Jemputan Walimah


“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” Ar-Rum: 21

Sahabat-sahabat yang dimuliakan..

Dengan ini, saya menjemput sahabat-sahabat ke majlis walimah saya Sumayyah Abdul Aziz bersama Salman Amiruddin di Dewan Sg Isap Damai, Sungai Isap 3, 25 150, Kuantan pada hari Sabtu, bersamaan 23hb Ogos 2008. Semoga dengan kehadiran sahabat; tuan/puan akan menambah barakah di majlis kami inshAllah.

*Jemputan ini, asalnya tidak berhajat disebar umumkan, namun demi meraikan sahabat-sahabat yang mungkin mengenali saya namun telah terputus komunikasi, maka saya menjemput dengan segala takzim.

Advertisements

9 thoughts on “Jemputan Walimah

  1. ukhti27

    BismiLlah wal HamduliLlah wa asy-Syukru liLlah.

    Alaikumus-Salam wa RahmatuLlahi wa Barakatuh…
    BaarokALLAHulak wa Baarokaalaiika wa Jama`a Baiinakumaa fii Khoiirr 🙂

    Semoga pernikahan dilimpahi keberkahan. Semoga kekal dan menjadi gerbang RahmatNYA Subhana wa Taala yang tidak pernah terputus dalam hari-hari antum. Semoga dilimpahi keturunan shalihin shalihat yang menjadi kebanggaan antum, ayah dan ibunda nya di dunia dan di akhirat dengan barakah RasuluLlah ShalALLAHualaihiwasalam.

    Amiin ya ALLAH, ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyu, ya Qayyum, ya Dzal Jalil wal Ikram.

    JazakumuLlahu khairan wALLAHu a`lam bisawab 🙂

  2. mardhiah12

    assalamu`alaikum nai @ sumayyah
    maaf sangat-sangat sebab akak tidak dapat menghadiri majlis tersebut.
    nai, dah konvo ke tahun ni?

    Comment by mardhiah12

  3. ainaana79

    Assalamualaikum, alhamdulillah akak dapat pergi walimah Sumayyah di Selangor. Lawa pengantin 😀 . Jangan lupa akak kat sini tau lepas dah duk sana. Ingat janji kita untuk sentiasa berhubung di alam maya ini. Salam sayang dari akak.

  4. hana

    salam, alhamdulillah segalanya bjalan lancar walimah di rumah sumayyah. terima kasih telah mengajar ana menjadi sahabat yg baik, well i’m still trying to become a good friend to all my friends. insyaAllah, sumayyah seorg sahabat yg baik mampu menjadi isteri yg baik dan solehah.
    ok, hope we won’t lost contact ek. take care. Ja mata ne

  5. aljoofre

    Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma bilkhair.. Moga bait muslim yang didirikan dalam keredhaan Allah, dapat menjana pula mujtama’ muslim hingga Ustaziatul alam, yang diimpikan.

    Telah sempurna separuh agama kalian dengan perkahwinan, sempurnakanlah yang separuh lagi dengan ketaqwaan..

    Doakan kami di Mesir ya

  6. ummu izzuddeen

    salam… Ukhti Sumayyah:
    MABRUUK… gembira dengar berita walimah ini. semoga rumahtangga yang dibina sentiasa diberkati dan dihidayahi Allah. Selamat menjadi isteri dan bakal ibu yang solehah. Sekarang stay di mana?

    Comment by ummu izzuddeen

  7. ruqi

    salam ukhti nai..sudah berumahtangga setelah sekian lama tidah hinggap di sini seolah sudah hilang khabarmu..aduh, teruknya diri ini..apa pun selamat menjejaki alam perkahwinan dan tahniah diucapkan kerana telah dapat menyempurnakan separuh bahagian daripada agama..erm soalan, adakah suami ukhti seorang doktor?

  8. ummu muhammad

    assalamualaykum dik,
    kalaulah tidak akak ni dalam pantang. memang akak akan pergi. Maaf ye, tak dpt nak raikan majlis walimah enti. rindu sgt nak bertemu enti. Last kita jumpa masa akak belum pi germany dulu. apa-apa pun akak tetap mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan enti. barakalLahu wa baraka ‘alaikuma.

    Moga-moga nnt kita jumpa di kuala terengganu insha Allah bila akak balik kampung nnt. Jaga diri baik2. Moga sentiasa sabar, hikmah, taat sbg seorang isteri. Sayang adik akak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s