah melakukan kerja, maka perlu sedar amat dunia sebenar lebih mencabar,  lebih memerlukan segala kasih sayang untuk merealisasikannya,  lebih dari jerih perih, ianya lebih dari kata-kata, ianya lebih dari tulisan, ianya lebih dari  usaha-usaha didikan sesama kita, lebih dari seminar, lebih dari kertas, lebih dari usrah.

Tuntasnya, kerana ianya bermula dari sebelum ibu mengandung malah lebih mujur lagi ianya bermula sebelum wanita-wanita bergelar ibu, dari didikan nafsu, hati dan diri  dalam berjalan menuju mengenal Allah.

Maka sahaja Allah beri secubit kasihNya untuk si ibu mendidik anaknya dan menekankan kasih ibu itu juga hanya sedikit dibandingkan dengan kasih Allah menjadi indikator yang menunjukkan peranan ibu  merupakan momentum utama dalam pendidikan seorang manusia.

Love is all about forgiving and forgot

Syeikh Ahmad Semait telah menulis.

Jika Engkau menjanjikan apineraka kepada sesiapa yang berdosa.Namun janjiMu akan pengampunan tiada terbatas dan tertara. Jika Engkau punya kuasa dapat membalas dan menyiksa. Namun sifatMu belaskasihan juga Pelembut PengurniaKami semua memang berdosa namun tabirMu menutup sentiasaDan tiada apapun yang Engkau tutupi akan didedah dan dibukaKalaulah kami tidak bersalah dan Engkau Pemurah hati Pengampunkan, Siapa lagi selain kami yang bersalah dan siapa selainMu PemaafkanMoga kita berdoa supaya kita diberi Allah selamat dan afiat daripada dosa dan  maksiat, dan dari segala keingkaran dan munkaratm dan daripada keaiban diri dan api neraka, Amin.”

Love is all about forgiving and forgot. Allah jua yang maha sempurna. Maka perlu sahaja kita belajar dari sifat Allah yang Maha pengampun dan penyayang untuk kita sedar siapalah kita untuk merasa terlalu besar sesuatu kesilapan dan kesalahan untuk dimaafkan. Sedang Allah Pencipta dan Pemberi segala Kurnia sifat PengampanuNya sahaja melebihi dari dosa-dosa makhluk-makhlukNya. Maka siapalah kita untuk tidak memaafkan!

Jalaluddin Ar-Rumi telah bersyair.

Be grateful for whatever it comes, Because each has been sent, As a guide from beyond


[1] Tulisan di bawah saya tulis lebih dua tahun lepas di blog lama

[2] Saya cenderung pendekatan berbentuk kreatif juga rapat seperti kawan namun masih menjaga batas anak murid dan guru. Dari jauh, saya sentiasa doakan mereka. Dari jauh, saya sentiasa mengkagumi sahabat saya dan guru-guru lain yang sabar dan tekun mendidik mereka, anak-anak murid saya. Terima kasih.

Advertisements

9 thoughts on “Cinta: Lupa Dan Ingat

  1. Salam, Puan Nai.

    Walaupun saya dan Puan mungkin sebaya, tetapi jelas kematangan Puan sangat dewasa sekali. Tulisan Puan penuh keibuan, penuh salutan kasih sayang mengajak manusia kembali mengagung Allah s.w.t dengan bahasa yang penuh keikhlasan memuncak. Semoga Puan dan suami lekas-lekas dikurniai zuriat supaya generasi baru Islam yang bakal menjadi wira pelindung umat akan dijana secepat mungkin dengan didikan Puan.

  2. alQasam

    mfr: Oh, biasa-biasa aja. Matang atau tidak bukan sekadar tulisan. Pujian itu hanya layak bagi Allah. Tulisan hanya peratus kecil dari amal sedang hati ikhlas amal luar dan teladan itu yang dikira Allah. Ikhlas manusia sukar ditebak. Jangan. Usah. Ikhlas lebih susah di lihat dibarat semut kecil di batu yang gelap. Ia rahsia makrifah. Ahlul ‘arifin yang punya.

    InshAllah kita semua semoga semuanya dikurnia zuriat yang soleh yang akan menjulang kalimah Tauhid. Amin for the dua.

  3. alQasam

    Ummu_izzudeen: MasyaAllah kak.*Hugs. Tak sangka Ummu Izzudeen tu akak. Sihat Alhamdulillah. Dah pergi, tadi. Comel anak akak.

  4. alQasam

    Ustazah-engineer: Benar. Itu yang selayaknya kita akui. Menyampai itu kerja kita. Menghukum yang zahir dan menyerah yang tersirat pada Allah. Dengan Rahmah Allah kita ke syurga bukan dengan amal. Amal itu usaha sedang hati ikhlas itu jawapannya. Ini yang sering diceritakan oleh Ulama’ Sufi terutamanya Ibn ‘Athaillah.

  5. nahwanNur

    Assalamualaikum ukht… SYukran atas ziarah. ALhamdulillah ana sihat. Harap ukht dan keluarga juga sentiasa sihat.

    Masalah seperti ini sememangnya merupakan virus zaman kini. Dan anak murid ana juga turut menghadapi perkara yang sama. Samaada tahu tapi kurang memahami, atau faham tetapi kurang jelas dan kabur tentang hakikat ini.

    Seperti Syeikh Yusuf al-Qardhawi mengatakan ini sebahagian dari penyakit hati, dan mereka adalah sebahagian pesakit, maka harus kita rawat seperti seorang doktor dan pesakitnya.

    wallahua’lam

  6. Salam dik alQasam…

    Kak su pernah menulis ttg cinta bersyarat. Cinta insan tentunya… cinta yang tak mungkin sempurna. Cinta yang kak su rasa hadir dgn baik bila wujud keseimbangan antara memberi dan menerima. Allah telah ciptakan dan hadirkan perkara / makhluk dgn sifat berpasangan. Dan jika kena pasangannya, akan amanlah kehidupan. InsyaAllah.

    Love is all about forgiving and forgot.

    Memang begitu seharusnya.
    Semoga Allah penuhi hati kita semua dengan rasa kemaafan yang tak bersempadan.

Comments are closed.