Ramadhan 4:Solat Terawih Di Malaysia? Kelonggaran Yang Berulang


 

حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ

Jurang Saf Terawih

Semalam, malam keempat Ramadhan saya dan suami solat di masjid Universiti Darul Iman seperti biasa. Di sebelah saya selepas lapan rakaat seperti biasa nenek-nenek yang tekal meneruskan solat hingga dua puluh rakaat. Saya mengambil ruang kosong di antara makcik-makcik atau nenek-nenek yang kuat itu. Hati saya ingin sahaja meneruskan bisikan hati menyuarakan kepada nenek di sebelah kiri saya agar dapat dirapatkan jarak yang sangat jarang di antara kami. Namun saya tahan perasaan saya demi tidak menjadi su’ul adab. Namun perasaan saya akhirnya akur dengan keperluan merapatkan saf.

Saya selepas itu cuba dengan selembut mungkin menyapa nenek di sebelah sambil membantunya merapatkan sejadah di antara kami. Nenek tersebut yang pada mulanya menyangka saya ingin menyalaminya membuat saya tersenyum sendiri. Alhamdulillah, sekurang-kurang jarak kami selepas itu tidak terlalu ketara dan membuatkan hati saya makin lapang, khusyu’ dan tenang untuk meneruskan solat selepas itu.

Selesai solat saya saya bercerita kepada suami jika ada perkara yang paling saya rindukan menyambut Ramadhan di Terengganu ialah suasana intim dan mesra Sunnah di masjid UIA. Daripada bacaaan qarinya, qiam di masjid dari awal hingga akhir Ramadhan hinggalah kepada kekuatan ukhuwah di kalangan para Jemaah yang datang dari pelbagai negara. Jika di UIA kami gelar Mini  Mekah atau separa suasana di Mekah sepanjang Ramadhan terutamanya.

Suasana Berulang


Terkenang kenangan Ramadhan di Mesir dan kampus UIA, di Ramadhan kali ini saya terasa sentimen berulang. Begitulah, di Malaysia umumnya saf jemaah terawihnya masih sangat longgar.

Lantas saya berkongsi dengan suami sambil melangkah meninggalkan masjid semalam, kalau adapun satu bicara seorang tenaga pengajar Neo-Salaf yang saya pernah menadah ilmu bersama semasa di Mesir dahulu yang saya setuju ialah seloroh beliau ketika mensyarahkan kitab Riyadhus Solihin ketika menyentuh bab meluruskan saf.

Kalau sahaja sejadah itu menjadi penyebab kepada berpisahnya dan jarangnya saf di kalangan jemaah, buang sahaja sejadah itu! “

Ulas pengajar itu sinikal namun dalam nada seloroh. Walau hadis-hadis yang datang dari Nabi saw perlukan penerangan panjang, namun umum nas-nas yang sangat mementingkan meluruskan saf di kalangan Jemaah membawa kepada hukum Sunnah yang amat digalakkan atau hukum yang menyempurnakan lagi solat berjemaah.

Aduhai, memang sungguh sukar menukar tradisi di kalangan majoriti jemaah Malaysia, namun bukan sesuatu yang mustahil sekurang-kurangnya bagi insan yang solat di sebelah kita. Kepentingan merapatkan saf ketika bersolat memang tidak dapat dinafikan lagi hinggakan datang beberapa riwayah dari Baginda saw yang terakam penting dalam pengertian solat sempurna seorang Muslim:-

“Luruskanlah saf, rapatkanlah bahu-bahu, rapatkanlah ruang-ruang (antara kamu), lembutkanlah ketika menyentuh tangan-tangan saudara kalian, dan janganlah kamu membiarkan celah-celah terbuka untuk syaitan. Barang siapa menyambung saf maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskannya.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Kitab ash-Solah, no. 666. ”

Juga pentingnya merapatkan saf dan kaitan dengan kerterikatan hati dan menumbuhkan kasih sayang di antara jemaah.

Dari Nu’man, bin Bashir, Rasulullah menyatakan (dengan mengahadap kami, ketika hendak solat) “Luruskanlah saf-saf kamu, luruskanlah saf-saf kamu, luruskanlah saf-saf kamu, Demi Allah, kamu akan meluruskan saf-saf kamu atau Allah akan menjadikan hati-hati kamu saling berselisih”. Aku melihat bahu saling bersentuhan, lutut dengan lutut teman sebelahnya saling bersentuhan, dan mata kaki dengan mata kaki teman sebelahnya turut bersentuhan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab ash-Solah, no. 662).

Jika kita buka syarah kepada Kitab Riyadhus Solihin karangan  As-Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni hadith-hadith yang datang tentang galakan merapatkan saf berada dalam matan-matan dan bersama dalam bab kelebihan berada dalam saf yang pertama bagi lelaki.

Jesteru, kita ketepikan persoalan khilaf sebentar tentang bagaimanakah perempuan merapatkan saf, dan sama-sama kita rapatkan bahu dan memeriksa kanan dan kiri kita sebelum solat. Peganglah tangan makmun di kiri dan kanan kita sebelum solat bagi merapatkan saf dalam solat-solat jemaah kita. Semoga kita dapat menyusun saf seperti busar-busar panah yang diajar Nabi saw!

Advertisements

6 thoughts on “Ramadhan 4:Solat Terawih Di Malaysia? Kelonggaran Yang Berulang

  1. Ummu Auni

    nai, betul komentar nai tu. dulu waktu akak kat sekolah, sibuk kami nak merapatkan saf, tapi bila solat di masjid/surau berhampiran dgn rumah, saf yang ada sedikit jarang. nak tegur pun, bimbang terusik hati, sebabnya orang dah tua. tapi sekarang ni, akak rindu nak solat tarawih berjemaah di masjid/surau 😦

  2. drkadir

    btw masalah saf tak rapat ni mmg agak jelas juga, walau imam sentiasa sebut betulkan saf, rapatkan saf, makmun tetap dengan amalan biasa dengan meninggalkan ruang kecil antara mereka…

  3. ainaana

    kat kampung ayah akak, saf rapat semua. walaupun yang datang tu yang atuk-atuk & nenek-nenek. mungkin sebab masjid kecil, jemaah ramai. Tapi alhamdulillah tiada ruang diantara saf. Malahan nenek-nenek inilah yang akan panggil yang muda ke depan isi ruang kosong.

  4. alqasam

    Ummu Auni: Salam, takpe kak. Takdapat pun, niat atau qasad kita sudah menyamai pahala ke sana. Ini yang Nabi saw sampaikan berita gembira kepada kita. Seperti kisah seorang lelaki tua yang menangis kerana tidak dapat meyertai peperangan. Namun Nabi soothed his feelings dan menyatakan baginya juga pahala kerana ingin meyertai pahala namun tidak dapat disebabkan keuzurannya.

    drkadir: InshAllah. Betul tu, selalu golongan veteran ni tidak sampai ilmu kepada mereka. Hikmah pada menyampaikan memang sangat perlu. Namun susah juga sebenarnya.

    ainaana: Ye ke kak? Bestnya, tidak pernah terjumpa komuniti surau golongan veteran yang begitu lagi. Azim! Selalu bagi yang tidak mahu merapatkan saf akan mengatakan panas2 atau rimas2. :)…Semoga tersebarlah kebaikan dan kesedaran nenek-nenek di kampung akak tu ke kampung-kampung lain. InshAllah.

  5. alqasam

    Kak mardhiah: Satu lagi, sy lupa nak tulis hari tu. Teringat lepas mention reply komen akak, tapi terlupa nak tulis lepas tu. Sedang sesetangah riwayah dan pendapat Ulama’ mengatakan afdhal wanita solat di rumah. Namun bukan menghalang wanita solat di masjid andai aman fitnah.

    صلاتك في مسجد قومك خير لك من صلاتك في مسجدي

    Dan Solat kamu di masjid kaum kamu lebih baik daripada solat di masjid ku

    ( HR Imam Ahmad )

    Justeru, bagi wanita yang tidak dapat berterawih di masjid namun ingin berterawih di masjid baginya dua pahala.

    Pahala meraikan Sunnah Afdhal ‘amal bagi wanita. Baginya pahala niat untuk memeriahkan masjid.

    Sy juga dahulu semasa di Mesir persatuan cawangan tak bagi akhwat solat di masjid jadi obediently kena ikut walau hati ni Tuhan je tahu sedih sangat sebab peraturan or qorar tu tak bertentangan dengan syara’. Namun berkesempatan juga solat di masjid masa persatuan tak buat peraturan lagi.:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s