Transition Of Life


Turning point of Life

Silsilatul Hayah

Pusing kembali aturan jam masa

Dunai yang sfera, kembali ke titik awal

ya! سلسلة الحياة  aka peredaran masa

Sebelum tiba, I have to urge myself to state back my intention of coming there and trying hard enough to pull all my strength because i knew what i will see after this is not something that I can bear.  I just keep praying until my feelings has grew stronger. But then, after i just step inside the house, unfortunuetly I have became tounge-tied. I was just so surprised! Allahuakabar. So shocked.

How do I want to say something that didnt came from my heart. How do i want to touch them gently when i can’t do that with full of love and sincerity. I didnt want to be a hiprocacy Muslimah.

What I have seen?

Apa yang ana lihat adalah sesuatu peralihan manusia dari zaman ke zaman.

I have saw a termendous change of human being . An old peoples yet behave like a children.

Alhamdulillah,

Setelah segalanya dikumpul, i have the strength to talk to them, but me and myfriend has to hold back our tears. Pity them! Spending their final moments of thier life without being accompony by their own family.

Mereka itu. Ada yang merengkok; kaku.Umpama sekujur badan tanpa suara. Ada yang tidak dapat mendengar, ada yang kesakitan, ada yang lemah tidak mampu bangun. What you want see in the end of your life you can just see there.

Setelah itu, kami sama-sama cuma mendekati dengan rasa kasihan dan penuh kasih. Kami dekati yang mana kami mampu. Seorang nenek tua yang dekat di hati. Yang ana ingat renung matanya sampai hari ini. Itu yang ana berani untuk berbicara dan bermesra dengannya. Yang lain, hanya mampu mengusap dan mendoakan kerana kebanyakkan sudah hilang upaya.

Nenek Rokiah yang buat kami mengalir airmata. Anak manakah yang sanggup menghantar ibunya ke rumah orang tua hanya sekadar ibu jatuh di bilik air dan  sudah tidak mampu menjaga. Walau bagaimanapun mereka, keperitan melahirkan tidak mampu kita bayar dengan isi dunia.

Nenek Maryam yang walau tubuh tidak mampu bergerak, namun lidahnya sentiasa mengalun ayat Allah. Merdu amat. Lagak gadis belasan Tahun. Berzanji dan bermarhaban. Bisa pula mengukir kata puitis dan berpantun. Dengan sekujur tubuh yang lemah, dan hanya dibaluti kain batik beliau masih bersyukr dan mengingati Allah.

Nenek Sharifah yang degil mahu menyuapi makanan sendiri, hingga tersedak sendirian. Walau tubuh memang benar-benar lesu ya Allah. Tidak mampu bergerak. Rambut beruban putih segala. Namun akhirnya akur apabila dipujuk mahu menyuapinya. Ibarat anak kecil yang keras mahu belajar makan sendiri. Begitulah. Sambil itu,ana bisikkan padanya. Alhamdulillah, masih ada rezeki Alllah. Melayaninnya makan, ibarat melayani anak kecil.

Biarlah kata kami. Kami  mahu mati dengan kami telah berpuas hati menjaga ibuayah kami yang pahalanya sahaja di dalam sesetengah riwayat lebih dimuliakan dari berperang di jalan Allah. Kami mengalir air mata mengenang bagaimanakah desak hati sanggup si anak menghantar insan yang paling utama di dalam hidup ke sebuah rumah yang kosong jiwa?

Oh! Atas alasan apakah jua mampukah kita terima? Kita meninggalkan mereka dengan melawat setahun dua kali. Oh, itu andai bertuah, andai tidak sekadar hantar dan mengambil jenazah ke tanah perkuburan.! Andai tidak sekadar menulis di surat dan menghantar ibu ayah ke rumah kosong itu.

Ibu dan ayah itulah dahulu. Yang seekor nyamuk pun tidak bagi dihinggapi ke sekujur tubuh kita. Yang kenyang perut kita walau kosong perut mereka. Yang susah payah bersengkang mata mengerah tenaga membayar harga ilmu kita. Yang melayani kerenah kita dengan sabar dan tegar. Yang sering kita ingkari katanya denga rajukan dan bantahan. Yang menyambut kelahiran kita penuh syukur dan gembira.

Bagaimanapun mereka, tiada duanya di dunia.!

Sebab itu di dalam kitab “Tarbiyatul awalad”(Pendidikan anak-anak) karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan menegas kan di antara kepentingann kita mendidik anak adalah memahamkan dia tentang tanggungjwab terhdap masyarakat diantaranya ibu-bapa.

Rasulullah saw memang sentiasa menekankan aspek ini. Malah berbuat baik kepada ibubapa adalah pengukur jelas keperibadaiaan seseorang. Oleh itu, wajib kita mendidik anak bagaimana menghormati ibuayah agar tidak nanti mereka campakkan kita dirumah org tua.

Redha Allah, Redha mereka.

Sepertimana driwayatkan di dalam Sohih Bukhari daripada Ibnu Abbas telah meriwayakan. ” Mana-mana Muslim yang mempunyai Ibu Ayah Muslim dan mereka menjaganya melainkan akan dipermudahkan ke jannah. Seandainya seorang, maka seorang. Dan tidaklah akan Allah redha apabila mereka marah melainkan setelah mereka Redha.  Dan telah ditanya. ” Walaupun mereka menzalimu?”  ” ya, walau mereka mezalimimu”.

Benarlah Sabda Rasulullah s.a.w  juga drpd Abdullah Ibn amru bin Asr’ dari Nabi saw telah bersabda. ” Redha Allah pada Redha IbuAyah, Marah Allah pada marah IbuAyah”.

Wah!

Oleh itu usah anda sangka telah hidup bahagia gembira bagai dunia ini aku yang punya setelah ayahibu anda campakkan ke perusuk yang kosong itu.

Oh! Kami ingin bahagia begini. Andai tinggal bersama, kasihan pula pada mereka. Oh! Kami tak punya kudrat. Pulang lewat malam. Oh! Suami atau isteri kami tidak sanggup menjaga. Oh! Mereka tidak sunyi dan selamat lebih di sana.

Alahai!

Atas alasan apa jua! ” Kamu lebih mengetahui”!. Kata mereka walau tidak mengapa dihantar, namun pedih hati siapa yang tahu. Bagaimana nenek itu mengucup kami sambil mata bergetar menahan airjernih, bahasa apakah itu! Sunyi, sepi di hati siapa yang mengerti?

Sebelum pulang sambil mendakap nenek Rokiah ana mengalunkan kata-kata. ” walau apapun tok, Allah jualah teman kita yang paling setia.Dialah segala-gala. Diakhirat begitu juga. Ingat Allah sentiasa, Allah akan ingat kita ye tok.” Dia menganguk. ”

Buat kamu-kamu di luar sana. Islamic Movement tidak akan berjaya tanpa practical dan action oreinted. Mudahnya menaip kertas kerja; tapi membuat secara realiti.? Bergeraklah dengan jalur hati yang ikhlas. Bergelumang walau sepicing dengan realiti natijahnya Redha Allah jua. inshaAllah.

Buat Diri Sendiri:

Buat kamu-kamu dan kami-kami. Ibuayah, nenekatuk; kapan bila pula mahu menziarahi

p/s:Moga-moga jua kita saling memahami bahawa kita perlu nanti mempunyai dua ibu dan dua ayah yang tiada beza. ya Allah kurniakan kami kekuatan dan keikhlasan itu

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s