Ramadhan 21: Antara Teori Praxis, Sekularis, Liberalis, Realisme Magis dan Modenis saya memilih Lailatul Qadar!


 

Permulaan Pasca  Pertama

Sebenarnya dalam genting suasana politik semasa yang semakin hangat, saya hanya melihat dari jauh kerana saya hanya rakyat maheran yang jahil politik. Dalam masa yang sama saya masih ingat akan tulisan air kopi panas Faisal Tehrani yang saya cicipi lewat tulisannya beliau di majalah Tamadun pada tahun 1998 semasa umur menjangkau 12 tahun yang menjadi pemangkin cinta saya kepada sastera. Zaman kebangkitan politik dimensi baru pada tahun 1999 telah membawa saya kepada pelbagai tulisan politikus, penulis politik, penulis sastera dari lapisan pelbagai. Surat-surat khabar dan majalah-majalah lama yang masih mampu saya simpan walau sudah kekuningan masih ada dalam simpanan saya sebagai bahan rujukan sejarah Malaysia. Hanya sahaja yang telah dibuang tanpa sedar oleh ibu ayah saya sahaja yang mencetus tangis saya kerana sedih sudah kehilangan salah satu khazanah simpanan peribadi saya dan keluarga.

Itu dahulu.

Era kepekaan dan cinta maksima saya dengan politik. Semasa saya masih kanak-kanak hingusan. Ketika era 1998 saya adalah penyokong tegar. Kini, pasca perubahan arus politik semasa yang rancau dan pelbagai saya mengambil keputusan mendiamkan diri sambil membaca dan membuat beberapa homework sebelum saya mengambil tempat dan menetapkan pendirian saya. Buat pertama kalinya saya akui saya mempunyai sikap agak memilih dalam menetapkan pendirian ketika ini  kerana saya perlu akur jalur perjalanan saya dalam fasa-fasa yang lepas dan cuba menjauhi paradigma yang terlalu idealistik dan simplistik yang saya cuba jauhi sejak dari dahulu lagi.

Saya akan cuba sedaya mungkin menterjemahkan kitab-kitab turath atau klasik Islam dan ilmu-ilmu politik moden Islam yang telah ditulis dan dibahaskan oleh cendikiawan Islam juga kepentingan buku-buku pemikiran pemikir-pemikir penting dunia ke dalam implementation by action agar dapat dicari titik temu yang paling tepat untuk menjadi konklusi kepada suasana politik semasa dan pembangunan tamadun Ummah.

Pencarian Pasca Keempat

Umumnya, saya masih sedang membaca dan mencari. Tidak mungkin saya menulis ‘for the sake of writing’ ataupun saya menetapkan pendirian ‘for the sake of make a decision’. Mungkin saya agak indecisive kali ini namun saya akan terus membaca, bergerak dan mengikuti nasihat Doktor Mumtaz Ali pensyarah fakulti Usuluddin dan Perbandingan Agama yang sangat saya hormati, tenaga pengajar di kampus UIA dahulu yang menekankan kepada pentingnya berada di tengah-tengah antara dua aspek; Realist dan Idealist, kedua-duanya perlu dicernakan kepada action-oriented.

Saya juga akur seperti kata-kata saya selepas pasca PRU 13 yang lepas, bahawa perubahan yang berlaku  demi memahami dan agar dapat meneruskan agenda Ummah kepada pentingnya meneladani buku-buku klasik dan moden Islam terutamanya politik Islam, Feqh Awlawiyyat (Keutamaan), Daulah (Negara) dan Feqh Waqie (Semasa), maka kali ini saya ingin menambah rujukan saya. Saya ingin menambah tulisan-tulisan pemikir-pemikir Islam dan Barat yang dapat membantu kepada memahami pergolakan politik semasa dan memilih pendirian yang tepat dan solid sesuai dengan apa yang terbaik yang kita mahukan dari pandangan Allah.

Sikap terburu-buru dalam membuat analisa, menulis, membaca atau memberi komen tidak akan membawa apa-apa keuntungan dalam memilih dan mencari satu keputusan yang terbaik untuk memahami dan bergerak untuk Ummah. Ya, kita berdiam namun kita bergerak. Sesuai dengan ‘circle of influence’.

Pencarian Kebenaran

Dalam mencari saya tekankan keperluan membaca bacaan yang pelbagai dengan mempunyai basis yang kuat namun perlu kepada sikap objektif dan ‘suspend your judgment’ buat seketika semasa membaca. Selain dari itu, keperluan kepada panduan guru yang reliable juga amat penting. Saya memang suka membaca pelbagai genre pembacaan hingga memberi kesan kepada penulisan blog saya yang tidak mempunyai ‘niche’ bahasa dan isu. Namun saya tahu di mana perlu saya tuju dan apakah masalah dalaman gerakan Islam yang berlaku sekarang.

Saya pernah merajuk dari mengikuti perkembangan politik massa suatu masa dulu sebelum pasca PRU ke 13 kerana politik dan kuasa telah memakan persaudaraan dan keimanan beberapa ahli gerakan Islam satu kawasan.

Walaupun ia berlaku dalam skala kecil namun telah menjejaskan banyak perkara yang semuanya bermula dari hati yang karat dengan mazmumah sehingga membuatkan ada hamba Allah berhati mulia yang teraniaya. Disebabkan peristiwa tersebut ramai ahil gerakan Islam yang komited yang merajuk membawa diri. Namun rajuk kami rajuk yang masih sedar diri dan terus bekerja dan membantu tanpa nama.

Akhirnya saya sedar, rajuk saya tidak membawa ke mana. Perlu turun padang juga atas keperluan tenaga. Saya tidak mahu merajuk lagi, namun jalan saya mungkin beranjak sedikit.

Mungkin berbeza dari fasa-fasa sebelum ini.

Ya, saya penggemar kepada buku-buku falsafah dan epistimologi sejak dari dahulu lagi namun masih ‘hijau’ dalam pembacaan.

Keperluan Ilmu dan Action-Oriented

Saya mungkin harus bersetuju dengan saudara Rausyan Fikir ketika beliau memberi komen di salah satu entri SaifulIslam yang  bertajuk “Kemuncup Dalam Perjuangan” walaupun saya berpendapat komen beliau lebih menjurus kepada asas dan akar kepada permasalahan Ummah, politik dan tamadun lebih dari pembedahan buku itu sendiri namun saya memahami gagasan idea dan pendapat beliau yang bagi saya tidak bertentangan dengan gagasan idea SaifulIslam sendiri. Kedua-dua bergerak sebagai satu wadah yang dicaknakan salah seorangnya seorang anak muda yang berwacana tinggi  dan salah seorang lagi penggerak matang dalam gerakan Islam.

Kedua-dua berlegar dalam misi yang sama walau pencambahan kepada implementation of ideas by action itu berbeza sesuai dengan kematangan, keutamaan, kecenderungan dan ruang legar ‘circle of influence’ masing-masing.

Namun saya sangat bersetuju akan kata-kata Ustaz Hasrizal Jamil dalam entri beliau yang mana menjadi satu lonjakan idea yang sama  dari suami saya:-

Proses mengubah manusia tidak semudah menganalisa kesan perbuatan manusia

Seperti mana kata-kata suami saya yang berbunyi :-

Berfikir dan mencetuskan pemikiran tidak sesukar mencernakan pemikiran itu dalam masyarakat dan merubah manusia. Menjadi pemikir dan menumbuhkan gagasan idea mudah namun bekerja itu yang susah.

Apapun saya setuju akan hakikat  dari gagasan idea yang mereka bawa yang telah lama saya hadami dan genggam dari Al-Ghazali sendiri  sejak sekian lama bahawa pembinaan tamadun dan kemulian Ummah adalah hanya dengan ilmu dan mengenal Allah. Juga asas permasalahan Ummah adalah kepada kejahilan ketulenan Ilmu dan bagaimana method sebenar memproses kepelbagaian ilmu dan mencari yang paling tepat atau authentic.

Itu sahaja.

Di antara menyelusuri teori-teori Praxis, Sekularis, Liberalis, Realisme Magis dan Modenis saya memilih untuk memburu Lailatul Qadar!

Sesuatu yang pasti dan dijanji.

Ya, Lailatul Qadar dahulu buat masa ini.

Pembetulan: Menulis Laila sahaja untuk menyandarkan kepada Lailatul Qadar adalah satu kesalahan dalam makna dan penggunaan tatabahasa bahasa arab apabila saya memikirkan semula. Lailatul Qadar adalah ‘Mudhof’ dan ‘Mudhof Ilaihi’. Dipisahkan salah satu hilanglah maknanya.

Advertisements

9 thoughts on “Ramadhan 21: Antara Teori Praxis, Sekularis, Liberalis, Realisme Magis dan Modenis saya memilih Lailatul Qadar!

  1. Salam Puan Al Qasam,

    Terima Kasih kerana sudi quote blog saya. Saya ada tulis sikit pasat 16/9 disini:
    http://occidentosis.wordpress.com/2008/09/13/the-post-modern-coup-in-malaysian-politics/

    Saya semenjak tahun lepas sedang berusaha untuk memahami idea2 falsafah barat tp takut dipengaruhi secara radikal.Alhamudlillah sejak kenal Prof. Al-Attas saya bertambah yakin untuk baca karya2 barat tanpa berasa terlalu risau untuk dipengaruhinya.

    Lagi satu, tiada dualisme dalam Islam. Teori dan praktikal berjalan seiring.Nak hasilkan idea, teori, dan kefahaman mengambil masa yg lama.

    Sesuai dengan hadith nabi yang menyatakan tinta para ulama’ itu sama nilai dengan darah para syuhada’.

    Wallahualam.

    Ayuh mengejar Laila yg pasti!

  2. Salam,

    Sosialis Kanan: Terima Kasih untuk maklum balas dan tambahan. Maaf kerana masih belum sempat untuk mengulang baca tulisan saudara. Ke sana ke mari sedikit dua tiga hari ini, dan masih belum dapat benar-benar menghadami tulisan saudara yang sungguh menarik. Nanti, setelah selesai akan ana respond di tulis tersebut.

    Tentang isu dualisme. Memang dalam Islam tiada isu tersebut. Namun kita membincakangkan praktikaliti yang kita amalkan yang sering tidak menyeimbangkan di antara dua eleman. Samada antara ilmu dan amal. Idealistik dan realistik. Teori dan praktikal.

    Ummuauni: Terima kasih kak. Akak hantar di yahoo or gmail?

  3. Assalamualaikum.

    Membaca tulisan-tulisan al-Qasam, terasa kerdilnya diri ini…

    Apakah mungkin ilmu didada boleh dikongsi bersama kami,ahli2 Papisma yang sungguh terlalu naif ini?

    Kak Han mengharapkan tenaga al-Qasam untuk membantu..mungkin sebagai naqibah kami, mungkin sebagai tenaga pengajar untuk liqa’ muslimat Papisma atau apa-apa sahaja yang di’volunteer’kan..

    Mohon pendapat/cadangan & salam ukhuwwah dari Kak Han…

  4. Salam.
    Sy teringat akn kata2 ini:
    Medan berfikir tidak sama dgn medan berkata-kata, medan berkata-kata tidak sama dgn medan beramal, medan beramal tidak sama dgn medan berjihad, medan berjihad tidak sama dgn jihad yg sebenar >Hassan al-Banna
    Allah memilih syuhada’Nya.

    Selamat hari Raya dari ana, Izyana, budak kecil d dlm gambar nti. 😀

    Sudi-sudilah menilai tulisan ana d laman blogku yg kukongsi dgn kwn2..

  5. alqasam

    Ummu Aini: Sederhana sahaja akak.:) Semuanya asal pakai aja apa yang ada lewat walimah lepas. Baru sebulan lebih, poket pun masih panas lagi masuk rumah baru. Berjimat-jimat.:)

    Ruqi: Eid Karim juga.

    Kak Han: Terima kasih sudi ziarah rumah kami. InshAllah, sama-sama kita berjalan ke satu arah. Kerdil diri ini sebenarnya.

    Izyan: Dah besar ke izyan ni? Terima kasih sudi datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s