Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun


 

 

Hari ini seorang sahabat bekas teman sebilik saya di kampus UIA suatu masa dahulu mengirim sms kepada saya. Oh, memang sungguh nostalgik pengalaman dengannya. Dialah teman berdebat saya yang mengenali saya lebih dari saya kenal diri sendiri. Teman suka duka segala.

 

Karakter dan personalitinya sungguh unik  yang tidak pernah saya temui seumur hidup saya. Teman dari seberang, Indonesia. Mindanya semua isu akan menjadi kritikal terutamanya tentang ideologi, peradaban atau tamadun.

 

Beliau memang sungguh kritikal namun sungguh menyenangkan. Tidak pernah menyangka beliau akan berkahwin dahulu.  Sebuah entri yang pernah di tulis lama dahulu. Sebuah nostalgia yang mengajar pelbagai perkara. Beliau pernah merentas tanah Syam sebagai seorang musafir ilmu. Dalam perbezaan kami berkongsi banyak persamaan.  Semuanya bermula dengan sebuah kisah jejak-jejak di bumi Nabi. Di situ cerita kami bermula. Dia di Urdun dan saya di Mesir. Sebuah perbezaan bisa mencantum dua hasrat yang sama. Keakraban yang luarbiasa. Andai berlapang dada dan saling beradab dan menerima akal budaya.

 

Entri 2006
 

I- Urdun
 

Memetik bunga ” Juri” di halaman Urdun

Seperti biasa, setelah tiba musim bunga tiga siswi nakal membuat perancangan.Seakan-akan kelihatan ‘tanduk’ di kepala mereka bertiga. Mari kita ke Amman. Musim bunga dah tiba. Ketiga-tiganya tersenyum nakal. Mereka bertiga yang terkenal dengan kejaguhan memetik bunga menuju ke Amman. Dari Mafraq yang dipenuhi sahra’ mereka menapak penuh keazaman. Mahu memetik “juri” di halaman jameah (Universiti) Urdun. Sambil menaiki bas berbekal “shantoh” besar dan gunting mereka menuju Amman.

 

Kata siswi A: “Kalau kita petik bunga tu, kira mencurikan? Lebih 4 Dinar kena potong tangan kan.? Di kira hukum “sariqah”. Katanya gaya seorang pelajar syariah.

Siswi B:  ” Kalau mazhab Hanafi dua dinar dah kena potong tangan. So gi mana nih?.

Siswi C:  “Ala hari tu kau lalu tepi rumah ammu, pun kau amik bunga tu. “Teringat siswi B memetik bunga di tepi rumah ammu.

Tiba-tiba..” Ya anisah (gadis). Petik. bunga ye. Suka bunga “juri” ke?

Jawab dua siswi itu. Sambil tersengih dan berdebar-debar juga takut di marahi. “Aiwah nubibbu awi.”

Ammu pun tersenyum tanpa terselit perasaan marah melihat gelagat dua siswi nakal tersebut.

 

Di Universiti Urdun

“Harapnya tak bertembung dengan Ammu Haris Nanti kena tangkap.”

“Erm ye la. Kira kita ni amik harta awam, jadi tidak mengapalah.

 

Masing-masing menyedapkan hati masing-masing kerana sudah tekad. Tiba di Amman, mereka menuju Urdun. Sambil masing-masing galak memetik bunga. Masing-masing memerhati takut ada syabab-syabab di Jamieah yang melihat mereka siswi seolah-olah dari “badwi” atau kampung memetik “juri” seolah-olah tidak pernah melihat bunga lagaknya

Hehe. Biasalah kan di jamieah kita mana ada bunga. Yang ada hanya pohon-pohon zaitun dan tanah gersang sahra.

 

Salah seorang dari mereka menyedapkan hati masing-masing

 

Selesai, walau tangan luka-luka akibat memetik, tapi kita puas hati. Gumam diri masing-masing.

 

Pulang

“Ya Rob!, apa yang korang buat ni.”?

 

Sambil melihat bunga-bunga itu ditampal ke dinding menjadi pot-pori.

Budak-budak ni, desis si kakak.

 

Namun selepas itu.

“Jom temankan akak pula..”. Pinta si kakak sambil tersengih.

 

Macam-macam gelagat mereka yang mencuit hati. Perempuan. Aduhai! Begitulah, gelagat siswi Jordan-Mafraq yang nakal.

 

 

 

II- Mesir

 

Mendaki Gunung Thur Sina

Senario-senario di tanah lagi satu pula lebih suka mendaki gunung Thur Sina, dari memetik bunga. (Ketika mereka mendaki bukit Thur-Sina, bermula dari yang terakhir  bermula. Hingga ketika insan lain sudah bermula, mereka masih belum bermula.

 

Namun menjadi antara yang terawal sampai disebabkan ke”cekalan” si kakak meredah angin kuat dan kepenatan yang bukan sedikit.

 

Adik: “Akak, dah tak larat ni, kita rehat dulu.”

Kakak: “Teruskan jangan berhenti, nanti lagi penat.” katanya sambil meneruskan langkah dan memberi galakan penuh pada kekandanya.

Adik: “Akak saya penat sungguh ni.”

Kakak: “Takpe, kita ikut jalan shortcut“. Sambil mendaki cerun yang akan bahaya.

Adik: “Ya Allah, kuat sungguh kakakku ini”. Sambil matanya meliar melihat sahabat yang lain bersantai berehat. Allah sahaja yg tahu, memang penat sangat.

 

Akhirnya dengan deruan angin yang amat kuat, juga cerunan yg bahaya berjaya juga mereka sampai yg terawal di puncak Thur Sina atau Jabal Musa.

 

Ya Allah, melihat tempat bermunajatnya Nabi Musa selama 40 hari. Alangkah bersyukurnya.

 

Menyelinap Ke Masjid Hussien dan Azhar

 

Entahlah mengapa mereka kurang berminat pada bunga-bunga ini. Tika musim rabieah (bunga) pasti ramai siswi ke Kaherah untuk bergambar bersama pohon-pohon Mawar. Namun sesetengah siswi pula lebik enak pergi mencuri-curi ke Hussien untuk ke masjid azhar, bertalaqi dengan Syeikh. Walau berpanas-panas, dan berdebar-debar juga kerana seakan melanggar peraturan sekolah.

” Ala, takpe nak cari ilmu.”

 

Masing-masing yakin dengan hati dan diri masing-masing. Walau tidak digalakkan, mereka pergi juga. Memang kepingin belajar dgn syeikh-syeikh di situ. Namun awas! Berhati-hati semasa di Hussien!.

 

Ibrah Di Mesir

Mesir, bumi barakah, bumi Musa dan Firaun. Di dalam nya antara dua neraca. Mahu baik, ke kananlah, menapak jejak Musa dan para anbiya’, salafussoleh dan ulama-ulama’ tersohor. Begitu juga dataran Syam, di sana tinggalan para anbiya’ dan salaf-soleh. Laut mati, megajar manusia agar jangan mecabar Tuhan. Kamu Luth telah di ‘azab’. Ummah manusia sekarang! Usah berbangga dengan dosa dan maksiat. Hidup di dunia dengan rasa bangga dgn ingkar pada Allah. Lihatlah pada tinggalan dan ambillah ia menjadi ibrah pada akhir zaman ini. Jangan menjadi ummah yang dilaknat Allah, jauh pula dari Rahmah dan hidayah Allah. Nauzubillah..

 

Andai mahu bebas segala rasa, ke kirilah menitip jejak yang direntas Firaun. Buatlah apa sahaja. Tiada siapa melarang. Tiada ibu-bapa mengawasi. Segala pilihan di tangan. Allahlah jua yang akan menilai dan memerhati.


(Kalau lelaki, nak berambut panjang sampai ke pingggang,boleh ikat “tocang” sampai boleh buat iklan syampu SunSilk dan Pantene for man, pun boleh, or siswi yang nak makan2 KFC dgn zaujuha mustaqbal, tengah malam di “tahrir” berdua-duaan di persisiran Nil pun boleh.., andai iman no 100 dalam ranking hati..)–> Ini adalah ihtimal atau satu assumpation di mana-mana sahaja.)

atau

(ke kuliah, tafaqquh or talaqqi, berguru dgn Syeikh Mu’tabar, bergaul dgn orang Arab dan dan lain-lain. Tidak statik. Rajin ke masjid bagi lelaki, tegar, ikhlas dalam da’wah dan tarbiyah. Maka Alhamdulillah.).

 

Alhamdulillah. Bagai terbayang segala yang dilalui di sana. Mana mungkin mencari bumi tarbiyah yang lebih indah dari bumi2 anbiya’ itu. Segalanya dilalui dengan penuh sabar dan melerai hikmah di atau ujian dan dugaan. Menghadiri kelas atau ke kuliah tidak seselesa yang dibayangkan.

 

Berhimpit-himpit, tanpa kipas atau aircond cukup menguji. Di dua bumi itu, tinggalan segala sirah Nabi dan kisah-kisah sahabat, tabie’ dan ‘tabien. Alangkah bersyukur dapat menjejak di jejak para anbiya! Cukuplah andai dikatakan tidak mungkin dilupakan lembah-lembah yang banyak menguji rasa namun menatijahkan satu ingatan paling bermakna dan mengurniakan satu bekal tarbiyah yang paling mahal dalam dunia.

 

Glosari–tulis-tulis sahaja dan bukan kamus- Nota kaki buku maya yang nostalgik

Juri: Mawar

Shantoh: Plastik

Zaujuha Mustaqbal: Bakal isteri, tunang, makwe, kawan2 shj, bakal tunang, baru kenal2 dll. ajnabi

Aiwah, nuhibbu awi: Benar, kami suka sgt2

Ammu haris: Pak Guard

* 99% dialog-diolog di Jordan hasil wawancara dari Siswi yang terlibat sendiri.

 

Mei 2007

p/s: Tribute juga untuk saudara yang musafir semalam. Teman berlumpur, berselut, masuk hutan, naik rakit, main guli dll. Semoga menjadi ulama’ pewaris Nabi, pelapis pd ulama’-ulama’ yang kian tandus sekarang. Ummah menanti kalian. Juga sahabat x-Jordanian, Kak Dini yg bakal pulang, moga Allah memberkati.

Advertisements

4 thoughts on “Repost: Memetik Juri Di Halaman Urdun

  1. alQasam

    Salam kak Zu. Betulah siapa lagi kalau bukan kakak kita. Kak dini. Hari tu dia ke Uia, dan dia sms saya di Terengganu ni. Lupa nak minta number dia di Singapore. Tapi Bi Diarne maybe ada. Saya pun rindukan dia, akak dan Bi Diarne. Empat serangkai tiga negara.

  2. Bestnya dengar cerita nai…kalau ada rezeki, nak pi jugak…Nak pi maqam imam syafei…saudara nai ke bumi syam kan? Syria? Moga dia pulang nanti sarat ilmu, sarat budi

  3. alQasam

    Aiwah ukht…Amin..moga2 diperkenankan Allah.Saudara kandung teman bergaduh..:)

    Ya kak, sukar digambarkan perasaan berada di sana. Moga2 nanti Allah lapangkan dan memberi rezeki untuk menziarahi dan talaqqi di negara-negara lain pula..Pi dengan k.ma,kita teringin kan…Mana tahu..Allhu’alam..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s