Bersama kekasihNya


Rahmat Allah turun pada mengingati orang soleh

Bersama-sama orang yang soleh di dalam majlis mereka, ataupun mendengar kalam-kalam mereka, mahupun mendengar cerita tentang mereka serta manaqib mereka merupakan suatu yang menenangkan jiwa, menerangkan hati serta memperelokkan dengannya akhlak dan juga amalan kita.

Perkara ini di naqalkan oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah di dalam ta’liqan beliau pada mensyarahkan kitab Risalah Mustarsyidin karangan Imam Harith Al-Muhasibi. Kerana itu, sebahagian golongan salaf, di dalam menafsirkan maksud kalam Allah Taala yang bermaksud ” Hanyasanya dengan mengingati Allah itu,hatikan menjadi tenang ” ialah mengingati dan menyebut-nyebut tentang sahabat nabi, kerana merekalah golongan yang di beri fadhilat melihat Nabi Muhammad Sallalahualaihiwassallam,mengambil ilmu terus dari baginda serta menyaksikan contoh tauladannya.

Peluang bersama ulama murabbi

Saya dan isteri di beri rezeki oleh Allah Taala untuk menghadiri Mukhayyam Tarbawi @ kem tarbiah yang di anjurkan oleh Darul Hasani di Negeri Sembilan. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini di kendalikan sendiri oleh seorang ulama’ murabbi Al-Allamah Sayyiduna Syeikh Yusuf  Bakhur Al-Hasani berserta para ahbab dari seluruh Malaysia. Program yang penuh dengan pengisian jiwa di selangi dengan bacaan burdah dan pujian selawat kepada Nabi Muhammad Sallalahualaihiwassallam serta zikir-zikir itu benar-benar  seumpama siraman hujan yang membasahi bumi jiwa yang sudah lama kontang kerana kesibukan duniawi.

Sepanjang program itu,banyak sekali perbincangan sekitar pemahaman yang sahih dan benar tentang tasawwuf serta qadiah dan persoalan berkaitan  yang kerap kali di salah fahami oleh orang yang sekadar menilai dari luar. Sebab itu dalam mendatangi sesuatu disiplin ilmu termasuklah ilmu tasawwuf ini, ulama’ menggariskan 10 perkara asas (Mabadi’ Al-Asyarah) yang menjadi garis panduan supaya kita tidak terkeluar dari batasan ini di dalam memahami dan membincangkan sesuatu perkara. Ianya di ringkaskan di dalam suatu bait syair seperti berikut:

ان المبادي كل فن عشرة     الحدوالموضوع ثم الثمرة

وفضله ونسبه والواضع     والاسم الاستمداد حكم الشارع

مساءل والبعض بالبعض اكتفى     ومن درى الجميع حاز الشرفا

Maksudnya:

Sesungguhnya prinsip setiap seni ilmu itu ada sepuluh perkara. Batasannya, tajuknya kemudian faedah mempelajarinya.

Dan fadilat kelebihannya, kaitannya serta pengasas disiplin ilmu itu. Namanya,sumber pengambilannya serta hukum mempelajarinya.

Permasalahan berkaitan dengannya,dan sebahagiannya saling mencukupi bahagian yang lain. Barangsiapa menguasai kesemuanya, pasti mendapat kemuliaan di sisiNya.

2015 Recap Part 1: Tak Percaya


394999_491566854206999_42813401_n1

Tak percaya apabila hampir ke penghujung (atau lebih tepat tamat) sudah tahun 2015. Hampir tak percaya cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba seakan terpanggil untuk menjengah kembali blog (yang asalnya menjadi blog back-up) untuk hadithuna.com. Tak percaya bahkan sukar mempercayai saya pernah komited dalam penulisan blog suatu masa dahulu. Ada jejak dan bekas yang masih belum terpadam. Ada pula yang hilang dan pudar ditelan zaman. Bermula tahun 2004 hingga 2011. Sementalah saya menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah dalam bidang Usul FIkh, saya berhenti menulis secara aktif atas pelbagai sebab.

Tak percaya? Itulah dunia. Berlalu, kadang cepat kadang pula seakan melewati bingkas bangun kita. Kadang pula terasa lewat,  kerana kita mengejar sesuatu.

Malam ini lantas saya membuat deraf peribadi ‘recap’ atau sorotan tahun 2015 tidak lain hanya ruang melihat kembali apakah yang menjadi signifikan dalam hidup yang diibaratkan seumpama benang yang perlu kita jahit untuk sampai kepada Allah.

  1. Blog

Dunia blogging menjadi satu wacana untuk saya menulis. Apakah niat dan tujuan asal? Itu bahkan amat perlu dikoreksi. Sayangnya blogsome dahulu telah ‘didelate’ kerana membuka domain baru di hadithuna yang akhirnya hadithuna itu terus hilang. Syukur sempat membuat backup di wordpress.

Apabila saya menyebut blogsome, saya masih amat mentah. Mentah dalam segala hal walaupun saya menulis tentang falsafah, fikh, jurnal, puisi, tasawuf dan ilmu-ilmu pemikiran. Mentah, kerana umur. Benar, umur tidak menjamin kematangan tetapi ia tetap boleh mengukur kedewasaan. Tetapi ketika itulah tulisan saya amat ‘raw’ dan ‘unpolished’ sekaligus menggambarkan betapa naif dan tercari-carinya saya akan kecenderungan dalam ilmu, pemikiran dan halatuju hidup. Amat sayang akan domain blogsome itu saya padamkan, sedangkan ia menjadi penyambung antara blogger luar negara dan sekain ramai kenalan penulis terutama yang banyak menulis buku sekarang. Itu zaman dahulu, zaman ‘old skol’. Bukan zaman sekarang, zaman hipster. Ketika penulisan anak muda banyak berntuk indie tetapi halatujunya masih tercari-cari. Apatah lagi kerangka fikirnya.

Hakikatnya, dunia blog bukan tren popular sekarang, Twitter, instagram dan laman sosial lain ya. Walaupun saya punya instagram tetapi keterbatasan dalam menulis di situ mengekang hasrat untuk mencatat. Facebook sudah saya ‘deactive’kan. Namun dunia blog, mampu menjadi momentum untuk membuat catatan dan menulis. Menulis ialah warisan para sarjana dan Ulama. Mereka sentiasa dengan pena dan membuat catatan. Malah apa yang paling utama ialah tulisan itu ialah untuk kita. Untuk membetulkan diri sendiri, malah manfaatnya untuk pembangunan diri. Perkara ini yang membuatkan diri ini seakan tidak percaya bila masa berlalu dan melihat tulisan sendiri, yang tertegun dan tertimpa dengan koreksi ialah diri kita sendiri. Yang menulis. Yang tidak percaya kita pernah menulis sebegitu. Yang tertampar kitalah. Ya, bahkan diri kita. Ia bagus untuk menarik kita kepada refleksi diri yang amat dalam dan ‘diri kita yang lama’. Sometimes it is better to reflect back upon our oldself.

Selain dari dipanggil secara formal menjadi kolumnis majalah tertentu, dan panel agama untuk duniasusuibu, tanyalah ustazah dan penulisan tesis untuk PhD, saya tidak menulis secara konsisten lagi. Dahulu, alasannya ia mencuri masa. Tetapi haikatnya jiwa menjadi kering.

Setelah rancak menyusun agenda dan berbincang dengan suami sebentar tadi, kami memutuskan, its time to start all over again! Harapnya kali ini, kobarnya ia bukan hanya hangat sahaja tetapi panasnya tiada.

Moga-moga, Allah memandang kami dengan ihsan dan Lãtifnya Dia. Selawat dan Salam buat Sayyiduna Mustafa.

Repost: Prolog 4: Audio Ramadhan


BismillahiMashALLAH. Allahummasolli’alamuhammad.

Untuk tiga tahun kebelakangan ini, saya telah menjadi avid fan untuk ceramah, diskusi dan video di laman-laman web di bawah. Terutamanya di sekitar Ramadhan. Program-program Kelab As-Salam semasa di kampus UIA semasa musim Ramadhan juga banyak menengetengahkan talk-talk di bawah. Di bawah antara pautan yang menjadi kegemaran halwa telinga dan jiwa saya. Laman web Brother Baba Ali; ummahfilms, himpunan talk/lecture Syaikh Hussain Sattar dan Brother Khalid Yassin menjadi minat utama saya. Dalam masa yang sama pelbagai lagi wacana kreatif dan inovatif dalam menyampaikan keindahan Islam dan penyucian jiwa menjadi santapan lazat tentunya.

1. http://www.sacredlearning.org/classrooms/ramadan/index.htm
2. http://ummzahra.blogspot.com/2006/09/useful-ramadhan-audio.html
3. http://www.thedeenshow.com
4. http://www.ummahfilms.com
5. http://www.zaytuna.org
6. http://www.tasawwuf.org
7. http://www.deenport.com
8. http://www.www.haqislam.org/
9. http://www.islamonline.net
10.www.reflectonthis.com
11.www.ashrafiya.com
12.http://www.ahmed2004uk.blogspot.com/

Serta beberapa koleksi arkib Ramadhan saya di sini:-

1) http://alqasam.blogsome.com/category/ramadhan-kareem/
2) http://alqasam.hadithuna.com/category/ramadhan-reruns/

Juga laman yang baru saya temui beberapa bulan lepas:-

1. http://www.halaltube.com/preparing-for-ramadan-with-halal-tube
2. http://www.parvez-video.com/ramadan_special.asp

Pada dasarnya terlalu banyak pintu untuk masuk ke dalam Ramadhan. Salah satunya adalah pembersihan hati dan latihan ibadah. Tidak mungkin dapat kita memecut dalam ibadah yang tujuannya tidak lain untuk mendapat nikmah ibadah @ essence of ibadah @ mengenal ALLAH jika tiada aktiviti pemanasan semasa Sya’ban dan Rejab.

Begitu juga, likulli maqamin maqal. Bagi setiap orang ada tahap juga maqam mereka yang tersendiri. Audio-audio di atas adalah pilihan peribadi saya, dan semoga pengunjung-pengunjung mendapat perkongsian bersama. Pilihlah apa yang sesuai untuk jiwamu, dan tinggalkan yang tidak. Dalam masa yang sama, terlalu banyak ceramah-ceramah penyegaran jiwa untuk memasuki taman-taman Ramadhan yang masih ada di luar sana. Bacaan tulisan-tulisan untuk menumbuhkan rasa cinta dan sedia pada hati kita. Apapun jua, sama-sama kita bersedia dengan jiwa yang hidup dengan al-Quran, hati yang bersih dengan zikir dan anggota badan yang bernafas dengan ibadah dan Sunnah saw.

Untuk QALBUN, ada lapisannya yang tersendiri, Hakim At-Tirmidzhi.

Aug 12, 2009

Nota Kelas Wise: Modul Kedua Seisi Pertama


Nota Kelas Wise: Modul Kedua Seisi Pertama

CABARAN KEBUDAYAAN BARAT SEBAGAI CABARAN LUARAN KAUM MUSLIMIN.

1) Maka ia bermula dengan kristian sebagai asas kepada kekacauan tamadun Islam dengan tamadun barat sebagai cabaran luaran kaum muslimin.

2) Tradisi kristian yang telah dibaratkan. Bukan kristian timur atau ortodoks. Proses pembaratan.

3) Punca pertentangan islam dan barat kerana satu agama yang asalnya disampaikan oleh Nabi Isa hanya utk bani israel dijadikan sebagai agama sejagat. Apa yang berlaki ialah agama kristian telah diselewengkan oleh pendawka pengikut Nabi Isa menjadi agama sejagat. Nabi isa menyampaikan berita akan kedatangan Rasulullah saw.( surah as-saf)

4) Bahasa Melayu sebagai bahasa agama Islam kedua tertinggi tidak diangkat

5) Perbualan antara Nabi Isa alaihissalam dengan pengikutnya telah diseleweng hingga menjadi agama sejagat.

6) Idea asal ialah pengkhabaran Nabi Isa tentang agama sejagat ialah agama Islam. Agama sejagat ialah idea besar. Ia mesti daripada wahyu yang disampaikan oleh Nabi Isa a.s. Tetapi pengikut Nabi Isa yang selepas itu telah salah mengaplikasikan kepada agama Kristian sedangkan yang dimaksudkan ialah ajaranIslam yang akan dibawa oleh Rasulullah saw.

7) Universal value ini dibawa oleh dua sahaja. Islam dan barat. Freedom, democracy. Mesti diterima oleh semua orang.

8) Hanya ada dua bangsa yang menulis sejarah sebagai sejarah sejagat. Orang Islam dan orang Barat. India, Jepun, Cina tidak menulis sejarah dunia. Yang menulis sejarah dunia ialah Islam dan Barat. Contoh: At-Tawari, penulis sejarah Islam. Ibnu Kathir. Mereka menulis sejarah secara global. Contoh lain: .. Tanggapan mereka terhadap sejaarah ialah global sejagat. Kalau ada bangsa lain yang menulis itu sekalipun, ia pandangan yang kabur atau tidak mengukuh.

9) Maka kedua perkara ini budaya dan agama menjadi pertembungan antara Islam dan Barat. (confrantation).

10) Universalisme, kesejagatan selain dari itu Islam datang sudah datang untuk menggugat dasar-dasar kepercayaan agama Kristian.

11) Ciotucus: Menghamili/Mengandungkan tuhan menurut dakwaan mereka. Agama yang telah dicampuradukkan dengan tradisi pagan dan tradisi jahil mereka.

12) Org barat tahu kita lemah, tetapi yang mereka geram ialah wahyu Al-Quran yang menyerlahkan dan membangkang teologi mereka hanyalah AL-QURAN. Tiada teks agama lain yang menyanggah kepercayaan mereka.

13) Trinity: three tunggal. Tuhan yang ada tiga watak. Tiga bersatu.(kamus melayu lama). Bukan tiga tuhan. Satu tuhan tiga watak yang bersatu menjadi satu tuhan.

14) Dicipta selepas itu, untuk diselaraskan dengan budaya pagan, aninisme budaya lain. Bila agama lain diselewengkan, mereka telah ambil unsur agama/budaya lain Roman/Parsi/Yunani dsbg dan dimasukkan dalam teologi mereka. Contoh agama hindu ada juga trin, dan agama pagan lain.

15) Mengkultuskan Maryam.Alquran menolak dan mengatakan ia bughtanun adzim. Fitnah besar dan agung dalam sejarah perkembangan agama.

16) Islam juga menggugat original sins.

SOSIO POLITIK DAN EKONOMI

17) Is lam mengambil masa lebih kurang 50tahun untuks ebarkan Islam ke seluruh dunia. Tidak mencapai asia lagi, tetapi sepanyol, itali, afrika. Yang pertama menakluk barat id negera barat sendiri ialah Islam.

18) Orang barat 600 tahun pun masih belum mampu menjangkau tahap kesemua benua lagi. Ini antara lagi confrantation. Di sinilah bermulalah pengembaraan barat. The age of adventure. Bagaimana orang barat membuka tempat baru. Columbus. Sebenarnya ia satu proses sejarah. Ia satu proses. Sebenarnya yang berlaku dalam sejarah ialah Islam menguasai dunia, ekonomi ketika itu. Justeru mereka terkepung dan mereka perlu mencari sumber ekonomi. Sebenarnya nak ke India. Tetapi sampai ke Us. Red Indian. 3

PEMIKIRAN

1) Kegentingan pemikiarn. Syed Hussein Nasr berkumpul di dua tempat 1)

2) di universiti.

3). Yang mula memulakan pembicaran barat dan menyanggag terhadap pemikiran tersebut. Proses pengislaman falsafah barat itu telah sampai sebelum itu lagi.

3) ibnu hazam

4)tp siapa. Merasionalkan Aqidah kristian.. perbincangan rasional dengan aqidah kristian.

4) Cara mereka menanggap sejarah secara umum. Classical ages.-à mideiveel ages—modern cara mrk mentafsir sejarah. Ini mereka –barat-. Dan kita ikut pula ini salah ini bukan cara kita mentafsir sejarah. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba. Tetapi dalam sejarah ada sesuatu yang berlaku yang menyebabkan mereka menggelarkan satu period itu sebagai period tersebut.

Medievel- dark ages- christian

Modern-Enlightment/ ren- kelahiran semula- anti agama.

Soal-jawab

1) perang nak lawan orang Islam senang. Tetapi nak betulkkan daripada kepala orang Islam itu susah. Hakikat, kebenaran, tanggapan dan ilmu dibuat digunakan oleh tanggapan menggunakan cara pandangan Barat.

2) Agama asal Nabi Islam di juressalam. Ttp kemudian dicampuradukkan kemudian ke tempat lain atas dasar sosiopoltik. Mengalami proses pembaratan dan akhirnya berakhir di barat. (apa semnagat dalam pandangan alam barat yang diterapkan dalam agama kristian).

3) Dalam diri manusia itu sendiri ada unsur syaitaniah atau kejahatan. Dari segi itu kita lihat dari sudut bersepadu. Sebagai manusia ada unsur syaitan. Syaitan luar. Itu yang hendak kita saring dan kita lawan.

4) Dikalangan umat nabi saw yang immeditae, salman alfarisi, suhaib ar-rumi, bilal alhabsyi. Aqidah islam sudah universal. Kita tak boleh menjadi Islam hanya dengan menerima Rasulullah tetp kena terima nabi sebelumnya. Menunjukkan universalnya Islam. Kita kena terima kitab lain.

5) Manuskrip melayu terbesar di belanda atau eropah. Orang kita tidak menghargai manuskrip melayu hingga musnah dan hancur bahan-bahan ilmu.

6) Disebabkan ulama jaga dalam masa 500 tahun ulama’ boleh manfaatkan hingga sekarang tapi sekali hancur kita kena reunventing balik will dan kemahiran menulis yang kita tiada.

7) Ulama-ulama Islam kalau menulis ia akan menulis daripada kisah Nabi Adam alaihissalam. Berdasarkan riwayat israiliyyat yang boleh diterima. Kita terasnya Tauhid dan telah dilengkapkan dalam Alquran dan dalam sejarah dan disiplin sejarah. Cara kita memahami disiplin sejarah bukan sekadar tarikh apatah Kronologi. Tetapi sejarah sebenarnya sosiologi aqidah,fikah dan itu semuanya termasuk dalam sejarah. Ia bukan sejarah politik sahaja. Malah sejarah pemikiran. Sejarah hamzah fansuri, an-raniri, – A theft to rakyat. Mereka berani berkata perkara yang betul untuk kemaslahatan ummat. Hamzah fansuri dah menilis metafizik. Kitab sejarah bahasa melayu. Buhtanul salikin-dalam bahasa melayu . Sejarah dunia. Dalam zaman islam. Bahasa melayu itu sendiri sudah universal. Either or. Tak boleh seolah-olah ada dilema. Kalau sikap itu bersepadu ia patut tidak ada dilema.

a) hamzah fansuri

b) ar-raniri

c) ibnu khaldun

d) risalah kaum muslimin

Overview 2014: 8 Januari 2014


10676388_865614376802243_5554037360885124348_n

1) PROSES

Kesemua perkara memerlukan proses. Inti dan kulit perlu bermesra, berulit dan sebati baru akan menghasilkan satu proses kemanisan seulas buah dalam merangka perjalanan sebagai manusia, hamba dan khalifah.

2) INTROSPEKSI

Kejadian-kejadian sekitar dan alam merupakan restropeksi dalam merungkai ma’na yang Allah aturkan.

3) HIKMAH

Pohonlah agar Allah beri hikmah.

4) KEJUJURAN
Sifat siddiq itu yang akan menyampaikan pada Allah

5) AMANAH

Amanah sebatang tubuh yang kerdil dalam menggalas tanggungjawap yang pelbagai.

6) PENCARIAN

Apa yang dicari dan ditunggu nanti?

7) BERGERAK

Sifat tunggu, lengah dan melayan emosi adalah sesuatu yang tidak baik. Berhenti dari mengelamun.

8 ) PENGHARAPAN

Meletakkan harapan dan sayap lebar hanya pada Allah.

9) PENGUKUHAN

Penambahan ilmu untuk mengukuhkan keyakinan dan menambah amal.

10) BUNTU DAN TEMU
Ibarat dua alir deras menghambat jiwa. Kebuntuan seharusnya membawa kepada Allah..

11) BACA

Bacalah buku dan bukan layar maya.


rajab1

 

((Allah bless us in Rajab and Shaaban; and convey us to Ramadan))

((Verily time has come full circle like it was on the day that Allah created the heavens and earth. The year is twelve months, four of which are sacred. Three of them are consecutive: Dhu’l-Qiidah, Dhu’l-Hijjah, and Muharram. And Rajab (of Mudar) between Jumada and Shaaban)).Reported by Abi Bakrah.

1) Do Tawbah

In general for any sin, repentance entails:

(a) immediately ceasing the sin,
(b) sincere remorse, and
(c) firm resolve to not commit the sin again.
[Nawawi, Riyad al-Salihin]
2) Do istighfar

3) Make a lot of dua

Certainty vs. Uncertainty in Rajab and Shaaban-Ar draft G1

“Therefore, you can be certain that your sincere effort and supplication, your dedication of yourself to the renewal of your relationship with the Divine in this sacred season will not go unnoticed. More so, your anxiousness for the wellbeing of the oppressed, and your concern for their safety will not go unheeded. We would be remiss to forego these assurances for a mere reliance on other strategems of less guarantee alone. Whatever our preoccupations may be, all of us will be wrapped up in Ramadan. Let’s make it programmatic.” Sidi Jihad Hashim Brown

5) Start reconnecting with Al-Quran

4) Starting to fast as a practice to purify your soul

5) Making a good habit

6) Try to refocus and regather your schdecule