Rumahtangga Dan Kelansungan Ibadah


Rumahtangga Dan Ibadah

Dalam tulisan Imam Al-Ghazali  Kimmiyah As-Sa’adah atau The Alchemy of Happiness ada menyentuh tentang duduk letaknya perkahwinan adakah menyebabkan dekatnya atau jauhnya seseorang kepada Allah. Menariknya, dalam buku ini, Imam Al-Ghazali menyentuh sisi positif dan negatif tentang kesan perkahwinan dalam proses sesorang hamba mengenal Allah. Perkara yang sama selalu kami suami isteri bincangkan adalah di antara kesan perkahwinan itu tetap sahaja boleh membawa kelalaian ataupun menjadi punca ibadah bagi seseorang hamba. Seperti yang diperbahaskan oleh sekian ulama’ kita di antaranya Imam Ghazali dalam buku di atas.

Imam Ghazali menceritakan:-

“Melalui perkahwinan setiap pasangan akan berasa ketenangan dan ketenteraman. Duduk bersama dan memperlakukan isteri dengan baik merupakan perbuatan yang memberi kita rasa santai setelah melakukan tugas-tugas keagamaan. Dan, setelah itu kita bisa kembali beribadah dengan semangat baru.Itu yang dilakukan oleh Nabi saw ketika menerima beban wahyu yang berat, Baginda menyentuh Aisyah r.a dan bersabda:

” Bicaralah kepadaku wahai Aisyah, bicaralah!”.

Baginda saw sendiri menyedari bahawa sentuhan kemanusiaan akan memberi semangat dan kekuatan  untuk menerima wahyu-wahyu baru.

Begitu juga Abu Sulaiman berkata:

“Isteri yang baik tidak hanya menjadi Rahmat di dunia ini, tetapi juga di akhirat, kerana ia memberikan waktu lapang kepada suaminya untuk memikirkan akhirat.”

By Person On Flickr

Aspek penting di yang diungkapkan oleh cerita-cerita di atas bahawa amat penting sebuah keseimbangan dalam menyalurkan perkara halal itu sendiri dan semuanya harus dinilai dengan neraca syukur dari duduk atur seorang hamba. Perkahwinan adalah ibadah, jesteru dengan melaksanakan ibadah Sunnah ini, perlulah dengan ia meningkatkan perhambaan dan kualiti kita sebagai manusia. Sebagai contoh, seorang isteri wajarlah menggalakkan suaminya melaksanakan solat  berjemaah di masjid pada masa-masa yang digalakkan menurut Sunnah saw iaitu selepas subuh dan isya’, melakukan kerja-kerja dakwah dan kebajikan dan lain-lain lagi menurut aspek kemasyarakatan.

Proses peningkatan kualiti kehambaan dan manusia menerusi perkahwinan perlu dipandang serius oleh kita, kerana ramai tidak sedar mungkin seperti Imam Ghazali ra menyentuh bahawa perkahwinan andai tidak dipimpin dan disalur dengan baik boleh juga melalaikan manusia dari mengingati Allah.

“Kesan negatif  muncul ketika urusan keluarga memalingkan seseorang dari mengingati Allah. Seringkali urusan keluarga menghalang manusia untuk memusatkan perhatiannya kepada Allah dan akhirat. “

 Pesan Imam Ghazali ini ada kesinambugannya ketika saya simpulakan bahawa beliau menggalakkan perkahwinan bagi mereka yang dapat memahami konsep ibadah dengan sempurna iaitu perkahwinan adalah ibadah. Jesteru, ibadah tidak mungkin bercanggah dengan ibadah ( perkahwinan) melainkan jika kita meminggirkan konsep ibadah khusus dan umum yang sepatutnya selari dan sekata.

Imam Ghazali menyarankan:-

1) Mereka yang berfikir bahawa dengan tidak menikah ia akan dapat melaksanakan ibadah dengan lebih baik, dia boleh membujang, dan mereka yang takut jatuh ke dalam dosa jika tidak bernikah maka bernikah menjadi jalan terbaik baginya.

2) Untuk menjamin perkahwinan menjadi jalan keselamatan, seseorang harus memilih calon isteri yang mempunyai kesucian akhlak.

Selari dengan pesan salah seorang pensyarah di UIA yang mana menyentuh tentang bagi beliau, al-ahl atau keluarga antara perkara yang melalaikan manusia. Beliau, Ustaz Yasir seorang pendokong Sunnah yang kuat menerangkan kepada anak-anak murid beliau dalam satu seisi ” Talk About Heart”.

Jesteru, memahami konsep dan pengertian perkahwinan dan kaitannya dengan ibadah. Memahami keutamaan dan pengurusan masa amat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan kehambaannya melalui perkahwinan. Ingat, bagi wanita kita punya senjata untuk melemahkan dan menguatkan lelaki samada bergelar isteri atau tidak. Gunakanlah senjata untuk pada perkara yang harus, menunaikan yang wajib dan halal sahaja.

‘Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan… ‘

(An-Nisa’:1)

Pelbagai

Banyak yang saya ingin tulis sebenarnya. Semuanya telah saya atur dan susun dalam kepala. Daripada isu perfileman Melayu, budaya pemakanan dan kesannya kepada penumbesaran anak lelaki kita juga kepada pertemuan saya dengan Syeikh Rohimuddin lewat minggu lepas. Saya dan suami bagai mendapat satu anjakan baru dan simbahan cahaya yang menyegarkan menghadiri Haul Imam Haddad di Masjid Terapung yang dihadiri oleh Yang Mulia Sultan Mizan  dan Sultan Ulama’ Habib Syatiri juga mendengar pesanan dari Syeikh Rohimuddin sendiri di Daurah Memahami Tasawwuf. Alhamdulillah, impaknya mengesankan. Hujah beliau penuh intelektual dan sarat makna seperti biasa. Moga doa dan dizkir menjadi amalan berteruskan kami suami isteri. Moga saya dikurniakan kelapangan untuk menulis.

Advertisements

9 thoughts on “Rumahtangga Dan Kelansungan Ibadah

  1. upgrade

    byk info betul site sumayyah ni…..sumaiyah,kakzu nak tanya skit…hadithuna.com ni free blog kan? bkan yg kena bayar kan?kakzu ungat bak buat blog untuk sekolah sekali…

  2. Alqasam

    Dear Kak Zu,

    Biasa-biasa aja. Hadithuna adalah domain yang tidak berbayar. InshAllah, boleh dibuat sebanyak mana yang diinginkan apatah lagi untuk sekolah. Bagus betul Cikgu Zu ni.:) Semoga dimudahkan.

  3. Salam Ustzh Sumaiyah.

    Tertinggal kapal… komputer kerap rosak. Pulak tu kerja klinik guna internet banyak. Tapi perkembangan blog ni selalu dapat info dari K. Han.

    Haul Imam Hadad ni anapun dijemput tapi tak dapat pergi. Lagipun memang rasa tak nk pergi sebab ingatkan Tok-Tok Syed punya majlis. Malaslah nak involve. Sebab ‘pengalaman’ dengan Persatuan Al-Amin diorang.

    Nak tanya soalanlah Sumaiyah, betul ke golongan Melayu yang ada Syed / Sharifah ni tak boleh terima zakat? Konpius ler… rasanya mereka ni bukan ‘ali Muhammad’ (ahli bait – keluarga). Sebab ahli bait ni bukan ke sehingga yang sempat bersama Rasulullah SAW? Maknanya sampai Hassan r.a. dan Hussein r.a. saja?

    Jadi tempat rujukan le pulak…

  4. alQasam

    Apakabar Dr Roslan dan Kak Han.

    Terima kasih datang ziarah rumah kami hari tu. Sangat berbesar hati kami musafir di bumi K. Terengganu menerima kunjungan sebuah keluarga yang bahagia lagi harmoni.

    Sebelum menjawab (lebih kurang) soalan tentang ahlul bait suka ana memetik kata-kata dari Al-Faqih Hajar Al-Haitami dalam muqaddimah kitabnya “as-Sawaiq al-Muhliqah”.

    “Ketahuilah bahawa yang mendorong saya menulis dalam perkara ini sekalipun saya merasa kurang mampu ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Jami’ dan lainnya, bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
    “Apabila timbul fitnah atau (bidah) dalam mana sahabat-sahabatku dimaki, maka orang yang berilmu hendaklah melahirkan ilmunya. Sesiapa yang tidak melakukannya, maka ke atasnya laknat Allah, Malaikat dan manusia seluruhnya, Allah tidak akan terima daripadanya amalan fardu mahupun sunat”.

    Persoalan ahlul bait merupakan persoalan yang diperbahaskan oleh sekian sarjana Muslim. Ahlul Bait adalah salasilah keturuan yang bersambung kepada Sayyiduna Hassan dan Hussien. Sedang keturunan dari Sayyiduna Hussin tidak terlalu banyak.

    Bukan sekadar hidup namun mereka yang benar-benar bersambung dan mempunyai IJAZAH atau SIJIL SALASILAH yang membuktikan ketulenan keturunan mereka sebagai ahlul bait.

    Dewasa ini, memang ramai yang bernama Syed atau Sharifah namun tidak semuanya benar-benar berketurunan tanpa putus dan bersambung dengan Cucunda Baginda saw.

    Seorang researcher ada membuat satu kajian terperinci berkenaan Ahlul Bait Rasulullah saw.

    Ahlul Bait dari segi bahasa:-

    Berasaskan petikan-petikan daripada kitab-kitab lughah yang muktabar jelas bahawa ” Ahlul Bait” bagi seseorang dalam bahasa Arab bermaksud: isteri, anak, menantu dan orang yang sama keturunan dengannya (baitunnasab).

    Sedang AlQuran menyebut berkenaan Ahlul Bait:-

    Al-Ahzab ayat 33:

    “Hendaklah mereka (para isteri Nabi s.a.w.) menetap di rumah-rumah, dan janganlah mereka berlagak mendedahkan aurat seperti lagak orang-orang jahiliah dahulu, dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kekejian daripada kamu Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”.

    Al-Qurthubi ketika mentafsir ayat ini menyatakan: “Firman Allah: 8

    “Ingatlah (wahai isteri-isteli Nabi) apa yang dibaca di rumah-rumah kamu sekalian (yakni isteri-isteri Nabi s.a.w. daripada ayat-ayat Allah dan al-Hikmah (Sunnah)”.

    Perkataan-perkataan ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahlul Bait ialah isteri-isteri Nabi s.a.w. Para ahli ilmu telah berselisih pendapat tentang Ahlul Bait, siapakah mereka?

    Ata’, Ikramah dan Ibnu Abbas berpendapat mereka ialah isteri-isterinya sahaja, tidak ada sebarang lelaki bersama mereka. Mereka mengatakan bahawa maksud al-bait ialah tempat tinggal Nabi s.a.w. berdasarkan firman Allah “dan ingatlah (wahai isteri-isteri Nabi) apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu”.

    Setengah golongan seperti al-Kalbi 9 berkata mereka ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husin sahaja.

    Yang nyata daripada ayat ini ialah umum untuk semua Ahlul Bait yang meliputi isteri-isteri dan keluarga yang lain. Adapun tentang perkataan wa yuthahhirukum (penggunaan jamak muzakkan), ialah kerana Rasulullah s.a.w. Ali, Hasan dan Husin termasuk dalam Ahlul Bait; kerana (menurut kaedah Bahasa Arab), apabila berkumpul “muzakkar” (laki-laki) dan “muannas” (perempuan), maka dimenangkan lelaki. Dengan demikian jelaslah ayat ini menunjukkan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. adalah daripada kalangan Ahlul Bait kerana ayat ini menyentuh tentang mereka. Orang yang dihalakan cakap juga adalah mereka berasaskan urutan dan kontek percakapan.

    “As-Sa’labi berkala: Mereka (Ahlul Bait) adalah Bani Hashim; ini menunjukkan yang dimaksudkan dengan al-Bait (rumah) ialah “baitunnasab” (rumah keturunan). Dengan demikian, Al-Abbas, bapa-bapa saudaranya dan anak-anak mereka termasuk dalam Ahlul Bait”. 10

    Imam Muslim meriwayatkan bahawa Zaid bin Arqam di tanya,
    “Adakah isteri-isterinya (Rasulullah s.a.w.) daripada Ahlul Bait ?” Zaid menjawab: “isteri-isterinya adalah daripada Ahlul Bait…”

    Imam Bukhari meriwayatkan Rasulullah s.a.w. pergi ke bilik Aisyah lalu memberi salam:
    “Assalammu’alaikum Ahlul baiti wa rahmatullah”

    Daripada keterangan-keterangan di atas dapat disimpulkan bahawa Ahlul Bait menurut pandangan Ahlus-Sunnah termasuk: isteri-isteri Rasulullah, anak menantunya, serta kaum kerabalnya daripada keturunan Bani Hashim dan Bani Muttalib.

  5. alQasam

    Soalan berkenaan zakat pada Ahlul Bait Nabi saw.

    Menurut perbincangan ulama muktabar:-

    Secara umum, pendapat yang masyhur dalam Madzhab Syafi’i tidak membolehkan. Namun Imam Abu Said Al-Harawi, seorang hakim, membolehkannya dengan syarat bahwa mereka tidak memperoleh bagian dari khumûsul khumûs, tetapi, jika mereka menerimanya, maka pemberian zakat itu tidak dibolehkan. Imam Muhammad bin Muhammad bin Yahya dan Al-Allamah Fakhuruddin Ar-Razi memfatwakan hal yang sama, dan menurut Abu Syukail fatwa tersebut benar.

    Dalam kitab Al-Khodim, setelah membawakan pendapat Imam Rafi’i dalam masalah ini, Imam Zarkasyi menjelaskan bahwa Imam Isthokhori, Harawi, dan Ibnu Yahya membolehkan (penerj. mereka menerima zakat). Masalah ini juga dibahas dalam kitab Al-Hilyah yang ditulis As-Syasyi.

    Abu Hafs Naru Sami mengatakan bahwa zakat boleh diberikan kepada orang yang juga berhak memperoleh bagian dari harta rampasan perang dan fai. Dikatakan dalam cacatan kaki Ibnu Abi Hurairah, “Adapun pada masa ini, mereka (penerj. Bani Hasyim dan Abdul Muttholib) tidak memperoleh bagian dari harta rampasan perang, jadi, kita tidak boleh melarang mereka menerima zakat, karena larangan itu akan menyebabkan mereka hidup terlantar, sebab, di zaman ini, mereka dan kaum fakir miskin menghadapi persoalan sama. Jadi, mereka juga berhak memperoleh bagian dari zakat sebagaimana kaum fakir miskin.”

    As-Syarif Abdul Abbas Al-Farra’, dalam kitabnya Mu’tamadut Tanbih, menuliskan bahwa seseorang yang telah menghadiri majlis Imam Fakhruddin Ar-Razi di salah satu negeri di Khurasan atau Khawarizm menceritakan kepadanya bahwa sekelompok Alawiyin mengeluh karena tidak menerima hak mereka dari baitul mal, sedangkan mereka dalam keadaan terpaksa, kemudian Imam Fakhruddin Ar-Razi memberi mereka lebih kurang 100 dinar, dan berkata, “Wahai kaum muslimin, aku telah berfatwa agar kalian memberikan sodaqoh (penerj. wajib) kalian kepada mereka, karena sesungguhnya harta itu halal bagi mereka dan kewajiban kalian pun akan tertunaikan.

    Dalam kitab Al-Khodim dikatakan bahwa mereka adalah para imam yang berkedudukan tinggi dan dalil mereka cukup kuat. Ibnu Nahwi, dalam kitabnya Al-’Ajalah, dan Al-Hakim mengutip pendapat Abbas bin Abdul Mutholib bahwa Bani Hasyim dan Abdul Muttholib boleh memberikan zakat mereka kepada sesama mereka. Dalam syarhku, aku telah menjelaskan masalah ini secara panjang lebar. Wallôhu A’lam.
    Pendapat Ulama Lain

    Dalam kitab Fathul Ilâhil Mannan, Alam makrifah, Jeddah, cet. ke-1, thn. 1988M/1408 H, hal. 59, sehubungan dengan jawaban Syekh Salim bin Said Bukair Baa Ghaitsan yang membolehkan ahli bait rasulillah menerima zakat jika mereka tidak mendapat bagian dari khumus, Sayid Al-Allamah Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syeik Abubakar bin Salim menulis surat kepadanya, yang isinya: “Alhamdulillah, wa ba’du, jawaban yang telah ditulis oleh Al-Allamah Syekh Salim bin Said adalah sangat benar, dan berbagai dalil yang ia kemukakan dari para imam yang sangat alim, cukup kuat. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.”

    Dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin, Dar el Fikr, hal 106, yang berisi fatwa Sayid Abdurrahman bin Muhammad bin Husin bin Umar Al-Masyhur, mufti Hadramaut, disebutkan “Jumhur ulama syafii’yah sepakat untuk melarang seseorang memberikan zakat kepada ahli bait nabi …….. (sampai) pendapat ini yang paling sahih, tapi banyak para ulama dari Madzhab Syafii’yah baik yang dahulu maupun yang datang kemudian membolehkannya jika khumusul khumus tidak sampai kepada mereka.

    Di antara para ulama tersebut adalah: Isthokhori, Harawi, Ibnu Yahya, dan Ibnu Abu Hurairah. Dan mereka yang memfatwakan dan mengamalkan fatwanya adalah Fakhrur Razi, Qadhi Husin, Ibnu Syukail, Ibnu Ziyad, Nasyiri, dan Ibnu Muthir. Al-Asykhor mengatakan bahwa mereka yang disebutkan di atas adalah para imam yang agung, ucapannya mempunyai dasar yang kuat, mereka boleh diikuti, dan taklidnya itu terhitung sebagai taklid yang sahih dengan syarat untuk keadaan darurat.

    Catatan:

    Khumus: seperlima dari harta rampasan perang (ghanimah). Harta yang disisihkan tersebut dibagikan kepada:

    1. Rasulullah,
    2. Kerabat beliau dari Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib,
    3. Anak yatim,
    4. Kaum fakir miskin, dan
    5. Ibnu Sabil.

    (Demikianlah pendapat yang masyhur mengenai khumus menurut Fakhrur Razi dalam Tafsir Al-Kabir, juz 15, hal. 165)

  6. Pingback: Truth Has A Way » Buat Mempelai Di Ambang Pernikahan

  7. Pingback: Buat Mempelai Di Ampang Pernikahan « Baiti Jannati Lillahi Rabbi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s