Puisi: Termetri Sudah [Pernikahan: Mithaqhon Qholizho (Perjanjian Berat)]


 

(Sebuah entri yang bakal diedit dipublickan kembali).

 

Hari ini, genap tiga bulan seorang aku bergelar isteri. Tiga bulan yang lalu, akad termetri. Bagai meraih kasih Allah yang maha besar, punya suami budiman lagi sentiasa kasih dan kasihan pada diri seorang aku yang tiada apa-apa, Allah sahaja yang layak disyukuri. Terima kasih ya Allah di atas Robithoh Muqaddasah ini.

 

Aku pernah menulis satu puisi dan warkah buat sahabat mempelai. Namun kini, kutujukan untuk diriku sendiri. Juga mereka yang bergelar isteri barangkali.

 

Kala menulis itu, aku teresak di musim syita’ di rumahku di Mansurah. Tahun 2003 sebelum pulang ke Malaysia mengetahui teman melansungkan perkahwinan bagiku satu berita yang meruntun emosi. Kekanda yang bersama berada dalam satu pelayaran menimba ilmu sebelum ke Mesir. Menjadi pelajar pertama mendapat pangkat Mumtaz di cawangan Iskandariah. Siti Nur Izzati Hussain. (Kini beliau bahagia bersama dua anak dan bakal seorang lagi yang sedang dikandungnya. Kekanda berasal dari Terengganu itu kini menetap di Shah Alam dan merupakan teman yang paling bijak dan baik pernah aku jumpa. Kini beliau menetap di shah alam dan kami masih saling menziarahi antara kedua kami.)

Puisi ini juga sering kutuju dan kukurim pada sahabiah yang akan menjadi isteri. Membacanya kembali, aku terasa hairan bagaimana aku bisa menjalin ayat-ayat bombastik ala melankolik (kononnya). Mungkin perlu sedikit ubahsuai.

 

Selalunya bila aku fikir kembali, setiap kali ingin melakar puisi, aku tidak boleh memaksa diriku. Setiap kali nubari lembut dengan kasih Allah, ilham datang mencurah. Jika tidak, usah dikerah tidak mungkin terhasil apa-apa.

 

Seperti waktu itu, ketika di kamar waktu mengenang kembali Kekandaku yang pertama menjadi suri, sebak datang terus. Lantas kucapai pena dan buku, dan melakar emosi pada sekeping nota. (Wah, sungguh klasik, nostalgik dan ber’jiwo’ sastera pula ayatku kali ini.) Dengan sedikit pengubahsuaian aku ingin berkongsi bersama sahabat sekalian. Semoga mendapat manfaat bersama.

Entri asalnya di sini dan pernah juga kuemel kepada emel Alumni Sekolah Hiraku.

Sajak ini pernah kuletakkan di blog-blog lamaku.i.e blogdrive, blogspot(delete), alqasam.blogsome.com, (ilmi.blogsome.com-private-delete). Jesteru, aku berharap agar sesiapa yang pernah mengambilnya dan memasukkan di blog mereka sekadar meletakkan namaku. Untuk memelihara hakcipta dalam Islam. Terima kasih.

Termetri sudah

Duhai insan bergelar isteri, Buat pejuang di rantai ini, Sudah termetri janji, Sudah diikat setia, Sudah dibongkar rahsia atma Sudah suluh  jiwa, Bagai diatur bersama, Engkau melamar, Memetrai janji  buat yang halal, Engkau merisik Menyinggah diri sebagai suami,

Kini, Rahsia hati, Sudah lumat dalam diri,

Kini, Singkap jiwa Telah lerai tersimpul mati, Bisikan  garisah, Desis halus berlagu merdu, Telah berpadu Menjadi akrab  tiada jemu

Berganding membina diri, Bersama menongkat jihad, Bersatu melakar impian Bertaut menyisip abstrak hidup, Berpimpin mengintai kanvas syahid Berjanji memikul perih  amanah Rabb

Bersama segala Meredah desak arah hidup Menjunjung asperiasi Sunnah Nabi Menjadi dagang di zaman modenisasi Genggam Sunnah persis genggam bara api

Isteri

Kau sahabatku… Menjadi medan pemangkin generasi pejuang Ilahi, Mencorak variasi ummah bervisi, Mendidik  hamba Rabbi, Menyatu tenaga meredah, Turisnya duri untuk menghirup, Lazatnya cinta Rabbi,

Suami, Engkau di sana, Memerah darah, Mengalir keringat, Pasung tenaga, Gelut usaha, Ripuh rasa, Demi damba taman cinta-Nya, Pejuang di siang hari, Pengabdi Tuhan di malam hari Mengejar syahid impian sukma, Yang hidup hanya untukNya,

Suami, Isteri, Bukan di sini, Bukan cinta kita matlamat utama

Namun, Bersama untuk Cinta Kekasih selamanya, Bersatu mengemis tulus RedhaNya, Berganding mengait mulus RinduNya,

Kita berpaut, bertaut ; hanya.. Untuk, kekal bahagia, Di RaudhahNya.. Lestari di dakapan halus Tuhan Yang Maha Mengerti Segalanya Hanya kerana DIA Cinta Agung kita.. Hanyalah keranaNYA Hanya… Maka termetri janji ini.

Nai aka Sumayyah Abdul Aziz, Julai 2003, Mansurah.

Kala ingin menujukan puisi ini buat kali kedua buat sahabat yang lain pula di kampus UIA lewat melanjutkan Sarjana pada tahun 2005,  aku menulis satu warkah KHUSUS buat seorang teman sebagai tambahan kerana benar perasaanku bagai diruntun tika itu. Ada juga beberapa teman lain yang pernah kukurim kedua-dua nukilan ini.

Sumayyah Abdul Aziz,

Monolog Diri

p/s: Warkah itu telah saya pindahkan di sini memandangkan entri ini yang sungguh panjang.

Advertisements

6 thoughts on “Puisi: Termetri Sudah [Pernikahan: Mithaqhon Qholizho (Perjanjian Berat)]

  1. Kak Han

    Terimakasih dik…surat, madah, puisi yang sarat dengan peringatan…

    Moga Rahmat dan Redha Allah sentiasa bersama kita dan moga rumahtangga yang dibina penuh dengan Rahmah dan Mawaddah…

  2. Terima kasih Nai, membaca ini semua mambuatkan diri ini mengingati janji2 12 tahun yg lalu, terasa kembali segar pesanan yg Nai titipkan, malang sekali akak tak pandai berpuitis seindah Nai.

    Terima kasih sekali lagi, semoga Allah membalas asa2 mu sebanyak2nya, dan melimpahkan segala keberkatan ke atas perkahwinanmu..

    p/s: Pengantin lama juga harus banyak belajar drp pengantin baru…

    I love you lillahi ta’ala.

    Serikandi

  3. alQasam

    @alida: Boleh sahaja kak.

    @mardhiah: Segala puji bagi Allah. Tidak perlu puitis ketika menulis puisi, asalkan dari hati. Puisi seolah terlebih puiti pula.:)

    @Kak Han: Amin. Terima kasih atas doa kak. Semoga sama-sama kita dapat tetap berada di atas sabilir rashad. Amin ya Rab

    @ Serikandi: Dearest Kak Elis, your words deeply touch me. Indeed, sebenarnya I still learn how to walk in the world of marriage. I learn a lot from you actually. Teringat dalam dua tahun lepas, masa baca entry akak pasal anniversary akak yang ke sembilan tahun. You did mentioned how grateful you are Allah beri suami yang sentiasa kasihankan akak. Sentiasa baik dan akak wrote rasa sungguh bertuah dan rasa tidak dapat buat yang terbaik lagi buat suami.

    Selepas tu, i always prayed that I will get a husband yang sentiasa kasihankan saya. Sekarang, Alhamdulillah, suami sentiasa kasihan. Kita basuh baju, memasak semua dia kesiankan kita. Dia kata pengorbanan. 🙂 I said to him: That is my responsibility bukannya pengorbanan. Alakullihal, Alhamdulillah terjawab doa. Berkat Rahmah Allah juga.

  4. Pingback: Truth Has A Way » Buat Mempelai Di Ambang Pernikahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s