Ramadhan 8:Koleksi Anekdot Di Pinggir Ramadhan


Satu lagi koleksi entri saya di laman blog lama. Sekadar satu perkongsian bersama.

Anekdot I   : Menyambut Ramadhan Di Mesir

Anekdot II : Seorang Chatherine

Anekdot II : Pope Dan Teks Kuno

Anekdot I

Kekasih kita datang lagi

Di sini dan di sana juga di merata-rata pelusuk dunia, semua manusia yang beriman pasti menanti kedatangan kekasih; Sharu As-Shiam dan segala yang penuh barakah terhimpun di dalamnya dengan penuh penantian dan kerinduaan.

Manusia yang beriman dengan Allah, pasti dikurniakan walau tidak sepicing rasa rindu pada Ramadhan. Walau artis hiburan apabila ditanya, mereka menjawab, kami akan berehat di dalam bulan Ramadhan kerana menghormatinya.

Inilah bulan yang akan kita lalui dengan izin Allah yang terhampar di dalamnya segala Rahmah dan cinta dari Allah.Andai selalu terasa cintaNya dan RahmahNya, di bulan Ramadhan digandakan lagi.

Setiap tahun juga, kita akan mendapat atau mendengar ucapan; Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari semalam. Di sana sini terdengar, namun bagaimana interpertasinya juga aplikasi hingga akrab di dalam qalb bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau benar-benar ibadah kita ikhlas kerana Allah, dengannya akan terhimpun khusyu’ dan taat di dalam bulan ini dengan sendirinya. Natijahnya, perubahan perilaku dan pengorbanan nafsu dan istiqomah di dalam ibadah hingga melewati selain dari bulan Ramdhan.

Ramadhan Di Bumi Kinanah

Di pinggir Ramadhan ini, tiada lain melainkan pasti akan teringat suasana Ramadhan di ardhil anbiya’ dahulu. Benar-benar berbeza dan istimewa. Segalanya. Sambutan menyambutnya besar-besarnya, lampu Fnnus dipasang. Renda-renda dan kain rentang yang dibuat dari plastik berwarna-warni digantung di antara ‘imarah’ dan banggunan. Segalanya. Himpunan barakah dan sadaqah di mana sahaja. Tambahan bagi anak rantau rezekinya mencurah-curah dari langit.

Jiran-jiran Arab Di Mansurah

Teringat akan jiran yang kami panggi ‘baba’. Pastinya akan dihantar ke rumah kami satu karung ‘makaroni’, juga beras dari ‘mama’ sebelah timur pula. Berbagai-bagai. Belum dikira ‘maunah’ dari pihak kuliyyah. Di Mansurah dahulu, bantuannya MasyAllah memang pelbagai. Setiap hari kami wafidat atau musafir ilmu akan beratur satu rumah sebagai contoh; ada lapan orang wakil 3 orang untuk mengambil bahan mentah berupa yang dipanggil ‘maunah’. Sama-samalah kami mengusung minyak masak, ayam yang belum dimasak atau daging dan paling hampir selalu ialah makaan wajib bagi orang Arab iaitu kentang. Kadang-kadang  sampai satu satu kotak. Alhamdulillah.

Jemputan Iftor

Jemputan berbuka daripada orang Arab yang murah hati tentunya aktiviti wajib, dengan sahabat-sahabat  semuanya bermacam-macam jemputan Iftor.

Suasana Ramadhan di tanah Arab sangat berbeza. Mengapa ya? Keistimewaannya memang sangat terasa. Walau bagi anak rantau tahun pertama pasti teringat kuih muih di Malaysia atau terpaksa berjaga pukul 2 pagi memasak makanan sahur bagi ahli rumah ataupun menghadapi musim sejuk yang malamnya panjang atau musim panas yang siangnya panjang, semua dilalui dengan perasaan berbaur segala.

Namun bila pulang, terasa pula ingatan pada ‘Khunafah‘ dan pelbagai kuih istimewa Ramadhan. Satu perayaan dan ‘mega sale’ yang sangat besar dari Allah.

Mungkin siswa-siswi di bumi anbiya’ tidak kira di mana; Mesir, Jordan, Syiria, Yaman, Palestin, atau Makkah dan Madinah juga di mana sahaja kisah mereka diwarnai pelbagai. Namun ini kisah kita. Usai pulang ke tanah air, saban tahun kita menghitung angka ingin kembali ke sana. Ingatan kepada Ramadhan terutamanya semasa menyambutnya di sana pasti akan segar semula.

Namun di mana sahaja, hadaf kita tetap sama. Impian kita satu. Jalan kita tetap tidak berubah.

Perjalanan yang sangat berharga ini, harapnya beroleh Redha Allah di setiap detik dan berhasil Magfhirah, Rahmah dan Hubbullah serta Mardhotillah di akhirnya.

Ahlan WaSahlan ya Ramadhan!

Kami sedang menghitung hari menanti kedatanganmu

Anekdot II

Seorang Catherine

Boleh dikatakan sesuatu perkara yang kita atur, tidak semuanya menjadi. Kadangkala kita perlu akur dengan Redha yang banyak benda kita nak buat namun tidak semuanya kesampaian.

Minggu lalu, Ahad lepas menjadi tarikh penting. Semuanya kerana seorang Catherine. Sudah membilang hari, moga-moga tidak terlepas menemuinya sebelum beliau berangkat ke German. Boleh dikatakan ingatannya padanya tidak lepas dan sangat kuat. Janji ingin memberi Tafsir Quran oleh Yussuf Ali dan banyak ingin ditanya dan dikongsi. Namun, Allah yang merancang segalanya. Waktu sudah disusun berlepas dari rumah ke kampus memakan masa sekadar 35-45 minit. Memang sudah memesan pada umi, ingin menemuinya sebelum beliau berlepas. Halangan tidak dapat dielak memaksa  bertolak benar-benar hari Ahad merangkap keluarga ingin ke Janda Baik. Entah bagaimana kononnya sibuk dengan si kecil Humaira’  dengan ragamnya dan tudungnya di dalam kereta hingga leka yang kereta yang dibawa ayah terus menuju terus ke Janda Baik. Setelah melalui gunung-ganang di tepi dan jalan yang bersimpang siur baru ingatan menerpa kepada Catherine. Ya Allah! Terus menghantar sms kepada sahabat bertanya waktu bertolaknya Catherine ke KLIA. Masalah bateri dan message yang sudah dihantar sebelum ini masih belum dibalas. Message baru ini juga tidak dibalas lagi. Resah amat dan berdoa moga-moga ada rezeki bertemu beliau. Jalan bersimpang menyebabkan Humaira’ berubah wajah bila tiba di Maahad Tahfiz  di Janda Baik. Pada mulanya, ingatkan dia bertafakuur, maklumlah bukannya boleh senyap walau belum berbutir bicara. Rupa-rupanya tanpa sedar, dia mual lantas muntah di kusyen depan. Allahuakbar, kesian dia. Dalam resah memohon masa berlalu segera, perlulah membersihkan tubuh Humairah. Melayan  dia yang tidak sedap badan tambahan cuaca sejuk di Janda Baik terus juga di dalam sabar dan debar menanti balasan sms dari sahabat. Akhirnya ” Catherine baru berlepas tadi. Maaflah akak tak perasan. Hp dalam bilik. Dia kirim salam semua. Akan datang Mac bulan depan.” SubhanaAllah. Benar-benar terkilan dan sedih. Rezeki tiada. Namun sekurang-kurangnya lega, hajat bertemunya mungkin tertangguh di Mac depan. Harapnya berkesempatan bertemu.

Catherine ditemui di dalam masjid di kampus ini setelah memeluk Islam di negara kelahirannya German. Beliau bukan pelajar di sini. Keluarganya kurang setuju, namun Alhamdulillah beliau pulang sebelum ini dan keluarganya sudah menerimanya malah menyuruhnya pulang menyambung pelajaran di sana. Menemuinya buat pertama kali atas ajakan teman benar-benar membuat diri teruja dan bershukur amat. Boleh dikatakan beliau amat memerlukan bimbangan yang intensif dan konsisten. Pada malam kami bertemu menanyambut kepulangaannya dari German beberapa minggu dahulu setelah keluarganya menerimanya,  benar-benar bermakna. Teman dari Filipina, Palestine, Yaman dan pastinya Malaysia bersama-sama menemuinya.

Alhamdulillah, walau banyak perkara yang ingin dilakukan bersamanya belum berkesempatan harapnya masih berpeluang menemuinya lagi. Pohon dengan sangat, ya Allah. Andai ingin ke sana, suatu perkara yang hampir kepada tidak mungkin. Namun bukan mustahil suatu hari nanti dengan izin Allah.

*Pohon jasa baik sahabat-sahabat pembaca yang ada personal contact dengan mana-mana individu atau keluarga Muslim juga dengan society di German berbentuk pemahaman sohih dan menyeluruh, boleh minta tolong maklumkankan di sini. Ukht Elzahra  dan suami terlalu banyak membantu, (Jazakumullah) Alhamdulillah dengan maklumat-maklumat society di sana. Namun andai ada maklumat tambahan terutamanya di Northern German, harapnya minta tolong inshAllah. Kerana beliau Muslimah yang perlu didampingi terus rapat bukan jenis mencari pada ana. Kerana  pernah bertanya, ada tak ‘jemaah Muslim’ di sana. Jawap beliau, tempat beliau belajar berdekatan masjid terbesar mungkinlah ada society. Beliau bimbang ketika pulang kali pertama ke German selama dua minggu sebelum ini, tidak lansung bicara diantaranya dan sahabat-sahabatnya menyentuh Allah. Katanya, andai menyebut Allah, mereka akan negatif, jesteru membuatkannya menjadi negatif juga. Terima kasih.

Anekdot III

Pope dan Teks Kuno

Isu Pope di  German berucap degan ucapan yang menghina Islam, bukanlah suatu isu baru. Pelik juga bagaimana isu ucapan tersebut sampai ke luar gereja. Terfikir juga akan ini. Pokoknya mudah, gereja tidak boleh dipercaya dan bermain dengan propaganda. Kita terhiris sebagai Ummat Islam, kita juga tercabar. Namun the main point adalah bagaimana mendepani isu ini dengan iman dan intelektual. Jika kita marah bagaimana meluahkannya. Jika kita tersinggung bagaimana pula membetulkan. Perlu diingat dan ana secara peribadi berpendapat isu ini provokasi barat. Kita bertindak ganas, maka seolahnya mengiyakanlah fakta sejarah yang kononnya dari teks kuno yang songsang itu! Bukan tidak boleh kita menyuarakan asa tidak puas hati dengan berdemonstari ianya suatu usaha yang wajar demi untuk mempertahankan maruah Islam. To say to them ” Well, Excuse me Pope, if ypu din’t realize we are here and we are not terrorist”. Tetapi usaha menunjukkan kemarahan itu dengan melampau dan keganasan bukanlah satu tindakan yang bijak. Ianya merugikan kita dan memberi kemenangan ’senyap’ kepada mereka.

Di dalam berjihad dan perang, perlu ada taktik dan strategi dan syarat-syarat tertentu. Kita menegaskan jihad ada di dalam Islam dan tetap akan ada di dalam Islam selama-lamanya. Namun kita bersama dengan jumhur Ulama’ dan mazdhab-madzhab di dalam memahami bilakah jihad patut bermula dan di mana. Selain Palestin, Afghanistan dan Iraq kita tiada lansung haq syarie untuk melancarkan jihad qital kepada kuffar apatah lagi dhizmmi. Jika ingin menentang Bush yang zalim itu, kita tiada hak menentang atau membunuh rakyatnya. Kita perlu memahami akan proses jihad yang pelbagai samada dari sudut ekonomi, pembelajaran dan peperangan dan bagaimana melakukannya agar kita tidak tersimpang dari landasan syara seterusnya mendatangkan fitnah kepada Islam.

Paling penting, berhati-hati kepada provokasi barat dan dalang-dalangnya yang akan sering menggempur semangat dan perasaan Muslim untuk melancarkan perkara sia-sia iaitu keganasan. Mereka sangat bijak membuat strategi. Islam itu aman dan penuh kedamaian. Islam means peace. Paling penting bagaimana ingin membina semula tamadun Islam dengan pemhaman yang sohih dan manhaj yang sohih. Kita; Ummat Islam tidak akan terhimpun di dalam kesesatan. Andai soal aqidah kita masih kabur bagaimana kita ingin bersatu di dalam manhaj dan pemahaman ummah yang salah?

Related link:

> An Articele by Imam Zaid Shakir from Zaytuna Institute: Approching Ramadhan:
http://www.zaytuna.org/articleDetails.asp?articleID=63
Ø        Some distinguished Muslim scholars have spook out about Pope Remarks as well the non-Muslim academicians. http://www.islamonline.net/english/islamic_Audio/topic_01.shtml
Ø        A very sweet and touching experience by Bro. Chris Moore on how he embraced Islam.
http://www.reflectonthis.com/about.html
Ø        Ramadan is very need to accomplish without TV; so no ‘this stupid box’ during this Ramadan excepts the very good program such as Jejak Rasul etc.  Here are an article in Islam Online. http://www.islamonline.net/English/In_Depth/volunteers/2005/09/07.shtml
Ø        Also as an ‘appetite’ before Ramadhan to the young Malay Muslim to know more about our scholars and enrich our soul with love towards them. In http://www.albazrah.blogspot.com

Advertisements

11 thoughts on “Ramadhan 8:Koleksi Anekdot Di Pinggir Ramadhan

  1. ainaana

    Assalamualaikum Sumayyah, eh, ada penambahan ye pada entry kali ni. Semalam baca, anekdot 2 & 3 tu takde lagi.

    So missing you la sis 😀

  2. Yang dapat saya perhatikan, ada juga di kalangan kita(amillin insyaallah) yang takut sangat untuk menonjolkan imej berserban, berjubah,berpurdah kerana menurutnya orang AWAM takut.

    Janganlah kita takutkan imej putih tulus kita.Sekiranya kita sendiri takut akan imej itu, apatah lagi orang awam?
    Fatamorgana.

    Yang kita perlu ‘mediaumumkan’ adalah berimej Islamik Bukan diulangi bukanlah terrorist.Seringkali imej terrorist dihubungkaitkan dengan pemuda berjanggut,berjubah dan berserban.

    Kita telah dibasuh oleh Media mereka.Propraganda mereka kian berjaya kerana ada kalangan kita sendiri yang takut akan imej seumpama itu.

    Berimej sedemikian bukanlah bermakna kita menolak mordenisasi.

    Walaupun dressing aku bukanlah berjubah, tetapi aku tak boleh tahan kalau maruah pemakaian, berjanggut mengikut sunnah acapkali ditekankan supaya dikurangkan memakainya demi menjaga hati orang awam.

    Harus dibaikpulihkan projection imej baik terhadap mereka yang memakai mengikut sunnah.Lebih-lebih lagi ditrampilkan akhlak yang soleh.

    Kene buat lagu baru ni – We re not terrorist…
    (album cover seorang mamat berjubah,seorang mamat lagi pakaian modern)yet both are good muslims.

    Cubalah kita lihat di awal tahun sembilan puluhan, Artis nasyid seperti The Zikr, Nadamurni – mereka bangga memakai serban,berjubah.Mereka percaya!

    Di tahun ini, tahun 2006, artis nasyid sekarang semakin mahu menjauhkan dari pakaian sedemikian.Taknak pakai takpa cuma jangan pandang enteng sudahlah…
    Janggut mereka pun dah hilang!

  3. alqasam

    @ bro Ahmad Dhuat: Silakan semua yang maruf dan syarie dialu-alukan di sini.:) Apapun tahniah. Semoga terus tegar berkarya.

    @ Ahmad Fathi: JazaKAllah.

    @ Ahmad Dhuat ii
    : Memang benar. Persepi media barat banyak mempengaruhi pemikiran kita samada Muslim atau tidak. Pakaian bukan halangan berdakwh. Pakailah niqob ke, serban ke, tudung labuh, jubah atau apa sahaja. Semua itu sampingan sahaj. Halangan dakwah pd org awam adalah akhlak dan uslub.

    Sunnah s.a.w sampia bila pun pahalanya besar dan darjatnya tetap tinggi. Mengamalnya dengan ikhlas perolah balasan dan ketenangan. InshAllah.

    Kalu kita pandai bawa diri, ke mana pun boleh pergi.

    Tapi permainan propaganda barat banyak sangat pengaruhnya. Paling sedih drama ntah-apa apa Melayu dan filem mereka paling mendukacitakan. Senang betul dan cetek betul pemahaman mereka tentang Islam..Moga-moga Allah beri hidayah.

    Boleh juga. We are not terrorist.

    Pasal artis nasyid, mereka sekarang macam-macam. entahlah dah tak ‘dan’ nak ;cara’ pasal depa..

    Sunnah itu sangat indah, sahabat-sahabat dahulu menangis andai sehelai janggut pun gugur. Kita lain pula cerita hip-hoppers bergaya pula dengan janggut mereka. Tapi niat itu memisahkan adat dan ibadah.

    wallhua’lam

  4. alqasam

    K.Mardhiah: Terima kasih. ” Allhumma Yubarikna Fi Ramdhan..” Masa kta recharge balik diri kita. Bila difikir kembali terharu dan bersykur atas nikmah yang Allah beri. Kita yang seringkali mensia-siakan Ramadhan ini, masih diberi peluang menikmati kebarakahnnya dan kemanisnyaa dengan segala yang Rahmah daripada Allah. Alhamdulillah.
    Allah sahaja jua yang tahu harapan kita kali ini. Moga-moga ya Allah.

    Shukran Lillah.:) Memang, his story was so touching, i really want to cry when I read it. Full of anticipation towards Allah’s love. Searching for the truth, Allah with HIS mercy give him-chris khalil the way. Allah has everything yet we rarely praise HIM, if we ever do, it was far from the way we should praise Allah. May Allah make us a better Muslim, Mu’min and Muttaqin. Amin

    oh ya pesan Imam Ghazali di dalam mendapat khusyu’ di dalam solat dengan mengkosongkan diri selama sepuluh minit dari hal-hal dunia wajar juga dipraktikan sebelum menyambut ramadhan..Biar kita khalikan segala diri dan hati kita dari dunia, bukan kita tidak menghiraukannya namun kita mengosongnya.. Biar jalan, fikir, hati, tidur, makn semuanya zikrullah. Moga dengan tibanya Ramadhan makin kita bersih dan segar menyambutnya.

    Bertepatan dengan riwayah daripada Rasulullah s.a.w:-

    Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya berkata: “Ya Rasulullah, saya tidak pernah melihatmu berpuasa dalam satu bulan dari bulan-bulan yang ada seperti puasanmu di bulan Sya’ban.” Maka beliau bersabda: “Itulah bulan yang manusia lalai darinya antara Rajab dan Ramadhan. Dan merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul ‘alamin. Dan saya suka untuk diangkat amalan saya sedangkan saya dalam keadaan berpuasa.” (HR. Nasa’i, lihat Shahih Targhib wat Tarhib hlm. 425).

    Dan dalam sebuah riwayat dari Abu Dawud No. 2076, dia berkata: “Bulan yang paling dicintai Rasulullah untuk berpuasa padanya adalah Sya’ban kemudian beliau sambung dengan Ramadhan.” Dishahihkan oleh Al-Albani, lihat Shahih Sunan Abi Dawud 2/461. .

    Syarahnya: Lebih kurang kepada bagaimana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawanya biasanya manusia akan lalai di antara hendak mendekati ramadhan. Memang kalau nak dikira bebeapa riwayah menyatakan betapa Rasulullah s.a.w sangat banyak berpuasa di dalam sya’ban.

    Imam Al-Ghazali, memang dikurniakan Allah setelah pengasingannya ke Syira setelah menjadi ahli falsafah dan juga tenaga pengajar di Baghdad sebuah kurnia yang tinggi dari Allah. Hingga dinaqalkan andailah ingin dicerita kepada khlayak pakah penemuaan beliau semasa beruzalah di Damsyik pasti tak terluah dengan kata-kata. Jesteru, setiap bibit perkataan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin adalah natijah perjalanan pengalaman rohaninya. Kedapatan hadith-hadith dhoif diakui, namun kedududakan hadith tersebut telah ditahqiqkan antaranya Al-’iraqi. Isu hadith dhoif juga tidak patut kita jadikan isu mengkritik terus Al-Ghazali dan kitabnya ini. tambahan perbahsan tentang hadith dhoif di kalangan Ulama’ perlu kita hadami dahulu.

    Wallahua’lam.

  5. Salaam ‘alaykum,

    Masha-Allah, such beautiful children! May God bless them in this life & the next with all that is best, ameen!

    Warmly,
    Baraka

  6. alqasam

    @ tetamu: Maaf kepada saudara ‘tetamu’, makna khali tu ialah ’sunyi’. Ianya sering juga digunakan ketika menulis puisi atau di dalam penulisan sastera sekarang, malah penulis-penulis (pelajar) dari Mesir ada menulis satu buku gabungan karya. Khali Fustat Kota Kaherah, kalau tidak silap ana.

    Maaf banyak2. Nanti lepas ini, inshAllah,ana cuba transalte istilah2 bahasa arab yang ana guna.

    Alakullihal. terima kasih.

    @K.Ibah:
    Cadangan dari Imam Al-Ghazali adalah kepada sebelum menunaikan solat, lebih kepada sebelum solat kita dah tinggalkan perkara berhubung dunia dan tajarrud atau kita hadkkan hati kita dengan ke masjid atau bersiap untuk solat. Meditasinya sangat menyerap ke hati untuk menghasilkan khusyu’ yang maksima mungkin. Kita boleh isikan dengan bacaan al-quran, zikrullah atau apa sahaja yang mengingatkan kita pada Allah. Tetapi lebih ditekankan sebelum maghrib, kerana sebelum Maghrib adalah waktu paling kita di dalam kelalaian..

    Selamat berpuasa buat k.ibah juga. InshAllah. sama-sama saling mendoakan.:)

    @ baraka:

    amin. May Allah bless them and us.

    @ainaana: Akak, samalah kita. Jauh tetapi dekat di hati selalu. Love your new entry.*Huggles.

Comments are closed.