Ramadhan 2: Jejak Rasul As Salam Usa



[kml_flashembed movie="http://www.youtube.com/v/W8MQVTKYLtY" width="425" height="350" wmode="transparent" /]

 

Saya telah berpindah dari domain blogsome – alqasam.blogsome.com- yang saya sangka akan saya kekalkan sampai bila-bila.  Namun kerana beberapa pertimbangan sejak sebelum berkahwin lagi, maka sempena Ramadhan saya mengambil langkah berpindah secara rasminya ke domain hadithuna.

Ramadhan kali ini saya sambut dengan suasana yang berbeza yang saya panggil fasa keempat dalam kehidupan. Fasa pertama bergelar anak telah saya lalui kemudian fasa terindah bergelar penuntut di Mesir sangat terakam dalam perjalanan seorang hamba. Fasa ketiga selaku penuntut pasca siswazah di Universiti Islam Antarabangsa bukan sedikit keindahan yang dikecap selama menyambut Ramadhan lewat kampus universiti tersebut. Sekarang, bergelar isteri lewat akhir Syaban dan menyambut Ramadhan dengan suasana yang baru, gelaran baru bersama insan yang baru dikenali merupakan fasa keempat yang tidak lain sekadar satu perjalanan kehidupan menuju Tuhan.

Ramadhan tidak lain menjadi satu ‘starting point’ bagi setiap Muslim memulakan kembali gerak langkah menuju Allah. Mengemaskan kembali larian dan jadual sebagai Muslim dan Hamba Allah. Menyegarkan kembali nilai dan entiti ketaqwaan dan keimanan.

Ramadhan di Malaysia tidak bermakna tanpa Jejak Rasul. Ibarat terbang ke bumi yang diliputi pepasir sahrawi, jiwa dan ruh ibarat merakam kembali keindahan berada di zaman Rasul, Nabi, para sahabat dan para Salafussoleh yang giat menyebarkan risalah Iman. Namun antara edisi Jejak Rasul yang sangat saya kagumi kerana terbitannya yang berbeza dengan pengembangan wacana yang menarik semasa ialah edisi 13 yang lepas yang memaparkan Jejak Rasul As Salam Usa pada setiap hujung minggu. Liputan yang dibuat oleh Norze Wan Pakchek sungguh menyeluruh dan merangkumi setiap aspek penglibatan Muslim dalam dakwah di Amerika Syarikat. Menonton Jejak Rasul As Salam buat saya berasa bangga, negara sarat kuffar juga negara kelahiran saya itu juga punya sinar cahaya Iman. Mana mungkin lekang inci bumi dari kalimah Lailahaillah. Sudah dipatri janji dalam dustur akan bersinar cahaya Iman ke mana pun kaki melangkah.  Di bumi asing Amerika, masih kedapatan mereka yang dambakan Redha Tuhannya tekal meneruskan Risalah Iman.

Mengimbau edisi Jejak As Salam Usa, saya teringatkan Salsabila. Anak murid yang amat saya kasihi yang telah pulang ke negerinya, Chichago di Amerika Syarikat usai Mei lepas. Tangisan bersamanya masih hangat, semoga dia dan keluarga terus tegar dengan label contoh keluarga Muslim walau jauh di sana. Buat Salsabila, anak kelahiran warganegara Amerika Syarikat; Teacher loves you!

Ramadhan Kareem!

Selamat menonton Jejak Rasul As Salam bagi yang berminat di sini:

P/s: Minta maaf di atas  ‘broken link’ video youtube tersebut. Bagi yang berminat mengikuti siri Jejak Rasul 13: Footsteps Of Sahabah dan Jejak Rasul As Salam USA, inshAllah boleh ditonton di sini

Advertisements

5 thoughts on “Ramadhan 2: Jejak Rasul As Salam Usa

  1. alqasam

    Oh, kak…Shukran dtg my humble blog ni..
    Sorry tak terjawab..Sebab masalah teknikal tak dan nak konvo tahun ni…Akak pula macam mana..? Dah konvo ker?

    Sebagai isteri? Tidak lain sebuah perjalanan baru. A new journey. Alakullihal..A great blessing from Allah. Perkahwinan tidak lain sebuah jalan untuk menuju cinta Allah. Doakan kami ye kak!^^

  2. Ummu Auni

    nai, akak belum habis study lagi ni. macam mana nak konvo :D. taklah macam nai, dah habis MA baru kahwin. akak terbalik pulak, kawin dapat anak, baru start MA.

    Alhamdulillah, glad you’re back..ingatkan pengantin baru tgh honeymoon lagi. insya Allah, yang terbaik untuk nai, moga kita jadi isteri, anak & ibu solehah dan minta Allah kukuhkan hubungan suami isteri hingga ke akhir hayat, amin..

  3. alqasam

    God Knows the hardship on completing the master in IIUM kak. Bet me, I know the feelings. Will inshAllah always pray for all of us..

    Itu lagi hebat kak! Nothing more sweeter than the result of it later, inshAllah!

    Amin to your dua kak!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s