Warkah Buat ‘Arusah


Sebelum berkahwin, saya tidak meletakkan entri berkaitan perkahwinan kerana pada perkiraan, saya bukanlah ahlinya lagi. Walau ada beberapa perkara yang dititip dari ahlul ilmu terutamanya Masyayeikh, kitab-kitab turath dan seminar-seminar tertentu namun saya simpan dahulu buat diri saya.

Asalnya saya selitkan di entri Puisi:Termetri Sudah [Pernikahan: Misthaqhon Gholizo (Perjanjian Berat)]. Namun demi untuk memendekkan entri yang akan makin berjela-jela, saya tukar ke post baru.

Warkah di bawah (ayat sedikit klasik) di tulis tiga tahun yang lepas. Saya masih ingat detik itu. Kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis sahabat tersebut, saya hanya mengirim kepada teman baik Turki yang berkesempatan mengahadiri majlis beliau.

Saya sungguh takut andai tertinggal memesan kepada Nejmiya teman saya.  Saya terus menghayun langkah ke bilik beliau yang berada di satu tingkat dari bilik saya.

“Nejmiya, benarkah kamu akan pergi ke majlis Zaiton? Saya benar risau andai surat ini tidak sampai ke tangannya”

Nejmiya, gadis mulus Turki itu hanya tersenyum polos. Seperti biasa, susuknya bisa menenangkan diri.

” Jangan risau Sumayyah, pasti  saya akan sampaikan kiriman kamu ini”

Dia menenangkan saya. Oh, Nejmiya. Mengenangkan dirinya sahaja boleh bikin diri teringat akan segala budi baik dan halus bicaranya. Masakan enak beliau dan diskusi bersama.

Bersama sedikit pengemaskinian, saya berkongsi bersama di sini. Entri asalnya di sini dan pernah juga kuemel kepada emel Alumni Sekolah Hiraku dan pernah kutitip untuk sahabat-sahabatku yang lain. Namun Kekanda Zaiton adalah insan pertama yang pernah menerimanya hampir empat tahun lepas.

Ditujukan khas buat kekanda Albazrah, teman penyejuk jiwa, Kekanda Sarah Seth, teman yang banyak menabur jasa juga Fatin Zawani Talib, sahabat yang bersama menjadi perintis muda suatu ketika dahulu juga tidak lupa kepada Kekanda Siti Mazlita Yamaluddin yang melansungkan akad nikah hari ini. Mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga.

Warkah buat Arusah Fisabilillah

Bismillahir-Rohmani-Rahim

Segala pujian yang tiada tara hanya buat al-Khaliq, Rabbul Jalil, penguasa tujuh petala langit dan bumi, juga Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, Kekasih agung, Penghulu ummah pemberi syafaat buat sekelian alam. Juga para sahabat, tabie’ dan tabien yang dirindui, penerus Risalah perjuangan hingga ke akhirnya.

Buat ukht habibti yang dicintai dan dikasihi sepenuh hati kerana Allah,

Semoga kala ukht membaca warkah ini, berada di dalam Redha dan RahmahNya sentiasa dengan limpahan barakah, sakinah mawaddah sebagai arusah di jalan Allah,

 

Ukht yang dicintai fillah,

Tiada bicara rasanya mampu menatafsirkan betapa dalamnya perasaan rindu pada ukht. Seakan-akan terbayang kita menyulambicara bersama. Saling bertukar pandangan, saling nasihat menasihati. Alangkah indahnya saat itu. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hatibila melihat barang-barang ukht tiada lagi, dan rasa bersalah bertimpa-timpa kerana tidak mampu dan tidak berkesempatan lansung menemui ukht buat kali terakhir. Sahabat dan adik apakah saya ini. Namun ingatan yang tak putus tidak pernah padam buat ukht tercinta.

Akhirnya, tiba jua saat yang kita nanti-nantikan dalam hidup. Walaupun tibanya warkah ini, telah termetri akad di antaraantuma, namun izinkan saya melakar doa yang terpatri dalam Sunnah s.a.w.

” BarakAllahulak WaBarakAllahua’laiku Wajama’BainakumaBilkhaier.”

Ukht yang dikasihi dihati. Bakal pendidik jilun mansyud,

4hb yang lepas, tiga dua pertiga malam, saya bermimpikan ukht. Seakan-akan terbayang ukht mengejutkan saya..” Mari lihat gambar akak nikah ni.” Dan sebak sungguh dada saya mengenangkan mimpi itu. Lantas, saya mengambil wudu’ dan menunaikan fardhu Subuh. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, menderu-deru airmata saya membasahi pipi. Saya sebak mengenakkan akan kehilangan ukht sebagai teman yang bukan dulu, namun bahagia mengenangkan ukht bakal menjadi sayap kiri kepada pejuang di jalan Allah. Saya sedih tapi gembira. Sungguh! Hanya Allah mengetahui.

Ukht mahbubah di jalan Allah,

Saya tahu saya bukan selayaknya, namun izinkan saya mengukir kata buat kakak yang saya cintai kerana Allah. Tika tiba saat ini, saat bertukarnya perkara haram kepada sebuah ikatan dan akad yang berat. Yang mana terlerainya hukum haram kepada halal dengan satu akad menuntut satu tanggungjawab yang bukan mudah dan amat berat. Tika ini, terpundaklah amanah sebagai isteri, bukan sebarang isteri namun isteri kepada pejuang risalah Iman juga mujahid fisabilillah. Tegar dengan al-Quran dan Sunnah, penerus tarbiyah dan dakwah. Pemangkin semangat hidup dan mati untuk agamaNya.

Teman yang diingati,

Pernikahan hanya jalan menuju Allah. Bukan matlamat namun wasilah. Sebuah denai yang harus dilalui untuk mencapai kesempurnaan makna menuju makrifah Allah. Semoga dikau bersama suami bersama menjadikan cinta Allah sebagai matlamat utama, dan mengerah segala usaha demi mencapai lazatnya cinta Allah. Bukan mudah, namun harus dengan mujahadahmenundukkan nafsu. Pernikahan menyempurnakan separuh dari agama. Sedang separuh lain pada taqwa. Bersama suamimu, dikau harus membina taqwa bersama. Menjauhi yang haram dan memelihara kesucian agama dan mendidik nafsu al-ammarah bissu’ hingga tunduk menjadi nafsu muhtmainnah. Mengurangi yang lalai dan menambah tambah nilai dengan yang membawa ingat kepadaNya.

Jadilah isteri yang diRahmati. Mengingatkan suami agar beribadah di malam hari. Meratib zikir setiap hari. Menjadikan cinta Allah dan Nabi saw sebagai inspirasi setiap hari. Jangan melalaikan dan dilalaikan dengan cinta suami isteri yang hanya berlandaskan dunia semata-mata. Ramai mungkin, cinta mereka sekadar rertorik penyedap rasa. Bersamalah dikau bersama suamimu mendaki ke puncak cinta Tuhan dengan tali mujahadah yang dipaut bersama.

Ingin saya nukilkan kata-kata Asma’ binti Kharizah Fazari r.a diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya padahari perkahwinan anaknya. Katanya.

“Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engakau tanah bagi suamimu (dengan mentaati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engaku seperti lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik, Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak-enak sahaja dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja dari dirimu.

Ukht fillah,

Taatilah suamimu  dalam taqwamu pada Allah. Redha suamimu adalah Redha Allah. Layanilah suami dengan sebaik-baiknya, namun jangan pula melalaikan dia dengan kehidupan dunia. Lembutkan hatinya agar selalu menyitir kalimah Allah, meratib zikir di pagi hari. Zikir adalah jalan mujahadah dalam mengenal Allah. Perlu mujahadah untuk melawan nafsu. Membaiki diri menjadi manusia yang mendidik dan terdidik dengan akhlak mulia lagi murni.  Berusaha bersama menyucikan hati dari sifat-sifat terkeji. Semoga sabar bersama. Gegarkan jiwanya dengan ruhul-jihad, dan tugasan dak’wah dan tarbiyah yang sentiasa mendepani kita.

Jadilah sayap kiri yang ampuh buat sayap kanan perjuangan yang utuh.

Ukht yang diingati,

Semoga jua, Allah kurniakan barakah, mawaddah nikmah, sakenah, yang tidak putus buat antuma.

Moga-moga ukht juga menjadi seperti isteri Syuraih;

Syuraih hakim terkenal Islam, ketika malam pertama, bertanya kepada suaminya. “Wahai suamiku, apakah yang kamu dan suka, beritahulah nescaya aku akan cuba memenuhinya.” Dan Syuraih berkata.” Sepanjang hidup aku bersama isteriku, tidak pernah aku melihat melainkan yang elok-elok sahaja!

Juga tegar seperti isteri Mustafa Masyhur, ketika beliau di dalam tahanan, tabah isterinya memelihara harta, dan anak-anaknya. Sabar menjadi isteri pejuang Risalah Iman ini. Juga Khan’sa yang menyerahkan ketiga-tiga anak lelakinya ke medanjihad, tegar jiwanya, yang menerima kesyahidan anak-anaknya dengan senyuman bahagia. Telah kutunai janjiku pada suamiku. Katanya. Semoga Allah kurniakan kekuatan pada kita untuk menjadi andai tidak sepenuhnya seperti mereka.

Zaujah solehah pada suami yang soleh,

Tika suatu hari nanti juga, kamu bakal menjadi ibu. Kamulah itu yang akan menjadi  akan menuai benih jilun-mansyud atau generasi yang ditunggu-tunggu. Begitu juga bakal ibu kepada jilun Qurani Farid!Kamulah itu yang akan mendidik anak-anak agar meletakkan cinta dan Redha Allah di tangga yang utama.

Kenalkan anakmu pada Allah dan besarnya kekuasaanNya. Pada cinta dan taqwa pada Allah di mana sahaja. Ajarkan anak-anakmu mengenal kalimah Allah, wahyu terakhir kita. Perhalusi akhlak anak-anakmu dengan amalan Al-Quran, Sunnah dan akhlak Ulama’. Semoga kelak, anak-anakmu santun dan berbudi sifatnya terhadap manusia, alam dan haiwan. Yang semuanya menjadi saksi kepada indahnya kuasa Allah. Semoga kelak anak-anakmu menghormati manusia dan alam jagat maya. Tidak kira agama dan budaya. Semuanya merentasi kerana akhlak yang mulia.

Juga sentiasa membajai dengan ilmu warisan Islam, dan kemuncaknya adalah menjalani hidup hanya sebagai menyinggahi untuk berteduh di bawah pokok. Seperti Baginda saw. Tetaplah ukht ku akan jalan ini. Taat, patuh juga menjaga amanah, harta, anak-anak tika suami tiada di rumah.

 Bakal Ibu Solehah,

Kenalkan anak-anakmu pada warisan Ulama’ yangmengerah jerih meninggalkan warisan turathi untuk kita di akhir zaman.Tanamkan kecintaan kepada Nabi saw dan warisannya. Pada murni peribadi sahabat dan jejak mereka. Pada setiap tinggalan dan pedoman Salaf yang mahal harganya. Pada warisan Ulama’ yang menjadi panduan kita. Jangan dilupa akan menanamkan cinta kepada ahlul bait Nabi saw yang dicintaNabi hingga akhirnya.

Moga-moga Allah menyaksikan segalanya. Dan diberi ganjaran yang selayaknya buat pendokong risalah iman dakwah yang sukar dan penuh turis ini.

Ukht yang dicintai di hati,

Rasanya itu sahaja yang mampu kunukilan. Sekadar cetusan rasa buat insan pengantin di hari bahagia. Moga-moga segalanya dipermudahkan, dilimpahi Rahmah, hidayah dan barakah yang tak putus-putus. Juga moga cekal mengharungi hidup sebagai isteri seorang pejuang. Kuatkan dirimu ukht.

:Uli dan lesung! Gaul tolak-ansur, saling memahami, bertanggungjwab menjadi satu. Moga beroleh barakahNya:

Selamat Pengantin Baru Arusah di jalan Allah. Aku menyayangimu sepenuh hati kerana Allah.

Mendoakan jua sentiasa untukmu. FiAmanillah!

Salam sayang buat arusah yang dirindui.

Nai, aka Sumayyah Abdul Aziz
10.3.2005

Apa yang baik dari Allah jua, yang kurang dari diri saya sendiri.

Advertisements

3 thoughts on “Warkah Buat ‘Arusah

  1. Pingback: Truth Has A Way » Pernikahan: Mithaqhon Qholizho (Perjanjian Berat)

  2. Best nyer baca posting ni,

    Before, I never understand the real niat for nikah. Owh I know the surface, I think everyone knows the objective of nikah is the wasilah towards Allah, but to know, to really know and understand the real niat, is priceless.

    And I get the wisdom by reading your entries, one in many ways of my journey to Syurga.

    Keep on posting the great entries.May Allah bless you.

Comments are closed.