Ramadhan 12: Anekdot Buat Kekanda


 

Dia dan teman se’kaki’nya.

Suatu hari saya menghadiahkan kepada dia yang rambutnya sahaja panjang demi mengikuti trend anak-anak muda sekarang yang sangat meminati kumpulan indie ‘ Hujan’ dan fesyen rambut ahli kumpulannya; sebuah buku The Alchemist karangan Imam Ghazali. Entah pernah dibelek dia buku itu atau tidak, tidaklah saya tahu. Namun saya harap dia dapat memanfaatkan buku itu suatu hari nanti. ( Oh, atau beri sahaja kepada saya kembali kerana saya masih belum memiliki buku tersebut. Buruk sikukah? ).

Alkisah rambutnya yang sangat trendy itu tidaklah menggangu diri saya. Saya memahami jiwa anak muda sepertinya yang suka bergaya pelbagai fesyen rambut. Namun kerana sudah hampir memakan mata maka saya beri wang sepuluh ringgit kemudian ditambah sepuluh ringgit apabila kasihankan dompetnya yang kosong. Saya tidak marahkan rambutnya yang panjang itu, namun saya mahu dia kenal dirinya sendiri. Duit itu sekadar simbolik membeli makna diri dengan memotong rambutnya yang telah buat ketua rumah saya marah beberapa kali.

Dia dengan dunianya yang sungguh mesmerized dengan politik maka saya pimpin dia ke Stadium Melawati menghadiri ceramah oleh beberapa wakil Pakatan Rakyat sempena Hari Pekerja. Sebenarnya saya agak capek pada hari itu usai pulang dari kerja yang mengambil masa selama hampir tiga jam perjalanan, namun kerana mahu dia kenal dunia politik sebenar saya ajak juga dia. Sambil berjalan keluar dari stadium, kami disapa anak-anak muda atau sebenarnya saya tertarik dengan beberapa buku berkualiti yang anak-anak muda tersebut promosikan yang mana berunsurkan sastera. Kemudiannya, saya mengintai buku BERSIH yang mengumpulkan lensa-lensa perhimpunan BERSIH yang lepas. Namun harganya terlalu mahal dan akhirnya saya akur saya hanya mampu untuk membelikan dia t-shirt ABU yang sungguh menarik hasil rekaan kelab penyokong Anwar Ibrahim. Abu. Sungguh! Abu adalah simbolik ‘ Asal Bukan Umno ‘. T-Shirt tersebut memang ‘cool’ bak kata pepatah Inggeris.

Saya harap suatu hari nanti dia akan kembali mencari makna diri. Saya pasti. Setiap manusia ada jalannya. Kerana dia saudara sesusu dan sedarah saya, maka saya akan tetap berdoa.

Advertisements

9 thoughts on “Ramadhan 12: Anekdot Buat Kekanda

  1. ana

    salam,
    o genki desu ka?
    kyou ne KL central e ikitai desu.
    sukoshi mono ga arun desu.
    hehe…
    ana nk pegi KL central after work today.
    ada keje nk buat, hmm to be honest nak byr ptptn
    tak tau la hutang melambung berapa..
    hope could meet you on bus today..
    ja mata ne

  2. Salam ukhuwwahfillah habibati,lama ana menunggu emel ukhti. Moga semuanya khair dan kerana itulah ia tak sampai2 ke mailbox saya InshaALlah.

    Lelaki-lelaki yg saya kenal rapat dalam hidup saya begitu ‘meminati’ fesyen rambut panjang sehingga satu hari mereka jadi matang pada usia dan melalui pengalaman2 yg berlainan. It’s like a stage in their life that they’ll hopefully pass InshaALlah.

    Ada kalanya ukhti, pada darah dan susu yang sama kita kongsi, ALlah tumbuhkan manusia yang begitu lain sikap, suka dan bencinya dengan kita. Dan untuk manusia da’wah (yg selalu kita ‘claim’ itulah kita…InshaALlah), itulah calon terbaik untuk kita jadikan mad’u, melatih diri menjadi sebenar da’i dan merealisasikan da’wah itu sendiri…meski itu mungkin jadi yang paling menggusarkan dan perit.

    Whatever happens, stand by him…jangan lepaskan pimpinan tangan walau ada yang memandang jelek. Kalaupun belum diikat dengan faham dan amal yang baik, cukuplah kasih sayang dan penghormatan menambat beliau pada pimpinan ukhti dan moga-moga bila kematangan melalui pengalaman demi pengalaman itu hadir, akan tertawan pula hatinya pada nasihat-nasihat ukhti yang penuh kasihan dan kasih…

    I’ve always adore how my mom and took care of my 7 totally different siblings. We won’t be what we’re now if they gave up on us before…

    Allah Knows Best and may He help you and him through this. Maaf begitu panjang; sekadar meluah rindu pada (harapnya) nasihat yg baik (tawasau bilhaqq) InshaALlah.

    uhibbukfillah 🙂

  3. @ Suara: Rasanya tidak begitu. Rambut panjang adalah trend. Bagi kebanyakan remaja sekarang samada melayu, india ataupun cina rambut panjang lebih memberi refleksi kecendurangan minat i.e terhadap muzik, bidang keseniaan ataupun fesyen. Berbeza dengan tanggapan antik yang mengatakan rambut panjang adalah reflek kepada sikap atau amalan tertentu.

    Dalam kitab Syama’il Muhammadiyah yang merupakan kitab karangan mu’tabar yang menceritakan perawakan dan perwatakan Rasulullah saw ada menceritakan tentang rambut Nabi saw yang panjang melepasi telinga dan mencecah leher sedikit, ikal dan kemas disikat.

    Rambut panjang menurut sunnah adalah panjang juga. Namun bagaimana itu memerlukan perincian ilmiah. Itu yang memerlukan kepada niat. Ia membezakan antara adat dan Sunnah saw.

    Apapun rambut pendek yang kemas itu yang terbaik bagi Muslim.

    Allahua’lam.

  4. @Nurinmz: Ukht, shukran for the kind words and I will reply to it’s later. It is just too beautiful for words. Reflects on what I have hold, believe and stand all this while.

    The email is amended for some reoson and I’m doing it intentionally because I want to keep it before the right time comes.

    “Uhibbuki Al-Lati Ahbabtani Lah ” Mafhum hadith from Husnul Muslim. I just changed the dhomir to mu’annaths.

  5. rambut panjang bukan indikasi keperibadian sesorang kan…sebab ramai je kawan2 yang rambut panjang tp al hafiz..
    biarkan mereka selesa begitu dan mungkin lebih mudah mereka mendekati sahabat2 yang laen.. kan ?

    🙂 salam ziarah akak..tahniah atas walimah walaupun lambat sket 😀

    take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s