Dengan Nama Allah Saya Bermula


Testing!Testing! Sebenarnya saya sendiri tak pasti sudah berapa kali saya cuba untuk menulis blog sendiri.Saya pernah mencadang kepada kawan saya untuk membuat satu blog yang di dalamnya akan kami tulis bersama tapi selepas 2 tulisan, saya menyepi tanpa berita. Isteri saya juga sudah beberapa kali mencadangkan kepada saya untuk membuat blog sendiri, pun begitu cadangan hanya tinggal cadangan, saya masih beralasan untuk tidak membina blog sendiri.

Semua itu bukanlah kerana kaku idea apatah lagi  ketandusan bahasa untuk menulis. Seingat saya, semenjak sekolah rendah lagi guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu sering menjadikan karangan saya sebagai contoh untuk rakan-rakan lain. Kata mereka, imaginasi saya tinggi dan saya pandai menterjemahkan dalam bentuk penulisan yang mudah di fahami.

Itu dahulu.

Namun, sejak saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah, saya semakin kurang menulis dengan alasan yang pelbagai.

“Sibuk, tak cukup masa, letih” itulah yang menyebabkan dunia penulisan semakin jauh apatah lagi bila saya memasuki fakulti perubatan di Mesir dan berkawan dengan ulat-ulat buku dan kaki-kaki ‘study’, saya terus berhenti menulis.

Kali ini, saya tekad untuk menulis.Apa yang mendorong saya untuk menulis akan saya beritahu dalam posting-posting mendatang. Cuma, untuk sebuah permulaan yang baik, saya mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Ianya sebagai mengambil barakah, sesuai dengan sebuah Hadith

“Setiap perkara yang penting, tidak di mulakan ia dengan menyebut nama Allah,nescaya ia terputus (dari barakah)”.

Doakan agar saya terus mahu dan mampu menulis yang baik-baik sebagai wasilah menyampaikan risalah islam kepada semua.

Advertisements

2 thoughts on “Dengan Nama Allah Saya Bermula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s